Bismillah.
Salam alayk, may
peace be upon you.
Sekarang sedang
menghadapi peperiksaan akhir sebelum masuk ke zaman clinical. Sudah hamper selesai,
tinggal satu paper COMPRE Tropical Medicine +Family Medicine, sebelum sidang!
(cuak memikirkan sidang, doktor pembimbing suruh perbaiki lagi thesis sebelum
sidang, sampai sekarang tak buat lagi)
Dan scary jugak
memandangkan dah nak masuk alam koas (ko-assisten aka co-assistant aka ‘dokter muda’),
insyaALLAH, moga dipermudahkan olehNya. Lepas judicium 2 tak ada cuti, terus
masuk. Adalah 3 hari pre-koas tu kalau nak dikira. Hm
Alhamdulillah syukur
sangat exam kali ini dipermudahkan, tak perlu remedial SOOCA atau OSCE. Sedangkan
kalau diikutkan, hamper semua orang merasakan exam kali ini adalah yang paling
kurang preparationnya akibat mepetnya waktu (oh aku berbahasa Indo)
Itulah namanya rezeki.
Malu sungguh rasanya kat Dia, walaupun rasa macam menjadi hamba yang sangat
hampeh tapi Allah masih tak henti-henti mencurahkan rezeki :’) Alhamdulillah.
Entah kenapa, rasa stress
tu kurang sikit kali ini. Diberikan ketenangan yang mendamaikan walaupun duk
fikir masalah lain :) Mungkin sbb banyak
kali psycho diri sendiri- ‘rezeki masing2 dah ditentukan...’, ‘ini semua dunia
je jangan terlalu risau’, akhirnya baru boleh fikir dengan sedikit waras.
Pokoknya, kita buat kerja kita, yang lain serah sepenuhnya kepada Allah. Banyak-banyak
ingat kepada Dia, bukan diri kita. ‘Hanya dengan mengingati Allah hati akan
menjadi tenang...’ ;)
Bila kita risau sangat
fail ke apa ke, seolah-olah kita pula pemberi rezeki kepada diri sendiri, masa
tu lah semua jadi haru-biru. Last-last stress sorang2, satu apa pun tak boleh
buat. Rugi bukan? ^_^
So, a lesson learnt
the hard way, if you overstress yourself, you will lose yourself. That’s why
people who do what they love always have a higher level of success. There is no
burden for them. They don’t overpressure themselves. So that’s what we have to
do as well. That’s why we have to love what we do, and do what we love.
Kadang-kadang bila
kita nak melangkah ke hadapan dalam hidup kita, kita rasa belum bersedia. Hmm,
kalau nak tunggu bersedia belum tentu 10 tahun lagi dah sedia. Berfikirlah
dengan positif, kelilingi hidup anda dengan orang-orang yang positif, rapatkan
diri dengan Tuhan, dan bergantunglah kepada Dia dan hanya Dia... kerana tidak
mungkin ketenangan itu hadir daripada makhluknya yang hina...
Hidup tak mencabar, mesti bosan dan hambar. Cabaran dan dugaanlah yang mewarnai hidup kita sebenarnya, kerana itu yang menjadikan kita manusia yang lebih baik dan matang :)
Mungkin ini juga
pesanan kepada adik-adik yang disayangi...
Janganlah sedih sangat dengan
pemergian kami yang tak seberapa ni... Allah sentiasa bersama kita. Segala apa kebaikan yang pernah dikongsikan
bersama, datangnya dari Dia juga. Moga Dia memberi ganti dengan yang lebih baik
dari kami. Kekuatan itu datang hanya dariNya juga, senior2 hanyalah asbab yang
Allah izinkan untuk sementara menemani kalian.
Tapi don’t worrylah!
Bandung-Jatinangor tidaklah jauh^_~
p/s: Adakah kami tak
ada perasaan nak meninggalkan Jatinangor? Benarkah? Selalu orang ingat yang
ditinggalkan je yang sedih... yang pergi bahagia. Sedangkan yang meninggalkan
tidak kurang sedihnya. Mungkin rasanya sedikit berbeza... tapi hanya saja ianya tidak
dizahirkan. Mestilah nak tunjuk macho kan? ^_+
p/s2: Tadi ada orang
buat statement ‘Kak Ana adalah orang yang paling rileks di Jatinangor’ ^^;)?
Oh ini benar-benar tidak benar sama sekali. hehe. Tapi bak kata cik puan x (seorang je ada pangkat cik puan, ehem2), ‘buat apa fikir masalah dunia yang takkan habis. Lagi baik tidur~’ maaf jika matannya tidak tepat, hamba seorang yang lemah ingatannya, (smiley).
Oh ini benar-benar tidak benar sama sekali. hehe. Tapi bak kata cik puan x (seorang je ada pangkat cik puan, ehem2), ‘buat apa fikir masalah dunia yang takkan habis. Lagi baik tidur~’ maaf jika matannya tidak tepat, hamba seorang yang lemah ingatannya, (smiley).
Kita mesti rasa risau
punya... Mestilah, jangan tipu... Tapi lebih cepat kita kembalikan kerisauan
itu kepada yang berhak mendengarnya, yakni Allah yang Maha Pengasih, lagi cepat
hilang kerisauan itu.
Sangat terkesan dengan tulisan di sini Renungan kekecewaan oleh THTL, mantan CEO AFN.
Allah itu Maha Adil.
Dan Dialah sebaik-baik tempat bergantung.
Akhir kata,
'Kan best jika kerisauan kita tentang akhirat sama atau lebih hebat dari kerisauan kita tentang exam dunia yang sangat sebentar ini'
"Dan jadikanlah dirimu sentiasa berdamping rapat dengan orang-orang yang beribadat kepada Tuhan mereka pada waktu pagi dan petang, yang mengharapkan keredhaan Allah semata-mata dan janganlah engkau memalingkan pandanganmu daripada mereka hanya kerana engkau mahukan kesenangan hidup di dunia dan janganlah engkau mematuhi orang yang Kami ketahui hatinya lalai daripada mengingati dan mematuhi pengajaran Kami di dalam Al-Quran, serta dia menurut hawa nafsunya dan tingkah-lakunya pula adalah melampaui kebenaran."
Al-Kahfi : 28
Siapa mereka? Kata Ibnu Kathir, Mereka ialah orang-orang yang sentiasa mengingati Allah, yang mengatakan 'la ilaha illaLlah', yang memujiNya,
mengagungkanNya, membesarkanNya dan berzikir kepadaNya pagi dan petang, semua hamba Allah samada kaya atau miskin, kuat ataupun lemah..
Seek good company, that's the essence of it. A company who will always remind us of Allah, of akhirah, of our true purpose in life.
InsyaAllah^^
Senyum!
p/s3: Lebih banyak fikirkan masalah umat daripada memikirkan masalah diri sendiri. Ok?
Kita hanya manusia, dan manusia sering terlupa. Marilah mengingatkan sesama kita, moga berjumpa di syurga~
assalamualaikum..
hatur nuhun buat motivasina..
waalaikumussalam wbt,
sami2.. sawangsulna. ;)