Batas

Assalamualaikum:)

Semoga semua sihat dan ceria-ceria selalu~

Sebagai seorang yang dinamakan manusia, kita dilahirkan penuh dengan kekurangan. Dan antara kekurangan yang amat jelas dapat dilihat kini adalah lemahnya seseorang dengan jantina yang berlawanan. Lelaki akan lemah apabila berdepan wanita, dan wanita akan lemah apabila berdepan dengan lelaki.

Mungkin ada yang merasakan, lelaki dan perempuan boleh berkawan sahaja tanpa ada hubungan yang 'lain' . Ya. Benar. Memang boleh. *Boleh dari segi sosial, saya bukan bercakap tentang hukum*
Namun kita harus sedar dan mengakui kekurangan yang wujud dalam diri kita. Sudah berapa kali kita mendengar kisah lelaki dan perempuan yang bersahabat baik, menjadi best friend, dan rupanya dalam diam si perempuan menyimpan perasaan terhadap si lelaki. Dan apabila lelaki mengetahuinya, mungkin dia akan berasa bingung kerana mereka hanya kawan, bagaimana kawannya boleh menyimpan perasaan???

Biasanya, di saat ini, bila dah susah, barulah kita nak kembali kepada Islam. Barulah kita nak ikut cara berhadapan dengan berlainan jantina yang ada dalam agama...

Kaum lelaki kena sedar, bahawa hati perempuan ni tersangaaatlah lembut.

Ya,ya, saya tau, saya tau, mungkin itu jawapan yang keluar.

Mungkin kalian tahu, tapi kalian belum memahami...

Adakah hanya apabila lelaki meluahkan perasaan maka hati perempuan akan 'cair'? Tidak, semua perkara yang anda lakukan, yang bagi anda mungkin itu perkara biasa, contohnya mengambil berat terhadap si perempuan, disebabkan dia perempuan dan mungkin lebih 'vulnerable' menyebabkan kalian terlebih concern.

Atau mungkin dengan gurauan anda yang mungkin bagi anda biasa, namun dapat menyentuh hati perempuan itu... Hatta perkara kecil sekalipun. Andai dia dapat merasai keikhlasan anda, hatinya akan sangat mudah untuk 'terpaut' (maaf, tak dapat fikir perkataan lain yang kurang 'geli')

Atau mungkin layanan anda terhadapnya yang dirasakan 'lain', walaupun hakikatnya anda memanglah seorang yang 'friendly' dan 'happy go lucky'. Contohnya.

Bagi kalian itu perkara biasa, namun sang perempuan yang terseksa. Ini pemerhatian saya daripada banyak perkara yang berlaku di sekeliling. Selepas tu barulah nak saling menyalahkan antara satu sama lain, yang peliknya, kita jarang nak menyalahkan diri sendiri terlebih dahulu...

Laki: "Sapa suruh pikir lain? Aku tak pernah mengaku  apa2 pun"
Perempuan: "Action speaks louder than words! Dah tau tak suka buat apa nak baik-baik dengan aku!?"

Akhirnya gaduh tak berhenti, kerana dua-dua tak nak mengakui bahawa masing-masing dah terpesong dari panduan Ilahi.

Contoh lain, menzahirkan doa kita padanya. Misalnya, "Saya selalu doakan awak" ataupun apa-apa saja doa yang diungkapkan buat perempuan itu dan diketahui olehnya. Nampak macam ok kan? Tapi benda macam tu pun boleh buatkan perempuan tu suka. Contoh ayat dalam hati: "Oh baiknya hati dia, doakan aku...waaaaa"
Doakanlah puas-puas, namun rahsiakanlah darinya. Kan doa itu dipanjatkan keatas Tuhan. Jadi cukuplah Allah yang mengetahuinya^^
[Sekarang baru korang tau kan... Dah tau tu jangan nak ambil kesempatan nak try buat pulak. Ada yang kena fire karang ^^]

Di sini, barulah kita nampak hikmah mengapa Allah menetapkan berbagai-bagai aturan dalam perhubungan antara lelaki dan perempuan... Kerana yang menciptakan PASTI lebih tahu tentang ciptaanNya. Namun kita sering melampaui batas itu, mungkin kerana lupa, atau disebabkan hati kita yang jauh dariNya, wallahua'lam, masing-masing boleh jawab sendiri.

Jadi sama-sama kita mengingatkan diri sendiri dan sahabat-sahabat kita...

Prevention is better than cure.

