Anak soleh~

Kenangi ibu bapa
Doakanlah sejahtera
Kita anak harus membela
Apabila sudah dewasa

Jangan biarkan mereka
Sia-sia di hari tua
Kecewa hidup dan merana
Kerna perbuatan anak derhaka

Bahagiakan mereka
Hingga ke hujung usia
Bila sampai waktu ajalnya
Anak soleh sebagai harta

Hai ibu bapa
Kami permata anda
Tidak jemu berdoa
Agar sejahtera terpelihara

Di dunia bahagia
Akhirat pun begitu jua
Inilah harapan kami semua
Moga Allah kabulkan doa
Anak Soleh by Rabbani~

Tatkala rindu menjengah.

Bismillahirrahmanirrahim...


Best tak tajuk ni?



Best kan? Huhu.



Hmmm... semenjak dua menjak ni banyak betul benda yang mengingatkan diriku pada orang-orang di Malaysia... huhu. Ada je benda. Sampai mimpi-mimpi siap. *___*
Teringat kat mama, teringat kat ayah, cikgu time sekolah dulu pn boleh teringat jugak. Isk3...
Parah betul. Tapi saya tak cengeng ya... Akak jangan buat cite! Hooho.

Sedih rasa bila dah tak boleh join keluarga bila sama-sama berkumpul. Dahla memang dah susah nak make sure 8 orang semua ada since Along keje kat Seremban, so mesti susah nak cukup korum. Nak join kenduri tahlil kat rumah Pak Man pun dah x boleh... tak dapat jumpa Ili~~~~~



Sejak dah jauh kat Bandung ni memang banyak miss la... Baru ni pun masa cuti sekolah, first time semua orang dapat kumpul n pergi bercuti sama-sama pergi Pangkor. Abang n kakak-kakak pun ramai dah kerja, so masing-masing support belanja semua. Pergi 1 hari je pun... Dapatlah masing-masing lepas tension, dah bertahun kot tak pergi mana-mana... Masa diorang post gambar kat facebook@ blog masing-masing, siap dengan caption 'the whole family', memang haru la... Tak tahu nak cakap camne*_*

Tapi takpelah kan benda dah lepas. Sekarang ni, plan seterusnya nak pergi Pekanbaru, balik kampung Ayah kat Sumatera pulak. N macam biasa, saya tak dapat ikut~~~~~~~~~~~~~~~~~





Rancangan asal: Nak lawat Ana (baca:saya lah tu:p) kat Bandung, tapi last-last x dapat, lagipun time tu (cuti sekolah;tu je masa Mama free,cikgu besar saya tu:p) tiket tengah mahaaaaal. Tambah lagi saya tengah exam so memang tak sesuai lah masanya kan...Pastu tengah offer tiket ke Pekanbaru, so Mama cadang ke sana... N lepas dah confirm baru saya dapat tahu~~~ *isk*



Oh, dugaan.













Bukan tak puas hati tak dapat join bercuti, cuma sedih bila mengenangkan sekarang dah tak ada masa nak diluangkan bersama family. Bukan selalu kan*_*



Risau memikirkan kesihatan Ayah. Masa balik bulan 2 tu pun Ayah demam. Semua pun demam time tu, (balik-balik Malaysia terus demam sebab berjangkit:p) tapi Ayahla yang paling lambat baik. Sape-sape yang ada kat rumah tu, jagalah mak ayah kita elok-elok ek. Kita tak tahu sampai bila Allah pinjamkan mereka. Hargailah masa yang kalian ada bersama mereka... Oh rasa nak nangisla pulak bila tulis ni *_* Make sure Ayah makan ubat selalu, jaga makan Ayah, jangan bagi Ayah makan nasi sangat! Ya Allah, Kau peliharalah mereka. Cukuplah Kau sebagai wakilku...Kasihanilah mereka sebagaimana mereka mengasihani kami sewaktu kecil~




