عَنْ عَبْدِ اللهِ بْنِ عَمْرٍو: أَنَّهُ تَزَوَّجَ امْرَأَةً مِنْ قُرَيْشٍ، فَكَانَ لَا يَأْتِيهَا، كَانَ يَشْغَلُهُ الصَّوْمُ وَالصَّلَاةُ، فَذُكِرَ ذَلِكَ لِلنَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، فَقَالَ: " صُمْ مِنْ كُلِّ شَهْرٍ ثَلَاثَةَ أَيَّامٍ "، قَالَ: إِنِّي أُطِيقُ أَكْثَرَ مِنْ ذَلِكَ، فَمَا زَالَ بِهِ حَتَّى قَالَ لَهُ: " صُمْ يَوْمًا، وَأَفْطِرْ يَوْمًا "
وَقَالَ لَهُ: " اقْرَإِ الْقُرْآنَ فِي كُلِّ شَهْرٍ "، قَالَ: إِنِّي أُطِيقُ أَكْثَرَ مِنْ ذَلِكَ، قَالَ: " اقْرَأْهُ فِي كُلِّ خَمْسَ عَشْرَةَ "، قَالَ: إِنِّي أُطِيقُ أَكْثَرَ مِنْ ذَلِكَ، قَالَ: " اقْرَأْهُ فِي كُلِّ سَبْعٍ "، حَتَّى قَالَ: " اقْرَأْ فِي كُلِّ ثَلَاثٍ "
وَقَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: " إِنَّ لِكُلِّ عَمَلٍ شِرَّةً ، وَلِكُلِّ شِرَّةٍ فَتْرَةٌ ، فَمَنْ كَانَتْ فَتْرَتُهُ إِلَى سُنَّتِي، فَقَدْ أَفْلَحَ، وَمَنْ كَانَتْ فَتْرَتُهُ إِلَى غَيْرِ ذَلِكَ، فَقَدْ هَلَكَ "
وَقَالَ لَهُ: " اقْرَإِ الْقُرْآنَ فِي كُلِّ شَهْرٍ "، قَالَ: إِنِّي أُطِيقُ أَكْثَرَ مِنْ ذَلِكَ، قَالَ: " اقْرَأْهُ فِي كُلِّ خَمْسَ عَشْرَةَ "، قَالَ: إِنِّي أُطِيقُ أَكْثَرَ مِنْ ذَلِكَ، قَالَ: " اقْرَأْهُ فِي كُلِّ سَبْعٍ "، حَتَّى قَالَ: " اقْرَأْ فِي كُلِّ ثَلَاثٍ "
وَقَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: " إِنَّ لِكُلِّ عَمَلٍ شِرَّةً ، وَلِكُلِّ شِرَّةٍ فَتْرَةٌ ، فَمَنْ كَانَتْ فَتْرَتُهُ إِلَى سُنَّتِي، فَقَدْ أَفْلَحَ، وَمَنْ كَانَتْ فَتْرَتُهُ إِلَى غَيْرِ ذَلِكَ، فَقَدْ هَلَكَ "
Diriwayatkan oleh Abdullah bin ‘Amr bahawa beliau telah berkahwin dengan seorang wanita daripada Quraisy, dan beliau tidak pernah melakukan hubungan dengannya, kerana dia sibuk dengan puasa dan solat. Perkara ini disebutkan kepada nabi (sallallahu ‘alayhi wasallam), lalu nabi bersabda:
“Puasalah tiga hari setiap bulan.” Katanya: “Aku boleh lakukan lebih daripada itu.” Dan ini berterusan sehinggalah nabi bersabda kepadanya:
“Puasalah sehari dan berbuka satu hari.”
Sabdanya lagi kepada Abdullah: “Bacalah (sehingga khatam) dalam masa sebulan.” Jawabnya: “Aku mampu lebih daripada itu.” Sabdanya lagi: “Bacalah dalam 15 hari.” Jawabnya: “Aku mampu lebih daripada itu.” Sabdanya lagi: “Bacalah dalam 7 hari.” Sehinggalah disabdakan:
“Bacalah dalam masa 3 hari.”
Nabi bersabda lagi: “Sesungguhnya bagi setiap amalan ada waktu shirrah, dan setiap shirrah ada waktu fatrah. Sesiapa yang fatrahnya di dalam sunnahku, maka dia telah berjaya, dan sesiapa fatrahnya (menjurus) kepada selain itu, maka dia akan binasa.”[Musnad Ahmad no. 6764 – disahihkan oleh Ahmad Shakir dan Shu’ayb al-Arna’ut]
“shirrah” bermaksud “الحرص على الشيء والنشاط فيه والرغبة” (ingin sangat kepada sesuatu, dan kecergasan di dalamnya, dan kegemaran) [Mirqat al-Mafatih oleh Ali al-Qari]
“fatrah” (dengan huruf ‘ت’, bukan fitrah dengan huruf ‘ط’) bermaksud “وهن وضعف” (lemah dan tidak upaya) [Mirqat al-Mafatih oleh Ali al-Qari]
Pengajaran Hadith:~
Bersederhana dalam amalan.
