Tahsin & Lalat

Salam alayk


Baru-baru ini ada mengikuti satu kelas tahsin al-quran yakni membaguskan al-quran di tarQ di Jalan Sayang. Jatinangor.


Masing-masing diuji bacaan al-quran bagi menentukan level masing-masing dan ternyata semua masih di Level 1 kerana bacaan masih belum konsisten walaupun bukanlah 100% salah. Cuma tidak konsisten dalam pembacaan dan perlu dibiasakan yang betul dan membetulkan yang biasa. (banyak yang salah rupanya)


Yang menariknya ustaz sebelum atau selepas kelas mesti ada bagi tausiyah (wasiat) dan setiap minggu tema-temanya berbeza-beza.


Kalau minggu kelmarin tiba-tiba ustaz cakap pasal pernikahan dan tips memilih suami-_-' (kesimpulannya: minimum yang pandai baca Quran katanya.) Lama ustaz bercerita tentang Julaybib RA, kisah sahabatnya yang menyegerakan pernikahan dan macam-macam lagi. Tup2 di akhir kelas dapat kad kahwin. 


Semacam ada instinct yang kuat pula ustaz neh ?


Tazkirah minggu lepas, tentang ikhlas. Bila bercakap tentang ikhlas, selalu rasa sedih sebab terlalu susah rasanya menjaga ikhlas. Benarkah dunia itu hanya di tangan dan bukan di hati?

Sebelumnya, tentang keberkatan masa bagi orang yang sentiasa mengisinya dengan perkara bermanfaat buat agama. (minggu itu SOOCA terlalu hampir, hingga mungkin timbul rasa tak nak pergi kelas) Apapun keredhaan daripada guru juga sangat penting untuk dikejar! Berkatnya pasti ada.



Hmm.


Buat masa sekarang, kelas ditangguhkan sementara tunggu pindah ke Bandung (insyaAllah dengan izinNya)
Dan guru pun berubah juga, mungkin lepas ni ustazah pula yang akan mengajar (sbb kebanyakan ustazah susah nak ke Jatinangor sebelum ini)


Tahsin.
Membaguskan.
Adakah membaguskan al-Quran itu tidak penting? Bahkan sangat penting sebenarnya.
Kenapa? Nak tahu kenalah pergi kelas tahsin. (dalam link diatas dah ada jawapannya)


"Orang-orang yang Kami berikan Kitab kepada mereka, sedang mereka membacanya dengan sebenar-benar bacaan, mereka itulah orang-orang yang beriman kepadanya; dan sesiapa yang mengingkarinya maka mereka itulah orang-orang yang rugi."
(2: 121)


Haqqa tilawatih. 
Menyertai kelas tahsin itu fardhu kifayah sahaja.. namun membacanya dengan benar adalah wajib.
Adakah bacaan al-quran kita selama ini sudah benar?
Atau hanya berlagu-lagu namun makhraj dan sifat huruf itu tidak kita tunaikan haknya?
Ayuh perbaiki bacaan al-Quran!


p/s: I feel like something's missing
p/s2: Bila belajar tahsin, terfikir sebenarnya semua benda yang kita buat selama ni kenalah dibaguskan juga!


Oh ya, nak share video ni. Selamat menonton. (Inti tentang 'lalat' ada dalam video ini)








Lepas tulis ni baru tengok part 2. 


"This search will never end until the day we meet Allah"


Semoga Allah menyelamatkan kita daripada segala rasa yang membinasakan....


Kita hanya manusia, dan manusia sering terlupa. Marilah mengingatkan sesama kita, moga berjumpa di syurga~

Bantu

Dari Abu Hurairah r.a, dia mendengar Rasulullah S.A.W bersabda : "barang siapa melapangkan satu kesusahan dunia dari seorang muslim, Allah akan melapangkan satu kesusahan hari kiamat daripadanya, barang siapa mempermudahkan orang lain dalam kesulitan, Allah akan mempermudah baginya dunia & akhirat, barang siapa menutup aib seorang muslim, Allah tutup aibnya dunia & akhirat. Allah sentiasa memberi pertolongan kepada hamba selama hamba itu memberi pertolongan kepada saudaranya.