Kadang-kadang (selalu sebenarnya), seorang perempuan terpaksa mengeraskan hatinya, demi untuk tidak menjatuhkan diri ke dalam fitnah. Andai kita merasakan bahawa perempuan itu sangat tegas terhadap orang lain(maksudnya lelaki), ketahuilah bahawa dia sebenarnya lebih tegas terhadap dirinya sendiri. Mungkin bagi lelaki pun begini, saya pun tak tahulah sebab saya bukan lelaki :) tetapi kadang-kadang kita memang perlu mengeraskan hati demi menjaga maruah diri.

Perempuan sememangnya dilahirkan berhati lembut. Namun sebagai 'respons' terhadap apa yang ada di sekelilingnya, terpaksa mengeraskan hati sehinggakan orang merasakan dia seorang yang keras hati, ego dsb. Jadi bantulah kami kaum perempuan, nasihatlah kami dengan baik, jangan 'test' limit kami, kerana mungkin saja kami akan gagal. Moga kita sentiasa dipelihara Allah dalam setiap perkara...


Sekian cerita kita hari ini, semoga dari sehari ke sehari kita makin dekat kepada Allah.

amiiin.

Pengajarannya: Ikutlah jalan yang selamat, jangan menjerumuskan diri sendiri ke dalam lembah kebinasaan. Carilah jalan yang selamat itu...

Sekian, wallahua'lam, wassalamualaikum :)
bacaan tambahan:

14 Responses so far.

  1. owh owh owh..tak terkata.speechless skjp..hurmmm..masa untuk muhasabah diri kot

  2. wanufara says:

    saya tak merokok ;) *tangan sembunyi kat belakang*

    kiddin'

    kak hana, tepat pada waktunya. terima kasih dan sayang ok ;) hehe

  3. zazizu says:

    kadang-kadang kalau tengok lagi ganas seseorang perempuan tuh, makin fragile la hati die.. tapi, bukan semua..
    semoga dikuatkan hati..
    prevention is better than cure..
    teringat kat nasihat seorang abang kepada adiknya,"kamu jangan pernah nak try rokok.. kalau abang lainla, dah terlanjur.."
    LOL.!!

  4. *F.Y* says:

    wanufara- sama-sama wahai intan payung jantung hatiku. kekeke...
    :-*

    zazizu- Kamu sedang bercakap tentang diri sendiri ke cik zazizu? hehehe..
    betul2. kadang2 dia nak menyembunyikan benda tu dengan 'cover' luaran kan?
    Hanya orang yang bijak mampu mengesannya :)

    hehe... tu ayat the very the kurang asam!!! hihi ^^

    good luck exam ye kamu...dan kamu2 yang lain :)

  5. Syuhadah says:

    kak fana..org suke post nie..(sejk bile gna org nie??terpengaruh ngn bdak2 caspel)..memg sush sngt nk jga hati..esp bab pergaulan..sbab kdg2 kter xsedar dlm kter sedng bergrau..n ingt biasa2 je..but then,au u said,hati perempuan lembut..

    maybe for da guys,dorg xrsa ape2 kan..insyaAllah akn cube memperbaikii diri..thanx ats ol da nsihat..

    p/s=sye syg kamu krana Allah..tegurlah silap sye..itu tanda anda syg sye..

    p/s 2 =terkesn sngt ngn hadth yg dikupas smlm..miss I said=hope persahabtn kter xsmpai sni je..krna ukhuwah itu krana Allah..ingt mission kter..ngeh2x..

    p/s 3 = good luck exam!!

  6. *F.Y* says:

    syuhadah-

    Kadang2 kita selalu remehkan benda kecik padahal benda tulah yang kita kena jaga.. Daripada kita terseksa bila dah 'sakit', lebih baik kita jaga dari sekarang..

    Kita sedar batas kita, dan kita try untuk tidak melanggar batas itu... Xpe.. saya tahu kamu kuat, insyaAllah:)

    Memang hati perempuan ni lembut, kak fhana ni lagila kot, kat personality test dia siap cakap 'can go overboard in interpreting signs'...hoho... aduss!:P

    p/s1: sayang kamu juga... sayang semua~ :-* tegur kerana sayang kan? hihi..

    p/s2: hmm...insyaAllah...amiiin, ingat2!

    p/s3: u too dear :)

  7. dr.radzi says:

    zazizu punye nasihat abg adik tu mcm skrip cite sketsa "Kasih Kanda", sape prasan?? haha...

    oklah, tuka jap to *serius mode*

    dik...(tetiba rasa nak panggil adik)
    nasihat seperti ini sangat penting untuk kaummu. pelbagaikan cara penyampaianmu, cara nasihatmu, cara tulisanmu. agar 'semua jenis' kaum hawa dapat mengambil iktibar dan peringatan.

    jagalah dirimu, rakan-rakanmu, sanak saudaramu. berdoalah supaya tidak diberikan ujian 'kehadiran lelaki' dalam hidup anda sebelum pernikahan. kerana ianya melemahkan....mencairkan...hati kaum hawa yang sememangnya diciptakan penuh kasih sayang....wallahualam...

