Lilypie First Birthday tickers

Cinta~

Semenjak dua menjak ni, ramai betul orang yang cakap pasal cinta, pasal kawin. Dan semua yang cakap2 tu pun belum kawin. Yang dah kawin diam pulak? Eh eh? ;)

So apa tu cinta sebenarnya? 
Kalau kita tanya nabi saw, nabi saw kata "Cintamu kepada sesuatu akan membuatmu buta dan tuli" (HR Abu Dawud*)

Betul kan? Bila hati dan cinta, semua keburukan dah tak nampak dan dah tak dengar. Dan kadang-kadang, buta tu menyebabkan kita melakukan sesuatu yang takkan dilakukan saat kita celik. Kan? Dan juga menyebabkan kita hanya dengar apa yang kita nak dengar je. Hmm~

So nabi tak kata 'love is blind', nabi kata love makes you blind. and deaf. Cinta tu tak buta, yang butanya kita, nak salahkan cinta pulak? Tak patut..tak patut. hehe.

Apa lagi pasal cinta? Kalau tanya kat Ibnul Qayyim al-Jauziyah rh: "Apabila bunga cinta sudah tertanam dalam kebun hati dan disirami dengan siraman air keikhlasan maka dia akan memberikan buah-buah dan bunga-bunga indah yang berwarna-warni" 
 Macam best je definisi ni kan. Hehe. 
Banyak lah lagi ulama' yang memberi makna kat cinta ni...  Para ulama' pun concern tau pasal cinta. Hehe. Imam al-Ghazali pulak cakap cinta ni kecondongan naluri kepada sesuatu nikmat, bila kecondongan tu kuat kita panggil 'isyq (rindu) tapi kalau kita jauhi dari dia panggil 'maqt(benci sekali). 

Macam-macam.. Kalau kita bagi definisi kat matahari, kita kata matahari ni sesuatu yang muncul saat siang dan tenggelam saat malam. Betul tak? Betul. Tapi tepat tak? Tak tepat 100%... So banyak2 definisi cinta ni, hanya menggambarkan cinta tu, tapi hakikat cinta tu sendiri? Hanya sekeping hati yang memahami... hehehe:P 

Tiada definisi terbaik untuk cinta melainkan cinta itu sendiri~ ececeh

Tapi kan, skop cinta tu hanya pada cinta sesama manusia ke? Sama mak ayah, keluarga, kawan-kawan je.. Ye ke? Tak kan... Cinta tu kan luas. Cinta sesama manusia tu hanya skop kecik. Jom besarkan skop jom~

Kan dalam al-Quran pun ada banyak cakap pasal cinta ni? Nak tau? Bukak Quran, baca. hehehe.

Senang cerita macam ni lah. Nak cakap tentang cinta, tanyalah pada Dia yang menciptakan cinta kan? Dan tak logik kalau kita nak kejar cinta lain before cinta kat Allah kan? Kita tahu cinta dari Allah, kita cuba belajar hakikat cinta, pastu kita pergi cintakan makhluk lain pastu kita lupa kat Allah. Lupa mana satu yang patut dikejar dulu. Patut ke tak? Patut ke tak? Ha... jawablah sendiri. ;)
So? Nak tau tak siapa orang yang dicintai Allah? Nak tahu, kena check ayat-ayat cintaNya... The greatest show of love from our Creator, al-Quranul Karim~ dan dalam al-Quran dan hadith, Dia banyak sebutkan siapa yang dicintaiNya... 
  • Orang yang banyak berbuat baik.

    Dalam al-Quran, cinta ni dalam bahasa arabnya hubb."....sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yang berbuat baik", cuba check surah Al-Baqarah ayat 195. Macam mana nak buat baik? Banyak caranya... infaq samada masa kita lapang mahupun sempit, puasa, solat, semua2 yang Allah suka, itulah yang terbaik^^
  • Orang yang banyak bertaubat.