Kita hanya manusia, dan manusia sering terlupa. Marilah mengingatkan sesama kita, moga berjumpa di syurga~

Manusia



Manusia. 
Terkadang sukar untuk menebak apa yang ada di hati semua orang.
Lelah menunggu khabar, menunggu berita, menunggu jawapan dari insan lain.
Terkadang kita merasakan, diam itu lebih baik daripada mengatakan perkara yang mendatangkan dosa.
Tapi diam juga boleh menjadi barah, sekiranya tidak diletakkan pada tempatnya...



===============================================
never lose hope. in Him.


Manusia,
Sering marah apabila keinginan hati tidak dipenuhi
Mungkin saja orang itu tidak sengaja melakukan kesalahan
Tapi dendam itu dibawa berpanjangan
Kisah itu kau simpan di ingatan
Sampai waktu tersingkap kekhilafan
Silap semalam kembali kau ungkitkan.
Pesan nabi
“Sesungguhnya mukmin itu bersaudara”
Firman Allah
“Tidakkah kau ingin Tuhanmu memaafkanmu?
Peringatan itu sering kau lupakan.
Kalimah syahadah, sekadar diucapkan?
Masih goyah dalam pengamalan.


Hati,
Terkadang terguris apabila merasakan
Hanya kita yang peduli
Hanya kita yang berusaha
Hanya kita yang berpenat lelah
Menjaga hati orang lain
Sedang hati sendiri
Ahh, biarlah diubati sendiri
‘Dia kuat, aku lemah
Biarlah dia yang mengalah’
Dalam kelelahan itu
Kau terkenang kembali
Hidup ini hanya untukNya
Dan Dialah sebaik-baik sandaran
Kau tersenyum kembali


Daie,
Bukanlah malaikat
Tidaklah suci daripada dosa
Tidak bebas dari kesalahan
Melihat orang lain
Bagai melihat cermin
Setiap orang punya kekurangan
Kerana itu fitrah insan
Satu kali melihat kesalahan orang
Seribu kali pula merenung kesilapan sendiri
Namun terkadang kita cuma mahu difahami
Adakah tiada yang mampu mengerti?


Murabbi,
Tugasmu mendidik
Bukan menghukum
Kau manusia, begitu juga mereka
Bukan mereka tidak memahami
Bukan tidak, cuma belum...
Teruslah mengetuk pintu hidayah
Dia yang Maha Pengasih
Buat kita dan mereka
Itulah mahalnya sebuah ukhwah
Sebuah doa penuh pengharapan
Agar kita menuju ke tempat yang sama
dengan menempuh jalan yang lurus

Tangisan,
Terkadang kau mengalir
Saat tumpas dengan dunia
Tapi dengan tangisan itu
Kau kumpul kekuatan
Untuk kembali meneruskan
Kembali menjalankan
Taklifan di bumi ini
Membina jiwa
Yang sentiasa mendamba syurga
Firdaus al-A’la

Bukankah kehidupan ini hanya senda gurau?
Dan negeri akhiratlah yang kekal abadi.....




Ummu Furqan
Farhana
19 Januari 2012
bandung


Kita hanya manusia, dan manusia sering terlupa. Marilah mengingatkan sesama kita, moga berjumpa di syurga~

Motivasi!


Bismillah.
Salam alayk, may peace be upon you.

Sekarang sedang menghadapi peperiksaan akhir sebelum masuk ke zaman clinical. Sudah hamper selesai, tinggal satu paper COMPRE Tropical Medicine +Family Medicine, sebelum sidang! (cuak memikirkan sidang, doktor pembimbing suruh perbaiki lagi thesis sebelum sidang, sampai sekarang tak buat lagi)

Dan scary jugak memandangkan dah nak masuk alam koas (ko-assisten aka co-assistant aka ‘dokter muda’), insyaALLAH, moga dipermudahkan olehNya. Lepas judicium 2 tak ada cuti, terus masuk. Adalah 3 hari pre-koas tu kalau nak dikira. Hm

Alhamdulillah syukur sangat exam kali ini dipermudahkan, tak perlu remedial SOOCA atau OSCE. Sedangkan kalau diikutkan, hamper semua orang merasakan exam kali ini adalah yang paling kurang preparationnya akibat mepetnya waktu (oh aku berbahasa Indo)

Itulah namanya rezeki. Malu sungguh rasanya kat Dia, walaupun rasa macam menjadi hamba yang sangat hampeh tapi Allah masih tak henti-henti mencurahkan rezeki :’) Alhamdulillah.

