berita gembira

Assalamualaikum~
Minggu ni minggu sedih. Minggu sedih dan emo. Mungkin kerana terlampau penat, tidur yang tidak semakin tidak teratur dan macam-macam lagi. Tak perlu explain panjang-panjang kat sini. Sebab tajuk post ni pun berita gembira, tiba-tiba cakap pasal benda sedih. Apakah~? kui2.

Post ni cakap pasal apa sebenarnya??

Ya, sabar2=P

Berita gembira 1=
15 Disember ni bday ayah. Aik bukan berita gembira pasal diri sendiri pun:p
Tak pela, gembira jugak la tu. Tak sabar nak wish ayah. Ayah nak masuk...65 tahun dah... huhu...
(Ayah saya kawin lambat, around 30+, tambahan pula saya anak ke5 jadi agak besar perbezaan umur itu) <--- Eh ada orang tanya ke? Biarlah, saje nak cakap:p

Hadiah untuk ayah adalah dia bakal menerima menantu,lalalalala

Akhirnya penantian yang lama bakal sampai ke penghujungnya~~~

Tadi dah cerita umur ayah nak sampai 65 dah. Umur kita makin bertambah, makin dekat kita kepada kematian..huhu. Doaku, semoga ayahku semakin dekat dengan Tuhan, diampunkan segala dosa-dosanya yang telah lalu dan dirahmati olehNya selalu.
amiiiiiiiiiin.........
*pensieve mode*

Berita gembira 2=
Abang pun dah nak kawin jugak~~~
Sape yang tengok fb saya mungkin ada perasan syarat yang ayah bagi untuk abang kawin:ppppp
Jadi walaupun syarat itu belum tercapai lagi (banyak lagi masa abang, chaiyok!!hihi:p), akhirnya ayah setuju untuk menghantar rombongan merisik untuk Kak S, dan meminta emakku memanggil adik2nya [pakcik2 saya] jadi wakil untuk rombongan merisik tersebut
:DDDD
(abang saya hensem tau,cumanya dia dinosaur je, haha tibe2 je:p)

Jadinya, tahun depan pada tarikh **/**/2010 bakal ada dua walimah~
(melompat2 kegembiraan dalam hati.haha)
**Saya baru dapat tahu tadi. Sebab tu terlebih excited ni:p

Semoga segala urusan dipermudahkan, insyaAllah:)

Doakan semuanya berjalan lancar~

**Turutan anak yang bakal berkahwin: no.3 , kemudian  no.4, seterusnya? Siapa dulu? Yang penting bukan no 6 hehe:p

~~*~~*~~*~~*~~*~~*~~*~~*~~*~~*~~

p/s: Thinking positive~ Bersangka baiklah~

p/s2: Dunia ini penuh dengan sangkaan. Kita sangka orang ni maksudkan suatu benda, sedangkan perkara yang dimaksudkan adalah jauh berbeza dari apa yang kita sangkakan. Kenapa? Saya berhenti di situ. Fikir2kanlah. Saya yakin semua yang membaca ini bijak pandai :)

p/s3: Seorang mukmin ini ibarat cermin bagi mukmin yang lain.(HR Atthabrani) Jadi apabila melihat sesuatu perkara yang berlaku di sekelilingnya, ia akan melihat kembali ke dalam dirinya sendiri dan mengambil pelajaran daripadanya, samada baik atau buruk, adakah perkara yang dilihat itu ada pada dirinya?
Renungkanlah... practice what you preach. Semoga kita senantiasa membuka hati kita untuk memuhasabah diri terhadap segala tindak tanduk kita, adakah kita menjernihkan keadaan atau sekadar menjauhkan dan mencipta jurang? Allah knows best~

p/s4: Saya tak mahu menjadi seorang yang keras hati... tak nak tak nak tak nak. Nauzubillah~

p/s5: Tiada soal siapa benar siapa salah...itu bukan niat kita, untuk mengatakan aku betul dan kau salah. Sedarilah, kita mempunyai satu maksud, satu hati dan satu tujuan---> menuju mardhatillah. Syaitan SENTIASA alert dan bersedia! Kita bagaimana? Semoga kita sentiasa terpelihara daripada belitan syaitan yang sentiasa berusaha merosakkan niat dan tujuan kita..
A'udzubillahi minassyaitanirrajim...