Teringat juga kat cikgu-cikgu SAMURA dulu. Cikgu-cikgu yang bukan sahaja mengajarku ilmu dunia, tetapi juga seringkali memberikan mutiara kata yang sangat berharga. Guru-guru yang bukan sahaja mengajarku mencintai ilmu, tetapi juga meningatkan kami agar sentiasa ingat kepada Tuhan yang Memiliki Setiap yang di Langit dan Bumi, Allah swt. Cikgu Othman guru Biologiku (sekarang dah jadi pak aji dah=p), Cikgu Hamidah cikgu Fizikku, cikgu Kimia Cikgu Zakaria Haiyun... ramai lagi cikgu-cikgu lain, tapi merekalah yang paling diingati sebab kata-kata mereka yang masih terngiang-ngiang sampai kini...Terima kasih cikgu~






Minggu depan saya nak exam. Doakan ya~

P:s/ Janganlah kita bergantung harap kepada manusia, kerana akhirnya kita akan kecewa~ Bergantunglah pada Allah semata, jadikan hanya pada Dialah tempat kita bergantung~

Saya...

nak buat post baru sebenarnya.....tapi ngantuk la pulak. Ngehngeh.

Esok la buat ek? Hehe...

(apa punya post la ni:p)

Malam tadi(19 March 2009), sedang diriku sibuk mencari bahan untuk Learning Issue(LI bukan Latihan Industri ya) yang diperoleh, tiba-tiba di'buzz' oleh seorang sahabat yang sedang bercuti di Malaysia setelah menamatkan tahun pertama jurusan perubatan...........
.....
.......
.....................




*** *** : salam
*** *** : farhana..aku nak kacau kau sikit
*** *** : busy tak?
fArHaNa : wsalam..
fArHaNa : hmm bolehla.. ape die?
*** *** : aku nak tahu
*** *** : macam aku tengok kau dulu rilex saja, sekarang join biro agama
*** *** : apa yang menyebabkan perubahan itu terjadi?

..........
...................
...........................



Terkedu aku sebentar...Kerana tak menyangka soalan itu yang akan ditanya, namun terselit juga rasa hormat sebab dia berani menanyakan kepadaku secara direct...


Kerana sebab sebelum ini aku tahu dan sedar, ada 'mulut-mulut' yang berbicara dan mungkin juga merasa pelik melihatku yang sudah 'berubah'. (hmm, 'berubah'kah aku?)

Bukan sekali, bukan dua kali. Malah berkali-kali sampai kepadaku 'suara-suara' tersebut yang barangkali musykil dan sangat-sangat-sangat(ok stop with the 'sangat') pelik melihat Farhana yang sudah tidak seperti Farhana yang dulu...

Mungkin ada terselit rasa kecewa di hatiku kerana perkara sebegini yang dirasakan pelik oleh orang.
Setiap kali 'suara-suara' itu sampai kepadaku, aku hanya mampu tersenyum tawar, mungkin kadangkala tersenyum lucu. Terima kasih pada tukang jawab soalan ya?^_^Macam-macam manusia ni ek.....?




Tetapi hanya itulah yang ku berikan. Sekadar sebuah senyuman yang penuh misteri, hahaha...
Kerana aku tak tahu mahu mengatakan apa, cuma suara hatiku menjerit, "Salah ke???????
[agak emo di situ=p]"




Namun, disebabkan sudah ada yang bertanya, dah sungguh direct pula tu, tergumam aku sebentar. Aku faham mengapa dia bertanya. Barangkali ingin tahu apa yang ada di Indonesia ni tetapi tiada di India??? Mungkin juga untuk dijadikan pengalaman buat dirinya di sana dalam menjalankan perjuangannya.
Jawapan yang ku berikan?

Sungguh simple. Entah dia puas hati dengan jawapanku atau tidak...
"Kenalah mencari..."




Sungguh itu sahaja jawapan yang aku mampu beri kepadanya. Dia juga tidak memaksa, hanya menerima sahaja. Barangkali dia faham mengapa aku tidak berkata banyak.