Entah kenapa, rasa stress tu kurang sikit kali ini. Diberikan ketenangan yang mendamaikan walaupun duk fikir masalah lain :)  Mungkin sbb banyak kali psycho diri sendiri- ‘rezeki masing2 dah ditentukan...’, ‘ini semua dunia je jangan terlalu risau’, akhirnya baru boleh fikir dengan sedikit waras. Pokoknya, kita buat kerja kita, yang lain serah sepenuhnya kepada Allah. Banyak-banyak ingat kepada Dia, bukan diri kita. ‘Hanya dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang...’ ;)

Bila kita risau sangat fail ke apa ke, seolah-olah kita pula pemberi rezeki kepada diri sendiri, masa tu lah semua jadi haru-biru. Last-last stress sorang2, satu apa pun tak boleh buat. Rugi bukan? ^_^
So, a lesson learnt the hard way, if you overstress yourself, you will lose yourself. That’s why people who do what they love always have a higher level of success. There is no burden for them. They don’t overpressure themselves. So that’s what we have to do as well. That’s why we have to love what we do, and do what we love.

Kadang-kadang bila kita nak melangkah ke hadapan dalam hidup kita, kita rasa belum bersedia. Hmm, kalau nak tunggu bersedia belum tentu 10 tahun lagi dah sedia. Berfikirlah dengan positif, kelilingi hidup anda dengan orang-orang yang positif, rapatkan diri dengan Tuhan, dan bergantunglah kepada Dia dan hanya Dia... kerana tidak mungkin ketenangan itu hadir daripada makhluknya yang hina...
Hidup tak mencabar, mesti bosan dan hambar. Cabaran dan dugaanlah yang mewarnai hidup kita sebenarnya, kerana itu yang menjadikan kita manusia yang lebih baik dan matang :)

Mungkin ini juga pesanan kepada adik-adik yang disayangi... 
Janganlah sedih sangat dengan pemergian kami yang tak seberapa ni... Allah sentiasa bersama kita.  Segala apa kebaikan yang pernah dikongsikan bersama, datangnya dari Dia juga. Moga Dia memberi ganti dengan yang lebih baik dari kami. Kekuatan itu datang hanya dariNya juga, senior2 hanyalah asbab yang Allah izinkan untuk sementara menemani kalian.
Tapi don’t worrylah! Bandung-Jatinangor tidaklah jauh^_~

p/s: Adakah kami tak ada perasaan nak meninggalkan Jatinangor? Benarkah? Selalu orang ingat yang ditinggalkan je yang sedih... yang pergi bahagia. Sedangkan yang meninggalkan tidak kurang sedihnya. Mungkin rasanya sedikit berbeza... tapi hanya saja ianya tidak dizahirkan. Mestilah nak tunjuk macho kan? ^_+

p/s2: Tadi ada orang buat statement ‘Kak Ana adalah orang yang paling rileks di Jatinangor’ ^^;)?
Oh ini benar-benar tidak benar sama sekali. hehe. Tapi bak kata cik puan x (seorang je ada pangkat cik puan, ehem2), ‘buat apa fikir masalah dunia yang takkan habis. Lagi baik tidur~’ maaf jika matannya tidak tepat, hamba seorang yang lemah ingatannya, (smiley).

Kita mesti rasa risau punya... Mestilah, jangan tipu... Tapi lebih cepat kita kembalikan kerisauan itu kepada yang berhak mendengarnya, yakni Allah yang Maha Pengasih, lagi cepat hilang kerisauan itu. 
Sangat terkesan dengan tulisan di sini Renungan kekecewaan oleh THTL, mantan CEO AFN. 

Allah itu Maha Adil. Dan Dialah sebaik-baik tempat bergantung.

