Lilypie First Birthday tickers

Seseorang itu berada atas agama sahabat baiknya.
Maka hendaklah seseorang kamu memerhatikan siapakah yang dia jadikan teman rapatnya.


~Hadith riwayat Ahmad~

Narrated Abu Huraira: Allah's Apostle said,

"The example of a believer is that of a fresh green plant the leaves of which move in whatever direction the wind forces them to move and when the wind becomes still, it stands straight. Such is the similitude of the believer: He is disturbed by calamities (but is like the fresh plant he regains his normal state soon). And the example of a disbeliever is that of a pine tree (which remains) hard and straight till Allah cuts it down when He will."

(Sahih Bukhari)

Tak percaya.

Tadi semasa berjumpa dengan doktor di klinik padjadjaran, doktor bertanya:

dr : umur?
saya : em, 21.


---------------------------------------------------------------------

lepas jawab tu tetiba rasa tak percaya...
saya dah 21???
sungguh pantas masa berlalu.
sekarang bukan lagi 21.
tapi dah 21 tahun 5 bulan 22 hari!



masa tidak menunggu kita-_-



sekejap lagi [jam 10pm] kami student 1st year kpbi akan bergerak ke kampung baduy[sebutannya macam badwi] di banten.
perjalanan yang memakan masa yang agak lama*_*
kalau boleh tak nak pergi, namun dah diwajibkan, extra-mural aktiviti~~~
lewat malam sabtu baru kembali ke jatinangor.





doakan kami selamat pergi dan pulang.



p/s : alhamdulillah, saya dah semakin sihat.
p/s2: saya rindu nak menulis... tapi belum berkesempatan......



Uber amazing blog?


1. Copy award di atas untuk diletakkan di blog anda.
beres...


2. Nyatakan 5 fakta menarik tentang pemberi award ini:

-kakak saya yg ketiga. saya ada 3 kakak. sume belum kawin.[promote2:p]
-dia baru grad, so kerja dia hari2 adalah update blog dia je. sebab tu rajin buat benda tag ni, kalo x xde makna dia nak buat...hee.
-oleh sbb dia kakak sy, sbb tu dia menarik. kalo dia bukan kakak saya dia x menarik pun.....hik3=P
-bakal berkahwin.*curi jawapan dia di blognya sambil membuat mulut orang ternganga sbb buat pengumuman tergempar hehe, insyaAllah*
-dulu masa skola orang slalu kate suara kitorang sama. tapi tak sama pun sbenonye..


3. Setiap blogger mesti menyatakan 10 fakta/ hobi diri sendiri

..........err.ni yg mls ni.
1. nama saya farhana
2. saya nak final exam start 1 jun
3. saya paling x suka jawab soalan pasal diri saya;
4. sebab tak tahula nak jawab apa[adakah ini cheating buat 1 ayat dlm 2 no.?]
5. kucing saya kat umah semua dah mati kecuali nenek tua bernama poka.
6. kejap lg saya nak pegi discussion.
7. saya dah blur nak cakap apa.
8. ........[sila isi tempat kosong]
9. mintak maafla kpd semua yang baca post ni. memang x ada nilai estetika mahupun ilmu yg boleh didapati huhu...
10. oklah saya nak pegi dah ni^_^

thanks to akak, eventhough you gave this award just because i'm your sister. hee~


p/s : janganlah hidup demi mengharapkan hadiah/anugerah/jawatan,nothing lasts forever...
p/s2: kalau bkn sbb kakak sy tag sy xkan buat post ni tau~
p/s3: sangat skejap buat post ni
p/s4: x sempat nak buat kaler2~
p/s5: x ada ape dah. hehe...

wassalam~ ^_~

Mencari harga diri dalam puji dan keji

Ini bukan tulisan saya. sekadar perkongsian...

“Demi Allah, wahai bapa saudaraku, andai kata mereka meletakkan matahari di tangan kananku dan bulan di tangan kiriku, agar aku meninggalkan perkara ini (Islam), nescaya aku tidak akan meninggalkannya sampai Allah memenangkan perkara itu atau aku hancur kerananya!”

Terharu saya mengenangkan kisah yang satu ini. Tatkala umat Islam awal, dihimpit kesusahan, ditindas dan dinafikan hak mereka sebagai manusia. Dalam kelelahan mendidik dan mentarbiyah manusia yang degil tidak mengerti hakikat hidup seorang hamba, ditambah pula dengan ‘hadiah-hadiah’ yang diterima demi harga sebuah dakwah, bukan setakat dibaling batu bahkan dibaling najis. Dalam ranjau yang tak berkesudahan hingga tak ternampak sinarnya akan tertegak agama ini suatu hari nanti, Rasullullah terus tega menolak pelawaan harta, wanita, pangkat dan kesenangan yang ditawarkan oleh bapa saudara yang amat dicintainya.