   p/s6: Berkomunikasilah. Communicate. Communication does not happen in one direction, but in two ways...

p/s7: Biasanya kalau tension pasal sesuatu saya akan tulis dalam BI. (Maybe because I express myself better in English)Biasanyalah...:p

p/s8: sentiasa memperbaiki diri! insyaAllah~

Wassalamualaikum:)

Allah knows best~
 


Buat sahabat yang sangat aku sayangi

Sahabatku
Aku mengerti
Ujian yang menimpa ini sangat berat buatmu
Sangat menggugat kekuatanmu
Sungguh aku mengerti
Namun kau juga harus tahu
Ujian itu takkan pernah sia-sia
Kerana ia datang dari yang Maha Pencipta
Sebagai tanda kasihNya
Agar kau tidak alpa

Sahabatku
Aku tahu
Kau terseksa
Dengan pukulan demi pukulan
Yang seakan tiada henti
Sungguh aku fahami
Namun kau harus ingat
Pukulan itu hadir sebagai ingatan
Untuk kembali menginsafi diri
Di mana silapnya aku ini?
Hamba apakah aku ini?

Sahabatku
Aku tahu
Kau insan yang kuat
Yang mampu menghadapi semua ini
Namun insafilah jua
DIAlah sumber kekuatan paling utama
Dalam setiap perkara
Kembalikanlah padaNya
Dan setiap butir air mata
Adukanlah padaNya
DIAlah mujarab segala duka
Semoga mendung bertukar ceria

Sahabatku
Kau sahabatku yang tercinta
Hilangkanlah segala duka
Lupakanlah segala derita
Kerna semuanya hanya sementara
Berpegang teguh hanya padaNya
Pasti harapan takkan pernah sirna...

Wanita, jagalah dirimu...

Assalamualaikum~

Kedudukan seorang wanita di sisi Islam adalah sangat mulia.
Sebuah hadith yang menunjukkan betapa tingginya martabat seorang wanita yakni ibu:
Hadith dari Mu’awiyah bin Jahimah (معاوية بن جاهمة ) yang datang kepada Nabi S.A.W. dan berkata:


يا رسول الله أردت أن أغزو، وقد جئت أستشيرك, فقالهل لك أم؟ قال: نعم. قال : فالزمها فإن الجنة تحت رجليها

Maksudnya: “Wahai Rasulullah, aku ingin pergi perperang, aku datang untuk meminta pandangan-mu. Nabi S.A.W. bertanya: Apakah kamu mempunyai ibu? Jawabnya: “Ya”. Sabda Nabi S.A.W.: Peliharalah (berbuat baiklah kepada) dia, sesungguhnya syurga berada di bawah dua kakinya.”*
*Riwayat al-Nasa’I dan selainnya. Disahihkan oleh al-Hakim dan disepakati oleh al-Zahabi, diperakui juga oleh al-Munziri. Al-Albani pula menghasankan isnad hadith ini

Nah, betapa mulianya kedudukan seorang wanita dalam Islam. Oleh sebab itu Islam sangat mementingkan kehormatan seorang wanita. Allah menetapkan hukum-hukum khusus tentang wanita (contohnya aurat) mengikut kehendakNya, dan terbukti tujuannya hanyalah untuk memelihara kesucian seseorang wanita, dan BUKAN untuk mengongkong ~

Namun hakikatnya zaman ini wanita muslimah semakin keliru tentang batas aurat yang harus dijaga oleh mereka. Pada zaman moden ini, ramai pihak yang berlumba-lumba untuk mengadakan busana muslimah khas untuk wanita Islam, namun adakah benar busana muslimah yang kita lihat sekarang benar-benar memenuhi syarat menutup aurat bagi seorang wanita?

Contohnya di Malaysia, dengan bertambahnya fesyen bagi golongan muslimah, kebanjiran fesyen2 tudung contohnya selendang yang bermotif yang cantik untuk dipandang. Selain itu banyak juga majalah-majalah khas untuk wanita yang mempamerkan 'busana muslimah', yang dikatakan membolehkan wanita untuk berfesyen di samping memelihara nilai-nilai agama.