Akhir kata,
'Kan best jika kerisauan kita tentang akhirat sama atau lebih hebat dari kerisauan kita tentang exam dunia yang sangat sebentar ini'

"Dan jadikanlah dirimu sentiasa berdamping rapat dengan orang-orang yang beribadat kepada Tuhan mereka pada waktu pagi dan petang, yang mengharapkan keredhaan Allah semata-mata dan janganlah engkau memalingkan pandanganmu daripada mereka hanya kerana engkau mahukan kesenangan hidup di dunia dan janganlah engkau mematuhi orang yang Kami ketahui hatinya lalai daripada mengingati dan mematuhi pengajaran Kami di dalam Al-Quran, serta dia menurut hawa nafsunya dan tingkah-lakunya pula adalah melampaui kebenaran." 
Al-Kahfi : 28

Siapa mereka? Kata Ibnu Kathir, Mereka ialah orang-orang yang sentiasa mengingati Allah, yang mengatakan 'la ilaha illaLlah', yang memujiNya, mengagungkanNya, membesarkanNya dan berzikir kepadaNya pagi dan petang, semua hamba Allah samada kaya atau miskin, kuat ataupun lemah..

Seek good company, that's the essence of it. A company who will always remind us of Allah, of akhirah, of our true purpose in life. 
InsyaAllah^^

Senyum! 


p/s3: Lebih banyak fikirkan masalah umat daripada memikirkan masalah diri sendiri. Ok?

Kita hanya manusia, dan manusia sering terlupa. Marilah mengingatkan sesama kita, moga berjumpa di syurga~

Ikhlas


Ikhlas itu ringan di bibir, namun berat untuk dilaksanakan
Allahu Allah



Hanya satu ubatnya. 
Minta kepada Yang Maha Pemurah , Maha Pengasih


Moga kisah dalam hadith di bawah tetap jadi ingatan sampai akhir hayat.
Ya Allah, let the best moment in our life be our last! Ameen...

Diriwayatkan daripada Imam Muslim, daripada Abu Hurairah r.a., 
Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:

"Sesungguhnya manusia pertama yang diadili pada hari kiamat ialah seseorang yang mati syahid. Orang itu dihadirkan di hadapan Allah, lalu diingatkan nikmat-nikmat yang pernah diberikan kepadanya. Orang itu mengingati semua nikmat tersebut.

Allah bertanya:
"Apakah yang engkau lakukan untuk mensyukuri nikmat-nikmat ini?"Orang itu menjawab:"
Aku berjuang di jalan-Mu sehingga syahid di medan perang."

Allah berfirman:"Engkau berdusta!Akan tetapi engkau berjuang agar disebut sebagai pemberani."

Dan sememangnya orang ramai menyebut sebegitu.Orang itu lalu diseret di atas wajahnya,kemudian dicampakkan ke dalam neraka.

Allah lalu memanggil seseorang yang belajar ilmu,mengajarkannya dan membaca al-Quran.
Orang ini dihadirkan,lalu disebutkan kepadanya semua nikmat Allah sehingga ia mengingatinya.
Allah lalu bertanya: "Apakah yang engkau lakukan untuk mensyukuri nikmat-nikmat ini?"
Dia menjawab: "Aku mempelajari ilmu,lalu mengajarkannya dan membaca al-Quran."
Allah berfirman:"Engkau berdusta!Akan tetapi engkau belajar agar disebut alim,dan membaca al-Quran agar disebut qari(hafiz)."
Dan sememangnya orang ramai menyebutnya seperti itu.Orang itu lalu diseret di atas wajahnya,kemudian dicampakkan ke dalam neraka.

Allah lalu memanggil seseorang yang telah diberikan harta yang melimpah-ruah.Orang ini dihadirkan,lalu disebut kepadanya nikmat-nikmat Allah s.w.t. sehingga ia mengingatinya.
Allah bertanya:"Apakah yang enkau lakukan untuk mensyukuri nikmat-nikmat ini?"

Dia menjawab:"Aku membelanjakannya di tempat-tempat yang engkau kehendaki."

Allah berfirman:"Engkau berdusta!Akan tetapi engkau melakukannya agar dikenali sebagai dermawan."

Dan memang orang telah menyebutnya seperti itu.Orang itu lalu diseret di atas wajahnya dan kemudian dicampakkan ke dalam neraka."

 TT___TT


Tiada amal yang tidak dihisab walaupun sebesar zarah. 


