Datang yuk!!!!

pendaftaran untuk COMREL (baca: comparative religion) masih dibuka!! Cepat masukkan nama sebelum terlambat~~! (jangan masuk bakul pulak ye....=p)
p/s: ada ralat di poster. bukan A.4.3.3 ye... x wujud pun tmpat tu... hehe. Di A.3.3.
Datang jangan x datang!
Jom tingkatkan ilmu kita~!
brought to u by....
*BAIK*
:)

hati saya sangat sakit sekarang.
(proses penyembuhan sudah berjalan berjalan! yuk farhana!)
*semakin sembuh*


(bkn sakit sebab marah aka sakit hati tapi sebab sakit lain-_-")


doakan hati saya cepat sembuh ya.


doa kalian amat dihargai:')


sekian terima kasih.













p/s: Kita akan diuji dengan setiap kata-kata kita. Semalam saya benar-benar diuji tentang sebuah erti sebuah ujian. Kita tak akan tahu kita mampu selagi kita belum berdepan dengannya.

p/s2: Apabila diuji dengan musibah etc., kita sering menghitung keburukan dari apa yang berlaku. Sedangkan bila kita kira rahmat disebaliknya, sangat banyak! Semoga saya kuat dan tidak lupa rahmat dan hikmah di sebaliknya~



p/s3: Ujian apa? Tak perlu tahu, doakan sahaja saya lulus dengan cemerlang:)



p/s4: Allahuakbar. Allah Maha Besar. Apabila Dia berkata jadi! maka jadilah ia. Kun fayakun~ Tiada siapa dan tiada apa yang mampu menghalangnya.


p/s5: Allah sayangkan kita, saya dan kamu:)


p/s6: Islam mengajar kita mengamalkan berlapang dada dalam kehidupan kita.
Jadi apabila diuji, lapangkanlah dada kita.
Redhalah bahawa setiap perkara yang berlaku itu sudah ditentukan olehNya.
Senyum apabila ditimpa musibah?
Sungguh menghairankan ya? ;)


p/s7: Doakan program kami berjalan dengan lancar dan dipermudahkan segalanya.


p/s8: Banyak sungguh p/s!


p/s9: Penat tulis p/p/p--- tiru duha je, tulis nombor terus,uhuk3.

jAnUaRi dan cOmparaTive ReligiOn~ [xnyambung:p]

Assalamualaikum~ :)

Hmm tgh bloghopping td n terjumpa ni...
Kajian daripada Dr. Fadzilah Kamsah tentang personaliti berdasarkan tarikh lahir....
Betul ke semua-semua ni ek?
Kita tengok dulu.....
(macam ada yg x betul je hee:D)



~JANUARI~

* Bercita-cita tinggi dan orangnya serius, suka mendidik dan dididik.

* Sangat mudah melihat kelemahan orang dan suka mengkritik.

* Rajin dan setiap yang dibuat nampak keuntungan.

* Suka pada kecantikan, kekemasan dan teratur.

* Bersifat sensitif dan berfikiran mendalam.

* Pandai mengambil hati orang lain.

* Pendiam kecuali telah dirangsang.

* Agak pemalu dan mempunyai daya tumpuan yang sangat tinggi.

* Mudah mendisiplinkan diri sendiri.

* Badannya sihat tetapi mudah diserang selsema.

* Bersikap romantik tetapi tidak pandai memperlihatkannya.

* Cukup sayang pada kanak-kanak.

* Suka duduk di rumah.

* Setia pada segala-galanya.

* Perlu belajar kemahiran bersosial.

* Sifat cemburu yang sangat tinggi






Comments? :D
*tapi rasa macam banyak yang betul je drpd yang x betul...hihihi=P*






Hmmm~ BAIK akan buat program comparative religion 1 n 2 Mei ni...
Semoga dipermudahkan segala urusan.Aamiiin~


Comparative ReLigion???


