Cinta~

Semenjak dua menjak ni, ramai betul orang yang cakap pasal cinta, pasal kawin. Dan semua yang cakap2 tu pun belum kawin. Yang dah kawin diam pulak? Eh eh? ;)

So apa tu cinta sebenarnya? 
Kalau kita tanya nabi saw, nabi saw kata "Cintamu kepada sesuatu akan membuatmu buta dan tuli" (HR Abu Dawud*)

Betul kan? Bila hati dan cinta, semua keburukan dah tak nampak dan dah tak dengar. Dan kadang-kadang, buta tu menyebabkan kita melakukan sesuatu yang takkan dilakukan saat kita celik. Kan? Dan juga menyebabkan kita hanya dengar apa yang kita nak dengar je. Hmm~

So nabi tak kata 'love is blind', nabi kata love makes you blind. and deaf. Cinta tu tak buta, yang butanya kita, nak salahkan cinta pulak? Tak patut..tak patut. hehe.

Apa lagi pasal cinta? Kalau tanya kat Ibnul Qayyim al-Jauziyah rh: "Apabila bunga cinta sudah tertanam dalam kebun hati dan disirami dengan siraman air keikhlasan maka dia akan memberikan buah-buah dan bunga-bunga indah yang berwarna-warni" 
 Macam best je definisi ni kan. Hehe. 
Banyak lah lagi ulama' yang memberi makna kat cinta ni...  Para ulama' pun concern tau pasal cinta. Hehe. Imam al-Ghazali pulak cakap cinta ni kecondongan naluri kepada sesuatu nikmat, bila kecondongan tu kuat kita panggil 'isyq (rindu) tapi kalau kita jauhi dari dia panggil 'maqt(benci sekali). 

Macam-macam.. Kalau kita bagi definisi kat matahari, kita kata matahari ni sesuatu yang muncul saat siang dan tenggelam saat malam. Betul tak? Betul. Tapi tepat tak? Tak tepat 100%... So banyak2 definisi cinta ni, hanya menggambarkan cinta tu, tapi hakikat cinta tu sendiri? Hanya sekeping hati yang memahami... hehehe:P 

Tiada definisi terbaik untuk cinta melainkan cinta itu sendiri~ ececeh

Tapi kan, skop cinta tu hanya pada cinta sesama manusia ke? Sama mak ayah, keluarga, kawan-kawan je.. Ye ke? Tak kan... Cinta tu kan luas. Cinta sesama manusia tu hanya skop kecik. Jom besarkan skop jom~

Kan dalam al-Quran pun ada banyak cakap pasal cinta ni? Nak tau? Bukak Quran, baca. hehehe.

Senang cerita macam ni lah. Nak cakap tentang cinta, tanyalah pada Dia yang menciptakan cinta kan? Dan tak logik kalau kita nak kejar cinta lain before cinta kat Allah kan? Kita tahu cinta dari Allah, kita cuba belajar hakikat cinta, pastu kita pergi cintakan makhluk lain pastu kita lupa kat Allah. Lupa mana satu yang patut dikejar dulu. Patut ke tak? Patut ke tak? Ha... jawablah sendiri. ;)
So? Nak tau tak siapa orang yang dicintai Allah? Nak tahu, kena check ayat-ayat cintaNya... The greatest show of love from our Creator, al-Quranul Karim~ dan dalam al-Quran dan hadith, Dia banyak sebutkan siapa yang dicintaiNya... 
  • Orang yang banyak berbuat baik.

    Dalam al-Quran, cinta ni dalam bahasa arabnya hubb."....sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yang berbuat baik", cuba check surah Al-Baqarah ayat 195. Macam mana nak buat baik? Banyak caranya... infaq samada masa kita lapang mahupun sempit, puasa, solat, semua2 yang Allah suka, itulah yang terbaik^^
  • Orang yang banyak bertaubat.

    Kita ni kan manusia, sering silap, sering lupa, sering tergelincir. Tapi bak kata nabi, orang yang selalu bertaubat ni SEBAIK-BAIK orang. "Setiap anak Adam banyak melakukan kesalahan, sebaik-baik orang yang banyak melakukan kesalahan adalah orang yang paling banyak bertaubat" (HR At-Tirmizi)

    Kalau ikutkan, bila dah taubat tu kan kena meninggalkan dosa tu dan berazam tak mengulanginya? Tapi disebabkan kita lemah, selalu lupa, jadi kena selalu bertaubat, tak berhenti kerana kita takkan berhenti daripada melakukan dosa...
  • Orang yang menyucikan diri

    Menyucikan diri ni, termasuklah zahir dan batin... Kalau zahir badan, kalau batin, hati. Macam mana nak bersihkan hati? Banyakkan buat kebaikan..hehe masuk balik no.1.

    Banyak mengingati mati, membaca al-Quran... mendekatkan diri pada Allah. Rasulullah saw kata, "Sesungguhnya Allah itu bagus dan cinta pada yang bagus, bersih dan cinta pada yang bersih, mulia dan cinta pada yang mulia, pemberi dan suka pada kedermawanan." (HR At-Tirmizi)
  • Orang-orang yang bertaqwa

    Siapa orang yang bertaqwa? Orang-orang yang mengikuti perintah Allah dengan semampunya dan menjauhi seluruh larangan tanpa terkecuali. Taqwa itu tempatnya di hati, dan Allah je yang tahu seseorang tu benar-benar bertaqwa ke tidak. Hmm... "Sebenarnya siapa yang menepati janji (yang dibuat)nya dan bertaqwa, maka sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yang bertaqwa." (Ali-Imran: 76)

    Senang ke ek nak sampai darjat taqwa ni? Susah atau senang, Allah tengok apa usaha kita. So usahakanlah yang terbaik! ^^
  • Orang-orang yang bersabar

    Siapa as-sabiriin ni?  Kalau orang yang dapat result exam teruk, pastu nangis2, lepas tu ngadu kat kawan2, lepas tu kawan pujuk, kata"bersabarlah sabahatku" pastu barulah kita sabar. Ataupun geram kena tipu dengan kawan, lepas tumbuk meja, tiba-tiba teringat dalam hati, 'sabaaaar' lepastu baru sabar.....?

