Lilypie First Birthday tickers

Mati itu pasti. Bersediakah?


Apabila ajal mendatang, tiada siapa pun yang mampu melewatkan dan menangguhkannya.
Sihat hari ini, pastikah kita esok kita sihat?


Semalam kucing di Malaysia yang bernama Meredith a.k.a Mek a.k.a Merry a.k.a Ennet telah dipanggil kembali olehNya.
Sebelum ini sihat walafiat, tiba-tiba malam kelmarin jatuh sakit, n tengahhari esoknya dah xde...
Tiada siapa sangka...
Redha...






Pada yang di rumah tu, janganlah nangis2 ya. Allah lagi sayang mereka~






(Jack pergi dulu. Lepas tu Merry lahirkan anak. Terubat sikit rasa sedih~ Sehari sebelum pulang bercuti, malam 31 January, anak2 Merry 4 drpd 5 mati sebab ada virus. Tak sempat jumpa... Sampai je rumah, tgk dah siap dibungkus untuk ditanam...*_* Tinggallah Jack Jr bersama ibunya.. Sekarang? Jack Jr. dah jadi anak yatim~~~ Hmm..dah besar dah agaknya JJ... )


MEREKA YANG SUDAH TIADA~








(anak-anak Ennet. Tak sempat tengok samada hidup ataupun mati. Semua comel-comel kan?)



Jack yang paling disayangi (sebab tu gambar lebih hehe..) Sori Jack x sempat jumpa awak..


Ennet/mek/merry/meredith grey-kucing yang banyak nama n semua nama pun dia pandang:)

Tak sure ni lepas melahirkan or still bunting. Sangat comel~


Masa zaman dara. Gedik sungguh. Pose manja ni. kekeke...

Baru melahirkan~

MEREKA YANG DITINGGALKAN~


Jack Jr [sebab dia yang paling gemuk ala2 Jack walaupun ini bukan anak Jack] :p

Pocahontas a.k.a Poka...
nenek tua yang panjang umur walaupun gigi dah xde, hehe...

Hmmm...
back to the topic...

Bersediakah kita menghadapi sebuah kematian yang tidak diketahui masanya?
Ya Allah, ultuf bina... (be gentle)

5 Responses so far.

  1. salam:)
    orang yg bijak adalah orang yang sentiasa mengingati mati..
    sebab ap?
    die akn wat kerja secara bersungguh2..
    die akn mencari amal ibadat sebanyk-banyaknya..
    die tidak akan membuang masa..
    sebb die tahu,
    die akn MATI:)

    p/s:sy tkut kucing bukn xsuke..
    maka bile nmpk kucing, sy yg akn lari bukn kucing tu yg akan lari..
    hehehe;p

  2. 3rdmarch says:

    salam..

    1stly..takziah dgn pemergian kucing anda..

    2ndly..saya turut rasa sedih..

    3rdly..sungguh byk kucing anda..geram mata melihat..

    4thly..saya rindu kucing saya(apakah?)

    5thly..cam wado cakap..org paling bijak adalah org y slalu igt mati..

    6thly..adakah anda takot mati????

    Lastly..marilah kita saling memperigtkan sesama kita tentang kematian..

  3. Dr Hana says:

    idsyaleeya- betul tu...ada dalam Quran:)

    manusia selalu leka....huhu...:( ya Allah..ultuf bina........

    ish3....kasihan....hihi:p

    3rdmarch-
    1st- innalillah..semua itu sudah ditulis..

    2nd- sedih? sabar2. tuan punya kucing ok je...org yg yakin akan ketentian ilahi; qada n qadar [org yg beriman], tiada satu perkara pun yang mampu membuatnya sedih, kecewa, dll. org yg beriman kuat=)

    3rd- dah tinggal 2.....huu.

    4th- baru balik msia aritu....cit! hoho=p

    5th- ya betul3!

    6th- takut mati? perkataan takut bukan perkara yang sesuai kot..

    cam kak alia cakap aritu, hidup kena proaktif n positive. kadang2 bg certain people, dia takut mati, kalau boleh tak nak mati...nak duduk kat dunia je...tapi dia tak INGAT mati. takut n ingat adalah perkara yang berbeza.

    tapi ada orang yang takut mati[rasa takut bila baca ttg akhirat n qiamat etc dalam Quran], n rasa takut itu digunakan n dipacukan untuk bersedia akan kematian, itu yang namanya proaktif. Itu yang kita nak. Itulah yang sepatutnya n itulah yang Allah mahukan...

    Janganlah kita takut mati, tetapi cam kata wado BERSEDIALAH.

    wallahua'lam...

  4. duha says:

    saya sayang kucing dan amat suka pada kucing~

    salam takziah..

    kematian tu satu rahsia..tade sape tau bile akan terjadi..so, be prepared..iA

  5. Dr Hana says:

    salam duha[lambat pulak reply=p]

    ya..kematian itu rahsia.. kebelakangan ni banyak btul kita dengar kisah2 kematian di sekeliling kan?

    alangkah malangnya kita...jika ingatan sudah diberikan, tapi kita masih leka dan lalai lagi-_-"

Reminder for the soul

“Aku hairan dengan orang yang mengetahui kematian, tapi mengapa ia masih tertawa;

Aku hairan dengan orang yang tahu bahawa dunia adalah sementara, tapi mengapa ia sangat mencintainya;

Aku hairan dengan orang yang mengetahui semua urusan telah ditakdirkan, tapi mengapa ia takut kehilangan;

Aku hairan dengan orang yang mengetahui bahwa hisab adalah suatu kepastian, tapi mengapa ia tetap mengum
pulkan harta dan menghitung-hitungnya;

Aku hairan dengan orang yang mengetahui panasnya api neraka, tapi mengapa ia tetap berbuat dosa;

Aku hairan dengan orang yang mengaku mengenal Allah, tapi mengapa ia meminta tolong kepada selain-Nya;

Aku hairan kepada orang yang mengaku mengetahui kenikmatan syurga, tapi mengapa ia merasa hidup tenang di dunia;

Dan aku hairan kepada orang yang mengetahui syaitan adalah musuhnya, tapi mengapa ia mentaatinya.”

Uthman bin Affan Radhiyallahu anhu
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Masa umpama pedang