Malam tadi(19 March 2009), sedang diriku sibuk mencari bahan untuk Learning Issue(LI bukan Latihan Industri ya) yang diperoleh, tiba-tiba di'buzz' oleh seorang sahabat yang sedang bercuti di Malaysia setelah menamatkan tahun pertama jurusan perubatan...........
.....
.......
.....................




*** *** : salam
*** *** : farhana..aku nak kacau kau sikit
*** *** : busy tak?
fArHaNa : wsalam..
fArHaNa : hmm bolehla.. ape die?
*** *** : aku nak tahu
*** *** : macam aku tengok kau dulu rilex saja, sekarang join biro agama
*** *** : apa yang menyebabkan perubahan itu terjadi?

..........
...................
...........................



Terkedu aku sebentar...Kerana tak menyangka soalan itu yang akan ditanya, namun terselit juga rasa hormat sebab dia berani menanyakan kepadaku secara direct...


Kerana sebab sebelum ini aku tahu dan sedar, ada 'mulut-mulut' yang berbicara dan mungkin juga merasa pelik melihatku yang sudah 'berubah'. (hmm, 'berubah'kah aku?)

Bukan sekali, bukan dua kali. Malah berkali-kali sampai kepadaku 'suara-suara' tersebut yang barangkali musykil dan sangat-sangat-sangat(ok stop with the 'sangat') pelik melihat Farhana yang sudah tidak seperti Farhana yang dulu...

Mungkin ada terselit rasa kecewa di hatiku kerana perkara sebegini yang dirasakan pelik oleh orang.
Setiap kali 'suara-suara' itu sampai kepadaku, aku hanya mampu tersenyum tawar, mungkin kadangkala tersenyum lucu. Terima kasih pada tukang jawab soalan ya?^_^Macam-macam manusia ni ek.....?




Tetapi hanya itulah yang ku berikan. Sekadar sebuah senyuman yang penuh misteri, hahaha...
Kerana aku tak tahu mahu mengatakan apa, cuma suara hatiku menjerit, "Salah ke???????
[agak emo di situ=p]"




Namun, disebabkan sudah ada yang bertanya, dah sungguh direct pula tu, tergumam aku sebentar. Aku faham mengapa dia bertanya. Barangkali ingin tahu apa yang ada di Indonesia ni tetapi tiada di India??? Mungkin juga untuk dijadikan pengalaman buat dirinya di sana dalam menjalankan perjuangannya.
Jawapan yang ku berikan?

Sungguh simple. Entah dia puas hati dengan jawapanku atau tidak...
"Kenalah mencari..."




Sungguh itu sahaja jawapan yang aku mampu beri kepadanya. Dia juga tidak memaksa, hanya menerima sahaja. Barangkali dia faham mengapa aku tidak berkata banyak.




Mengapa?
Kerana sesungguhnya Farhana tidak berubah.
Farhana masih Farhana yang dahulu.
Malah mungkin juga Farhana kini sudah kembali menjadi Farhana yang sebenar.
Farhana yang sepatutnya wujud sejak dahulu lagi.
Farhana yang mungkin sudah wujud dalam diriku,
namun hilang sebentar ditelan dunia setelah tamat sekolah disebabkan kelemahan dan kealpaan diriku sendiri.


Bahkan Farhana kini terus mencari siapa Farhana yang sebenarnya.......
Siapa Farhana?
Dalam bahasa Arab, Farhana bermaksud kegembiraan.
Mungkin pada zahirnya, orang-orang yang mengenal diriku akan mengatakan namaku memang menepati diri dan personalitiku.
Namun, di dalam hatiku, hanya aku seorang yang tahu.
Gembirakah aku menjadi Farhana yang dahulu?
Gembirakah aku menjadi Farhana yang kini dikatakan sudah hilang itu?
Gembirakah aku?


Gembirakah aku menjadi hamba yang tidak taat pada TuhanNya?
Yang memilih-milih dalam taat kepadaNya?
Mungkin jauh di lubuk hati, di mana aku sendiri tak mahu mengakui, betapa aku tidak gembira dengan diriku yang dahulu.
Namun dipendam dalam-dalam dan tidak diberitahu pada sesiapa, kerana kelemahan diriku sendiri yang terlalu lemah...