    Dulu, masa Rasulullah saw masih hidup, baginda pernah mendatangi seorang perempuan yang sedang menangis di kuburan, lepastu nabi kata "Bertaqwalah kepada Allah dan sabarlah!" Lepastu perempuan tu marah balik kat nabi, dia kata "Pergilah engkau, kerana engkau tidak merasakan cubaan aku ini!" Nabi pun pergi. Lepas tu datang lagi seorang pemuda, tanya kat perempuan tu apa yang Rasulullah katakan kat kau? Rupanya perempuan tu tak tahu itu adalah Rasulullah saw. Kemudian, perempuan tu pun pergi rumah nabi, dan nabi cakap begini kat dia:
  "Sesungguhnya kesabaran itu ketika pukulan(rintangan) pertama."
( HR Bukhari )

 Sabar ni, berkait rapat dengan redha. Jika awal-awal tak berjaya sabar, ertinya kita belum betul-betul redha, betul-betul menyerah akan segala ujian dan dugaan yang menimpa kita... jadi jom kejar erti sabar yang sebenar^^

Ada lagi 2 golongan, orang2 yang bertawakkal dan orang2 yang adil. InsyaAllah ada masa nanti sambung;))

Salam alayk, ceria-ceria selalu~






*Hadith marfu' diriwayatkan oleh Abu Daud
*Hadith marfu adalah hadits yang khusus disandarkan kepada Nabi saw berupa perkataan, perbuatan atau taqrir beliau; yang disandarkan kepada para sahabat.

~Kita hanya manusia, dan manusia sering terlupa. Marilah mengingatkan sesama kita, moga berjumpa di syurga~

Izinkan aku menyentuh hati-hati itu...

"Yang hidup, pasti kan mati.

Yang cantik, pasti tak selamanya cantik.

Yang datang, pasti kan pergi.

Yang pergi, pasti berganti.


Itu sunnatullah. Hukum alam. Setiap perkara dalam hidup ini, ada kitarannya...

Dan bagi BAIK, masa untuk kitaran itu bakal tiba...."


Sebuah tulisan buat semua ahli BAIK khususnya dan semua muslim umumnya...
Tidak dikongsikan di sini, siapa yang ada facebook saya, mungkin dapat membacanya.
maaf agak kurang sesuai untuk dikongsikan di blog.




Kita bukan siapa-siapa. Tak kiralah jika rupa kita secantik Aishwarya Rai, jika rumah kita sebesar istana, jika pengikut blog kita berjumlah puluhan ribuan orang, Allah tak pernah memandang semua itu, tapi yang akan Allah pandang adalah apa yang telah anda lakukan untuk agama anda. Apa yang telah anda usahakan? Untuk apa hidupmu dihabiskan? Apa yang kau perjuangkan?
 
 


Ini bukanlah tulisan untuk menghamburkan pujian.

Ini tulisan sebagai penghargaan, jika diizinkan Tuhan, izinkanlah aku untuk menyentuh hati-hati orang lain sebagaimana mereka ini telah menyentuh hatiku...
 
Berkatilah mereka, kasihilah mereka, jagalah mereka Ya Allah
Hanya Engkau yang mengetahui segala-galanya~
 

  amiiin ya Rabbal 'alamiiin...

tempat jatuh lagi dikenang part1


Pada hari itu, kedua ibu bapaku bakal berlepas ke Mekah untuk menunaikan haji. Kali pertama bagi mama dan kali kedua untuk ayah. Kali pertama ayah pergi bersama wan(arwah nenekku) pakej swasta, agak last minute. Kali ini bersama Tabung Haji setelah lama menunggu giliran.

Hari itu juga, keputusan PMR diumumkan. Sedih hati mengenangkan ibu bapa bakal pergi jauh, entah dapat ketemu lagi atau tidak... Namun sedih atau tidak, keputusan tetap diumumkan pada pagi itu. Mama menegurku, "Tak nak pergi ambil result ke?" "Nak.." Jawabku lemah. Lantas aku dihantar ke sekolah, ibuku masih mempunyai beberapa urusan terakhir sebelum berangkat.

Agak lewat aku sampai. Sekolah dah pun lengang. Aku pun berjalan ke arah kantin di mana cikgu menunggu. Alhamdulillah, aku mendapat keputusan cemerlang...

Malam itu, kedua ibu bapaku berlepas menyambut lambaian Kaabah
(Panjang sungguh intro itu)

Sepanjang ketiadaan ibu bapaku, nenek saudara datang tinggal bersama kami..
Suatu hari, datang sebuah envelope besar.
"Urusan Seri Paduka Baginda"
Mesti surat tawaran SBP...
Agak excited membukanya, menantikan sekolah mana yang bakal aku duduki...
Dalam hati, sangat mengharapkan antara 2 sekolah perempuan yang elit- SSP atau TKC..
Disebabkan kedua kakakku dulu SSP, maka hati pun mulalah berangan,=p
Yang penting tak nak jauh-jauh.
Envelope dibuka...
"SEKOLAH MENENGAH SAINS MUAR"
Haaa?? Muar?? Johor?? Tak nak!! Dahlah tak pernah dengar pun nama sekolah ni *_*
Tak nak... tak nak... aku mengulang-ulang.
Kakakku di sisi hanya menggelakkan. "Habislah kau kena pergi Johor... Banyaklah tak nak. Ayah mesti tak bagi tolak punya"

Benar sekali telahan itu... Berita tentang surat tawaran itu sampai ke pengetahuan Ayah... 
Suatu hari, sampailah poskad daripada ayah, ditujukan buat anakandanya Nurunnawal dan Farhana. (Angah tak puas hati kenapa tak ada Nurulhusna..:P)

Kesimpulan poskad ayah
"Tahniah dapat tawaran pergi SMS Muar... Bagus sekolahnya....pergilah. Semua urusan, Ayah dah minta Acik Nana uruskan."