“….. sampai Allah memenangkan perkara itu atau aku hancur kerananya!”

Allahuakbar! Tentu sahaja ketegasan ini bukan calang-calang, bukan sekadar bermain bahasa atau menunjukkan ego diri membabi buta. Bahkan kerana yakinnya dengan janji-janji Allah, dakwah terus digerakkan walaupun jalannya penuh ranjau dan cabaran.

Saya amat terkesan dengan teganya Nabi menolak kesenangan, walaupun dakwahnya ketika itu hanya mampu menarik segelintir kecil kaum Quraisy. Lihat sahaja kisah ketika dakwahnya di Taif ditolak, bahkan baginda dan Zaid bin Harithah dihalau dalam keadaan yang sangat hina dan dibaling kayu dan batu hingga dikisahkan darah yang berlumuran dari tubuh baginda memenuhi sepatu yang dipakai. Bayangkan baginda berjalan berbatu-batu membawa harapan umat Islam yang lain yang ketika itu baru lepas peristiwa pemulauan. Ditambah dengan kesedihan akibat kehilangan bapa saudara dan isteri yang dicintainya. Akhirnya, baginda dihambat pulang seperti binatang hinggakan malaikat yang fitrahnya tidak bernafsu turut menawarkan untuk menghempap gunung/bukit ke atas penduduk Taif.

Secara fitrahnya manusia, dalam keadaan emosi yang cukup sedih, tertekan dan tidak stabil dan perjalanan baginda untuk membebaskan penduduk Taif dari neraka dengan membawa risalah dakwah dibalas sedemikian rupa, tentulah kita juga tidak akan terkejut jika baginda menerima pelawaan malaikat tersebut. Namun mulianya hati seorang Muhammad, bukan sahaja menolak tawaran bahkan mendoakan generasi akan datang Taif beriman kepada Allah.

“Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu (yaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah.”

(Al-Ahzab : 21)

Jika itulah teladan yang ditunjukkan baginda, untuk jangan berkecil hati dalam mendepani kerenah manusia dalam usaha menegakkan agama, sejauh mana kita bersedia bertegas memegang prinsip “sampai Allah memenangkan perkara itu atau aku hancur kerananya!”

ketika diuji dengan kerenah birokrasi dan sikap manusia yang pelbagai hingga mengundang lelah.

Tubuh Letih, Jiwa Pedih

Saya pernah terlibat dengan rakan-rakan yang lain menyediakan juadah berbuka puasa (iftar) saban minggu di surau. Pernah suatu ketika, kami pulang dari kelas agak lewat dan dalam keletihan berpuasa, terkejar-kejar pula menyediakan iftar agar rakan-rakan yang lain dapat berbuka pada masanya. Dengan berpeluh-peluh kami membawa turun juadah untuk disantap bersama namun seusai bilal melaungkan azan dan jemaah leka bersantap, kami yang baru sempat mencapai cawan untuk meneguk air untuk berbuka dapat menangkap beberapa ayat yang mencabar iman dan kesabaran;

“apa rasa masin ni? Tak sedap langsung,”

“air tawar la, kedekut gula betul,”

Kalaulah tidak mengenangkan sia-sia pahala berpuasa, mahu sahaja bertikam lidah di situ. Mungkin niatnya bergurau, namun fitrahnya manusia bila segala penat lelah tidak dihargai akan menimbulkan rasa kecil hati yang kadang-kadang mengundang benci.

Bahkan sepanjang keterlibatan saya bersama rakan-rakan dalam program iftar, kami banyak dilanda ujian berdepan dengan kerenah manusia. Jangan kata berterima kasih, bahkan kalau berlaku kekurangan atau juadah tidak menepati selera mereka, bersedialah untuk dikritik. Tidak kurang juga diuji dengan kerenah birokrasi manusia sehingga pada suatu ketika seperiuk gulai daging korban yang kami habiskan masa dan tenaga untuk memasaknya selepas pulang dari kelas, menjadi habuan tong sampah gara-gara salah faham dan lemahnya kesabaran manusia.

Menganggotai majlis perwakilan pelajar membuka lebih ruang untuk kami belajar jangan berkecil hati. Jika ada kekurangan atau kecacatan program yang dilaksanakan, tolak ke tepi segala usaha kami tidak tidur malam berhari-hari, berpinar kepala memikirkan perjalanan program agar berjalan lancar, menahan sabar dengan orang atasan dan sebagainya, segala usaha itu pasti dibakulsampahkan dek satu titik kekurangan.