Syukurku padaMu
Alhamdulillah.
Aku bersyukur ke hadratNya kerana Dia yang Maha Mengetahui segala yang di langit dan di bumi memutuskan bahawa aku akan ke bumi Indonesia ini.
Bersyukur kerana diri ini masih disayangi olehNya.
Bersyukur kerana aku mendapat ruang untuk menjadi Farhana dalam erti kata sebenarnya.
Bersyukur kerana banyak perkara....
Namun begitu, tidaklah aku mengatakan sudah berpuas hati dengan diriku kini..
Jauh sekali...
Sesungguhnya diri ini masih lemah...
Masih mencari dan mencari dan mencari.
Dan aku berdoa pencarian ini tidak akan berhenti Ya Allah...
Kau kuatkanlah hatiku untuk terus teguh dan istiqamah di jalanMu wahai Al-Aziz!
Sesungguhnya tanpa belas dariMu, siapalah daku...
Tanpa kasih dan sayangMu, terhinalah daku...
Kau bantulah hambaMu ini Ya Rabb...
Bantulah aku untuk menjadi muslimah dan mukminah yang sebenar...
Kerana aku mahu mengecap syurgaMu, dan sungguh ku tidak sanggup untuk ke nerakaMu.....!
Namun aku sedar tidak berguna banyak mana amalku tanpa redhaMu Ya Mutakabbir...
Hanya dengan keredhaanMu Ya Fattahul Alim...dapat ku kecap syurgaMu yang indah.
Jadi masukkanlah daku dalam golongan orang-orang yang Kau kasihi.....
Kepada teman-teman,
Usah khuatir.
Farhana masih Farhana yang dahulu.
Tak hilang ke mana pun.
Terima kasih kerana prihatin terhadap diriku.
I love you all! (ayat selebriti)
Wassalam~

26 Responses so far.

  1. I award this as the best entry from u =)

    telling u d truth...aq yg jauh kat india nih pun bleyh rasa dat U HAD CHANGED!but semua itu ke arah kebaikan..so do i have 2 dislike it?obviously not,babe.i don't want to be an extremist in disobeying Allah,the Omnipotent.

    HIDAYAH ALLAH DTG KEPADA ORG YG MENCARINYA =)
    teruskanlah mencari kerana pencarian ini sgt indah....

    p/s:I like "memilih-milih dalam taat kepadaNya" part...it strikes through..me...deeply..hurm..

  2. sy sntiase skong~alhamdulillah..kite sume as SAHABAT kpd farhana spatutnye brgembire..bukankah kite ptut brtny pd dri kite sndri..
    "bile aku plak nk jd cmtu??"
    instead of "aphal ek fhana tuh?len mcm ah now ni.."
    n cm yg anum ckp..sume tuh brlaku k arah kbaikan..syukur k hadrat ILAHI~
    smoge sy juge menemui ktnangan yg dcari..insyaAllah..

    p/s:rase cm nk ckp byk lg..tp konsert menatang ape ntah kt faculty mane ntah tuh..buat ilang sume idea kamek..haish~da la tuh..sik phm 1 ape pn..kenak la de konsert tuh..bek bwt ceramah agame..knyang rohani kite~ =)

  3. duha says:

    haha..mantap kak lola..ape lagi..jom serang konsert tu lengkali..ahahha..

    by da way,
    most of people do not like changes..
    dan hanya sedikit yang akan sntiasa berubah utk mnjadi yg lebih baik :)
    moga kita tergolong dlm golongan yg sikit tu :D

  4. salam..perubahan ke arah kebaikan suatu yg bagus.tak perlu kita rasa malu..bare in mind yg allah sayangkan kita n dia bg kita hidayah untuk berubah dan lebih dekat padanya..saya sokong perubahan ini.chaiok3x...

  5. Salam Farhana!

    I found your blog too! :D

    To me, theres nothing wrong if changing for the better.
    Perhaps the 'kepelikan' that your friends have, are actually awe and admiration for you.

    I know, that I am.
    :)

  6. Dr Amad says:

    Islam itu bukan hak ekslusif sesiapa.Bila saat dia syahadat,terbeban sudah pada bahu itu untuk sampaikan Islam.Dan ia semestinya satu tanggungjawap dan tanggungjawap itu akan dipersoalkan.

    Ramai insan yang dambakan syurga firdausi,tetapi bab berjuang menegakkan kalimah Allah,menyuruh insan lain kehadapan? kenapa tidak kita?

    " Ko pi la nasihat dia,ko kan alim," sering kita dengarkan bukan.