“Maka bersabarlah; sesungguhnya kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertakwa.” 
(QS. Huud : 49)

Taqwa, terlalu sukarkah menggapaimu?





Kita hanya manusia, dan manusia sering terlupa. Marilah mengingatkan sesama kita, moga berjumpa di syurga~

Batas 2.0


p/s (pre-script): i've posted this before here almost 2 years ago! Is it still relevant? Hope so. 

Assalamualaikum:)

Semoga semua sihat dan ceria-ceria selalu~

Sebagai seorang yang dinamakan manusia, kita dilahirkan penuh dengan kekurangan. Dan antara kekurangan yang amat jelas dapat dilihat kini adalah lemahnya seseorang dengan jantina yang berlawanan. Lelaki akan lemah apabila berdepan wanita, dan wanita akan lemah apabila berdepan dengan lelaki.

Mungkin ada yang merasakan, lelaki dan perempuan boleh berkawan sahaja tanpa ada hubungan yang 'lain' . Ya. Benar. Memang boleh. *Boleh dari segi sosial, saya bukan bercakap tentang hukum*
Namun kita harus sedar dan mengakui kekurangan yang wujud dalam diri kita. Sudah berapa kali kita mendengar kisah lelaki dan perempuan yang bersahabat baik, menjadi best friend, dan rupanya dalam diam si perempuan menyimpan perasaan terhadap si lelaki. Dan apabila lelaki mengetahuinya, mungkin dia akan berasa bingung kerana mereka hanya kawan, bagaimana kawannya boleh menyimpan perasaan???

Biasanya, di saat ini, bila dah susah, barulah kita nak kembali kepada Islam. Barulah kita nak ikut cara berhadapan dengan berlainan jantina yang ada dalam agama...

Kaum lelaki kena sedar, bahawa hati perempuan ni tersangaaatlah lembut.

Ya,ya, saya tau, saya tau, mungkin itu jawapan yang keluar.

Mungkin kalian tahu, tapi kalian belum memahami...

Adakah hanya apabila lelaki meluahkan perasaan maka hati perempuan akan 'cair'? Tidak, semua perkara yang anda lakukan, yang bagi anda mungkin itu perkara biasa, contohnya mengambil berat terhadap si perempuan, disebabkan dia perempuan dan mungkin lebih 'vulnerable' menyebabkan kalian terlebih concern.

Atau mungkin dengan gurauan anda yang mungkin bagi anda biasa, namun dapat menyentuh hati perempuan itu... Hatta perkara kecil sekalipun. Andai dia dapat merasai keikhlasan anda, hatinya akan sangat mudah untuk 'terpaut' (maaf, tak dapat fikir perkataan lain yang kurang 'geli')

Atau mungkin layanan anda terhadapnya yang dirasakan 'lain', walaupun hakikatnya anda memanglah seorang yang 'friendly' dan 'happy go lucky'. Contohnya.

Bagi kalian itu perkara biasa, namun sang perempuan yang terseksa. Ini pemerhatian saya daripada banyak perkara yang berlaku di sekeliling. Selepas tu barulah nak saling menyalahkan antara satu sama lain, yang peliknya, kita jarang nak menyalahkan diri sendiri terlebih dahulu...

Laki: "Sapa suruh pikir lain? Aku tak pernah mengaku  apa2 pun"
Perempuan: "Action speaks louder than words! Dah tau tak suka buat apa nak baik-baik dengan aku!?"
Akhirnya gaduh tak berhenti, kerana dua-dua tak nak mengakui bahawa masing-masing dah terpesong dari panduan Ilahi. 
Contoh lain, menzahirkan doa kita padanya. Misalnya, "Saya selalu doakan awak" ataupun apa-apa saja doa yang diungkapkan buat perempuan itu dan diketahui olehnya. Nampak macam ok kan? Tapi benda macam tu pun boleh buatkan perempuan tu suka. Contoh ayat dalam hati: "Oh baiknya hati dia, doakan aku...waaaaa"
Doakanlah puas-puas, namun rahsiakanlah darinya. Kan doa itu dipanjatkan keatas Tuhan. Jadi cukuplah Allah yang mengetahuinya^^
[Sekarang baru korang tau kan... Dah tau tu jangan nak ambil kesempatan nak try buat pulak. Ada yang kena fire karang ^^] 

Di sini, barulah kita nampak hikmah mengapa Allah menetapkan berbagai-bagai aturan dalam perhubungan antara lelaki dan perempuan... Kerana yang menciptakan PASTI lebih tahu tentang ciptaanNya. Namun kita sering melampaui batas itu, mungkin kerana lupa, atau disebabkan hati kita yang jauh dariNya, wallahua'lam, masing-masing boleh jawab sendiri.