Untuk Apa Aku Di Sini Lagi

Baru-baru ini, di azzariyat.com ramai yang berdoa moga ditabahkan hati tsabat di atas jalan dakwah ini. Sehingga salah seorang editor sendiri terfikir, apalah gunanya beliau menulis artikel saban hari untuk pelajar-pelajar JAD yang entahkan dibaca entahkan tidak..

“aku buat kerja dakwah, habiskan masa main, kurangkan masa studi, akhirnya apa yang aku dapat?” keluh seorang dai’e.

“aku penat-penat usaha pun, bukan ada orang hargai,” monolog seorang pemimpin.

“kau ni gila kuasa, lepas tu mulut tu celupar, tak pandai nak hargai perasaan orang, buat keputusan ikut suka hati je ………….. ,” terduduk seorang MPP mendapat komen tersebut.

Persoalan-persoalan ini cukup untuk menjadi alasan gugurnya seorang dai’e dari medan dakwah, gugurnya seorang pemimpin dalam medan juang, gugurnya seorang aktivis dalam medan amal. Betapa besarnya kuasa ‘kecil hati’.

Bagi seorang penggiat aktiviti masyarakat tidak kira dia bergerak atas tiket agama atau sosial, cabaran emosi paling rumit untuk istiqamah melakukan kerja-kerja pembaikan adalah apabila manusia mahu dihargai manusia lain.

Jangan terkejut jika manusia lupa pada segala jasa dan sumbangan anda bertahun-tahun, dan anda disisihkan kerana satu kesalahan yang anda lakukan. Senior lupa jasa junior yang saban minggu mengorbankan masa menadah teling dalam perjumpaan smart group. Junior lupa jasa senior yang bersengkang mata mencari modal berkongsi ilmu. MPP lupa jasa pelajar yang sabar meraikan program walaupun hati memberontak. Pelajar lupa jasa MPP yang mengorbankan masa dan tenaga saban hari untuk keselesaan hidup mereka.

Jangan kecundang dek emosi apabila dikritik bahkan dihina kerana perkara ini akan berlaku berulang-ulang kali sehingga anda memutuskan untuk berhenti melangkah di medan juang ini. Manusia tidak akan pernah peduli segala susah payah yang anda lalui, mereka cuma akan menilai hasil yang mereka perolehi.

Jika kita mengharapkan segala kebaikan kita dihargai dan dipuji, kita telah tersilap planet. Makhluk di bumi ini akan senantiasa mengkritik setiap tindakan anda sampai hari kiamat, tiada pejuang atau pendakwah yang pernah terkecuali daripada ketetapan ini. Hal ini perlu dimuhasabahkan dari awal oleh kita semua, agar dengan itu kita mampu bersiap siaga dan tidak gugur apabila diacah sindiran dan kritikan.


Jangan Kecil Hati : Bukan Alasan Tidak Muhasabah Diri

Betapalah susahnya memuaskan hati setiap manusia. Bahkan hingga memilih pakaian untuk keluar rumah jadi sulit jika hati setiap manusia menjadi hakimnya. Maka tanamkan sahaja prinsip, buat kerja biar jadi ibadah, tanamkan semangat buat kerja kerana Allah. Segala kritikan perlu diambil kira untuk membuka ruang perubahan namun bukan semua harus diambil membabi buta. Teruslah bekerja dan membuat keputusan mengikut apa yang Allah mahu, bukan apa yang kita atau manusia lain mahu. Jika Allah yang menjadi hakimnya, pasti kita berpijak di jalan yang benar, kerana kita menjadikan landasan dan kepentingan Allah sebagai panduan.

Saya teringat sebuah sajak :

Mother Teresa’s Anyway Poem

People are often unreasonable, illogical and self centered;
Forgive them anyway.

If you are kind, people may accuse you of selfish, ulterior motives;
Be kind anyway.

If you are successful, you will win some false friends and some true enemies;
Succeed anyway.

If you are honest and frank, people may cheat you;
Be honest and frank anyway.

What you spend years building, someone could destroy overnight;
Build anyway.

If you find serenity and happiness, they may be jealous;
Be happy anyway.

The good you do today, people will often forget tomorrow;
Do good anyway.

Give the world the best you have, and it may never be enough;
Give the world the best you’ve got anyway.

You see, in the final analysis, it is between you and your God;
It was never between you and them anyway.

“You see, in the final analysis, it is between you and your God;
It was never between you and them anyway.”