What more could I say. Ayah yang memang berpengalaman dalam pendidikan tinggi ni (memang bidang ayah) dah cakap sekolahnya bagus. So I trust him 100%.
Ibu saudaraku guru di TKC ada cuba nak pindahkan ke sana, tapi pada hari result keluar, hari itu juga surat tawaran sudah dikeluarkan. Alhamdulillah~ semuanya ada hikmah:)

Hanya padaNya aku meminta, biarlah kemasukan aku ke sekolah itu menjadikan aku lebih baik, dan biarlah sekolah itu menjadi yang terbaik untukku. Terpaksa berada jauh dengan keluarga...
Aku pasrah dan redha. Namun agak teruja untuk memulakan sesuatu yang baru... Memang dah menjadi impian untuk masuk ke SBP sejak sekian lama~

Kami pun berangkat ke Johor. Aku, Alongku, ibu saudaraku dan suaminya. Kebetulan Pakcik Asri orang Johor, kami menginap di rumahnya satu malam sebelum bergerak ke SAMURA.

Ibu bapaku masih berada di Tanah Haram. Aku tahu, di sana mereka mendoakanku...

Maka bermulalah episod baru dalam kehidupanku.... 

Sampai di dorm Bestari 6, kakak-kakak senior semua terkejut aku tidak hadir bersama kedua ibu bapa.

Menurut mereka, yang datang dengan ibubapa pun muka sedih, nangis. Aku yang datang tanpa mereka, boleh rileks je.

Untuk apa aku menangis? Di saat sampai ke sekolah, aku sudah yakin inilah tempat terbaik untukku. Entah dari mana muncul perasaan itu. Sebelum tiba aku sudah merelakan semuanya...  Sebelum ke sana, aku sudah puas menangis. Memohon petunjuk Allah supaya memimpin hatiku... lalu tiada lagi sebab untuk menangis.

Kehidupan di SAMURA banyak mengubah hidupku. (wah, drastik sungguh bunyinya)
Dicampak ke tempat yang baru, seorang diri, tidak mengenali sesiapa, pasti menuntut seseorang untuk berubah. Tiada lagi ibubapa untuk menolong anda. Segalanya diuruskan sendiri, sudah tentu dengan bantuan senior-senior dan teman-teman lain.

Bersambung...
















tempat jatuh lagi dikenang part2

Kenapa SAMURA mengubah hidupku?

Kenapalah budak ni nak sangat cakap pasal SAMURA ni...dah berzaman kot berlalu

Tak perlu dijelaskan lagi mengapa. Memang SAMURA mempunyai tempat khas di hatiku. Tak kisahlah orang lain nak kata apa, nak kata berada di sana tak merubah hidupnya langsung, terpulang.

It's special because we decided it would be special
If from the beginning we chose it to be ordinary, then it would be ordinary

Di sana aku belajar apa itu tanggungjawab.

Di sana aku belajar untuk diuji.

Di sana aku belajar menangis (ini sangat tipu^^ mungkin di sini belajar untuk menangis dengan dahsyat)

Entah mengapa, mungkin disebabkan situasi bagaimana aku dihantar ke sana, senior dormku melihat kepadaku lebih daripada ahli dorm yang lain. Bukan hendak dikatakan menjadi ahli dorm favorite, tak pernah terniat langsung untuk menjadi anak emas sesiapa. Namun itulah yang terjadi. Jika ada apa-apa tugasan yang harus dilakukan oleh junior, tanggungjawab diberikan kepadaku. 

Di SAMURA, ada sistem biro. Ada bermacam-macam biro diwujudkan, dan semuanya diuruskan oleh pelajar sendiri. 

Biro Makanan (B-Mak) yang menguruskan high-table dan bermacam lagi aktiviti 'menghidang', yang boleh dikatakan antara biro paling sibuk
Biro Sukan (B-Sport) yang menguruskan aktiviti riadah pelajar 
Biro Kesenian dan Keceriaan(BKC) yang aktivitinya dah tentu menceriakan sekolah. Menyiapkan backdrop dan macam2 lagi hiasan indah.

Setiap kali ada pemberian tugas antara ahli dorm, aku menjadi pilihan pertama ketua dormku, Kak Ila.
Sampaikan aku sedar, ada yang kurang senang. Menjadikan aku serba salah. Sedangkan tugas yang diberikan bukanlah untuk suka-suka, tapi sebuah tanggungjawab yang berat.

Akhirnya, tiba akhir tahun, pemilihan untuk bakal KD (Ketua Dorm). 
Bukan menjadi kejutan apabila aku dipilih. Bukan kerana mengharap, tetapi kerana dari awal tahun apabila dia tiada, kerja diserahkan kepadaku. Menerima dengan berat hati, semoga dapat menjadi yang terbaik. Bukan mudah menjadi KD untuk dorm BESTARI ENAM. Entah mengapa, seakan turun-temurun, dorm ini menjadi tumpuan sebagai dorm yang 'fofular'. Bukan  'fofular' kerana apa, tapi 'fofular' kerana kontroversi demi kontroversi. Jadi sudah pasti adalah agak kurang sihat dari segi mental jika mengatakan aku bahagia dilantik menjadi KD*_*

Seterusnya.

Suatu malam, setelah bacaan al-Mulk, setelah 'lights off' Kak Paan, naqibahku memanggil. Katanya KakNa nak jumpa. KakNa ni gelaran untuk Ketua Naqibah, kak Durrah. Dorm sebelah. Kak Erin nakal mengusikku, "habislah, habislah KakNa nak jumpa"

Kak Durrah hanya berjumpa untuk bertanyakan beberapa soalan. Aku cuba untuk tidak memikirkan apa-apa. Layan jela. huhuT.T

Beberapa hari setelah itu, beberapa orang dipanggil semasa prep untuk diinterview oleh ustaz.
Soalan ditanya dan soalan dijawab. Tiada apa-apa pengumuman dilakukan. Kononnya, ini calon-calon naqibah. Namun semua itu hanya spekulasi, tiada siapa yang datang untuk memastikan dan menceritakan kebenarannya...

Akhirnya, kami dipanggil oleh KakNa. "Anda semua dilantik sebagai naqibah dengan percubaan selama sebulan. bla bla bla..."

Naqibah? Aku? 

Agak ramai ketua dorm yang turut dipilih sebagai naqibah. Setiap dorm wajib mempunyai sekurang-kurangnya seorang. Dari satu segi, bagus kerana memudahkan kerja kerana tugas naqibah dan ketua dorm agak berkait. Dari satu segi lain, sangat berat tugas ini*_*

Slogan SAMURA, Dipimpin untuk Memimpin. 
Tiada istilah takut untuk menjadi pemimpin, kerana nanti di dunia luar, anda akan bersedia menghadapi cabaran-cabaran yang ada.