Persoalannya, benarkah?

Jom kita lihat beberapa ayat2 alQuran dan alHadith yang menceritakan tentang perihal aurat seorang wanita~




Daripada Abu Hurairah r.a., katanya Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, “Ada dua macam penghuni neraka yang kedua-duanya belum kelihatan olehku. Pertama, kaum yang memiliki cambuk seperti ekor sapi yang digunakan untuk memukul orang lain. Kedua, wanita yang berpakaian tetapi sama seperti telanjang (kerana pakaiannya tidak menutup aurat, nipis dan mendedahkan bahagian yang tidak sepatutnya dilihat bukan muhrim) dan wanita yang mudah dirayu dan juga suka merayu. Wanita tersebut tidak dapat masuk syurga, bahkan tidak dapat mencium bau syurga, padahal bau syurga itu dapat dicium sejauh perjalanan demikian dan demikian”
(Sahih Muslim)

Mereka dikatakan berpakaian, kerana memang mereka itu melilitkan pakaian pada tubuhnya, tetapi pada hakikatnya pakaiannya itu tidak berfungsi menutup aurat, kerana itu mereka dikatakan telanjang, kerana pakaiannya terlalu tipis sehingga dapat memperlihatkan kulit tubuh, seperti kebanyakan pakaian perempuan sekarang ini. ( Al-Halal Wal Haram Fil Islam, Dr Yusof Al-Qaradawi)


“Hai Nabi katakanlah kepada istri-istrimu, anak-anak perempuanmu dan istri-istri orang mukmin: "Hendaklah mereka menghulurkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka." Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, karena itu mereka tidak diganggu. Dan Allah adalah Maha pengampun lagi Maha Penyayang.” (Surah al-Ahzab 33:59)

" .....hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi
dada-dada mereka..... "
(An-Nur 24:31)

sabda Rasulullah kepada Asma’ binti Abu Bakar,
“Wahai Asma’ sesungguhnya seorang wanita itu apabila telah baligh (haidh) maka tidak boleh baginya menampakkan tubuhnya kecuali ini dan ini, seraya menunjukkan wajah dan telapak tangannya.”
[HR Abu Dawud]



***ciri-ciri pakaian menutup aurat yang dituntut oleh syara‘ bagi wanita itu adalah seperti berikut:

1. Pakaian yang longgar. Bukan pakaian sempit yang menampakkan susuk atau bentuk tubuh badan.

2. Pakaian yang labuh yang menutupi keseluruhan anggota aurat.

3. Pakaian yang menutup warna kulit anggota aurat dari kelihatan. Bukan pakaian yang nipis atau jarang yang menampakkan warna kulit dan bayang-bayang tubuh dari luar.

dan banyak lagi~ namun cukuplah sekadar apa yang diberikan.

Jadi, adakah fesyen wanita yang kita lihat sekarang mematuhi 'skema jawapan' yang ditetapkan oleh Allah?
Kita tidak boleh terlalu teruja dengan apa yang kita lihat dalam dunia fesyen sekarang...
Cantik di pandangan manusia belum tentu cantik pada pandangan Allah..
dan cantik pada pandangan kita pun belum tentu cantik di mata orang lain.
Tidakkah kita pernah menyoal untuk apa kita menunjuk-nunjuk apa yang ada pada diri kita?
Sedangkan walau tanpa semua itu, wanita itu sendiri sudah kelihatan cantik di mata lelaki.
Jadi usahlah menyusahkan orang lain dengan perkara yang kita lakukan...
Seandainya kita tidak peduli tentang masa depan kita, janganlah merosakkan masa depan orang lain

Harus diingat kita adalah wanita Islam, dan darjat kita tidak sama dengan wanita lain. Kita menjadi mulia kerana Islam, jadi janganlah kita kembali kepada zaman jahiliah yang mana wanita tiada nilai pun di mata masyarakat.

Ketika zaman jahiliah belum diturunkan perintah kepada wanita supaya memelihara aurat,jadi siapakah yang lebih baik? Kita atau mereka? Sedangkan mereka merupakan masyarakat yang jahil dan tiada petunjuk diberikan kepada mereka, dan kita hanya tinggal untuk patuh sahaja.