Kerana yang menciptakan hidup dan mati untuk diuji siapakah yang terbaik amalannya di antara kita, bukan mereka bahkan DIA. Jika masih lagi mengharapkan pujian dan penghargaan, renung sahaja ayat ini :

“Dan sedikit sahaja dari kalangan hamba-Ku yang bersyukur” (Saba 34: 13)

Sedangkan Allah yang setiap saat tanpa tidur dan terlupa, sentiasa memberikan selautan nikmat kepada kita walaupun tidak diminta, namun akhirnya sedikit sahaja manusia yang bersyukur kepada Allah. Jika pada tuhan sekelian alam, begitulah fitrah manusia, apatah lagi pada kita. Berhentilah berharap pada penghargaan, dan kemaskan langkah perjuangan walaupun berseorangan.

Jangan kecil hati.

Moga tabah hati, tak berbelah bahagi, kerana Allah sentiasa memerhati, walau manusia tak pernah mengerti.
(suka sangat ayat ni)


Diambil dari http://azzariyat.com/ untuk dijadikan pedoman oleh kita semua. Memang dah dalam genetikku[huh??] saya memang kurang selesa dengan pujian tapi kadang2 rasa lemah juga bila dikritik, dihentam, dan tindakan kita tidak difahami oleh makhluk bernama manusia. huhuhu. jadi di masa rasa lemah tu, kenanglah nabi kita yang dihina lebih teruk dari itu namun baginda tidak pernah berputus asa dengan ujian dunia. moga kaki terus melangkah ke hadapan dan kritikan dan teguran menjadikan diri lebih kuat untuk memperbaiki kelemahan diri ini~


MAHA (terlambat=p)

Entry kali ni mungkin dah terlambat 2 minggu tapi tak pe, nak tulis jugak!
Malam Hurul Ain sudah pun berlalu pada tanggal 2 Mei yang lepas bersama-sama dengan program Comparative Religion^_^ Alhamdulillah, segala puji bagiNya yang memudahkan urusan kami....


Antara sebab post ni lambat adalah kerana memang tak ada niat nak tulis pun...hihi. Tapi beberapa peristiwa yang berlaku bagaikan memanggil-manggilku untuk menulis di sini. Oh sungguh puitis bukan ayatku? :P


Kenapa MAHA dianjurkan? Adakah semata-mata sebagai sebuah malam untuk mengumpulkan muslimah-muslimah Malaysia di UNPAD? Tidak!!!


Cik pengarah dah explain sebenarnya tentang ni masa malam MAHA tersebut, namun maklumlah....masa ucapan merupakan yang paling seronok untuk makan (eh yeke? tak kisahlah, maksudnya orang bukan suka sangat dengar ucapan pun kan:P)


Ok kita teruskan. Sebenarnya objektif MAHA diadakan ada 3; pertama:untuk menonjolkan keindahan Islam; ; kedua: untuk mengeratkan ukhwah dan ketiga: mempamerkan ciri-ciri muslimah sejati.
Chewah. Gitulah dia.


Jadi bolehlah nak disimpulkan MAHA ini diadakan untuk menunjukkan bahawa Islam tak pernah melarang umatnya untuk 'berhibur' selagi masih berlandaskan syariat dan tidak berlebih-lebihan di samping merapatkan ukhwah sesama muslimat, yela bukan semua dari fakulti yang sama so buleh la nak melepas rindu pada malam ni, hehehe:p Dan yang paling penting: menunjukkan ciri-ciri muslimah sejati.


Muslimah sejati lebih baik dari bidadari syurga, begitulah lebih kurang apa yang kami cuba sampaikan melalui program ini.


Tercapaikah objektif tersebut? Wallahualam... Bagi peserta yang hadir, nilailah sendiri apa niat anda datang ke MAHA...ambillah mana yang baik dan buanglah mana yang buruk jauh-jauh. Harap-harap malam itu bukan hanya menjadi malam untuk kita berseronok-seronok dan bersuka-suka tanpa mendapatkan apa-apa input pun, nauzubillah.


Bak kata seorang peserta MNTM malam tersebut, setiap amalan itu bergantung pada niat kan? Niat ditanam di dalam hati... Dalam badan kita ada seketul daging, baik seketul daging itu(hati) maka baiklah seluruh anggota; dan seandainya buruk daging(hati) itu, maka buruklah segala anggota. Segalanya bergantung kepada iman di hati kita...


Sekadar menjadi renungan buat kita semua...


Semoga kita tidak menjadi insan yang sia-sia...