Banyak pandangan yang saya dengar dari mulut2 orang apabila dikhabarkan nak buat program ni...

Bagi yang menyokong, alhamdulillah dan terima kasih banyak-banyak:))

Tapi yang tak menyokong pun ada...
Tak semua manusia serupa...

*Situasi 1*
"Huh???*riak muka terkejut* Program perbandingan agama? Buat apa?? Eeee... Kenapa buat program macam ni??? Kontroversi la... Kenapa nak banding-banding agama pulak??? Ish..."

-_-*

*Situasi 2*
"Ada program apa ni dik?"
"Emm..program perbandingan agama."
"Perbandingan agama? Apa aja yang mau dibandingkan?"
"Emm..sume agama, Islam Kristian Hindu Buddha, semua...=P"
"Semua agama pun lain-lain...Jalannya aja udah lain-lain, Kristian lain, Islam lain, semua lain, jadi buat apa mahu banding, semuanya tidak sama..."
*malas nak layan@jawab, senyum jela....hahaha*

Hendakkan yang terbaik, kenalah bandingkan dulu antara semua option yang ada kan?
Macam nak beli ikan kat pasar, takkan nak main beli je ikan yang orang kata sedap tanpa tengok n pilih sendiri?
Dalam semua benda pun,
takkan kita tak fikir dulu sebelum nak terima sesuatu betul tak rakan-rakan?
*bukan niat nak bandingkan agama n ikan ye..huuu nak bg analogi je:D*

Jadi...
Salah ke buat program ni???

10 things I hate about you?

Bismillah~
Hmmm. Tengok tajuk post ni agak2 apa 1st thing yang muncul dalam kepala kita?
Adakah movie "Ten Things I Hate About You" yang dulu femes lakonan Julia Stiles n Heath Ledger(arwah)???

I'm sure ramai perempuan yang hati mereka cair ibarat m&m di tangan bila tengok movie tu btui x?
heee.(yeke?:p)

Well, this time we're not talking about that, we're talking about 10 things we waste in our life, as told by Ibnu Qayyim RA...
Hehe...

Gotcha~

Adakah anda rasa tertipu?^-^
Jom baca~

Ten things we waste :-

1. Our Knowledge:
Wasted by not taking action with it.

2. Our Actions:
Wasted by committing them without sincerity.

3. Our Wealth:
Wasted by using on things that will not bring us ajr (reward from Allah). We waste our money, our status, our authority, on things which have no benefit in this life or in akhirah (hereafter).

4. Our Hearts:
Wasted because they are empty from the love of Allah, and the feeling of longing to go to Him, and a feeling of peace and contentment. In it's place, our hearts are filled with something or someone else.

5. Our Bodies:
Wasted because we don't use them in ibadah (worship) and service of Allah.

6. Our Love:
Our emotional love is misdirected, not towards Allah, but towards something/someone else.

7. Our Time:
Wasted, not used properly, to compensate for that which has passed, by doing what is righteous to make up for past deeds.

8. Our Intellect:
Wasted on things that are not beneficial, that are detrimental to society and the individual, not in contemplation or reflection.

9. Our Service:
Wasted in service of someone who will not bring us closer to Allah, or benefit in dunyaa(this world).

10. Our Dhikr (Remembrance of Allah):
Wasted, because it does not effect us or our hearts.


Ha...
Tu dia.
Terasa? Alhamdulillah~ :)

Kalau kita tengok dalam al-Quran, ada sebuah surah yang Allah sampaikan kepada kita, dengan sebuah ayat yang diulang banyak kali dalam surah tersebut.

Surah apa?

Sure ramai yang tahu kan... Surah Ar-Rahman.
"fabiayyi aalaaa irabbikuma tukazzibaan..?"

Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang
kamu dustakan???