Ingatlah muslimah yang tersayang, kehendak nafsu dan akal tidak boleh mendahului dalil dan nas dalam al-Quran dan as-Sunnah. Biarlah orang-orang Barat dengan cara mereka, dan kita dengan agama kita.
Tidak sama kita dengan mereka.
Andai benarlah syahadah yang kita lafazkan acapkali,

"Tiada tuhan selain Allah, dan Muhammad itu pesuruh Allah"

maka buktikanlah apa yang dilafazkan itu.
Buktikanlah bahawa kita merupakan wanita muslimah dengan bersungguh-sungguh berusaha untuk memelihara aurat kita, untuk berserah diri kepada Allah dengan mengharapkan syurga.
Hentikanlah daripada berangan-angan untuk mendapatkan syurga jika tidak mahu berjuang untuk mendapatkannya..
Suatu ingatan buat saya dan kita semua..

Wanita sekarang menjadi fitnah terbesar bagi kaum lelaki...
Kita hanya mampu membayangkan betapa kewujudan kita mampu menggugat keimanan seorang lelaki,
namun hakikatnya kita takkan mampu mengetahui betapa hebatnya dugaan itu.

Harus diingat runtuhnya sebuah bangsa kerana rosaknya para wanita, dan hebatnya suatu bangsa kerana kehebatan wanitanya melahirkan lelaki-lelaki yang hebat!
Adakah kita tegar membiarkan lelaki kalah dengan kita semata-mata kerana kurangnya ketaatan kita pada Allah? Betapa kita mementingkan diri sendiri, membuat sesuatu perkara semata-mata mengikut kehendak hati kita tanpa memikirkan natijah tindakan kita itu terhadap orang lain...

Ingatlah, ahli neraka nanti kebanyakannya tergolong daripada wanita...
Adakah kita rela dicampak ke dalam neraka?
Menghadapi seksaan di dalamnya?
Tiada siapa yang sangguppp.sedangkan panas matahari pun sudah tidak tertahan,
apatah lagi neraka yang sudah pasti lebih dahsyat lagi

Hati seorang wanita itu sangat lembut... Namun lembut bukan bermakna lemah!
Jangan sekali-kali kita kalah dengan kehendak hati kita,
Jangan sekali-kali kita kalah dengan perasaan kita,
Jadilah wanita-wanita kuat,
yang sanggup berkorban demi kepentingan agama,
yang akan melahirkan generasi penyambung perjuangan Islam!

*******
Saya memohon ampun seandainya tulisan ini mengguris hati mana-mana pihak...
Tiada niat lain melainkan kerana kasih sayang sesama kita...
semoga kita sama-sama dapat memperbaiki diri dalam menggapai cinta Ilahi...
amiiin ya rabbal alamin~

“Barangsiapa yang mengerjakan amalan shalih, baik laki-laki maupun perempuan dalam keadaan beriman, maka sesungguhnya akan kami berikan kepadanya kehidupan yang baik dan akan kami beri balasan pula kepada mereka dengan pahala yang lebih baik dari apa yang telah mereka kerjakan.” (An Nahl: 16:97)


*This is the edited version from the original post

Kesinambungan

Assalamualaikum~

Bila check dashboard blogger semalam, baru perasan post yang terakhir tentang lagu Maher Zain* merupakan post di blog ini yang ke-100~ Biarlah orang nak kutuk blog ni adalah blog My Safari(:p) pun, tak pelah, asalkan saya tahu kenapa blog ini dicipta~ :)

Semalam terbaca blog ini dan rasa tertarik dengan satu p/s di situ~

Siapa yang tidak mempunyai masa silam? Saya kira semua makhluk yang bergelar manusia pasti mempunyai masa silam... Tak kiralah samada kisah silam yang manis atau pahit, pasti ada.

Kerana kita manusia. Dan manusia pasti akan melakukan kesilapan. Bezanya antara seorang mukmin dan orang lain, seorang mukmin akan cepat-cepat membetulkan kesilapannya dan kembali meluruskan jalannya.

Kisah silam itu bukan untuk diungkit?