Kedudukan seorang wanita itu sangat-sangat tinggi di sisi Islam namun tanpa sedar kita sering merendahkan martabat kita. Kepada wanita sekalian, sedarlah bahawa kekuatan sebuah tamadun terletak pada kekuatan wanita. Andai hancurnya wanita, maka hancurlah tamadun tersebut. Hancurlah kekuatan Islam...Tegakah anda menjadi orang yang menghancurkan Islam? Fikirkan.


Jadikanlah srikandi-srikandi Islam di zaman Nabi kita sebagai contoh, sesungguhnya banyak yang boleh kita teladani dari mereka. InsyaAllah lain kali boleh kita sama-sama belajar: bagaimana menjadi SuperMuslimah. wow! SuperMuslimah?? Hehe...Tu buku sebenarnya, tentang sahabiyah di zaman Nabi. Nanti dah habis exam kita kongsi naaaaa...
Hendak menjadi sehebat mereka mungkin kita tidak mampu, namun Allah melihat pada usaha kita, jadi berusahalah dan bermujahadahlah selalu untuk menjadi lebih baik dari semalam insyaAllah.

Ok cukuplah sampai sini. Nanti panjang2 sangat ada orang kat rumah tu repot kat mama anak dia kat Bandung tak study. hauhauhau. Saya study saya study!

Wassalam^_~

khas buat ibuku~

post ini ditujukan khas kepada ibuku Puan Hajah Alawiyah bt Ahmed Dahalan
isteri kepada Tuan Haji Yem bin Ismail dan ibu kepada 6 orang anak yang jelita dan kacak(prasan:P)
i love you mama~ :D
selamat hari ibu kepada semua ibu-ibu, bakal-bakal ibu dan yang berangan nak jadi ibu hehehe;)
usah menunggu hari ibu baru nak ingat kat ibu~
sesungguhnya jasa mereka tidak mampu kita membalasnya
doakanlah kesejahteraan mereka dunia dan akhirat
buat yang di rumah berjasalah kepada mereka selagi mampu~
buat yang jauh di perantauan contact2lah selalu~
jangan pernah berdendam dengan mereka...
jika merasakan mereka pernah bersalah dengan kita,
cuba fikir berapa banyak salah kita pada mereka?
love them while you still can:')



ibuku yang awet muda. ahaks;)


petua awet muda: ceria-ceria slalu;)



jgn tertipu dgn snyuman ayahku ini, pak yem garang tau! hahaha...



pak yem tgh mnyiram pokok bunga...tukang siram xde kat umah...uhuhu~



pasangan ideal: dah berkahwin selama lbh 31 tahun....awwww~ ^_~
bukan senang memelihara keharmonian rumah tangga, memerlukan kesabaran yang tinggi...


breakfast same2~


tak best kan gambar ni? sebab saya xde...hihi=p

gambar x lengkap. 6/8 je. abang jd cameraman...hehe.
(lihat muka ayahku monyok disebabkan ketiadaanku....uhukuhuk=p)










Lukisan Alam

warna febretku~


Hidup tidak selalunya indah
Langit tak selalu cerah
Suram malam tak berbintang
Itulah lukisan alam
Begitu aturan Tuhan

Jadilah rumput nan lemah lembut
Tak luruh dipukul ribut
Bagai karang didasar lautan
Tak terusik dilanda badai


Dalam sukar, hitunglah kesyukuranmu,
Dalam senang, awasi kealpaanmu,
Setitis derita melanda,
Segunung KurniaanNya
.

Usah mengharapkan kesenangan,
Dalam perjuangan perlu pengorbanan,
Usah dendam berpanjangan,
Maafkan kesalahan insan
Begitu ajaran Tuhan


Hasbiallah, hasbunallah
Hasbi Rabbi jallallah
Ya Allah

Dalam diam, taburkanlah baktimu
Dalam tenang,buangkanlah amarahmu
Suburkanlah sifat sabar
Di dalam jiwamu itu

Hidup tak selalu indah...
Langit tak selalu cerah...
Sulam malam tak berbintang...
Itulah lukisan alam~




Tak sampai hati tengok blog berhabuk, so tampallah lagu Hijjaz ni:p


Nasyid yang penuh dengan nasihat dan teladan jika dihayati maksud liriknya.


Kumpulan nasyid kat luar sana kenalah jadikan mereka sebagai contoh.


Hendak menarik perhatian remaja-remaja tak salah,


Tapi janganlah disogokkan dengan perkara tak sepatutnya.


Kalian mempunyai pengaruh yang besar,


jadi gunakanlah pengaruh yang ada itu sebaiknya.
Moga-moga apa yang disampaikan dapat membawa impak yang besar kepada pemuda dan pemudi harapan agama negara dan bangsa,

bukan sekadar hiburan yang semakin melekakan dan membuai-buai.