    Kita ni kan manusia, sering silap, sering lupa, sering tergelincir. Tapi bak kata nabi, orang yang selalu bertaubat ni SEBAIK-BAIK orang. "Setiap anak Adam banyak melakukan kesalahan, sebaik-baik orang yang banyak melakukan kesalahan adalah orang yang paling banyak bertaubat" (HR At-Tirmizi)

    Kalau ikutkan, bila dah taubat tu kan kena meninggalkan dosa tu dan berazam tak mengulanginya? Tapi disebabkan kita lemah, selalu lupa, jadi kena selalu bertaubat, tak berhenti kerana kita takkan berhenti daripada melakukan dosa...
  • Orang yang menyucikan diri

    Menyucikan diri ni, termasuklah zahir dan batin... Kalau zahir badan, kalau batin, hati. Macam mana nak bersihkan hati? Banyakkan buat kebaikan..hehe masuk balik no.1.

    Banyak mengingati mati, membaca al-Quran... mendekatkan diri pada Allah. Rasulullah saw kata, "Sesungguhnya Allah itu bagus dan cinta pada yang bagus, bersih dan cinta pada yang bersih, mulia dan cinta pada yang mulia, pemberi dan suka pada kedermawanan." (HR At-Tirmizi)
  • Orang-orang yang bertaqwa

    Siapa orang yang bertaqwa? Orang-orang yang mengikuti perintah Allah dengan semampunya dan menjauhi seluruh larangan tanpa terkecuali. Taqwa itu tempatnya di hati, dan Allah je yang tahu seseorang tu benar-benar bertaqwa ke tidak. Hmm... "Sebenarnya siapa yang menepati janji (yang dibuat)nya dan bertaqwa, maka sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yang bertaqwa." (Ali-Imran: 76)

    Senang ke ek nak sampai darjat taqwa ni? Susah atau senang, Allah tengok apa usaha kita. So usahakanlah yang terbaik! ^^
  • Orang-orang yang bersabar

    Siapa as-sabiriin ni?  Kalau orang yang dapat result exam teruk, pastu nangis2, lepas tu ngadu kat kawan2, lepas tu kawan pujuk, kata"bersabarlah sabahatku" pastu barulah kita sabar. Ataupun geram kena tipu dengan kawan, lepas tumbuk meja, tiba-tiba teringat dalam hati, 'sabaaaar' lepastu baru sabar.....?

    Dulu, masa Rasulullah saw masih hidup, baginda pernah mendatangi seorang perempuan yang sedang menangis di kuburan, lepastu nabi kata "Bertaqwalah kepada Allah dan sabarlah!" Lepastu perempuan tu marah balik kat nabi, dia kata "Pergilah engkau, kerana engkau tidak merasakan cubaan aku ini!" Nabi pun pergi. Lepas tu datang lagi seorang pemuda, tanya kat perempuan tu apa yang Rasulullah katakan kat kau? Rupanya perempuan tu tak tahu itu adalah Rasulullah saw. Kemudian, perempuan tu pun pergi rumah nabi, dan nabi cakap begini kat dia:
  "Sesungguhnya kesabaran itu ketika pukulan(rintangan) pertama."
( HR Bukhari )

 Sabar ni, berkait rapat dengan redha. Jika awal-awal tak berjaya sabar, ertinya kita belum betul-betul redha, betul-betul menyerah akan segala ujian dan dugaan yang menimpa kita... jadi jom kejar erti sabar yang sebenar^^

Ada lagi 2 golongan, orang2 yang bertawakkal dan orang2 yang adil. InsyaAllah ada masa nanti sambung;))

Salam alayk, ceria-ceria selalu~






*Hadith marfu' diriwayatkan oleh Abu Daud
*Hadith marfu adalah hadits yang khusus disandarkan kepada Nabi saw berupa perkataan, perbuatan atau taqrir beliau; yang disandarkan kepada para sahabat.