Jadi sama-sama kita mengingatkan diri sendiri dan sahabat-sahabat kita...

Prevention is better than cure.

Kadang-kadang (selalu sebenarnya), seorang perempuan terpaksa mengeraskan hatinya, demi untuk tidak menjatuhkan diri ke dalam fitnah. Andai kita merasakan bahawa perempuan itu sangat tegas terhadap orang lain(maksudnya lelaki), ketahuilah bahawa dia sebenarnya lebih tegas terhadap dirinya sendiri. Mungkin bagi lelaki pun begini, saya pun tak tahulah sebab saya bukan lelaki :) tetapi kadang-kadang kita memang perlu mengeraskan hati demi menjaga maruah diri.

Perempuan sememangnya dilahirkan berhati lembut. Namun sebagai 'respons' terhadap apa yang ada di sekelilingnya, terpaksa mengeraskan hati sehinggakan orang merasakan dia seorang yang keras hati, ego dsb. Jadi bantulah kami kaum perempuan, nasihatlah kami dengan baik, jangan 'test' limit kami, kerana mungkin saja kami akan gagal. Moga kita sentiasa dipelihara Allah dalam setiap perkara... 



Sekian cerita kita hari ini, semoga dari sehari ke sehari kita makin dekat kepada Allah.

amiiin.

Pengajarannya: Ikutlah jalan yang selamat, jangan menjerumuskan diri sendiri ke dalam lembah kebinasaan. Carilah jalan yang selamat itu...


وَنَفْسُكَ إِنْ أَشْغَلَتْهَا بِالحَقِّ وَإِلاَّ اشْتَغَلَتْكَ بِالبَاطِلِ
Jika dirimu tidak tersibukkan dengan hal-hal yang baik (haq), pasti akan tersibukkan dengan hal-hal yang sia-sia (batil).”
p/s: There is no better love than love after marriage. Anything you experience before, I'm sure nothing beats nikah.
So even if you're halfway down that road, or getting there, just remember that Allah loves the people of taqwa. 
Please read the link attached below :-)

Sekian, wallahua'lam, wassalamualaikum :)

bacaan tambahan
o    Ubat ketika rindukan dia (sang kekasih) by Ustaz Muhammad Abduh
o    Manual Pengurusan Cinta by Dr Amad
o    Sepinggan Dosa Berulam Pahala by saifulislam.com Ustaz Hasrizal
o    Cara selamat mencari 'jodoh' alternatifnya: Jodoh Tidak Datang Bergolek Ustaz Hasrizal




Kita hanya manusia, dan manusia sering terlupa. Marilah mengingatkan sesama kita, moga berjumpa di syurga~

Reminder for the soul

“Aku hairan dengan orang yang mengetahui kematian, tapi mengapa ia masih tertawa;

Aku hairan dengan orang yang tahu bahawa dunia adalah sementara, tapi mengapa ia sangat mencintainya;

Aku hairan dengan orang yang mengetahui semua urusan telah ditakdirkan, tapi mengapa ia takut kehilangan;

Aku hairan dengan orang yang mengetahui bahwa hisab adalah suatu kepastian, tapi mengapa ia tetap mengum
pulkan harta dan menghitung-hitungnya;

Aku hairan dengan orang yang mengetahui panasnya api neraka, tapi mengapa ia tetap berbuat dosa;

Aku hairan dengan orang yang mengaku mengenal Allah, tapi mengapa ia meminta tolong kepada selain-Nya;

Aku hairan kepada orang yang mengaku mengetahui kenikmatan syurga, tapi mengapa ia merasa hidup tenang di dunia;

Dan aku hairan kepada orang yang mengetahui syaitan adalah musuhnya, tapi mengapa ia mentaatinya.”

Uthman bin Affan Radhiyallahu anhu
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Masa umpama pedang