Kenapa SAMURA mengubah hidupku?
Kenapalah budak ni nak sangat cakap pasal SAMURA ni...dah berzaman kot berlalu
Tak perlu dijelaskan lagi mengapa. Memang SAMURA mempunyai tempat khas di hatiku. Tak kisahlah orang lain nak kata apa, nak kata berada di sana tak merubah hidupnya langsung, terpulang.
It's special because we decided it would be special
If from the beginning we chose it to be ordinary, then it would be ordinary
Di sana aku belajar apa itu tanggungjawab.
Di sana aku belajar untuk diuji.
Di sana aku belajar menangis (ini sangat tipu^^ mungkin di sini belajar untuk menangis dengan dahsyat)
Entah mengapa, mungkin disebabkan situasi bagaimana aku dihantar ke sana, senior dormku melihat kepadaku lebih daripada ahli dorm yang lain. Bukan hendak dikatakan menjadi ahli dorm favorite, tak pernah terniat langsung untuk menjadi anak emas sesiapa. Namun itulah yang terjadi. Jika ada apa-apa tugasan yang harus dilakukan oleh junior, tanggungjawab diberikan kepadaku.
Di SAMURA, ada sistem biro. Ada bermacam-macam biro diwujudkan, dan semuanya diuruskan oleh pelajar sendiri.
Biro Makanan (B-Mak) yang menguruskan high-table dan bermacam lagi aktiviti 'menghidang', yang boleh dikatakan antara biro paling sibuk
Biro Sukan (B-Sport) yang menguruskan aktiviti riadah pelajar
Biro Kesenian dan Keceriaan(BKC) yang aktivitinya dah tentu menceriakan sekolah. Menyiapkan backdrop dan macam2 lagi hiasan indah.
Setiap kali ada pemberian tugas antara ahli dorm, aku menjadi pilihan pertama ketua dormku, Kak Ila.
Sampaikan aku sedar, ada yang kurang senang. Menjadikan aku serba salah. Sedangkan tugas yang diberikan bukanlah untuk suka-suka, tapi sebuah tanggungjawab yang berat.
Akhirnya, tiba akhir tahun, pemilihan untuk bakal KD (Ketua Dorm).
Bukan menjadi kejutan apabila aku dipilih. Bukan kerana mengharap, tetapi kerana dari awal tahun apabila dia tiada, kerja diserahkan kepadaku. Menerima dengan berat hati, semoga dapat menjadi yang terbaik. Bukan mudah menjadi KD untuk dorm BESTARI ENAM. Entah mengapa, seakan turun-temurun, dorm ini menjadi tumpuan sebagai dorm yang 'fofular'. Bukan 'fofular' kerana apa, tapi 'fofular' kerana kontroversi demi kontroversi. Jadi sudah pasti adalah agak kurang sihat dari segi mental jika mengatakan aku bahagia dilantik menjadi KD*_*
Seterusnya.
Suatu malam, setelah bacaan al-Mulk, setelah 'lights off' Kak Paan, naqibahku memanggil. Katanya KakNa nak jumpa. KakNa ni gelaran untuk Ketua Naqibah, kak Durrah. Dorm sebelah. Kak Erin nakal mengusikku, "habislah, habislah KakNa nak jumpa"
Kak Durrah hanya berjumpa untuk bertanyakan beberapa soalan. Aku cuba untuk tidak memikirkan apa-apa. Layan jela. huhuT.T
Beberapa hari setelah itu, beberapa orang dipanggil semasa prep untuk diinterview oleh ustaz.
Soalan ditanya dan soalan dijawab. Tiada apa-apa pengumuman dilakukan. Kononnya, ini calon-calon naqibah. Namun semua itu hanya spekulasi, tiada siapa yang datang untuk memastikan dan menceritakan kebenarannya...
Akhirnya, kami dipanggil oleh KakNa. "Anda semua dilantik sebagai naqibah dengan percubaan selama sebulan. bla bla bla..."
Naqibah? Aku?
Agak ramai ketua dorm yang turut dipilih sebagai naqibah. Setiap dorm wajib mempunyai sekurang-kurangnya seorang. Dari satu segi, bagus kerana memudahkan kerja kerana tugas naqibah dan ketua dorm agak berkait. Dari satu segi lain, sangat berat tugas ini*_*
Slogan SAMURA, Dipimpin untuk Memimpin.
Tiada istilah takut untuk menjadi pemimpin, kerana nanti di dunia luar, anda akan bersedia menghadapi cabaran-cabaran yang ada.
Seronok ke banyak-banyak jawatan ni?
Sesiapa yang mengatakan begitu sememangnya sudah dibutakan dengan kuasa.
Bagi diriku, ia pengalaman yang sangat berharga.
Tiada siapa yang suka dibenci oleh orang (mungkin ini agak exaggerate) namun kadang-kadang, kita terpaksa melakukan sesuatu yang tidak popular untuk kebaikan. Kerana kita yang berada di posisi itu mungkin tak sama pemikirannya dengan kawan-kawan yang lain. Tidak semua orang faham mengapa sesuatu tindakan itu diambil. Ia bukanlah sesuatu yang mudah...
Jurang yang timbul antara ahli dorm juga bukanlah sesuatu yang menyeronokkan. Ia bukan hadir dengan sengaja, namun wujud secara otomatik disebabkan keadaan yang muncul.