Kalau kita tengok pada kata-kata Ibnu Qayyim, ada 10.
Tapi adakah ada 10 sahaja? 10 tu tajuk2 besar dia... Kalau kita bahagikan kepada tajuk2 kecik agak-agak ada berapa nikmatNya yang kita dustakan?

*Adakah anda sedang sibuk mengira?*

Tak perlu susah-susah kira...

Kenapa?

Kita jawab soalan dengan soalan.

Ada berapa banyak nikmat Allah dah bagi pada kita?
Bolehkah kita kira?

Dan berapa banyak yang kita dustakan?

Bolehkah kita kira?

Tidak...
Sebab terlalu banyak*_*
Tapi apakah nikmat Allah yang paling besar yang diberikan kepada manusia?

Jawapannya adalah nikmat ISLAM...

Setuju?
*angguk jika setuju*

Jadi...
Tepuk dada, tanya hati masing-masing.

Adakah kita telah mendustakan nikmat yang satu itu???

Renung-renungkan, fikir-fikirkan.
Gunakan akal yang juga merupakan nikmat yang Allah bagi pada kita.
Adakah kita dustakan?

Sucikan hati kita, kerana akal yang tahu tanpa hati yang bersih tiada guna.
Kerana hati yang dapat menggerakkan jasad.
Tak percaya?
Mahukan contoh?
Lihat saja di sekeliling kita...
Lihat juga diri sendiri...


Seorang pemimpin yang diberikan kuasa yang besar, akhirnya menzalimi rakyatnya.
Apakah dia tidak tahu rendah diri itu merupakan kunci kepada disayangi rakyat?

Seorang manusia yang apabila berlaku sesuatu perkara yang membangkitkan kemarahan, terus melenting.
Apakah dia tidak tahu bersabar itu lebih baik bagi dirinya?

Bagi yang tidak tahu, itu lain cerita.
Itu Chronic NKG II=p

Yang di atas hanya contoh je...
Kalau nak lagi, jawapan yang biasa diberi:
Cari sendiri~ :D
Tak perlu tengok jauh-jauh, ambil masa renunglah diri sendiri,
Nikmat apa yang sering kita dustakan...?

Jadi, jom kita mujahadah. Lawan nafsu kita! Lawan perasaan yang menyebabkan kita masih lalai dalam melakukan suruhanNya.
Aja aja fighting!

Hanya itulah ubatnya, semoga kita cepat sembuh:D

Sucikanlah hati kita~!

"fabiayyi aalaaa irabbikuma tukazziban???"

Semoga kita semua tidak tergolong dalam orang-orang yang merosakkan dan mendustakan agama...insyaAllah~



p/s: Post yang simple je, huhu. semoga kita sama-sama dapat manfaat darinya... Amiiin~


Lain kali...

bila ref cakap, jangan lawan ye?
kalo x nanti ref nangis. haha.
kesian kat ref tu...





p/s: ini post SS
p/p/s: ini blog saya. biarlah saya nak SS pun :p
p/p/p/s: selamat bersukan semua!
p/p/p/p/s: belajar jangan lupa.
p/p/p/p/p/s: rindu ili.

zzzzzzzzzzzzzzzzz.

Mati itu pasti. Bersediakah?


Apabila ajal mendatang, tiada siapa pun yang mampu melewatkan dan menangguhkannya.
Sihat hari ini, pastikah kita esok kita sihat?


Semalam kucing di Malaysia yang bernama Meredith a.k.a Mek a.k.a Merry a.k.a Ennet telah dipanggil kembali olehNya.
Sebelum ini sihat walafiat, tiba-tiba malam kelmarin jatuh sakit, n tengahhari esoknya dah xde...
Tiada siapa sangka...
Redha...






