Lilypie First Birthday tickers

One Hour Journey...

Assalamualaikum.

Pagi tadi saya pergi Bandung bersama-sama teman menaiki Damri aka RapidKL Indonesia(apakah). Biasanya perjalanan untuk ke Bandung mengambil masa lebih kurang sejam, bergantung kepada keadaan jalanraya. I have no idea why, but everytime I sit on a bus for a long period of time, I tend to do some serious deep thinking. Mungkin persekitaran bas tu mnyebabkan fikiran sering menerawang. Tambah2 lagi saya ini memang orang yang selalu terlebih pikir tentang sesuatu perkara. I tend to overanalyze everything until my head gets all jumbled up. In the bus, sometimes the things I see causes my mind to go on overdrive, and sometimes I'd just think about things that happened the day before. This morning, I thought about what I found on the Internet last night, and then some. I also thought about why I keep repeating the same mistakes I do, as if I don't know any better. Bukankah sudah cukup dosa yang ku lakukan? Lalu mengapa masih diulangi? Sesungguhnya manusia memang tidak akan lari dari melakukan dosa... tapi apabila kita sudah sedar akan kesilapan yang dilakukan, kita patut cepat2 bertaubat padaNya sebelum hidayah itu ditarik balik, sebelum kita pergi lebih jauh dari jalan yang hak, yang benar. Sesungguhnya hati manusia itu asalnya bersih dan putih, tapi disebabkan sering dikerumuni awan menyebabkan ia gelap dan kusam, dan apabila awan berarak pergi, hati kita akan kembali bersih. Awan itu adalah dosa-dosa yang kita lakukan. Sebenarnya bila kita melakukan kesalahan atau dosa, sudah tentu kita masih boleh kembali ke pangkal jalan. Contohnya, bukanlah bila kita dah dikenali sebagai budak nakal/jahat, selama-lamanya kita menjadi budak nakal/jahat. Sesungguhnya nasib suatu kaum tidak akan diubah melainkan mereka mengubah nasib mereka sendiri. Janganlah kita berputus asa dengan rahmat Allah... Janganlah kita kata 'Aku ni jahat, takkanlah doa aku akan dimakbulkan.'

Allah itu kan Maha Pemurah dan Maha Penyayang? Dan kita ini hambaNya. Itu suatu hakikat yang tiada siapa pun boleh sangkal. Seandainya terdetik sedikit pun di hati kita akan niat untuk berubah ke arah kebaikan, insyaAllah jalan akan dilorongkan olehNya. Seandainya kita mengambil satu langkah untuk mendekatiNya, Dia akan mengambil beratus-ratus langkah terhadap kita. Tapi usaha itu harus bermula dari kita... Kita sendiri yang harus berusaha sendiri mencari kebenaran, bukan seperti mengharapkan buah yang tak gugur. Buah itu tak akan gugur atau ranum seandainya kita tidak meletakkan baja. Pokok tak akan subur melainkan kita menyiramnya secukupnya. Sama je macam kita... Kita pun kalau tak menjaga kesihatan diri, tak menjaga apa yang dimakan dsb, lama-lama pasti jatuh sakit. Sama juga macam hati kita. Kalau tidak dibajai dengan ilmu dan amal, dengan hablumminallah dan hablumminannas, lama-lama akan kotor dan makin lama kita makin menjauh daripada hidayahNya. TAPI. Itu tidak bermakna kita tidak boleh kembali pada hakikat kita yang sebenar, iaitu hambaNya... Kita sebagai manusia kan dikurniakan akal untuk berfikir. Masing-masing sudah bijak menilai yang mana baik dan buruk. Kita dikurniakan mata untuk melihat, telinga untuk mendengar. Jadi gunakanlah nikmat yang diberikan sebaiknya... Sebenarnya semuanya dah ada depan mata kita, tinggal kita je nak decide kita nampak atau tak. Segala panduan yang kita perlukan sudah ada dalam Al-Quran. Kan Al-Quran itu diturunkan untuk menjadi pedoman dalam hidup kita... Bukanlah sekadar untuk dibaca, tapi haruslah difahami dan diamalkan sepenuhnya... Islam itu mudah, ya. Kita buat pahala, masuk syurga. Kita buat dosa, masuk neraka. Ya ke? Persoalannya sanggup ke kita masuk neraka walaupun untuk seminit? Sudah tentu tak sanggup kan? Sesungguhnya dengan mengingati mati akan dapat menyucikan hati kita kembali...dan perkembangan di Palestin sepatutnya menyedarkan kita daripada lena yang panjang... menyedarkan kita supaya kembali pada jalan yang lurus. Sesungguhnya mati itu pasti. Syurga itu pasti. Neraka itu pasti. Mungkar dan Nakir itu pasti. Janji-janji Allah itu pasti... Tapi janganlah kita berhenti daripada mengharapkan rahmat Allah agar dosa-dosa yang lalu diampunkan olehNya, berdoa kepadanya agar setiap kali kecundang dengan kehidupan dunia, kita segera bangkit demi kesejahteraan di akhirat...insyaAllah. Namun fikirkanlah, apakah nilai doa kita di sisiNya seandainya kita tidak berusaha untuk mengikuti segala ajaranNya......? Wallahu'alam. Itu semua hak Allah. Tapi bukankah cara untuk mensyukuri nikmatNya adalah dengan patuh padaNya walaupun terasa amat payah? Yakinlah bahawa setiap usaha kita, samada baik atau buruk, tidak akan terlepas daripada pandanganNya.....

3 Responses so far.

  1. betul!betul!betul!

    apa2 pun kembalilah kepada Quran dan teruslah berpegang kepada-Nya..

    sekian,dr aq yg byk belajar dari kesilapan lalu =)

  2. fizi says:

    Thanks..aku terasa dosa yang baik dikumpul selama ini makin bertimbun
    Thanks again for the nice article

Reminder for the soul

“Aku hairan dengan orang yang mengetahui kematian, tapi mengapa ia masih tertawa;

Aku hairan dengan orang yang tahu bahawa dunia adalah sementara, tapi mengapa ia sangat mencintainya;

Aku hairan dengan orang yang mengetahui semua urusan telah ditakdirkan, tapi mengapa ia takut kehilangan;

Aku hairan dengan orang yang mengetahui bahwa hisab adalah suatu kepastian, tapi mengapa ia tetap mengum
pulkan harta dan menghitung-hitungnya;

Aku hairan dengan orang yang mengetahui panasnya api neraka, tapi mengapa ia tetap berbuat dosa;

Aku hairan dengan orang yang mengaku mengenal Allah, tapi mengapa ia meminta tolong kepada selain-Nya;

Aku hairan kepada orang yang mengaku mengetahui kenikmatan syurga, tapi mengapa ia merasa hidup tenang di dunia;

Dan aku hairan kepada orang yang mengetahui syaitan adalah musuhnya, tapi mengapa ia mentaatinya.”

Uthman bin Affan Radhiyallahu anhu
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Masa umpama pedang