Lilypie First Birthday tickers

Seseorang itu berada atas agama sahabat baiknya.
Maka hendaklah seseorang kamu memerhatikan siapakah yang dia jadikan teman rapatnya.


~Hadith riwayat Ahmad~

4 Responses so far.

  1. 3rdmarch says:

    salam..
    farhana..
    bole x anda terangkan/bg ulasan skit psal hadith ni?

  2. Dr Hana says:

    salam jijol.

    ok b4 apa2 cube tgk hadith yang ni sat:

    "Perumpamaan teman berbincang yang baik, ibarat seorang pen­jual wewangian. Adakalanya engkau diberinya atau membeli darinya atau beroleh bau wanginya. Dan, perumpamaan sahabat yang jahat ibarat peniup puputan' , adakalanya engkau terbakar percikan apinya atau terkena bau busuknya." (HR Muslim)

    hadith ni pun boleh terangkan hadith yang di atas tu..hehe.

    maksud hadith ni, kita kena tengok siapa yang kita jadikan teman rapat kita, adakah kawan yang baik dengan kita tu akan dapat menambahkan keimanan kita atau menyebabkan kita lebih lalai lagi...

    hadith ni bercakap pasal pengaruh pergaulan atas perilaku kita...
    logically if kita berada di persekitaran yang baik, akan mempengaruhi kita untuk berbuat baik jugak kan?

    kalau mengikut hadith yang lagi satu tu, jika kawan kita 'wangi', kita pun akan dapat tempias 'wangi'nya, n begitulah sebaliknya...

    jadi kita kena perhatikan siapa yang kita jadikan sahabat baik kita...tapi kena tengok jugak...if amal kita tetiba berkurang tu adakah disebabkan sahabat kita tu ataupun disebabkan kekurangan kita sendiri? jadi ape2 pun cermin diri kita sendiri dulu..

    erm, faham kan?

    macam tulah indahnya Islam, even ilmu psikologi pun ada~ =)

    gitulah seadanya penerangan yg mampu saya berikan...nak lebih lanjut, mungkin boleh cari lg..

  3. 3rdmarch says:

    hadith kedua 2 dah fham..
    y first 2 je kureng skit..
    sbb 2 tnya..
    takot slh tafsir..
    syukran ya sodiqi~

  4. Dr Hana says:

    afwan~
    sama2 blajar dong. hehe

Reminder for the soul

“Aku hairan dengan orang yang mengetahui kematian, tapi mengapa ia masih tertawa;

Aku hairan dengan orang yang tahu bahawa dunia adalah sementara, tapi mengapa ia sangat mencintainya;

Aku hairan dengan orang yang mengetahui semua urusan telah ditakdirkan, tapi mengapa ia takut kehilangan;

Aku hairan dengan orang yang mengetahui bahwa hisab adalah suatu kepastian, tapi mengapa ia tetap mengum
pulkan harta dan menghitung-hitungnya;

Aku hairan dengan orang yang mengetahui panasnya api neraka, tapi mengapa ia tetap berbuat dosa;

Aku hairan dengan orang yang mengaku mengenal Allah, tapi mengapa ia meminta tolong kepada selain-Nya;

Aku hairan kepada orang yang mengaku mengetahui kenikmatan syurga, tapi mengapa ia merasa hidup tenang di dunia;

Dan aku hairan kepada orang yang mengetahui syaitan adalah musuhnya, tapi mengapa ia mentaatinya.”

Uthman bin Affan Radhiyallahu anhu
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Masa umpama pedang