Pada yang di rumah tu, janganlah nangis2 ya. Allah lagi sayang mereka~






(Jack pergi dulu. Lepas tu Merry lahirkan anak. Terubat sikit rasa sedih~ Sehari sebelum pulang bercuti, malam 31 January, anak2 Merry 4 drpd 5 mati sebab ada virus. Tak sempat jumpa... Sampai je rumah, tgk dah siap dibungkus untuk ditanam...*_* Tinggallah Jack Jr bersama ibunya.. Sekarang? Jack Jr. dah jadi anak yatim~~~ Hmm..dah besar dah agaknya JJ... )


MEREKA YANG SUDAH TIADA~








(anak-anak Ennet. Tak sempat tengok samada hidup ataupun mati. Semua comel-comel kan?)



Jack yang paling disayangi (sebab tu gambar lebih hehe..) Sori Jack x sempat jumpa awak..


Ennet/mek/merry/meredith grey-kucing yang banyak nama n semua nama pun dia pandang:)

Tak sure ni lepas melahirkan or still bunting. Sangat comel~


Masa zaman dara. Gedik sungguh. Pose manja ni. kekeke...

Baru melahirkan~

MEREKA YANG DITINGGALKAN~


Jack Jr [sebab dia yang paling gemuk ala2 Jack walaupun ini bukan anak Jack] :p

Pocahontas a.k.a Poka...
nenek tua yang panjang umur walaupun gigi dah xde, hehe...

Hmmm...
back to the topic...

Bersediakah kita menghadapi sebuah kematian yang tidak diketahui masanya?
Ya Allah, ultuf bina... (be gentle)

Hakikat sebuah malu.

Bismillah~

Alhamdulillah exam dah habis, walaupun mata dah macam panda...terima jela...hehe~~




Hmmm.

Malu.

Apa tu malu ek?

Penting ke malu ni?

"Ala poyo la kau, nak malu-malu pulak...!"

Ayat yang sering kita dengar, orang memperkecilkan kepentingan malu...

(walaupun dalam bersenda)




Kita selalu nampak sekarang, di satu pihak,

ada teruna dan dara yang saling 'i lap u, u lap me'

dan di satu pihak lagi,

ada orang yang membangkang sekeras-kerasnya.

"Mana boleh couple ni!!!!! Nak sangat kahwin la!!![contoh je...hehe..]


Hati terfikir,

kenapa orang yang bercouple yang selalu kena?


Jawapan orang bagi:

"Sebab diorang buat depan orang ramai, selamba je, macam suami isteri!huh!!!"


Buat depan orang ramai?

Kenapa orang lain yang sama jugak, ada buat silap,

kita buat dek je?

X ada pun nak tegur?




Contoh1:

lelaki yang suka sangat 'mengacau' perempuan,

pantang ada perempuan je nak usik!

nak usik je mesti perempuan.

even perempuan pakai tudung labuh, baju kalau boleh nak sebesar-besar alam pun nak diusik jugak..

**haih**

Jawapan biasa...
"Alah lelaki, biasalah, suka mengusik, normal lah tu... tak suka mengusik bukan laki la...."

-monolog dalaman:-

*Hmm....nabi kita bukankah lelaki????????*



Contoh2:

bestfriends dari berlainan jantina, ke sana ke mari berdua.

bila ditanya:

kitorang kawan je, salah ke?

bukan ada feeling pape pun...

tak de pun pegang-pegang ke apa...

'best kawan dengan dia ni, sempoi...'




Contoh3:

.

.

.

.

.

.

.

Cari sendiri~ :p





Kenapa contoh-contoh di atas berlaku?


Sebab....

Hilangnya rasa malu...

Bukan tak tahu hukum, bukan tak tahu salah,

tapi

sebab sebuah hijab yang melindungi mereka dari melakukan perkara-perkara tersebut sudah hilang....


iaitu sebuah malu...



selalu jugak dengar suara-suara dari pihak yang berkenaan:

"Ala kau tak pernah kena, tak pernah kapel, senang la..."

Siapa kata?

Mana mereka tahu kisah hidup orang lain?

Dugaan itu sentiasa ada.

Siapa yang tak pernah diduga?