Seronok ke banyak-banyak jawatan ni?

Sesiapa yang mengatakan begitu sememangnya sudah dibutakan dengan kuasa.

Bagi diriku, ia pengalaman yang sangat berharga.

Tiada siapa yang suka dibenci oleh orang (mungkin ini agak exaggerate) namun kadang-kadang, kita terpaksa melakukan sesuatu yang tidak popular untuk kebaikan. Kerana kita yang berada di posisi itu mungkin tak sama pemikirannya dengan kawan-kawan yang lain. Tidak semua orang faham mengapa sesuatu tindakan itu diambil. Ia bukanlah sesuatu yang mudah...
Jurang yang timbul antara ahli dorm juga bukanlah sesuatu yang menyeronokkan. Ia bukan hadir dengan sengaja, namun wujud secara otomatik disebabkan keadaan yang muncul.

Kadang-kadang kita yang berada di bawah tak menghargai orang yang berada di atas. Hanya kritikan dan kutukan yang diberikan, sedangkan kita tak berada di tempat mereka. Bukan mudah menjadi pemimpin. Fahamilah. Namun ini bukanlah alasan untuk seorang ketua melakukan sewenang-wenangnya. Setiap perkara akan diminta pertanggungjawabannya...

Meskipun begitu, mujur masih ada yang kasihan dan menyokong. Buatmu Nurul Aida, entah kamu membaca tulisan ini atau tidak, terima kasih. Kamu memang sahabatku dunia akhirat. 
Entah mengapa aku mengungkit cerita ini kembali. Bukan untuk mengungkit, tetapi untuk mengenang. Mungkin ada antara sahabat-sahabatku hanya mengenalku sewaktu di kolej. Dan atas sebab itu mungkin kalian tak mengenaliku sepenuhnya. Namun buat sahabat lamaku sejak zaman SAMURA, Fizati Sabtu dan Faiqah Nastasha, aku sayang padamu sebagai sahabatku yang berada di sampingku walaupun aku seorang yang entah apa-apa. Sayang korang.

*Faiq, jangan mengada-ngada nak menyalahkan diri kamu atas apa saja yang pernah aku lakukan. Kamu tak ada kaitan langsung. Confounding factor atau tidak, semua itu kesilapanku atas kelemahan daku sendiri okie?.


Oh 'melancholic' sungguh entry ini jadinya. 
Mungkin terlebih hormon.
Ok, kembali kepada topik. SAMURA. Boleh dikatakan di sinilah aku kembali menemui fitrah diriku. Menyedari bahawa aku tak mampu hidup tanpa rahmat dari tuhanku.  Keadaan di SAMURA sangat menjagaku, dan mungkin sebab itu aku 'take things for granted' selepas habis sekolah. Mungkin juga ini berlaku untuk kawan-kawan yang lain. 
Sama-sama tanyakan pada diri, adakah anda berubah kerana SAMURA atau anda berubah kerana Allah? 

Jika benar kerana Allah, mengapa setelah sekolah ditinggalkan, prinsip juga ditinggalkan?
Prinsip yang dahulu begitu teguh kamu pertahankan?

Sedar tak sedar, persekitaran kita membawa impak yang sangat besar terhadap diri kita.
Jika bukan begitu, mengapa Rasulullah saw mengingatkan kita dengan kata-kata baginda tentang pentingnya memilih sahabat;

«Sesungguhnya perumpamaan teman yang baik dan teman yang jahat ialah seperti pembawa minyak wangi dan peniup dandang besi. 
Maka pembawa minyak wangi, sama ada ia menurut kamu, dan sama ada kamu akan membeli daripadanya, dan sama ada kamu akan mendapati daripadanya suatu bau yang sedap. 
Dan peniup dandang besi, sama ada ia akan membakar baju kamu, dan sama ada kamu mendapati suatu bau yang busuk»
Hadith Riwayat Imam Muslim

Wangi kita, wangilah sahabat kita.

«Seseorang lelaki itu adalah di atas agama kawannya, maka hendaklah seseorang daripada antum melihat siapakah yang dikawaninya» 
Hadith Riwayat Abu Daud, dinilai hasan oleh Imam At-Tirmizi

Seseorang kawan akan mempunyai kesan dan pengaruh yang besar ke atas rakannya yang lain, sama ada kesan baik atau kesan buruk. 
Jadi kita hendak memilih menjadi yang sahabat yang baik atau sahabat yang buruk? Sahabat yang membawa ke syurga atau ke 'tempat' lagi satu?

Seorang penyair pernah berkata; 

"Janganlah kau bertanya tentang seseorang, tapi tanyakanlah siapa temannya, kerana setiap teman akan mencontoh teman-temannya."

Suruh orang jadi sahabat terbaik tapi tak menunjukkan cara-caranya macam tak kena pulak kan?
Lihat saja kepada Rasulullah, contoh ikutan terbaik~

“Barang siapa yang menunjukkan kepada orang lain suatu kebaikan, maka ia akan mendapatkan pahala kebaikan yang dilakukan oleh orang tersebut” 
(HR Muslim)

Jom berlumba melakukan kebaikan! Kumpul saham, kaya kaya! 
Hait, niat ikhlas kerana Allah ok!

“Apabila engkau menunjukkan satu orang pada hidayah Allah melalui usahamu, maka itu lebih baik dibandingkan dengan unta merah.” 
(HR Bukhari)
Apa itu unta merah? Allah knows best~


  
Barang siapa berhijrah di jalan Allah, niscaya mereka mendapati di muka bumi ini tempat hijrah yang luas dan rezeki yang banyak. Barang siapa keluar dari rumahnya dengan maksud berhijrah kepada Allah dan Rasul-Nya, kemudian kematian menimpanya (sebelum sampai ke tempat yang dituju), maka sungguh telah tetap pahalanya di sisi Allah. Dan adalah Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. [4:100].



p/s: banyak lagi yang jadi kat SAMURA sebenarnya. Ni ada artikel lama tapi tak publish. Segan kot. tak tau la, tapi macam takde perasaan nak publish pun. ni publish jugak akhirnya, tarikh diedit. baca di sini SAMURA dan syukur













SAMURA dan syukur.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Post ini panjang. You have been warned^-^


 -Kesinambungan dari "tempat jatuh lagi dikenang part 2-
Setelah perjumpaan dengan Kak Durrah, beberapa hari selepas itu diumumkan akan ada 'interview' oleh ustaz di bilik guru. Huhu…

Layakkah aku?

