Mahal sungguh ya?

Apa yang mahalnya ek?

Kemaafan, itulah yang dirasakan mahal.

Kenapa kadang-kadang kita rasa susah sangat nak maafkan orang?

Kenapa hati masih mahu berdendam?

Kenapa persahabatan yang dibina sekian lama dibelakangkan?

Kenapa salah yang kecil diperbesarkan?

Itulah yang timbul di benak sanubari ku sekarang.

Betapa sukarnya manusia mahu memaafkan kesalahan orang lain.


Sedangkan kita tahu di akhirat nanti,
betapa kita mengharapkan kemaafan dan keampunan dari Allah,
dan juga keampunan dari orang yang telah kita berdosa pada mereka semasa hayat kita.

Jadi mengapa kita yang hina ni boleh rasa tak mahu berikan kemaafan pada orang?
Bukankah kita tahu Allah Maha Pengasih lagi Maha Penyayang?

Hari-hari kita sebut.
Nak buat apa pun kita sebut.

"Bismillahirrahmanirrahim..."

Kita mengharapkan kasih dan rahmat dariNya. Setiap masa.

Sedangkan Allah yang Maha Kuasa; Al-Aziz, Maha Pencipta; Al-Khaliq.
Tak memerlukan pun taubat kita.

Tak perlukan pun iman kita.

Dan seandainya kita melakukan dosa, nescaya ia tak mengurangkan apapun dariNya..
tapi still.
Dia Maha Pengampun;Al-Ghaffur.
Dia yang memiliki segala yang di langit dan di bumi.
Sentiasa menerima taubat hambaNya yang menyesali dosa yang dilakukan...

tapi kita?
Apa yang kita ada?
Apalah sangat kita ni?
Hebat sangatkah kita?


Mulia sangatkah kita sampai kalau orang buat salah sikit kat kita, kita marah sungguh?
Sahabat2ku,
dunia ini sebentar cuma.
Janganlah kita hidup untuk bermusuh-musuhan, untuk bermasam muka dengan orang yang kita sayangi.
Jom kita hayati kalam dari Allah dalam surah An-Nur ayat 22 dan surah Ali-'Imran ayat 134 mengenai ciri-ciri orang bertaqwa:



Dan janganlah orang-orang yang mempunyai kelebihan dan kelapangan di antara kamu bersumpah bahwa mereka (tidak) akan memberi (bantuan) kepada kaum kerabat(nya), orang-orang yang miskin dan orang-orang yang berhijrah pada jalan Allah, dan hendaklah mereka memaafkan dan berlapang dada. Apakah kamu tidak ingin Allah mengampunimu? Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang (24:22)

"(Iaitu) orang yang berinfaq, baik di waktu lapang mahupun sempit, dan orang-orang yang menahan amarahnya dan memaafkan (kesalahan) orang lain. Dan Allah mencintai orang yang berbuat kebaikan." (3:134)


Sama-sama kita berdoa supaya dilindung dari bisikan jahat syaitan yang sentiasa mencari ruang untuk memutuskan persaudaraan antara kita...

edited on 19th March 2009,
(maaf sebelum ni ada kesilapan sdikit=D)

11 Responses so far.

  1. duha says:

    yup..meminta maaf mmg sgt susah..begitu juga memaafkan..

    kadang-kadang kita merasa lemah dan kalah dengan meminta maaf padahal itu membuktikan yang kita sebenarnya lebih kuat!

    sama2 lah cuba menurunkan keegoan dan kekerasan kepala kita..sifat memaaf dan mudah meminta maaf itu bagus dan mulia..

    jzkk atas peringatan :)

  2. 3rdmarch says:

    egois..




    korg ni..
    blk majlis je trus blogging..
    isk3..

