Lilypie First Birthday tickers

MAHA (terlambat=p)

Entry kali ni mungkin dah terlambat 2 minggu tapi tak pe, nak tulis jugak!
Malam Hurul Ain sudah pun berlalu pada tanggal 2 Mei yang lepas bersama-sama dengan program Comparative Religion^_^ Alhamdulillah, segala puji bagiNya yang memudahkan urusan kami....


Antara sebab post ni lambat adalah kerana memang tak ada niat nak tulis pun...hihi. Tapi beberapa peristiwa yang berlaku bagaikan memanggil-manggilku untuk menulis di sini. Oh sungguh puitis bukan ayatku? :P


Kenapa MAHA dianjurkan? Adakah semata-mata sebagai sebuah malam untuk mengumpulkan muslimah-muslimah Malaysia di UNPAD? Tidak!!!


Cik pengarah dah explain sebenarnya tentang ni masa malam MAHA tersebut, namun maklumlah....masa ucapan merupakan yang paling seronok untuk makan (eh yeke? tak kisahlah, maksudnya orang bukan suka sangat dengar ucapan pun kan:P)


Ok kita teruskan. Sebenarnya objektif MAHA diadakan ada 3; pertama:untuk menonjolkan keindahan Islam; ; kedua: untuk mengeratkan ukhwah dan ketiga: mempamerkan ciri-ciri muslimah sejati.
Chewah. Gitulah dia.


Jadi bolehlah nak disimpulkan MAHA ini diadakan untuk menunjukkan bahawa Islam tak pernah melarang umatnya untuk 'berhibur' selagi masih berlandaskan syariat dan tidak berlebih-lebihan di samping merapatkan ukhwah sesama muslimat, yela bukan semua dari fakulti yang sama so buleh la nak melepas rindu pada malam ni, hehehe:p Dan yang paling penting: menunjukkan ciri-ciri muslimah sejati.


Muslimah sejati lebih baik dari bidadari syurga, begitulah lebih kurang apa yang kami cuba sampaikan melalui program ini.


Tercapaikah objektif tersebut? Wallahualam... Bagi peserta yang hadir, nilailah sendiri apa niat anda datang ke MAHA...ambillah mana yang baik dan buanglah mana yang buruk jauh-jauh. Harap-harap malam itu bukan hanya menjadi malam untuk kita berseronok-seronok dan bersuka-suka tanpa mendapatkan apa-apa input pun, nauzubillah.


Bak kata seorang peserta MNTM malam tersebut, setiap amalan itu bergantung pada niat kan? Niat ditanam di dalam hati... Dalam badan kita ada seketul daging, baik seketul daging itu(hati) maka baiklah seluruh anggota; dan seandainya buruk daging(hati) itu, maka buruklah segala anggota. Segalanya bergantung kepada iman di hati kita...


Sekadar menjadi renungan buat kita semua...


Semoga kita tidak menjadi insan yang sia-sia...


Kedudukan seorang wanita itu sangat-sangat tinggi di sisi Islam namun tanpa sedar kita sering merendahkan martabat kita. Kepada wanita sekalian, sedarlah bahawa kekuatan sebuah tamadun terletak pada kekuatan wanita. Andai hancurnya wanita, maka hancurlah tamadun tersebut. Hancurlah kekuatan Islam...Tegakah anda menjadi orang yang menghancurkan Islam? Fikirkan.


Jadikanlah srikandi-srikandi Islam di zaman Nabi kita sebagai contoh, sesungguhnya banyak yang boleh kita teladani dari mereka. InsyaAllah lain kali boleh kita sama-sama belajar: bagaimana menjadi SuperMuslimah. wow! SuperMuslimah?? Hehe...Tu buku sebenarnya, tentang sahabiyah di zaman Nabi. Nanti dah habis exam kita kongsi naaaaa...
Hendak menjadi sehebat mereka mungkin kita tidak mampu, namun Allah melihat pada usaha kita, jadi berusahalah dan bermujahadahlah selalu untuk menjadi lebih baik dari semalam insyaAllah.

Ok cukuplah sampai sini. Nanti panjang2 sangat ada orang kat rumah tu repot kat mama anak dia kat Bandung tak study. hauhauhau. Saya study saya study!

Wassalam^_~

One Response so far.

  1. Unknown says:

    belajar belajar! balik skang!balik!

Reminder for the soul

“Aku hairan dengan orang yang mengetahui kematian, tapi mengapa ia masih tertawa;

Aku hairan dengan orang yang tahu bahawa dunia adalah sementara, tapi mengapa ia sangat mencintainya;

Aku hairan dengan orang yang mengetahui semua urusan telah ditakdirkan, tapi mengapa ia takut kehilangan;

Aku hairan dengan orang yang mengetahui bahwa hisab adalah suatu kepastian, tapi mengapa ia tetap mengum
pulkan harta dan menghitung-hitungnya;

Aku hairan dengan orang yang mengetahui panasnya api neraka, tapi mengapa ia tetap berbuat dosa;

Aku hairan dengan orang yang mengaku mengenal Allah, tapi mengapa ia meminta tolong kepada selain-Nya;

Aku hairan kepada orang yang mengaku mengetahui kenikmatan syurga, tapi mengapa ia merasa hidup tenang di dunia;

Dan aku hairan kepada orang yang mengetahui syaitan adalah musuhnya, tapi mengapa ia mentaatinya.”

Uthman bin Affan Radhiyallahu anhu
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Masa umpama pedang