Tengok sekeliling, peh berpasang-pasang je semua, takkan hati tak teringin.

Itu fitrah hidup sebagai manusia.

Tak pernah ke yang offer???

Jangan terlalu mudah berkata-kata...

Terlalu mudah menuding jari pada pihak lain, yang menegur dengan ikhlas, tapi ditempelak jua akhirnya.




Ada sebab mengapa ada yang 'di situ' dan ada yang 'di sini'.

Mana mungkin satu hari je tiba-tiba "eh! saya dah ada pakwe rupanya"

Setiap langkah bermula dari langkah yang lain kan?

Siapa yang melangkah?

Kita ke orang lain?

Jawab sendiri.


Dan bagi yang terjerumus, mungkin hijab yang satu itu tidak cukup kuat untuk menangkis cubaan-cubaan dunia.

Tidak cukup kuat.

Lemah.


Namun, lemah hari ini tidak bererti lemah selamanya.

Ingat, kaki siapa yang melangkah?

Tangan siapa yang bergerak?

Itu semua akan ditanya dihadapanNya kelak.


Hiasilah diri dengan sifat malu, contohilah peribadi rasul junjungan kita Muhammad SAW.


Sebuah malu itu, jika disuburkan mampu menjaga kita dari melakukan perkara-perkara yang tidak sepatutnya dilakukan oleh seseorang yang mengaku diri Islam! Yang mengaku berpandukan Al-Quran... Ingatlah hakikat diri... Jika kita ingat, malu itu akan wujud dan menjadi benteng buat diri kita.




Malu untuk melampaui batas dalam perhubungan ajnabi.

Malu untuk menunjukkan aurat kepada non-muhrim.

Malu untuk berbuat dosa...
Banyak lagi...




Malu pada siapa?



kata ibnu Qayyim Rahimahullah:


Merasa malu kepada Allah…



Karena sesungguhnya apabila seorang hamba menyedari pandangan Allah yang selalu mengawasi dirinya dan menyedari betapa tinggi kedudukan Allah di matanya. Dan apabila dia menyedari bahwa perbuatannya dilihat dan didengar Allah tentu saja dia akan merasa malu apabila dia melakukan hal-hal yang dapat membuat murka Rabbnya… Rasa malu itu akan menyebabkan terbukanya mata hati yang akan membuat anda bisa melihat seolah-olah anda sedang berada di hadapan Allah…


Takutkah kita pada Allah?


Sedarkah kita bahawa makhluk yang nak menyesatkan kita, yang kita jadikan sebagai bestfriend kita itu juga merupakan hamba yang takut pada penciptaNya?

makhluk Allah:kenalkan di sebelah saya, makhluk bertanduk ni lah
bestfriend saya! kacak tak??

rakannya di sebelah: 'errrrrrk????apakah??-_-'

Dan (ingatlah) ketika syaitan menjadikan terasa indah bagi mereka perbuatan (dosa) mereka dan mengatakan "Tidak ada (orang) yang dapat mengalahkan kamu pada hari ini, dan sungguh, aku adalah penolongmu." Maka setelah mereka saling berhadapan, syaitan berpaling ke belakang seraya berkata, "Sesungguhnya aku berlepas diri dari kamu, aku dapat melihat apa yang kamu tidak dapat melihat; sesungguhnya aku takut kepada Allah". Allah sangat keras seksaNya.

Surah Al-Anfaal ayat 48~




Syaitan akan berlepas diri daripada kita di akhirat kelak!

Akan mengatakan;
"Oops, sorry, siapa suruh ikut cakap saya, kan Allah dah bagi kamu akal, kamu tak nak guna, well, saya takutkan Allah, siapa suruh kamu tak fikir?Saya dengki je kat awak, sebab Allah muliakan awak, anak Adam...padan muka!~~~ Terima kasih sebab temankan saya kat sini ya!"