~Kita hanya manusia, dan manusia sering terlupa. Marilah mengingatkan sesama kita, moga berjumpa di syurga~

7 Responses so far.

  1. salam,

    kalau benar cinta itu, siapakan jadi matanya,
    klu cinta boleh dibeli, berapa harganya?
    ~amy mastura - Cinta~

    p/s: pernah merasakannya? Tuah pnah sesama manusia yg bukan muhrim, tp tidak ingin lagi kerana xbest, sapa kata best mmg tipu, sbb kita akan terkongkong dgn rasa itu

  2. Dr Hana says:

    Iman- :)

    Tuah- Tu tergantung cinta pada sape la kot. Kalau cinta kat Allah, dan Allah cinta kat kita, yang jadi mata, telinga, tangan, kaki, semua Allah. Maknanya Allah menjaga kita dari segi semua tu~ :) [hadith38 dlm hadith 40]

    Kalau manusia, tanpa sebarang hubungan pulak tu... hmm bak kata nabil, lu pikirla sendiri!

    Sekeping hati ni hanya Allah yang tahu...=) biarlah rahsia..haha

  3. dr.radzi says:

    cinta yang benar harus punya matlamat yang benar...

    stiap perkara harus ada objektif visi dan misi, kalau benar mahu bercinta, atas sebab dan dasar apa, kemana mahu dibawa?? syurga atau neraka??

    yup,cinta bukan hanya pada manusia. namun manusia sering lupa. bahkan mungkin tak tahu pon definisi cinta selain pada manusia.
    *kenal tuhan pon belom camne nk cinta tuhan. huhu..*

    p/s: anak buah saya sudah jiwang, aiyyookk~~

  4. Dr Hana says:

    dr.radzi-

    'Tak kenal maka tak cinta'
    Mungkin kita belum cukup kenal Tuhan, sebab tu rasa cinta susah nak wujud kan..

    Kadang tu, matlamat kita dah benar, caranya yang kurang benar...padahal senang je kot.
    Jumpa mak ayah. habis cerita..
    Manusia ni, kadang2, suka rumitkan satu benda tu. Padahal simple je... Semua terpulang kat cara fikir kita jugak in the end... :)

    p/s: tang mana yang jiwang tu aih? x ado aih...
    ohoh

  5. assalamualaiki warahmatullah~

    kak hana, sy ter'jatuh' ni..saket betul >_<

    tolong T-T

  6. Dr Hana says:

    wanufara aka hanim-

    wslm wbt...
    :)
    siannye adik akak, jatuh ye,hehe..
    meh add akak kat ym, kite sembang jom!
    add akak kat cleo_capri1188
    ke awak dah add ek? x ingat..huhu~
    papepun buzz je akak k?

Reminder for the soul

“Aku hairan dengan orang yang mengetahui kematian, tapi mengapa ia masih tertawa;

Aku hairan dengan orang yang tahu bahawa dunia adalah sementara, tapi mengapa ia sangat mencintainya;

Aku hairan dengan orang yang mengetahui semua urusan telah ditakdirkan, tapi mengapa ia takut kehilangan;

Aku hairan dengan orang yang mengetahui bahwa hisab adalah suatu kepastian, tapi mengapa ia tetap mengum
pulkan harta dan menghitung-hitungnya;

Aku hairan dengan orang yang mengetahui panasnya api neraka, tapi mengapa ia tetap berbuat dosa;

Aku hairan dengan orang yang mengaku mengenal Allah, tapi mengapa ia meminta tolong kepada selain-Nya;

Aku hairan kepada orang yang mengaku mengetahui kenikmatan syurga, tapi mengapa ia merasa hidup tenang di dunia;

Dan aku hairan kepada orang yang mengetahui syaitan adalah musuhnya, tapi mengapa ia mentaatinya.”

Uthman bin Affan Radhiyallahu anhu
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Masa umpama pedang