Mengapa?
Kerana sesungguhnya Farhana tidak berubah.
Farhana masih Farhana yang dahulu.
Malah mungkin juga Farhana kini sudah kembali menjadi Farhana yang sebenar.
Farhana yang sepatutnya wujud sejak dahulu lagi.
Farhana yang mungkin sudah wujud dalam diriku,
namun hilang sebentar ditelan dunia setelah tamat sekolah disebabkan kelemahan dan kealpaan diriku sendiri.


Bahkan Farhana kini terus mencari siapa Farhana yang sebenarnya.......
Siapa Farhana?
Dalam bahasa Arab, Farhana bermaksud kegembiraan.
Mungkin pada zahirnya, orang-orang yang mengenal diriku akan mengatakan namaku memang menepati diri dan personalitiku.
Namun, di dalam hatiku, hanya aku seorang yang tahu.
Gembirakah aku menjadi Farhana yang dahulu?
Gembirakah aku menjadi Farhana yang kini dikatakan sudah hilang itu?
Gembirakah aku?


Gembirakah aku menjadi hamba yang tidak taat pada TuhanNya?
Yang memilih-milih dalam taat kepadaNya?
Mungkin jauh di lubuk hati, di mana aku sendiri tak mahu mengakui, betapa aku tidak gembira dengan diriku yang dahulu.
Namun dipendam dalam-dalam dan tidak diberitahu pada sesiapa, kerana kelemahan diriku sendiri yang terlalu lemah...


Syukurku padaMu
Alhamdulillah.
Aku bersyukur ke hadratNya kerana Dia yang Maha Mengetahui segala yang di langit dan di bumi memutuskan bahawa aku akan ke bumi Indonesia ini.
Bersyukur kerana diri ini masih disayangi olehNya.
Bersyukur kerana aku mendapat ruang untuk menjadi Farhana dalam erti kata sebenarnya.
Bersyukur kerana banyak perkara....
Namun begitu, tidaklah aku mengatakan sudah berpuas hati dengan diriku kini..
Jauh sekali...
Sesungguhnya diri ini masih lemah...
Masih mencari dan mencari dan mencari.
Dan aku berdoa pencarian ini tidak akan berhenti Ya Allah...
Kau kuatkanlah hatiku untuk terus teguh dan istiqamah di jalanMu wahai Al-Aziz!
Sesungguhnya tanpa belas dariMu, siapalah daku...
Tanpa kasih dan sayangMu, terhinalah daku...
Kau bantulah hambaMu ini Ya Rabb...
Bantulah aku untuk menjadi muslimah dan mukminah yang sebenar...
Kerana aku mahu mengecap syurgaMu, dan sungguh ku tidak sanggup untuk ke nerakaMu.....!
Namun aku sedar tidak berguna banyak mana amalku tanpa redhaMu Ya Mutakabbir...
Hanya dengan keredhaanMu Ya Fattahul Alim...dapat ku kecap syurgaMu yang indah.
Jadi masukkanlah daku dalam golongan orang-orang yang Kau kasihi.....
Kepada teman-teman,
Usah khuatir.
Farhana masih Farhana yang dahulu.
Tak hilang ke mana pun.
Terima kasih kerana prihatin terhadap diriku.
I love you all! (ayat selebriti)
Wassalam~

Doa itu senjata orang mukmin.

Bismillahirrahmanirrahim...

Dan Tuhan kamu berfirman: "Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takabur daripada beribadat dan berdoa kepadaKu, akan masuk neraka Jahanam dalam keadaan hina"- surah al-Mu'min: 60

"Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): Sesungguhnya Aku sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanKu (dengan mematuhi perintahKu) dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul'" -
surah al-Baqarah: 186.



Allah tidak akan menghampakan permohonan dan permintaan hamba-Nya lebih-lebih lagi yang beriman dan beramal soleh kerana Allah sangat dekat kepada setiap hamba-hamba-Nya.

"Berdoalah kepada Tuhan kamu dengan merendah diri dan (dengan suara) perlahan. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang melampaui batas." - surah al-A'raf:55.