Akhirnya, tiba giliranku untuk diinterview. Tak ingat jugak apa yang ditanya. Yang pasti, seram sejuk tanganku ketika ituT_T. Ada ustaz tanyakan soalan pendapat rasanya tapi tak ingatlah apa. Rasa macam bertanding Miss World la pulak time tu kan^_^ huhu. Jawapan diberikan seadanya...

Dalam masa seminggu selepas itu, kami dipanggil lagi, kali ini oleh Kak Na pula. Tapi bukan semua… Ada yang tidak dipanggil kembali. Semasa perjumpaan tersebut… KakNa mengumumkan kami dipilih sebagai naqibah dengan ‘tempoh percubaan’ selama sebulan. Huahua. Biar benar. Sungguh diriku berperang dengan diri sendiri ketika itu.

Jujur, hendak dikatakan terkejut, tak terkejut pun sebab sebelum itu lagi sudah dikatakan bahawa setiap dorm wajib mempunyai seorang naqibah, dan daripada dormku hanya saya seorang yang tercalon. Huaaa. Jadi mungkin interview bersama ustaz itu sekadar sebuah formaliti, sedangkan yang memilih merupakan naqibah setiap dorm. Hmmm...
Mampukah aku untuk memimpin ahli-ahli dormku?

Ketika itu, diri ini sudah pun terpilih sebagai ketua dorm. Nak tambah pula lagi satu? Hurm*~*

Begitulah bermulanya tugasku. Tidak diminta, jauh sekali diharap, namun tanggungjawab berat itu diletakkan di bahuku dan aku tidak mampu menolaknya.

Dormku dahulu, ******* *, secara tradisi memang ‘terkenal’ disebabkan lokasinya yang ‘strategik’. Urm, tak perlulah saya mengulas panjang lagi…. Dan untuk menambah lagi, ahli-ahli dorm ni memang secara tradisi memang, erm, ‘femes’ mungkin? Senang cerita, dorm ini merupakan dorm ‘panas’ huhuhuT_T (again, faham-fahamlah sendiri)

Risau diri ini memikirkan betapa beratnya tugas ‘mission impossible’ yang menanti di hadapan.

Setelah sebulan, barulah kami diiktiraf sebagai naqibah. Tanggungjawab yang diberikan cuba dilaksanakan sebaiknya. Nama baik dorm terletak di tanganku. Sebagai ketua dorm, sebagai naqibah, segala perkara yang berlaku yang melibatkan dorm dan ahli-ahlinya terletak di bahuku… *_*

Masa berlalu…

Diriku pun sudah menginjak ke tingkatan 5. Masaku dihabiskan dengan menguruskan hal pelajaran dan tanggungjawabku. Berharap dapat menjadi yang terbaik, dan mengharapkan yang sama untuk ahli-ahli dormku. Masa berlalu, banyak kesakitan yang ditanggung. Di SAMURAlah diriku tahu bagaimana rasanya dikhianati oleh orang yang disayangi (harap jangan ada yang salah faham dengan ayat ini). Di sinilah aku merasa betapa segala usaha yang dilakukan seakan sia-sia. Seolah-olah diri ini keseorangan dalam melaksanakan perjuangan...

Hampirku jatuh tersungkur dalam berjuang. Hampir mengalah. Hampir putus asa. Namun dalam segala kekurangan yang ada padaku, masih ada yang menyayangi. Di sana duri, di sana juga madu. Sampai sekarang, kata-kata seorang teman dormku masih ku ingat pada suatu malam…

“Orang teringin sangat nak jadi macam Farhana,” kata *Ida[bukan nama sebenar]
Sungguh pelik ku mendengar pernyataan itu. Mahu jadi diriku? Haha… rasa sungguh pelik dan kelakar.
[tapi tak gelakla.. sensitif kawanku yang seorang ni:) ]
“Kenapa pulak *Ida?” Kalaulah dia tahu apa yang kurasakan…
“Yela, suka tengok muka Farhana… Tenang je selalu... Apa-apa jadi pun muka Farhana selalu tenang je...”
*terdiam dan terkejut sambil cuba menghadam apa yang dikatakannya...*

‘Tenang?’


Itulah pertama kali aku mendengar pengakuan sebegitu. Memang sudah menjadi kebiasaanku, semenjak masuk Tingkatan 5, aku lebih banyak berdiam. Segala masalahku, tidak ku ceritakan pada sesiapa di dorm. Walaupun dalam kesakitan, aku lebih banyak menyimpan, hanya diam yang menjadi ubatku. Dan mungkin sebab itu temanku berfikiran sedemikian, wallahua’lam. Yang pasti, *Ida[bukan nama sebenar] banyak menaikkan semangatku, walaupun tanpa disedarinya. Baruku sedar, ada insan yang di belakangku, yang masih menghormatiku di kala merasakan diri ini bersendirian. Sungguh diri ini sangat menyayangi kamu. Bilalah dapat jumpa lagi:')

Mungkin benar juga kata-katanya. Kehidupan di SAMURA, walaupun tidak semuanya indah-indah, banyak hempedu daripada madu, aku merasakan ketenangan di situ.
Bermusafir di negeri orang tatkala ketiadaan kedua ibu bapa yang menunaikan panggilan tuhan. Mendapat tawaran tatkala ketiadaan mereka. Hanya sebuah 'postcard' yang diterima daripada ayahandaku yang memintaku menerima tawaran untuk ke sini. Oh sedihnya masa tu-_-"
Kehilangan nendaku yang tersayang seminggu sebelum berjuang menghadapi peperiksaan percubaan...

Menyedari pemergiannya hanya apabila melakukan sebuah panggilan telefon biasa...