(walaupun TAKUT mereka itu akhirnya sia-sia belaka dan mereka takkan merasai syurga...)

Sahabat-sahabatku,


Nafsu itu sangat susah untuk ditundukkan. Mungkin di hati ada terselit, "Aku tak mampu......Aku lemah....."





Masakan boleh mengatakan tak mampu sebelum BERUSAHA untuk mampu.

Alhamdulillah jika kita sedar diri kita lemah, MINTAlah padaNya.

Pohon secebis kekuatan untuk melawan bisikan-bisikan jahat yang sentiasa mahukan kita merasa baik perbuatan kita yang menyebabkan kita makin jauh dariNya...

Allah Maha Pengampun...

namun azabNya sangat keras pada hambaNya yang MEMBIARKAN DIRI dipandukan oleh nafsu yang disuburkan dengan hasutan-hasutan jahat.




Namun, selagi nafas masih ada, selagi itu ruang kemaafan terbuka olehNya.

Sama-sama kita beringat...



Wallahua'lam...





p/s: Ayuh sihatkan badan! Karnival Sukan PKPMI bermula hari ini:)))

Jangan sekali-kali berputus asa!

Assalamualaikum...

Rakan-rakan, pernah tak anda merasakan bahawa diri sangat sangat sangat jauh dari Allah?

Merasakan bahawa apa saja yang kita buat tak kena, amal yang kita lakukan seakan tak bernyawa, hati kita seakan kosong sekosong-kosongnya?

Merasakan bahawa terlalu banyak dosa yang dilakukan?

Allah tak pernah jauh...Allah dekat dengan kita sebenarnya=)

Allah berfirman lagi di dalam surah Al Baqarah: 214.

Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk Syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan harta benda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah? Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada agama Allah).

Jangan putus asa! (ingatan untuk diri sendiri juga-_-)

Daripada ‘Amru Bin ‘Anbasah (ra) katanya: Telah datang kepada Rasulullah (sallallahu alaihi wasalam) seorang lelaki tua sambil bertelekan di atas tongkatnya, lalu katanya: Ya Rasulullah, saya telah banyak melakukan penipuan dan maksiat, adakah ampunan bagiku? Rasul (sallallahu alaihi wasalam) bersabda: Tidakkah engkau sudah bersaksi bahwa tidak ada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah?

Lelaki itu menjawab: Sudah tentu wahai Rasul, bahkan saya juga bersaksi bahwa Tuan adalah Pesuruh Allah. Mendengar jawapan itu baginda Rasul SAW lalu bertanya: “Penipuanmu dan maksiatmu telahpun diampuni oleh Allah”.

[HR Imam Ahmad]

Dalam surah Az-zumar ayat 53-54 Allah berbicara dengan kita:

Katakanlah: Hai hamba-hambaKu yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dia lah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

Dan kembalilah kamu kepada Tuhanmu, dan berserah dirilah kepadaNya sebelum datang azab kepadamu kemudian kamu tidak dapat ditolong (lagi).


Ketahuilah sahabat-sahabat, apabila rasa kekosongan hati itu datang, ada dua pilihan untuk kita: berusaha untuk 'mencari' Allah dan menharapkan keampunan dariNya, ataupun terus putus asa tanpa berbuat apa-apa untuk meredakan perasaan itu. Ingatlah bahawa kita sedang diuji oleh Allah dengan hati yang berbolak-balik.

Jalan mana yang kita pilih?



Pohonlah pertolongan dariNya dalam setiap perkara, dan kemudian bertawakkallah padaNya.