“sederhana” bermaksud tidaklah terlalu banyak sehinggakan kita akan ‘haus’ seperti tayar yang digunakan secara ekstrim akan ‘haus’ dengan cepat, lalu meletup atau menjadi tidak efektif, yakni menyebabkan amalan itu terhenti terus. Dan amalan tidak pula terlalu sedikit sehinggakan amalan yang biasanya dapat dilakukan ketika ‘fatrah’ (lemah atau malas) pun tidak diamalkan.
“amalan” di sini adalah amalan yang kita lakukan secara berterusan, kerana Allah sukakan amalan yang berterusan walaupun sedikit, seperti dalam hadith nabi.
Dalam hadith ini, Abdullah bin ‘Amr telah mengikut kecergasan beliau yang masih muda ketika itu untuk membuat amalan-amalan yang terlalu banyak, sehinggakan hak isterinya terabai. Maka nabi memberi nasihat kepada beliau agar mengurangkan amalan itu agar berpada-pada.
Namun cadangan nabi dibantah secara halus dengan mengatakan beliau mampu lebih daripada itu. Lalu dinaikkan sedikit demi sedikit sehinggalah ke tahap maksima, iaitu puasa nabi Daud (puasa selang sehari). Nabi mensyorkan kepadanya amalan yang beliau mampu lakukan dalam keadaan cergas mahupun malas, kerana yang pentingnya, berterusan.
Oleh itu:
1. Sekiranya Abdullah teruskan dengan berpuasa setiap hari dalam keadaan cergas, beliau telah menyalahi Sunnah dengan melepasi batas yang nabi letakkan.
2. Sekiranya Abdullah meneruskan amalan puasa nabi Daud, dikhuatiri beliau tidak dapat meneruskannya. Dan terbukti bahawa diriwayatkan kata-kata beliau menyesal tidak mengambil keringanan yang nabi syorkan, kerana setelah beliau tua, beliau tidak dapat meneruskan amalannya yang banyak itu.
3. Sekiranya Abdullah mengambil amalan yang sederhana, beliau akan dapat meneruskan amalan itu sehingga maut, dan itulah amalan yang paling disukai Allah.
4. Sekiranya Abdullah tidak berpuasa sunat langsung, tetapi puasa Ramadhan ditunaikan, perkara ini masih di dalam sunnah nabi (syariat nabi) dan ianya harus, tetapi beliau mampu melakukan amalan puasa sunat, sekurang-kurangnya 3 hari setiap bulan (seperti disyorkan nabi) maka beliau akan rugi kerana tidak melakukan amalan sunat yang mampu dilakukan.
5. Sekiranya Abdullah tidak menunaikan puasa wajib (Ramadan), samada seluruhnya atau sebahagiannya, maka beliau telah terkeluar batasan Islam, walaupun puasa sunat dilakukan secara berterusan!
6. Sekiranya Abdullah berpuasa hanya pada 15 Sha’ban sahaja, dikhususkan kerana dipercayai ada fadhilat padanya, walaupun tiada dalil, ataupun mengkhususkan hari Jumaat untuk berpuasa, maka beliau sudah melakukan perkara baru dalam agama.
Persoalan yang bangkit: Sekiranya elok beramal secara berterusan, maka kita memilih amalan yang sederhana, adakah ini melarang kita beramal dengan sunnah nabi yang lebih daripada kadar amalan sederhana?
Jawapannya: Tiada halangan untuk mengamalkan sunnah-sunnah yang lebih daripada kadar sederhana, untuk masa-masa cergas, atau bila banyak masa terluang, atau pada masa-masa yang digalakkan kita beramal lebih, tetapi tidak untuk dijadikan amalan berterusan (dawam) yang akan menyebabkan dia terhenti daripada beramal kerana sudah menjadi beban ke atasnya, semakin hari makin sukar menghadapinya lalu tersungkur di pintu syurga.
p/s: Sebelum ni, lafaz yang saya jumpa (terjemahan) adalah fitrah bukan fatrah. Jadi baru tau yang betulnya adalah fatrah~~~
(Nampaknya kena edit sikit hadith yang ada kat tepi blogku ini)
Selamat membaca dan selamat beramal :)
Istiqamah is the key~
Wallahua'lam~
Post a Comment