Kadang-kadang kita yang berada di bawah tak menghargai orang yang berada di atas. Hanya kritikan dan kutukan yang diberikan, sedangkan kita tak berada di tempat mereka. Bukan mudah menjadi pemimpin. Fahamilah. Namun ini bukanlah alasan untuk seorang ketua melakukan sewenang-wenangnya. Setiap perkara akan diminta pertanggungjawabannya...
Meskipun begitu, mujur masih ada yang kasihan dan menyokong. Buatmu Nurul Aida, entah kamu membaca tulisan ini atau tidak, terima kasih. Kamu memang sahabatku dunia akhirat.
Entah mengapa aku mengungkit cerita ini kembali. Bukan untuk mengungkit, tetapi untuk mengenang. Mungkin ada antara sahabat-sahabatku hanya mengenalku sewaktu di kolej. Dan atas sebab itu mungkin kalian tak mengenaliku sepenuhnya. Namun buat sahabat lamaku sejak zaman SAMURA, Fizati Sabtu dan Faiqah Nastasha, aku sayang padamu sebagai sahabatku yang berada di sampingku walaupun aku seorang yang entah apa-apa. Sayang korang.
*Faiq, jangan mengada-ngada nak menyalahkan diri kamu atas apa saja yang pernah aku lakukan. Kamu tak ada kaitan langsung. Confounding factor atau tidak, semua itu kesilapanku atas kelemahan daku sendiri okie?.
Oh 'melancholic' sungguh entry ini jadinya.
Mungkin terlebih hormon.
Ok, kembali kepada topik. SAMURA. Boleh dikatakan di sinilah aku kembali menemui fitrah diriku. Menyedari bahawa aku tak mampu hidup tanpa rahmat dari tuhanku. Keadaan di SAMURA sangat menjagaku, dan mungkin sebab itu aku 'take things for granted' selepas habis sekolah. Mungkin juga ini berlaku untuk kawan-kawan yang lain.
Sama-sama tanyakan pada diri, adakah anda berubah kerana SAMURA atau anda berubah kerana Allah?
Jika benar kerana Allah, mengapa setelah sekolah ditinggalkan, prinsip juga ditinggalkan?
Prinsip yang dahulu begitu teguh kamu pertahankan?
Sedar tak sedar, persekitaran kita membawa impak yang sangat besar terhadap diri kita.
Jika bukan begitu, mengapa Rasulullah saw mengingatkan kita dengan kata-kata baginda tentang pentingnya memilih sahabat;
«Sesungguhnya perumpamaan teman yang baik dan teman yang jahat ialah seperti pembawa minyak wangi dan peniup dandang besi.
Maka pembawa minyak wangi, sama ada ia menurut kamu, dan sama ada kamu akan membeli daripadanya, dan sama ada kamu akan mendapati daripadanya suatu bau yang sedap.
Dan peniup dandang besi, sama ada ia akan membakar baju kamu, dan sama ada kamu mendapati suatu bau yang busuk»
Hadith Riwayat Imam Muslim
Wangi kita, wangilah sahabat kita.
«Seseorang lelaki itu adalah di atas agama kawannya, maka hendaklah seseorang daripada antum melihat siapakah yang dikawaninya»
Hadith Riwayat Abu Daud, dinilai hasan oleh Imam At-Tirmizi
Seseorang kawan akan mempunyai kesan dan pengaruh yang besar ke atas rakannya yang lain, sama ada kesan baik atau kesan buruk.
Jadi kita hendak memilih menjadi yang sahabat yang baik atau sahabat yang buruk? Sahabat yang membawa ke syurga atau ke 'tempat' lagi satu?
Seorang penyair pernah berkata;
"Janganlah kau bertanya tentang seseorang, tapi tanyakanlah siapa temannya, kerana setiap teman akan mencontoh teman-temannya."
Suruh orang jadi sahabat terbaik tapi tak menunjukkan cara-caranya macam tak kena pulak kan?
Lihat saja kepada Rasulullah, contoh ikutan terbaik~
“Barang siapa yang menunjukkan kepada orang lain suatu kebaikan, maka ia akan mendapatkan pahala kebaikan yang dilakukan oleh orang tersebut”
(HR Muslim)
Jom berlumba melakukan kebaikan! Kumpul saham, kaya kaya!
Hait, niat ikhlas kerana Allah ok!
“Apabila engkau menunjukkan satu orang pada hidayah Allah melalui usahamu, maka itu lebih baik dibandingkan dengan unta merah.”
(HR Bukhari)
Apa itu unta merah? Allah knows best~
Barang siapa berhijrah di jalan Allah, niscaya mereka mendapati di muka bumi ini tempat hijrah yang luas dan rezeki yang banyak. Barang siapa keluar dari rumahnya dengan maksud berhijrah kepada Allah dan Rasul-Nya, kemudian kematian menimpanya (sebelum sampai ke tempat yang dituju), maka sungguh telah tetap pahalanya di sisi Allah. Dan adalah Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. [4:100].
p/s: banyak lagi yang jadi kat SAMURA sebenarnya. Ni ada artikel lama tapi tak publish. Segan kot. tak tau la, tapi macam takde perasaan nak publish pun. ni publish jugak akhirnya, tarikh diedit. baca di sini SAMURA dan syukur
MENARIK2!
moga kita sentiasa mendpt kwn2 yg baik2 belaka.