Kebaikan

“Alep, jom pi solat kat masjid?”
“Aa, aku busy la skarang, nanti-nantilah.”

“Ayu,dah malam jumaat ni. Jangan lupa baca surah al-kahfi.”
“Hurm?Aa, kau bacakan untuk aku sekali la eh? Ngee.”

“Awak, harini kita pegi tengok Zah kat hospital nak?”
“Em xpelah, busy sangat ni, lagipun penat baru habis kelas... Nanti-nantilah lapang sikit.”

Manusia. Sifatnya sentiasa tergesa-gesa. Andai ada sesuatu yang kita mahukan, kalau boleh kita mahukannya pada saat itu juga. Namun apabila tiba saat untuk menyegerakan kebaikan, tidak ramai yang berani ‘ke depan’. Kita menyia-nyiakan waktu dan peluang yang ada dengan sikap malas. Mungkin saja aku turut termasuk dalam golongan di atas.

Mungkin ada yang mengatakan, bukanlah perkara berdosa pun, tu kan sunattt. Tapi yang pasti, Allah lebih mencintai orang yang segera melakukan kebaikan, yang menjadi pioneer, yang memulakan, yang proaktif berbanding yang berbuat baik apabila tiba-tiba merasa perlu.

Percayakah kita, bahawa saat kita melakukan kebaikan yang terlihat di pandangan orang, pasti akan ada mata yang melihat dan akal yang berfikir. Dan mungkin, sangat mungkin orang lain akan mengikuti apa yang kita lakukan! Dan samalah juga jika ianya adalah perkara dosa atau sia-sia.

Manusia, apabila merasa puas,selesa dan selamat, akan kekal berada pada satu titik, tanpa berusaha bergerak ke tempat yang lebih baik. Dan sebegitulah juga apabila kita menganggap ibadah yang kita lakukan sudah mencukupi, nikmat yang kita miliki sebagai hak kita, maka kita akan berasa malas. Sedangkan boleh jadi, nikmat kita ditarik, dan ibadah kita tidak diterima di sisiNya.

Seseorang pernah bertanya kepada saya, macam mana kalau kita selalu rasa takut yang semua ibadah kita ALLAH tak terima? Kadang-kadang rasa takut sangat... Begitulah lebih kurang yang ditanyakannya. Subhanallah, saya menjadi malu berada di hadapannya. Malu sangat-sangat.

Benarlah, rasa takut dan harap hanya layak untukNya.
Kita wajib merasa TAKUT(khauf) ibadah kita ditolak disisiNya, namun kita juga wajib BERHARAP sepenuhnya kepada ALLAH dan berserah kepadaNya, YAKIN akan ketentuannya andai kita sudah melaksanakan yang benar. Bukankah ALLAH Maha ADIL? Pasti amal kita tidak akan disia-disiakanNya.
Saya bersyukur berpeluang mengenali insan-insan yang berjiwa hanif, (pada pandanganku, namun hanya Allah jua yang mengetahui hakikatnya) yang sentiasa mencari cinta Allah dan mengutamakan redhaNya dalam setiap perkara.

Sahabat-sahabatku, di dalam Quran telah diceritakan tentang tiga golongan di akhirat nanti.
Ada golongan kanan, golongan kiri, dan SATU lagi golongan.

Kenapa ada perbezaan? Kenapa mereka lebih special? Kenapa Allah mengutamakan mereka?

Jom kita tadabbur sebentar. Surah al-waqi'ah, antara yang banyak memberi kesan kepadaku: 



Dan kamu pula menjadi tiga puak (yang berlainan keadaannya);
Iaitu puak pihak kanan; alangkah bahagianya keadaan puak pihak kanan itu?
Dan puak pihak kiri; alangkah seksanya keadaan puak pihak kiri itu?
Dan (puak yang ketiga pula ialah) orang-orang yang telah mendahului (dalam mengerjakan kebaikan di dunia), yang akan mendahului (mencapai balasan yang sebaik-baiknya di akhirat kelak);
Mereka itulah orang-orang yang didampingkan (di sisi Allah),
(Tinggal menetap) di dalam Syurga-syurga yang penuh nikmat.
(Di antaranya) sekumpulan besar dari umat-umat manusia yang terdahulu;
Dan sebilangan kecil dari orang-orang yang datang kemudian.

(Mereka duduk di dalam Syurga itu) di atas takhta-takhta kebesaran yang bertatahkan permata;
Sambil berbaring di atasnya dengan berhadap-hadapan.
Mereka dilayani oleh anak-anak muda lelaki yang tetap kekal (dalam keadaan mudanya), yang sentiasa beredar di sekitar mereka;
Dengan membawa piala-piala minuman dan tekoh-tekoh serta piala atau gelas yang berisi arak (yang diambil) dari sungainya yang mengalir.
Mereka tidak merasa pening kepala dan tidak pula mabuk dengan sebab menikmatinya.
Dan juga (dibawakan kepada mereka) buah-buahan dari jenis-jenis yang mereka pilih,
Serta daging burung dari jenis-jenis yang mereka ingini.
Dan (mereka dilayani) bidadari-bidadari yang cantik parasnya,
Seperti mutiara yang tersimpan dengan sebaik-baiknya.
(Semuanya itu) sebagai balasan bagi (amal-amal baik) yang mereka telah kerjakan.