Firman Allah yang bermaksud: "Atau siapakah yang memperkenankan doa orang yang menderita apabila ia berdoa kepada-Nya, dan yang menghapuskan kesusahan, serta menjadikan kamu pengganti (umat-umat yang telah lalu) mendiami dan menguasai bumi? Adakah sebarang Tuhan yang lain bersama-sama Allah? Amat sedikit di antara kamu yang mengingati (nikmat Allah itu)" - surah an-Naml: 62.



Ada kalanya doa yang kita minta diberi ketika di dunia sementara yang lainnya tidak. Jika yang dimohon sesuai dengan kehendak-Nya, maka akan diberikannya segera, tetapi jika permohonannya tidak seiring dengan kehendak-Nya maka sebagai ganti, Dia akan memberikan sesuai dengan kehendak-Nya sebagai pilihan yang tepat.

Sesungguhnya Allahlah Tuhan yang Maha Mengetahui sedangkan kita tidak mengetahui...


Dalam hadis Rasulullah bersabda : "Tidak seorang pun pendoa, melainkan ia berada di antara salah satu dari tiga kelompok ini: Kadangkala ia dipercepat sesuai dengan permintaannya, atau ditunda (pengabulannya) demi pahalanya, atau ia dihindarkan daripada keburukan yang menimpanya." - hadis riwayat Imam Ahmad dan Al-Hakim.

“Barangsiapa yang tidak berdoa kepada Allah maka Allah akan murka kepadanya.” (HR Tarmizi)



Orang yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan orang yang didoakan.....?

Diriwayatkan oleh Imam Muslim dari Ummud Darda' ra., bahwasannya Rasulullah SAW
bersabda, "Doa seorang muslim untuk saudaranya yang dilakukan tanpa pengetahuan orang yang didoakannya adalah doa yang akan dikabulkan. Pada kepalanya ada seorang malaikat yang menjadi wakil baginya, setiap kali dia berdoa untuk saudaranya dengan sebuah kebaikan, maka malaikat tersebut berkata 'aamiin dan engkaupun mendapatkan apa yang ia dapatkan'" (Shahih Muslim no. 2733)

Wallahua'lam bissawab...

p:s/ Doakan dari jauh. Siapa? Siapa-siapa laaaa...=)

Mahal sungguh ya?

Apa yang mahalnya ek?

Kemaafan, itulah yang dirasakan mahal.

Kenapa kadang-kadang kita rasa susah sangat nak maafkan orang?

Kenapa hati masih mahu berdendam?

Kenapa persahabatan yang dibina sekian lama dibelakangkan?

Kenapa salah yang kecil diperbesarkan?

Itulah yang timbul di benak sanubari ku sekarang.

Betapa sukarnya manusia mahu memaafkan kesalahan orang lain.


Sedangkan kita tahu di akhirat nanti,
betapa kita mengharapkan kemaafan dan keampunan dari Allah,
dan juga keampunan dari orang yang telah kita berdosa pada mereka semasa hayat kita.

Jadi mengapa kita yang hina ni boleh rasa tak mahu berikan kemaafan pada orang?
Bukankah kita tahu Allah Maha Pengasih lagi Maha Penyayang?

Hari-hari kita sebut.
Nak buat apa pun kita sebut.

"Bismillahirrahmanirrahim..."

Kita mengharapkan kasih dan rahmat dariNya. Setiap masa.

Sedangkan Allah yang Maha Kuasa; Al-Aziz, Maha Pencipta; Al-Khaliq.
Tak memerlukan pun taubat kita.

Tak perlukan pun iman kita.

Dan seandainya kita melakukan dosa, nescaya ia tak mengurangkan apapun dariNya..
tapi still.
Dia Maha Pengampun;Al-Ghaffur.
Dia yang memiliki segala yang di langit dan di bumi.
Sentiasa menerima taubat hambaNya yang menyesali dosa yang dilakukan...

tapi kita?
Apa yang kita ada?
Apalah sangat kita ni?
Hebat sangatkah kita?