    Ingat Farhana,sekali kita masuk dijalan ini,jangan sekali-kali kita berpaling,kerana ini adalah jalan cinta para pejuang,jalan perindu syahid,jalan para ahli syurga. Jangan berhenti walaupun sejenak kerana kerehatan abadi kita dalam tugas ini di syurga kelak....

    Langkah dan terus melangkah...

  7. 3rdmarch says:

    no comment(ayat selebriti)...

    (n_n)v

  8. fArHaNa says:

    anum- selamat mencari dan smoga mendapatkan ketenangan yang kamu cari:)

    sdikit tambahan:
    Rasulullah SAW seringkali berdoa “ya muqallibal qulub, tsabbit qalby ‘ala. Tha ‘atika” Wahai Rob yang membolak-balikan hati, mantapkan hatiku dalam ketaatan kepada-Mu. Istri beliau, Aisyah r.a, pernah bertanya kepada beliau: wahai Rasul, engkau seringkali berdoa demikian, apakah engkau takut?, kemudian Beliau menjawab,”Apa yang menjadikan aku merasa aman, padahal hati hamba-hamba Allah berada antara dua jari Allah Yang Maha Perkasa. Kalau Dia berkehendak Dia dapat membolak-baliknya"

    Berdoalah supaya hati kita sentiasa TETAP dan TEGUH padaNya. Rasulullah yang maksum pun risau hatiNya berbolak-balik. Doakan daku skali :)

  9. fArHaNa says:

    lolalolipoppanjangnyanama-
    semoga sahabatku ini mendapat ketenangan yang dicari. hendakkan ketenangan dariNya, kembalilah padaNya, insyaAllah tenang selalu=)

    p:s/nsb bek duk bale3, x dngar sangat 'kemerduan' bunyi konsert tu. heehee.

  10. fArHaNa says:

    duha- aamiiiinn...=)
    p:s/ teringat kotak beracun smlm..(xde kaitan) lalala~

  11. fizi says:

    "Islam itu bermula dengan asing, dan akan kembali menjadi asing, maka beruntunglah orang yang asing".

    Aku rasa sangat happy untuk kau kerana memilih jalan menjadi lebih baik..semoga berjaya dalam pencarian ke arah jalan Nabi dan sahabatnya.

  12. fArHaNa says:

    haikal- huhuhuhu time kasih. smoga cepat sembuh dr chicken pox yang melanda

  13. fArHaNa says:

    Azie- Wsalam.. Jaga Shah Alam elok-elok^_^. Nway there's no need to admire me, seriously!

  14. fArHaNa says:

    DrAmad- Terima kasih banyak-banyak. InsyaAllah akan diingat selalu. Terima kasih!!

    3rd March- Apakah? Apa pun terima kasih sebab menjengah. Comment aku x nak approve eh? haha.

    Fizi- Betul. Bagi yang ragu-ragu, peganglah hadith ni. Beruntunglah orang-orang yang asing insyaAllah.

    Xlarat dah nak comment satu2:)
    Terima kasih semua. Sangat-sangat terharu (ini bukan ayat selebriti, ini ayat tulus dari hati)

    "Ya muqallibal qulub, thabbit qalbi 'alaa thaa'atik"

  15. Alif Laam Miim.

    Inilah ayat-ayat Al Qur'an yang mengandung hikmah,

    menjadi petunjuk dan rahmat bagi orang-orang yang berbuat kebaikan.

    (yaitu) orang-orang yang mendirikan salat, menunaikan zakat dan mereka yakin akan adanya negeri akhirat.

    Mereka itulah orang-orang yang tetap mendapat petunjuk dari Tuhannya dan mereka itulah orang-orang yang beruntung.

    (surah Luqman, 31:1-5)

    alhamdulillah, teruskan beristiqamah :)

  16. kak farhana sayang..=)
    lmbt gler nk follow up..hehe
    tergerak nk mengomen..
    saya suka entry ni, sebab jd inspirasi kt diri tuk berubah ke arah kebaikan..jom kte sama2 berubah ye..selamat beristiqamah..=)

    p/s: aik, kak lola cakap sarawak??? kak farhana faham ke?? jom klaka srwk ngn has juak..hehe

  17. fArHaNa says:

    lola cakap sarawak ada makna tu............*_*

  18. fArHaNa says:

    lola cakap sarawak ada makna tu............*_*

    jom has jom;)

  19. Farhana,same name like my sis..
    Dalam Islam ni,yang susah nak wat buat adalah istiqamah...
    Fastaqim kama umirta...
    Istiqamah dalam kebenaran..
    Istiqamah dalam berprinsip...