Rasulullah bersabda: Penghulu istighfar adalah:
"Ya Allah Engkaulah Tuhanku, tiada yang berhak disembah kecuali Engkau, Engkau telah menciptakan aku dan aku adalah hambaMu, aku selalu berada di atas ketentuanMu dan janji-Mu, aku mengakui segala nikmat yang telah Engkau limpahkan dan aku meng-akui dosaku, ampunilah aku karena tiada yang dapat mengampuni segala dosa kecuali Engkau."
Barangsiapa mengucapkan dengan penuh keyakinan di kala siang hari kemudian dia mati pada hari itu sebelum petang, maka ia termasuk ahli syurga. Dan barangsiapa mengucapkan dengan penuh keyakinan di kala sore hari kemudian dia mati pada hari itu sebelum pagi, maka ia teramsuk ahli sorga. (HR. Al-Bukhari/ Fathul Bari:11/97)
Apabila kita menjaga agama Allah(patuh kepada Allah), Dia akan menjaga kita. Yakinlah=)

Dari Ibnu Abbas RA, katanya: Pada suatu hari aku berada dibelakang Rasulullah SAW (boncengan), lalu baginda bersabda:
Wahai anak, peliharalah Allah nescaya (Dia) akan memelihara kamu, peliharalah Allah nescaya (Dia) akan berada dihadapan kamu, dan jika engkau memohon maka memohonlah kepada Allah, dan jika engkau meminta pertolongan maka mintalah pertolongan kepada Allah.

Dan ketahuilah bahawa sekiranya umat berkumpul (bersepakat) untuk memberikan suatu manfaat kepadamu, nescaya mereka tidak akan mampu berbuat demikian melainkan dengan sesuatu yang telah ditetapkan (ditakdirkan) oleh Allah;

dan sekiranya umat berkumpul (bersepakat) untuk mendatangkan bencana keatas kamu, nescaya mereka tidak akan mampu berbuat demikian melainkan dengan sesuatu yang telah ditetapkan (ditakdirkan) oleh Allah. Dan telah diangkat segala pena dan telah kering segala buku.

(Hadis Hasan Sahih Riwayat Iman Tarmidzi)

Patuhilah segala suruhanNya, jauhi laranganNya. InsyaAllah kita sentiasa dilindungi olehNya. Itu janji Allah.

Masih belum yakin?

Rasulullah pernah bersabda:

“Apabila Allah kasihkan seseorang, Allah mengenakan dengan suatu cubaan sehingga Allah mendengar rengekan permintaan yang bersungguh-sungguh.”

(Dari Masnad Firdaus oleh Dailami)


p/s: Saje je buat post ni sebab ada teman curhat, merasakan bahawa iman semakin down, hati semakin kosong. Semoga kita sama-sama bangkit apabila tersungkur. Jangan sesekali kita lupa: Allah sentiasa sayangkan kita. Ujian itu tanda sayang:)

p/p/s: Selamat menyambut peperiksaan pada teman-teman! Juga pada kawan2 twinning yang bakal menyambut peperiksaan akhir hujung bulan ini.

Reminder for the soul

“Aku hairan dengan orang yang mengetahui kematian, tapi mengapa ia masih tertawa;

Aku hairan dengan orang yang tahu bahawa dunia adalah sementara, tapi mengapa ia sangat mencintainya;

Aku hairan dengan orang yang mengetahui semua urusan telah ditakdirkan, tapi mengapa ia takut kehilangan;

Aku hairan dengan orang yang mengetahui bahwa hisab adalah suatu kepastian, tapi mengapa ia tetap mengum
pulkan harta dan menghitung-hitungnya;

Aku hairan dengan orang yang mengetahui panasnya api neraka, tapi mengapa ia tetap berbuat dosa;

Aku hairan dengan orang yang mengaku mengenal Allah, tapi mengapa ia meminta tolong kepada selain-Nya;

Aku hairan kepada orang yang mengaku mengetahui kenikmatan syurga, tapi mengapa ia merasa hidup tenang di dunia;

Dan aku hairan kepada orang yang mengetahui syaitan adalah musuhnya, tapi mengapa ia mentaatinya.”

Uthman bin Affan Radhiyallahu anhu
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Masa umpama pedang