    **serius mode stop**

    sukenye tgk korg bersyg2...nak join tak boleh plak. hahaha....(baru je nsht.(-_-) huhu...)
    p/s: perasaan sayu kerap timbul 2,3menjak ni...adakah ini symptom org nk letak jwtn? oh tidak...ke symptom org yg dh nk tinggalkan dunia? huhu....doakan saya...

  8. CasPel bilik bawah says:

    salam..kak fana..ni citer diri sape nih?haha
    tak kesah yang penting ia tepat tepat dan sangat tepat...
    ingat pesan miss I untuk hadith-13 ok?
    same2 kite mujahadah..insyaAllah..

    tegur saya kerana sayang saya..
    love you...=)

  9. *F.Y* says:

    dr.radzi- macam je..jangan perasan ok.=p haha.. tu kisah sebenar tu =)

    *serious mode*

    hmm.. jazakallah khair atas segala nasihat, insyaAllah akan sentiasa amalkan. Memang Allah dah janji bahawa setiap manusia akan diuji, keikhlasan kita sebagai hamba pun akan diuji, insyaAllah orang yang mukhlis akan berjaya menghadapi segala apa yang dihadapi dengan sabar dan syukur...kerana itu kunci syurga.

    Bukan mudah melawan bisikan syaitan, namun ia suatu kewajipan bagi setiap orang yang yakin akan tuhannya..

    Semoga kita sama2 diberikan yang terbaik...[sebab tu kena usaha menjadi yang terbaik]...amin.

    Selalu rasa sayu? Hargailah perasaan tu, tu tandanya hati masih hidup:)

    *serious mode ends*

    haha, kelihatannya seperti anda sedang mengalami konflik diri? semoga cepat jumpa penyelesaiannya ye..

    ~yakin dengan janji Allah~

  10. *F.Y* says:

    CasPel bilik bawah-

    Waalaikumussalam wbt... ish.. rumah pun boleh berbicara ek? kagum2:)
    hehe..saya tahu kamu siapa:p

    Ni kisah makhluk bernama manusia... banyak dah terjadi, dah banyak kali dengar..=)
    Cumanya jarang yang mahu mengambil pengajaran daripadanya...

    Sebaliknya suka saling salah menyalahkan. Sedangkan kan best kalau kita saling 'empathy' antara satu sama lain?

    p/s: Tetiba rasa terharu dan sedih,huhu... insyaAllah, kitalah mujahidah sejati...amin.
    love u too =)
    ich liebe dich! [143 in german]
    :-*
    :))

  11. wanufara says:

    assalamualaiki...

    kak hana, cemane nk hilangkn rase suke ni yeh? sy trime ujian yg agak berat bile ia bpunca dr hati sndirik... ouh sgt tidak suka T-T

  12. hanim- kenapa akak macam baru perasan komen awak yang last? uhu.

    Tp akak rasa awak dah cite dan dan setelkan kan kan kan?

    Akak yakin dgn awak. Make the right decision okie? May Allah guide us all~ ;)

    p/s: serius ke nak pergi ke riyadh tu...jauhnya...wuwuwuwu

    p/ss: sudah lama kita tidak bersembang, gimana khabarnya neng geulis? ;)

Reminder for the soul

“Aku hairan dengan orang yang mengetahui kematian, tapi mengapa ia masih tertawa;

Aku hairan dengan orang yang tahu bahawa dunia adalah sementara, tapi mengapa ia sangat mencintainya;

Aku hairan dengan orang yang mengetahui semua urusan telah ditakdirkan, tapi mengapa ia takut kehilangan;

Aku hairan dengan orang yang mengetahui bahwa hisab adalah suatu kepastian, tapi mengapa ia tetap mengum
pulkan harta dan menghitung-hitungnya;

Aku hairan dengan orang yang mengetahui panasnya api neraka, tapi mengapa ia tetap berbuat dosa;

Aku hairan dengan orang yang mengaku mengenal Allah, tapi mengapa ia meminta tolong kepada selain-Nya;

Aku hairan kepada orang yang mengaku mengetahui kenikmatan syurga, tapi mengapa ia merasa hidup tenang di dunia;

Dan aku hairan kepada orang yang mengetahui syaitan adalah musuhnya, tapi mengapa ia mentaatinya.”

Uthman bin Affan Radhiyallahu anhu
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Masa umpama pedang