Wallahua'lam~




Selamat menuju final exam kepada semua~!

sinis tetapi benar*_*




p/s: gambar di atas adalah gambar di lombok. jaga anak2 anda (dan diri anda sendiri) agar tidak dilarikan pemuda lombok ya......
:p

Suka bergurau senda?

Suka bergurau senda?

Silakan...namun janganlah meletakkan sesuatu bukan pada tempatnya.
Hendak bergurau, pastikanlah gurauan itu boleh diterima oleh orang tersebut...
Bergurau itu sesungguhnya tidak salah...malah boleh mengeratkan ukhwah.

Tetapi adakah ukhwah dapat dieratkan apabila orang tersebut tidak selesa dengan gurauan itu?
Dalam bergurau pun ada adab-adabnya...janganlah melampaui batas-batasnya...

Janganlah kita menjadi orang yang bergurau semata-mata hendak membuat orang ketawa semata-mata tanpa lupa memikirkan penerimaan orang terhadap gurauan tersebut.

Jika merasakan gurauan kita boleh membawa kepada fitnah, boleh menyebabkan orang lain salah faham terhadap gurauan kita, kita hindarkanlah...

Nabi pun bergurau tapi mulutnya tidak pernah lepas daripada mengatakan kebenaran kan?



Semoga orang tidak menjauhi kita disebabkan gurauan kita yang tidak kena tempat....
Bukan ditujukan kepada sesiapa, tetapi sebagai ingatan untuk saya, kamu dan kita...

Manusia harus diingatkan selalu, dan terkadang kita selalu tak perasan kesilapan kita selagi tiada yang menegur.

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:
"Tidak lurus iman seseorang hamba itu sehingga hatinya lurus dan tidak lurus hatinya sehingga lurus lidahnya."
Hadith Riwayat Ahmad



Oleh itu, saya pun hendak meminta maaf kepada teman-teman jika ada tersilap kata dan tersalah bahasa... Ampun~


Dalam sebuah riwayat, diceritakan bahwa Uqbah bin 'Amir berkata kepada Rasulullah SAW, "Ya Rasulullah, apakah keselamatan itu?" Beliau menjawab: "Jagalah lidahmu, luaskanlah rumahmu, dan menangislah atas kesalahan dan dosa-dosamu."
Hadith Riwayat Bukhari-Muslim








Tiada yang sempurna kecuali Dia

Blur nak letak tajuk apa[edited]

Bismillahirrahmanirrahim
Akan tiba masanya umat-umat lain akan mengajak satu samalain untuk membinasakan kamu (umat islam) sebagaimana orang mempelawa satu samalain kepada dulang makanan (menjamah hidangan makanan).

Seorang sahabatbertanya “Apakah disebabkan bilangan kami sedikit pada masa itu ya Rasulullah?”
Baginda menjawab;
“Bahkan bilangan kamu diwaktu itu adalah ramai tetapi kamu adalah ghutha`(sampah sarap dan buih) di atas air ketika banjir.
Allah akan mencabut ketakutan dari dada musuh kamu dan dia akan campakkan dalam hati kamupenyakit al-wahn.”
Seorang sahabat bertanya pula;
”Ya Rasulullah, apakah dia al-wahn itu?”
Jawab Rasulullah
“Cinta dunia dan takut akan kematian."


HR Abu Daud.





Mungkin ada yang sudah lama tahu tentang kata-kata Rasulullah ini, dan mungkin ada juga yang tak pernah tahu kewujudan hadith ini.
Itu bukan persoalannya.
Persoalannya...adakah sudah tiba masa itu?
Kita lihat sekeliling kita, kita lihat diri kita sendiri, apakah yang kita kejar selama ini?
Akhiratkah? Atau dunia? Jika dunia, untuk apa? Dapat keuntungankah akhirnya?
Kita sengaja ingkar pada tuhan, kenapa? Untuk apa?
Persoalannya... setelah kita tahu Rasulullah berkata begini, apa yang kita lakukan?