Mulia sangatkah kita sampai kalau orang buat salah sikit kat kita, kita marah sungguh?
Sahabat2ku,
dunia ini sebentar cuma.
Janganlah kita hidup untuk bermusuh-musuhan, untuk bermasam muka dengan orang yang kita sayangi.
Jom kita hayati kalam dari Allah dalam surah An-Nur ayat 22 dan surah Ali-'Imran ayat 134 mengenai ciri-ciri orang bertaqwa:



Dan janganlah orang-orang yang mempunyai kelebihan dan kelapangan di antara kamu bersumpah bahwa mereka (tidak) akan memberi (bantuan) kepada kaum kerabat(nya), orang-orang yang miskin dan orang-orang yang berhijrah pada jalan Allah, dan hendaklah mereka memaafkan dan berlapang dada. Apakah kamu tidak ingin Allah mengampunimu? Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang (24:22)

"(Iaitu) orang yang berinfaq, baik di waktu lapang mahupun sempit, dan orang-orang yang menahan amarahnya dan memaafkan (kesalahan) orang lain. Dan Allah mencintai orang yang berbuat kebaikan." (3:134)


Sama-sama kita berdoa supaya dilindung dari bisikan jahat syaitan yang sentiasa mencari ruang untuk memutuskan persaudaraan antara kita...

edited on 19th March 2009,
(maaf sebelum ni ada kesilapan sdikit=D)

What you see may not be what it seems. Mungkin ilusi optik??

Assalamualaikum...wah, bukan main lagi tajuk post kali ni ek? hoho.
Tapi itulah yang nak diketengahkan, kenapa manusia suka bersangka-sangka? Kenapa kita suka sangat membuat sesuatu andaian sendiri tanpa berfikir?
Kenapa benda yang tak ada dikatakan ada?

Firman Allah “Hai orang-orang yang beriman! Jauhilah kamu dari
prasangka, kerana sesungguhnya sangkaan itu berdosa”
(Surah Al-Hujuraat ayat 12),

dan juga sabda Nabi SAW,

“Hati-hatilah kamu terhadap prasangka, kerana sesungguhnya prasangka itu adalah sedusta-dusta perkataan.” (Hadis riwayat Bukhari)


Like I said, what you see may not be what it seems, and the other way around; just because you can't see it, it doesn't means that it doesn't exist. Pening tak baca ayat ni? Haha...jangan pening-pening. Tak faham tak apa, yang penting diriku faham dan dah terluahkan di sini. Kadang-kadang bila kita nampak something pada zahirnya dengan mata kasar, kita suka buat 'assumption' sendiri... dan bila kita tak nampak pn kita selalu buat 'assumption' sendiri. Camne tu? Haaaa...

Hentikanlah membuat andaian atas sesuatu yang tidak pasti. Aku hanya mahukan ketenangan, dan sangkaan-sangkaan yang dihamburkan hanya meragutnya dariku.

Cukuplah. Hanya Allah yang Maha Mengetahui segala sesuatu, dan kepadaNya lah aku bersandar.



Sekian post yang agak emo dariku,hahaha.


Wassalam.
-edited on 18th March 2009-

Reminder for the soul

“Aku hairan dengan orang yang mengetahui kematian, tapi mengapa ia masih tertawa;

Aku hairan dengan orang yang tahu bahawa dunia adalah sementara, tapi mengapa ia sangat mencintainya;

Aku hairan dengan orang yang mengetahui semua urusan telah ditakdirkan, tapi mengapa ia takut kehilangan;

Aku hairan dengan orang yang mengetahui bahwa hisab adalah suatu kepastian, tapi mengapa ia tetap mengum
pulkan harta dan menghitung-hitungnya;

Aku hairan dengan orang yang mengetahui panasnya api neraka, tapi mengapa ia tetap berbuat dosa;

Aku hairan dengan orang yang mengaku mengenal Allah, tapi mengapa ia meminta tolong kepada selain-Nya;

Aku hairan kepada orang yang mengaku mengetahui kenikmatan syurga, tapi mengapa ia merasa hidup tenang di dunia;

Dan aku hairan kepada orang yang mengetahui syaitan adalah musuhnya, tapi mengapa ia mentaatinya.”

Uthman bin Affan Radhiyallahu anhu
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Masa umpama pedang