Mengetahui pemergiannya beberapa hari setelah arwah dikebumikan.
Hari itu, semasa menelefon ibuku, adikku yang mengangkat telefon.
"Hello..."
Dia seperti kaget. "Eh, Ana......."
'Aik, tak pergi sekolah ke Muna ni?'
"Muna, Mama ada?"
Telefon bertukar tangan.
Tatkala mendengar suara lembut ibuku bertanya,

"Hello....Ana.... dah dengar berita?"
Berita apa, sudah dapatku agak apa walaupun tidak dinyatakan...
Minggu sebelumnya baru sahaja pulang ke Shah Alam, dan ketika itu sempat berjumpa nenekku di hospital buat kali terakhir sebelum pemergiannya. Terkejut, kerana menyangka sakitnya hanya sementara... Allah lebih Mengetahui....

Di pondok telefon itulah mengalir deras air mataku.

Inginku pulang...namun akhirnya menerima 'voicemail' dari mama melalui telefon bimbit guruku memintaku tidak pulang. Segala-galanya telah selesai diuruskan...
Mama memintaku fokus pada peperiksaan yang bakal tiba minggu hadapannya......
Kecewanya hati ini hanya Allah yang tahu.
Aku menjadi satu-satunya cucu yang tidak pulang menemuinya setelah pemergiannya.

Perit. Menghadapi kesedihan itu, dan menghadapi kerenah manusia yang tidak pernah habis...

Satu demi satu memaksaku mencari kekuatan entah dari mana.
Namun, kasih sayangNya tidak pernah bertepi.
Aku menemui ketenangan yang dicari di sini.
Dan ketenangan itu aku rindui setelah habis zaman persekolahan...


**********************************************************************


Setelah habis sekolah, aku lihat ramai yang berubah, dan yang pasti bukan perubahan yang positif-_-
Diriku juga begitu. Lupa akan segala nikmat yang pernah diberikanNya dahulu di kala sedang kesempitan.

Entah kenapa, perkara yang dahulu semasa sekolah amat dijaga, setelah sekolah, diringan-ringankan.
Akhlak yang dahulu sungguh molek sekali, berubah 180 darjah.
Prinsip yang dahulu dipegang, setelah sekolah dilupakan.
Sungguh aku pelik, tetapi tidakku hairan.
Benarlah namanya manusia, apabila dibentangkan dunia di hadapan, selalu alpa.
Apabila mendapat nikmat, selalu lupa bersyukur.
Syukur? Cukupkah sekadar dengan berkata “Aku bersyukur….”?


Syukur bukan hanya di lidah semata-mata…
Tanda syukur itulah taat
Setiap tempat, setiap waktu
Syukur itu dapat dilihat
Pada sikap dan tingkah laku


Tanda kita menjadi hamba yang bersyukur adalah dengan taat padaNya.
Taat kepada segala perintah Dia yang memberikan semua nikmat.
Jika ada orang memberikan sesuatu atau berbudi pada kita, tidakkah kita merasakan terhutang budi?
Tidakkah kita terasa mahu membalas segala kebaikan dan jasa orang tersebut?
Tidakkah?
Jadi mengapa kita sering menjadi hamba yang tidak bersyukur?

Kita yang namanya manusia selalu lupa bahawa hidup ini hanya sekadar persinggahan.
"Dan kehidupan dunia ini hanyalah senda gurau dan permainan. Dan sesungguhnya negeri akhirat itulah kehidupan yang sebenarnya, sekiranya mereka mengetahui" 29:64
As humans, we always miss the bigger picture.
Think out of the box, they say.

At the same time, we let our minds be brainwashed into thinking that the things we'll leave behind one day or another are the things that mean everything.

Live life till the fullest!

Tomorrow may never come!

You only live once!
Don't get me wrong, all three are correct, I'm not saying any of them are wrong.

But most of the time we miss the concept.
We miss the bigger picture.

And we don't think out of the box.

We claim to be intelligent, but actually, the cat next to us may be more smart than we are.

Live life till the fullest doesn't mean do anything you want, no matter the consequences.

Live life to the fullest means living life responsibly, and doing all you can to ensure that once your life ends, and you know it will, you know that you've lived the life He wanted you to live so that you can have a BETTER AFTERLIFE that lasts forever. Which one do you want, 50 years or forever?
Tomorrow may never come.

Yes, tomorrow may never come, I may never get the chance to ask for His forgiveness tomorrow, I may not have the chance to gain more 'amal' tomorrow, I may not breath tomorrow... He may decide to end my life without granting me his forgiveness! At that time, we would wish we had lived a better life. The life filled with his love and blessings....

You only live once!

So live it wisely. Life isn't meant to be enjoyed, it's not a bed of roses. This is just a pitstop. A place we collect whatever 'bekal' we can, for a better life. A life He promised for those who have faith. Are we the people with faith? Or do we just claim to be?

-How we always miss the bigger picture-

'Bahawa Rasulullah s.a.w. bangun sebahagian daripada malam bersembahyang hingga bengkak kedua kakinya, maka aku (Aisyah) berkata kepada baginda,
"Mengapa Rasulullah s.a.w lakukan ini semua, bukankah dosa tuan telah diampunkan oleh Allah sama ada yang terdahulu ataupun yang terkemudian?"


Baginda menjawab: "Salahkah aku menjadi hamba yang bersyukur?”'

(Muttafaq ‘Alaih)


Bersyukurkah kita?
Semoga kita sama-sama diberikan kekuatan untuk benar-benar syukur atas segala pemberianNya kepada kita selama ini, amiin.....

p/s: masih mencari Farhana yang dulu... yang dikatakan tenang itu, masih wujudkah?

Upgrade.


Salam alayk.

Cuba bayangkan situasi ini.

Anda pergi  bermusafir ke negara orang demi sebuah perjuangan menuntut ilmu.

Dah tentu, kat negara asing, sukar untuk menjumpai makanan Malaysia.

Namun anda tak pernah berhenti mencari. Walaupun pada akhirnya memang tak jumpa pun makanan Malaysianya..

Tapi.. di sana anda menjumpai sejenis makanan yang halal yang sangat sedap!

Dan makanan itu menjadi makanan kegemaran anda yang baru.

Hari ni makan. Esok makan lagi. Lusa makan lagi. 

Dan ini berterusan sehingga beberapa bulan lamanya...


Ok. Boleh bayangkan?

Boleh nampak?

Jadi, anda telah mengulang perkara yang sama berbulan-bulan lamanya hanya kerana 
anda dah berpuas hati dengan apa yang anda miliki 
dan tidak berusaha mencari manalah tahu kot-kot jumpa makanan yang jauh lebih sedap daripada yang ada sekarang.