"Al-wahn? Apa tu?"
"Em, cintakan dunia n takutkan mati..."
"Oooooooooohhh......"
"Oh" yang sangat panjang sekali.
Sudah tahu...namun, kehidupan diteruskan seperti biasa.
Sedar, Nabi ada ingatkan, tapi ingatan itu sekadar menjadi angin lalu.
Setelah berlalu, kita lupa semula.....Tanpa ada kesan...
Tanpa terdetik rasa kekesalan di hati...
Tanpa ada perasaan...
Tanpa terdetik di hati untuk bertanya "
Adakah aku termasuk golongan itu?"
Tanpa tergerak anggota.
Sekadar dengar, angguk, kemudian lupa semula...
Begitukah kita??? Nauzubillah ;(

Khamis lepas masa nak turun ambik makanan pak adek[betul ke eja ni?]
terserempak dengan cik pisang[bukan nama sebenar]


"eh, malam ni ada smbhyg bjemaah kat bale 2 tahu kan?"
"haah la....ok2 insyaAllah"
lupa stiap khamis ada smyg bjemaah [utk muslimh shj] di bale 2...
masa tu ingatkan nak duduk kat bilik je lepas penat seharian, f
ikirlah dua tiga empat dan lima kali "nak pegi ke tak nak pegi ke tak" -_-"
last2 pergi walaupun terlewat; lepas buka n solat maghrib dulu...
bila sampai bale2, dah dengar azan isya' dah -_-'

naik atas, ada video yg baru nk tayang...
alhamdulillah, sempat nak tengok:)
oleh sbab rabun malam[alasan] maka pergilah saya ke bahagian hadapan.
(kalau duk blakang alamatnya x nampak apa la kot~)

video yg ditunjukkan?video ttg kekejaman di palestin...

melihat sendiri kekejaman yang berlaku di sana..
kekejaman yang berlaku terhadap saudara kita sendiri..
cuba ku kawal emosi, sabar sabar
akhirnya runtuh juga tembokku
air mata terlerai juga [nasib baik duk depan xde org nmpk huhu]
akhir sekali,
setelah video habis,
tuan milik laptop bertanya pada org sebelah saya apa yang dia dapat dari video ini.
masa tu alhamdulillah emosi saya dh terkawal*_*
"jahat...." org sebelah saya cakap.
"oooh...jahat..." kata tuan punya laptop.
"farhana?"

(nak suruh farhana cakap lah tu hukhuk)
memula saya buat xtau je...
kot2 bukan saya yg dimaksudkan...
(xprasan if farhana lg sorg pn ada ke tidak)

tp tuan punye laptop tu pndg saya pulak.uhuk~
"farhana mana? oh saya ke huhu"
masa tu still tgh fikirkan pasal video tu...
terngiang-ngiang kata-kata saudaraku di sana...


"Wahai orang-orang Islam di seluruh dunia!
benarkah anda berpandukan Al-Quran dan As-sunnah?!
benarkah anda mengaku Al-Quran itu junjungan anda?!
benarkah anda mengaku anda merupakan hamba-hamba Allah?!
Kalau benar apakah yang telah anda lakukan apabila melihat saudara-saudara anda di sini??!
Apa yang telah anda lakukan??!?!
Umat Islam semua, bangkitlah kalian...
Kami memerlukan anda...
Kembalilah kepada ajaran Al-Quran kerana di situlah kemuliaan kita.
Kembalilah kepada Islam kerana di situlah kemuliaan kita.
Hanya apabila umat Islam kembali kepada ajaran Islam yang sebenar barulah kita akan bangkit dan kita akan menang!"


al-Quran ibarat cahaya kepada manusia, tapi kita selalu nampak benda yang pudar dan abaikan cahaya yang satu ini...

rakan-rakan masih menunggu farhana memberikan pendapat...
"em...nak cakap apa ek..."
*senyum di luar menangis dalam hati*
"kita..." kata-kata saya terhenti.
tiba2 sebak.
"sorry" *empangan terus roboh*
dah lama farhana x nangis macam tu*_*
ada kawan kat blakang cuba bg smangat.
kawal farhana kawal~
selepas seminit baru sambung semula percakapan yang terhenti*_*
*tarik nafas*


dalam suara yang entah sampai entah tidak;
"kita...memanglah kita rasa kita tak mampu buat apa-apa kan
tapi kita ada doa
itu senjata kita kan
tapi macam mana doa kita nak makbul
kalau ada hijab antara kita dengan Allah?
bila kita tetap buat dosa, saje je ingkar pada tuhan?"

*terberhenti sebentar*

"kita kena berubah.....
dalam n luar...
video ni bukan ditunjukkan untuk kita sedih-sedih,
bukan untuk kita nangis-nangis je
tapi untuk dihayati apa yg saudara kita tu cakap........."
Semoga mesej dariku yg bukan siapa-siapa ni sampai dan diriku juga tidak lupa...