Jujur, saya tak suka jika orang mengungkit kesilapan-kesilapan saya yang lalu sama ada baru berlaku semalam ataupun bertahun yang lalu. Dan saya kira siapa pun pasti akan merasakan perkara yang sama. Kita yang dulu tak sama dengan kita yang sekarang. Kenapa nak ungkit kembali?? Biarkanlah ia berlalu ditelan angin lalu.......

Jawapan saya kepada persoalan itu adalah sama dengan jawapan yang diberikan kepada pihak pembangkang semasa pertandingan akhir pertandingan debat BPM 2009...:p (Pihak kerajaan kalah dengan 2 markah sahaja...cis kau Tuah!!haha~ )

Iaitu: "Apalah guna berlakunya peristiwa-peristiwa sejarah seandainya kita sekadar mahu melupakan dan tidak mengambil pelajaran daripadanya??"

Jadi biarlah kata-kata itu menjadi peringatan buat saya dan kamu, kenanglah peristiwa hitam itu dengan perspektif yang baru. Di saat ada orang lain mengungkit kembali kisah semalam, ingatlah bahawa kisah semalam itu ada pada aku dan kamu~

Semua orang mengalaminya, dan terpulang pada kita bagaimana kita mahu mengubahnya.

Diri ini sumber inspirasi?

Layakkah diri ini menjadi sumber inspirasi? Oh tidak... Sememangnya saya bukanlah orang yang layak untuk dijadikan sebagai sumber inspirasi oleh sesiapa... Graf iman turun naik dengan amplitud yang besar dan dahsyat--__--  arghh~~

Andai ada pengajaran yang boleh diambil, ambillah... namun tak perlulah lebih dari itu, kerana saya hanyalah insan yang biasa, yang punya banyak kelemahan, dan sering melakukan kesilapan... Dan setiap hari merupakan satu perjuangan untuk tidak mengulangi lagi kesilapan semalam... dan sememangnya bagi diri ini perjuangan itu bukanlah sesuatu perkara yang mudah. Dalam dunia ini, tiada perkara yang mudah... Kata-kata mama ku..(oh rindunya) Kerana dunia ini memang sebuah ujian buat kita... Jadi biarlah kita mengorbankan perkara yang kita inginkan demi secebis keimanan, demi secebis ketaqwaan, demi syurga yang tidak mampu untuk kita bayangkan keindahannya...

Sebuah pengorbanan demi hari kemudian~

"Dan (juga) orang-orang yang apabila melakukan perbuatan keji atau menzalimi diri sendiri, (segera) mengingat Allah, lalu memohon ampunan atas dosa-dosanya, dan siapa (lagi) yang dapat mengampuni dosa-dosa selain Allah? Dan mereka tidak meneruskan perbuatan dosa itu, sedang mereka mengetahui.


Balasan bagi mereka ialah ampunan dari Tuhan mereka dan syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya. Dan (itulah) sebaik-baik pahala bagi orang yang beramal"


Surah Ali-Imran ayat 135-136








Reminder for the soul

“Aku hairan dengan orang yang mengetahui kematian, tapi mengapa ia masih tertawa;

Aku hairan dengan orang yang tahu bahawa dunia adalah sementara, tapi mengapa ia sangat mencintainya;

Aku hairan dengan orang yang mengetahui semua urusan telah ditakdirkan, tapi mengapa ia takut kehilangan;

Aku hairan dengan orang yang mengetahui bahwa hisab adalah suatu kepastian, tapi mengapa ia tetap mengum
pulkan harta dan menghitung-hitungnya;

Aku hairan dengan orang yang mengetahui panasnya api neraka, tapi mengapa ia tetap berbuat dosa;

Aku hairan dengan orang yang mengaku mengenal Allah, tapi mengapa ia meminta tolong kepada selain-Nya;

Aku hairan kepada orang yang mengaku mengetahui kenikmatan syurga, tapi mengapa ia merasa hidup tenang di dunia;

Dan aku hairan kepada orang yang mengetahui syaitan adalah musuhnya, tapi mengapa ia mentaatinya.”

Uthman bin Affan Radhiyallahu anhu
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Masa umpama pedang