Mereka tidak akan mendengar dalam Syurga itu perkataan yang sia-sia dan tiada pula sesuatu yang menyebabkan dosa;
Mereka hanya mendengar ucapan: Selamat! Selamat! (dari satu kepada yang lain).
Dan puak kanan, alangkah bahagianya keadaan puak kanan itu?
Mereka bersenang-lenang di antara pohon-pohon bidara yang tidak berduri.
Dan pokok-pokok pisang yang tersusun rapi buahnya,
Dan naungan yang tetap terbentang,
Dan air yang sentiasa mengalir,
Serta buah-buahan yang banyak,
Yang tidak putus-putus dan tidak pula terlarang mendapatnya,
Dan tempat-tempat tidur yang tertinggi keadaannya.
Sesungguhnya Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa,
Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh),
Yang tetap mencintai jodohnya, serta yang sebaya umurnya.

(Semuanya itu disediakan) bagi puak kanan;
Iaitu sebilangan besar dari orang-orang yang terdahulu,
Dan sebilangan besar dari orang-orang yang datang kemudian.

Dan puak kiri, alangkah seksanya keadaan puak kiri itu?
Mereka diseksa dalam angin yang membakar dan air yang menggelegak
Serta naungan dari asap hitam,
Yang tidak sejuk dan tidak pula memberi kesenangan.
Sesungguhnya mereka sebelum itu dilalaikan oleh kemewahan (dunia, dari mengingati hukum Tuhan).
Al-Waqi’ah 7-48

Mereka golongan yang telah mendahului.
dan di akhirat mereka yang akan didahulukan oleh Allah.
Masihkah mungkin kita termasuk di kalangan mereka?
Mereka terdiri daripada sebahagian besar orang terdahulu, dan cuma sebilangan kecil orang-orang kemudian.

Ataupun golongan kanan yang terdiri daripada sebilangan besar orang terdahulu dan kemudian.
Apakah kita layak dimasukkan ke golongan ini?
Alangkah bahagianya mereka di akhirat nanti...
Alangkah malang pula golongan yang terakhir itu...
.................

Selama sebulan KKN, sungguh berbeza keadaannya dengan keadaan yang biasa dilalui.
Pengalaman yang menarik kerana tinggal di desa yang asing selama sebulan.
Ada yang dirindui, ada yang disyukuri kerana telah kembali ke sini.
Apapun, tipulah kita seandainya kita menyalahkan persekitaran yang kita diami sepenuhnya sebagai alasan untuk kita berbuat dosa..
Kerana kebiasaannya, kita boleh mengawal persekitaran kita.
Kita masih boleh mengawal apa yang kita mahu dan tidak mahu masuk ke dalam hidup kita...
Apapun situasi yang diluar kawalan kita, kita memohon supaya Allah sentiasa mengampuni kita, dan supaya kita sentiasa dibukakan hati untuk sentiasa mengharap dan meminta kepadaNya.
Mungkin di hati kita, masih ada banyak yang kita mahukan yang belum kita dapatkan.
Itu bukanlah alasan untuk kita tidak mensyukuri sekian banyak nikmat yang sudah ada di hadapan kita.

Marilah kita berusaha untuk mengejar syurga...
Mengejar dengan bersungguh-sungguh.
Akan ada rasa susah.
Akan ada rasa payah.
Akan ada tangisan.
Akan ada pengorbanan.
Itulah namanya jihad.
Tinggalkan keselesaan yang kita miliki dan bangkit.
Berusaha bersungguh-sungguh.
Mungkin saja, kejayaan sudah tidak jauh di hadapan.

Moga Allah memberikan yang terbaik buat kita di Ramadhan ini.
Moga kita diberikan kesempatan untuk beramal dengan amal yang membawa ke syurga
dan dijauhkan daripada dosa yang boleh mencampakkan kita ke dalam neraka
dan rahmatNya, yang tidak mungkin tidak, hanya dengan rahmatNya kita dapat menikmati jannah.

Salam Ramadhan buat semua.







Kita hanya manusia, dan manusia sering terlupa. Marilah mengingatkan sesama kita, moga berjumpa di syurga~

Reminder for the soul

“Aku hairan dengan orang yang mengetahui kematian, tapi mengapa ia masih tertawa;

Aku hairan dengan orang yang tahu bahawa dunia adalah sementara, tapi mengapa ia sangat mencintainya;

Aku hairan dengan orang yang mengetahui semua urusan telah ditakdirkan, tapi mengapa ia takut kehilangan;

Aku hairan dengan orang yang mengetahui bahwa hisab adalah suatu kepastian, tapi mengapa ia tetap mengum
pulkan harta dan menghitung-hitungnya;

Aku hairan dengan orang yang mengetahui panasnya api neraka, tapi mengapa ia tetap berbuat dosa;

Aku hairan dengan orang yang mengaku mengenal Allah, tapi mengapa ia meminta tolong kepada selain-Nya;

Aku hairan kepada orang yang mengaku mengetahui kenikmatan syurga, tapi mengapa ia merasa hidup tenang di dunia;

Dan aku hairan kepada orang yang mengetahui syaitan adalah musuhnya, tapi mengapa ia mentaatinya.”

Uthman bin Affan Radhiyallahu anhu
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Masa umpama pedang