TEGAKKAN ISLAM DALAM DIRIMU, BARULAH ISLAM AKAN TERTEGAK DI MATA DUNIA
Saudaraku yang disayangi,
Kita tanya diri sendiri, yakinkah kita Islam itu benar?
bahawa Islam akan menang?
Apakah ertinya Islam pada IC kita jika kita sama sahaja seperti Ah Choy, George dan Kavitha?
Jika amalan kita sama seperti mereka?
Sudah Islamkah kita?
Jangan kita berasa marah kepada Zionis atas kesalahan dan kelemahan kita.
Jangan berasa marah tetapi tidak melakukan apa-apa tindakan.
Kenapa Islam jatuh?
Kerana UMAT ISLAM sendiri lari daripada al-Quran dan as-Sunnah.
Islam bukan hak mutlak orang Islam sahaja, Islam turun sebagai panduan untuk umat MANUSIA.
Jangan marah orang bukan Islam baca al-Quran apabila kita sendiri yang telah lama menganutnya tidak mahu mengambil pengajaran daripadanya....
Masih tidak sedarkah kita?
Adakah bom Zionis harus jatuh di tanah air kita baru kita hendak bangun daripada tidur?
Saudara-saudara kita, keluarga kita dibunuh dengan kejam baru kita sedar.
Bukankah mereka di Palestin juga saudara kita...
Sedarilah kita, kita merupakan umat yang paling beruntung,
seandainya kita beriman!
Sayangilah diri kita.
Janganlah kita menzalimi diri sendiri.
Telah sampai perkara yang benar kepada kita, namun kita mendustakannya.
nauzubillah~



Hai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam secara keseluruhannya, dan janganlah kamu turuti langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu. Tetapi jika kamu menyimpang (dari jalan Allah) sesudah datang kepadamu bukti-bukti kebenaran, maka ketahuilah, bahawasanya Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.
surah al-baqarah (2:208-209)
Telah dijanjikan bahawa Islam akan bangkit dan menang kelak.
Tidakkah kita ingin termasuk dalam golongan yang beruntung itu?
Tidakkah kita mahu berkata di depan Allah nanti


"Ya Allah, aku telah berusaha menolong agamamu!"






ya Allah, ampunkanlah dosa kami hambamu yang selalu lupa akan diriMu:(
kurniakanlah kekuatan kepada kami ya Allah
hanya Kau yang mampu mengadakan sesuatu dan hanya Kau jualah yang mampu menghilangkan sesuatu
ingatkanlah kami ketika kami lupa
kuatkanlah hati kami
wahai Tuhan yang membolak-balikkan hati!
tetapkanlah hati ini untuk taat kepadaMu
janganlah jadikan kami termasuk golongan al-wahnu ya Allah
janganlah Kau lupa kepada kami ya Rabb
Tuhan yang Maha Pengkabul
Kabulkanlah doa kami
amiin ya rabbal alamiin






p/s: maaf jika post ini kurang sempurna
p/s2: isu Palestin bukan isu semalam, bukan isu lapuk! isu Palestin isu KITA
p/s3: hidup ini bukan hanya bererti mengejar segulung ijazah atau mengecap sebuah keseronokan sahaja...
p/s4: saya nak mintak maaf atas segala kekurangan. ambillah yang baik dan buanglah yang buruk~
p/s5: lupa nak cakap tahniah kepada ahli BAIK dan AJK MAHA atas kejayaan menganjurkan COMPARATIVE RELIGION 2009 & Malam Bidadari a.k.a Malam Hurul Ain [MAHA] Semoga segala usaha kita dirahmati Allah insyaAllah
p/s6: *Ini merupakan post yang telah diedit dari semalam*

Reminder for the soul

“Aku hairan dengan orang yang mengetahui kematian, tapi mengapa ia masih tertawa;

Aku hairan dengan orang yang tahu bahawa dunia adalah sementara, tapi mengapa ia sangat mencintainya;

Aku hairan dengan orang yang mengetahui semua urusan telah ditakdirkan, tapi mengapa ia takut kehilangan;

Aku hairan dengan orang yang mengetahui bahwa hisab adalah suatu kepastian, tapi mengapa ia tetap mengum
pulkan harta dan menghitung-hitungnya;

Aku hairan dengan orang yang mengetahui panasnya api neraka, tapi mengapa ia tetap berbuat dosa;

Aku hairan dengan orang yang mengaku mengenal Allah, tapi mengapa ia meminta tolong kepada selain-Nya;

Aku hairan kepada orang yang mengaku mengetahui kenikmatan syurga, tapi mengapa ia merasa hidup tenang di dunia;

Dan aku hairan kepada orang yang mengetahui syaitan adalah musuhnya, tapi mengapa ia mentaatinya.”

Uthman bin Affan Radhiyallahu anhu
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Masa umpama pedang