Lilypie First Birthday tickers

Details in the fabric (is unknown)

Salam.
Tak ada apa sangat pun sebab nak menulis sangat ni, tapi sekarang ni rasa tak tenang melanda hatiku. Huhuhu. Puncanya? Wallahu'alam. Mungkinkah sebab exam semakin hampir?
Entahlah. Sebelum ni bukan x pernah exam, xde pulak rasa macam ni. Rasa sedih pun ada. Tu pun x tau napa nak rasa sedih. Rasanya tak ada sebab pun nak merasa sedih. Huhuhu. Itulah hati perempuan. Penuh dengan emosi, kadang2 sampai punca kepada emosi itu pun tidak diketahui. Wuhu.
Malam semalam pun ku merasai perasaan yang sama, pastu kebetulan kawan baikku di Jakarta menghantar message di YM. Invisible sebenarnya kawanku itu, tapi kan sekarang ni ramai yang memforwardkan message tentang Palestin, so dia pun memforwardkannya padaku, so saya tahulah dia online, maka saya pun YM lah dia. Hehe.
Kami pun bercerita dan bersembanglah,(daku yang bercerita sebenarnya hua3) tapi rasanya xde kaitan kot dengan punca ketidaksedapan hatiku? Huhu. Rasanyala... Mungkin ada kaitan, mungkin xde. Daku pun x tahu n kalau boleh x nak analyze pun dari mana datangnya rasa x sedap itu. I don't like to overanalyze my feelings coz I don't want to find anything that shouldn't be found. Get it? Haha. Xpela kalau tak faham asalkan diriku faham, huhuhu.
So bersambung kepada cerita tadi, setelah YM dgn sahabatku itu, daku pun melakukan sesuatu untuk menghilangkan rasa tak tenang itu. Tak perlulah diceritakan apa, cukuplah daku sahaja mengetahuinya. So pastu dah okay... Tapi sekarang rasa itu kini sudah muncul semula! Nak kata normal bagi perempuan, sebab PMS la tu, soalnya rasanya belum lagi kot masa untuk PMS tiba. huahua. Kesimpulannya sekarang ini emosiku tak stabil. Ada rasa berat dalam hati yang ku sendiri tak tahu mana datangnya, and it keeps coming back...T_T
Ya Allah kau hilangkanlah segala rasa sedih, resah dan gelisah dalam hatiku supaya ku dapat menuntut ilmu dengan rasa tenang... Ampunkanlah dosa-dosa hambaMu ini ya Allah...

2 Responses so far.

  1. iRah says:

    hai farhana. miss zafirah. unless u remember...;)
    blog hopping!

  2. Dr Hana says:

    hai miss zafirah..hehe.
    of cos la remember...;)
    slmt blog hopping~ :p

Reminder for the soul

“Aku hairan dengan orang yang mengetahui kematian, tapi mengapa ia masih tertawa;

Aku hairan dengan orang yang tahu bahawa dunia adalah sementara, tapi mengapa ia sangat mencintainya;

Aku hairan dengan orang yang mengetahui semua urusan telah ditakdirkan, tapi mengapa ia takut kehilangan;

Aku hairan dengan orang yang mengetahui bahwa hisab adalah suatu kepastian, tapi mengapa ia tetap mengum
pulkan harta dan menghitung-hitungnya;

Aku hairan dengan orang yang mengetahui panasnya api neraka, tapi mengapa ia tetap berbuat dosa;

Aku hairan dengan orang yang mengaku mengenal Allah, tapi mengapa ia meminta tolong kepada selain-Nya;

Aku hairan kepada orang yang mengaku mengetahui kenikmatan syurga, tapi mengapa ia merasa hidup tenang di dunia;

Dan aku hairan kepada orang yang mengetahui syaitan adalah musuhnya, tapi mengapa ia mentaatinya.”

Uthman bin Affan Radhiyallahu anhu
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Masa umpama pedang