  3. salam,
    mmg ssh nk maafkn org lain, dah lah salah org lain je yg kita nmpk...
    tp ikut pengalaman Tuah, nk maafkn org sng je, cuma pikir kita pun ada salah kat org tu or org lain, so, klu nk org maafkn kita,kita kena maafkn org dulu...
    teringat zaman bermaafan kat skolah masa nkpmr or spm dulu, bestnya n sng, sbb mintak maaf rmi2, sini xnk buat ke bila nk exam?

  4. hurm..aq pun pnah jadik cmnih..but it's a slight misunderstanding yang aq rsa aq x perlu nk explain kat dia ape2..2 months x tegur babe!
    but after dat,ok je..kadang-kadang kita x sedar mungkin apa yg kita buat tuh sgt berat smpi org tuh susah nk maafkan..bukan dia x nk maafkan..bagi masa la ye cleo =)

  5. fArHaNa says:

    Duha- Ada banyak cara nak mintak maaf. kalau rasa tak boleh nak cakap, hantar la sms. Kalau x pun, buatlah something untuk sejukkan hati orang tu. Hidup terlalu pendek untuk bermasam muka. Kalau kita mudah maafkan orang, insyaAllah orang mudah maafkan kita bila kita buat silap. Saling menegur amalan mulia=) Chewah!

  6. fArHaNa says:

    Jijol- Kita kena pkir balik napa ada sikap egois tu...Jangan dengan Allah pun kita egois sudah, haaaaa. Nauzubillah ek.

    Eh apa salahnya kan duha kan kan? =p

  7. fArHaNa says:

    Tuah- Betul betul betul. Kan sikap pemaaf tu bagus. Kadang-kadang kita selalu je nampak salah orang, tapi tak nak fikir kesalahan diri sendiri... So fikirlah sendiri. Hablumminannas itu wajib=)

    Tapi janganlah nak exam je baru kita nak mintak maaf kat orang kan?

  8. fArHaNa says:

    Anum- Huhuhu...Suatu perkara yang memelikkan adalah kenapa kita senang nak maafkan kawan biasa; tapi kenapa bila dengan orang yang rapat dengan kita, rasa macam susah betul nak terima. Padahal kan dua-dua tu manusia jugak?

    Ntahla. Dahla memang dah jauh, konfem xleh nak jumpa. Tawakkal je lah..bukan tak berusaha nak betulkan keadaan. huhuhuhu=(

  9. duha says:

    hehe..betul kak farhana..saya sokong anda..ape salahnye?? :D

    p/s: saya amik kesempatan nak mintak maaf..kalau2 ade wat sala seda atau tak.. :p

  10. fArHaNa says:

    Haa...ni mesti ada pape ni...=p
    hehe..ok, saya pn mintak maaf jugak if ada salah pape..manusia tak pnah tlepas dr buat silap=)

  11. duha says:

    haha..mne de pape..saje je laa nak mintak maaf..kan perbuatan mulia..hoho~

Reminder for the soul

“Aku hairan dengan orang yang mengetahui kematian, tapi mengapa ia masih tertawa;

Aku hairan dengan orang yang tahu bahawa dunia adalah sementara, tapi mengapa ia sangat mencintainya;

Aku hairan dengan orang yang mengetahui semua urusan telah ditakdirkan, tapi mengapa ia takut kehilangan;

Aku hairan dengan orang yang mengetahui bahwa hisab adalah suatu kepastian, tapi mengapa ia tetap mengum
pulkan harta dan menghitung-hitungnya;

Aku hairan dengan orang yang mengetahui panasnya api neraka, tapi mengapa ia tetap berbuat dosa;

Aku hairan dengan orang yang mengaku mengenal Allah, tapi mengapa ia meminta tolong kepada selain-Nya;

Aku hairan kepada orang yang mengaku mengetahui kenikmatan syurga, tapi mengapa ia merasa hidup tenang di dunia;

Dan aku hairan kepada orang yang mengetahui syaitan adalah musuhnya, tapi mengapa ia mentaatinya.”

Uthman bin Affan Radhiyallahu anhu
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Masa umpama pedang