Hmm..

Cuba pula kita kaitkan dengan kehidupan kita.
Mungkin pernah suatu masa dulu, 
kita merasakan perlu mencari sesuatu yang hilang dari hidup kita.
Kita mencari tempat untuk kita berpegang, tempat berpegang yang kukuh dan takkan mengecewakan kita.
Akhirnya... Setelah lama pencarian berlangsung,
Alhamdulillah kita pun temui apa yang kita cari, 
Kita jadi lebih yakin dengan apa yang kita pegang selama ini,
lalu kita pun mengamalkan ilmu itu secara berterusan.
Bagus, kerana kita beramal dengan istiqamah.
Masa pun berlalu... 

Malang sekali, 
kita lupa syaitan sentiasa bersedia untuk 'membelit' hambaNya yang ingin berubah ke arah yang lebih baik...
Lalu kita berjaya dijerat olehnya.
Mungkin kita tak 'berpegang' pada tempat berpegang itu sepenuhnya
Mungkin kita lupa berdoa supaya hati kita tidak dibolak-balikkan olehNy
Di saat langkah kita baru separuh, kita telah merasakan kita telah sempurna
Lalu kita berhenti untuk melakukan perbaikan.
Kita merasa puas, lalu teguran dan masukan tidak dihiraukan.

Sedangkan pada hakikatnya apa yang kita miliki itu hanya sedikit..
Sedikit jika dibandingkan dengan orang-orang hebat yang lain.
Sedangkan apa yang kita lakukan sebenarnya belum cukup..
Belum cukup untuk dikatakan ianya suatu pencapaian
Selagimana ia belum memenuhi piawaian yang ditetapkan oleh Dia yang Maha Pencipta,
yang menciptakan kita semua...
Kita hanya mampu berusaha, yang menentukan adalah Allah jua...
Kita bukan siapa-siapa...

Jalan yang ditempuh baru separuh.
Tapii... Nak terus atau patah balik?


Dilema?

Jangan... Teruskan melangkah, dan berhenti bila dah sampai syurga, insyaAllah=)




p/s: Ini entry syok sendiri. Ditulis oleh diri sendiri, untuk diri sendiri jua, tiada kaitan antara yang hidup atau telah mati. Jika ada terkena batang hidung siapa2, sama2 kita perbaiki diri...
Wallahul musta'an


selingan=)


“Seseorang itu sentiasa alim selama mana dia menuntut ilmu. Tatkala datang persepsi diri bahawa beliau sudah menjadi alim, maka jahillah dia”
Ibnu Mubarak


 

 "Dan barangsiapa yang mengerjakan kejahatan dan menganiaya dirinya, kemudian ia memohon ampun kepada Allah, nescaya ia mendapati Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang" 
(An-Nisa: 110)

Tiga R

Relax Respect Response....3R!


Eh...salah salah.


3R untuk Refresh, ReZest & Rezone !

JOM ramai-ramai [ladies only] bersuka ria sambil menikmati keindahan alam di 
Citengah, Sumedang
pada 14 Februari 2010!

bayaran hanya rp15k!

hubungi nombor yang tertera di poster sekarang juga! hehe


Valentine's? Apakah~?


-gambar takde kaitan. rindu rumah lama. inilah dia tempatku membesar selama hampir 4 tahun 2480 Cumberland Road-

I wish

Sometimes I wish someone would broadcast a live video of my family so I could watch and never miss anything that happens.

I seem to miss everything these days.

And looking at photos would never be enough.

That's the price of sacrifice, you win some and you lose some.

Wherever you are, that's the best place to be because that's what He decided for us.

Whatever that happens to us, good or bad, that's the best thing that's ever happened to us because He meant for it to happen, even though our minds at that moment couldn't decipher the reason why this is so and why that is such. 

Patience and thankfulness.

Patience and thankfulness.


Patience and thankfulness.

Ever heard of this:

Good things come to those who are patient.

or maybe this one is better

عَجَبًا لِأَمْرِ الْمُؤْمِنِ إِنَّ أَمْرَهُ كُلَّهُ خَيْرٌ وَلَيْسَ ذَاكَ لِأَحَدٍ إِلَّا لِلْمُؤْمِنِ إِنْ أَصَابَتْهُ سَرَّاءُ شَكَرَ فَكَانَ خَيْرًا لَهُ وَإِنْ أَصَابَتْهُ ضَرَّاءُ صَبَرَ فَكَانَ خَيْرًا لَهُ
Sungguh mengagumkan perihal mukmin. Sesungguhnya semua hal yang dialaminya adalah baik. Sifat itu tidak dimiliki siapapun kecuali oleh seorang mukmin. Jika ia mendapatkan hal yang menyenangkan, ia bersyukur. Maka hal itu menjadi suatu kebaikan baginya. Jika ia ditimpa hal yang menyakitkan, ia bersabar. Maka hal itu menjadi suatu kebaikan baginya.

Hadith Riwayat Muslim

What's taking you so long?

Salamullah alayk~

-------- 
ini adalah rentetan daripada entry ' who are you?'
---------

Sekarang sedang menikmati cuti semester yang paling pendek di dunia selama 1 minggu.
Ok sangat exaggerate. Bersyukur2 -_-"

Sedang berehat di rumah temanku di Jakarta, tiba-tibateringat tentang 'sharing' bersama teman2 caspel [nama glamour casa pelangi] usai sahaja maghrib setiap hari.
Setelah selesai perkongsian hadith40 untuk hari tersebut, 
salah seorang ahli rumah tiba-tiba mengeluarkan notebooknya dan berkongsi dengan kami sebuah video di youtube.

Mungkin saja video ni sudahpun dibaca, eh ditonton oleh kamu-kamu sekalian, mungkin juga belum.
Video tentang sesi soal jawab bersama Dr.Zakir Naik, seorang yang tidak asing lagi dalam dunia Islam.

Seorang yang sudah banyak berdakwah ke seluruh dunia, berdialog dengan manusia dari bermacam jenis agama, dan kesan dari usahanya, dengan hidayah dari Allah, telah menyebabkan ramai orang kembali kepada fitrah dan kembali kepada Islam.
Hanya Allah yang mampu membalas segala jasanya...
Ok, ni dialog dalam video tersebut.
Antara Dr.Zakir Naik dan seorang wanita(Indian, I presume)

***
disclaimer:
there may be certain errors, but I've tried my best to copy it exactly as what has been said
***


Sister: 
"First of all, I want to thank you for all your commandable work, spreading the message of peace, love and brotherhood. 