    Semoga terus istiqamah ;-)

  20. wah
    mmg terase keiklasan
    tambh plak ngn lagu 2
    best best

    bese la 2 klu de prubahan
    kdg just concern
    ade gak yg menyebuk
    ade gak yg suke jaga tepi kain org

    tapi yg pntg
    be urself

    smoge jadi better muslimah

  21. salam.....kak farhana....
    sy anti rokok!!!!!hihihihi...

    sngt suka post yg nii..
    memberi motivasi pd diriku ini..
    Jom kte same2 berubah dan istiqamah dlm melakukannya....
    MOga kita betemu d syurga nanti...
    InsyaALLAH...aminnnnnnn..

    daaaaaaa.....

    p/s: kamek pon tau juak bhsa srwk...kitak tauk sik??
    mun sik tauk tanya kamek....hihihiih....

  22. 3rdmarch says:

    salam..

    no comment 2 sbb ape y nak dcakap cam da dcakapkan semua ole dr.Amad..sekepala sungguh kami..haha.. ;p

    psal comment y x d approve..comment mn ek?rasanya approve sume comment anda stakat ni..

    p/s: ternampak joegrimjow kat sni..haha..

  23. salam:)
    k.farhana
    waa..terharunye..
    sangat susah untuk mendapatkan penghayatan dalam ibadah..
    dan sukarnya meletakkan ikhlas dalam sesuatu perkare..
    saye suke entry nie..
    sedikit sebnyk terkenang diri yang jahil ini~

    p/s:da penat edit my blog..tp tetp xley komen..sbr je lah wahai hati

  24. fArHaNa says:

    Ahmad Zulfahmi- Betul tu, hati kena betul-betul kuat~

    Joegrimjow- Bak kata duha, people don't like change. Semoga hati dan anggota sentiasa tergerak untuk menjadi lebih baik~

    Aishah Arisa- Wsalam...katakan x nak!!! hehe... Kamek kurang reti la bhs sarawak. Kitak cakap ape kamik kurang paham walopn dpt tangkap sket2 hihihi:p

    3rd March- ish mana boleh share kpale ngan orang. kepala masing-masing la...kalo x jadi laden n laleh. hohoho.

    idsyaleeya- Wsalam... Alhamdulillah, semoga kita sama-sama kuat okay~! Sama-sama kita ambil pengajaran n LAKUKAN.

    Memang susah, sebab tu kita kena rajin bersihkan hati kalo x nanti berkarat ek? Jagalah hati, sebab hati itulah ketua kepada segala anggota badan kan kan kan?:)

  25. drrazi says:

    nk senyum je bole x??? =)

    suke bc entry ni. dialog yg membawa kepada tafakkur. sesungguhnya manusia baru jd benar2 manusia kalau die BERFIKIR.

    (sori,td kata nk senyum je. haih~~~)

  26. fArHaNa says:

    drrazi- kenapa nak senyum je tu??

    xpe2,stuju2=)

Reminder for the soul

“Aku hairan dengan orang yang mengetahui kematian, tapi mengapa ia masih tertawa;

Aku hairan dengan orang yang tahu bahawa dunia adalah sementara, tapi mengapa ia sangat mencintainya;

Aku hairan dengan orang yang mengetahui semua urusan telah ditakdirkan, tapi mengapa ia takut kehilangan;

Aku hairan dengan orang yang mengetahui bahwa hisab adalah suatu kepastian, tapi mengapa ia tetap mengum
pulkan harta dan menghitung-hitungnya;

Aku hairan dengan orang yang mengetahui panasnya api neraka, tapi mengapa ia tetap berbuat dosa;

Aku hairan dengan orang yang mengaku mengenal Allah, tapi mengapa ia meminta tolong kepada selain-Nya;

Aku hairan kepada orang yang mengaku mengetahui kenikmatan syurga, tapi mengapa ia merasa hidup tenang di dunia;

Dan aku hairan kepada orang yang mengetahui syaitan adalah musuhnya, tapi mengapa ia mentaatinya.”

Uthman bin Affan Radhiyallahu anhu
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Masa umpama pedang