I want to ask you Brother Naik, if Quran is the God's words, if Islam is truly the way of life, then why are people taking so long in realising and accepting it?"



A very good question.


Apa jawapan Dr.Zakir Naik?
Saya cuba tulis sini, disebabkan beliau berbicara laju ala2 bullettrain dan bukan senang nak tangkap setiap butir kata-katanya itu~~

transition gaya bebas dari video itu 
(cuba sedaya upaya untuk rewrite bulat-bulat 100%)
Dr Zaik said that was a very good question, repeated the question, and then replied:

ZN:

Sister, the straight path is not always easy to follow, your perception differs. The perception of each individual differs.

For example.
A person who may not be following Islam, 
who wants to accept Islam, 
He may be an alcoholic.
'I'll have to stop having the alcohol.
I may have to stop going out with girls and dating.'
So then, that will prevent him. (from embracing Islam-  me)

So what he thinks;
'Ok fine, Islam may be good, 
BUT
I don't want to stop my alcohol.
I don't want to stop going out flirting with girls.
I don't want to stop having pork.'

So then you learn, there may be certain 'hitches' (halangan-   me) that may come.

Maybe,
a person may not be alcoholic,
maybe,
he may not be having pork,
but he may think

'Ok, if now I have accepted Islam,
that means for 40 years I was a fool??
Oh, I better not accept Islam'

Some may think,
If I (become) Islam what will my friends say?,
What will my mother say?
What will my father say?


So,
all these obstacles, sister,
only if you can overcome these obstacles,
can you accept the truth.

So therefore, what you have to realise (is), 
That the message is clear.
The message is logical.
It's absolutely clear.
But.
There are other things which are there in the baggage.

A person has to be so strong,
that,
" If Islam is is the truth, then I'm ready to accept the truth.
Even if I have to leave my other non muslims friends."

And believe me sister, this is only a preception, 

and I know many non-muslims, for they have accepted Islam, and still got their old friends.

'Oh, Zakir, don't speak to nonmuslims you will lose the friendship'

I (ZN) have very good non muslims friends also.
MasyaAllah they respect me.
See for example, you.
You have appreciated me? MasyaAllah you are a non-muslim?

So, my job, is to present the truth.

And one more thing.
Quran clearly mentions in Surah Baqarah, Chapter number two, verse number 256.

"La iqraaha fiddeen"
There is no compulsion in religion.
Truth, stands out clear from error.
Our job, sister, is to present the truth.

Whether a person accepts it or not, it depends upon him.
If Almighty God wanted everyone to accept, it is very easy!
It's mentioned in Quran, Allah mention in Surah Furqan,  Chaper Number 25
If He wanted, He could have made everyone a believer.
Very easy.
"Kun fayakun"
Very easy..!

BUT.
There is a test.
Allah says in the Quran
In Surah Mulk, Chapter number 67 verse number 2
'Allazi khalaqal mauta walhayata'
Allah has created death, and life,
to test,
which of you is good in deeds.

So this life, sister, a test for the Hereafter.

Know when a person realises the truth,
everything you realise (as) the truth you don't follow.
You may follow 80%, 
you may follow 50%,
there are very few people who follow 100%.

Even all the muslims, don't follow 100%.

Some muslims may have ------ (not sure at all what he says),
yet, they are muslim!
[I think what he's trying to say is that muslims may do things or have things which are prohibited in Islam, yet they are muslims-  me]

So what you need to realise sister,
the major concept of Oneness of God,
and believing in the last and final messenger,
and believing in the hereafter,
These two, three points are the most important sister.

And,
That is the same thing I tell you sister,
You asked me the question,
I'll ask you the same question

"Then what is taking you so long in accepting the truth sister?"
------------------
After saying this, (tetibe English pulak kan, haha layan jela) 
DrZakir Naik returned to his seat.
And at the same time, the sister said;

"Dr. Zakir Naik, I just want to say something, 
that here with your blessing,
I accept Islam,
and repeat the kalimah!
"La ilaha illaLlah, Muhammadar RasuluLlah"

Lepas tu (Melayu balik dah)
Tiba-tiba Dr Zakir Naik ada kat microphone balik 
dan dia berkata

"MasyaAllah sister, hamdalah, bless you, hamdalah, 
biljannah insyaAllah sister
I welcome you sister
and may Allah bless you Jannah insyaAllah
(tak dapat tangkap sangat, lebih kurang )



I strongly advise you to watch the video and not rely on my writing only.
Baru ada feel ;)

Lepas tu jemput comment untuk berkongsi apa yang anda dapat daripada video tersebut.
Kalau nak laa.. Tak nak tak pe =)

Untuk kita sama2 fikir, apa ibrah yang boleh didapati daripada video dan perkongsian ini~


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


Allah is waiting for you to come back,
so what are you waiting for,
a miracle?


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Reminder for the soul

“Aku hairan dengan orang yang mengetahui kematian, tapi mengapa ia masih tertawa;

Aku hairan dengan orang yang tahu bahawa dunia adalah sementara, tapi mengapa ia sangat mencintainya;

Aku hairan dengan orang yang mengetahui semua urusan telah ditakdirkan, tapi mengapa ia takut kehilangan;

Aku hairan dengan orang yang mengetahui bahwa hisab adalah suatu kepastian, tapi mengapa ia tetap mengum
pulkan harta dan menghitung-hitungnya;

Aku hairan dengan orang yang mengetahui panasnya api neraka, tapi mengapa ia tetap berbuat dosa;

Aku hairan dengan orang yang mengaku mengenal Allah, tapi mengapa ia meminta tolong kepada selain-Nya;

Aku hairan kepada orang yang mengaku mengetahui kenikmatan syurga, tapi mengapa ia merasa hidup tenang di dunia;

Dan aku hairan kepada orang yang mengetahui syaitan adalah musuhnya, tapi mengapa ia mentaatinya.”

Uthman bin Affan Radhiyallahu anhu
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Masa umpama pedang