Lilypie First Birthday tickers

Hakikat sebuah malu.

Bismillah~

Alhamdulillah exam dah habis, walaupun mata dah macam panda...terima jela...hehe~~




Hmmm.

Malu.

Apa tu malu ek?

Penting ke malu ni?

"Ala poyo la kau, nak malu-malu pulak...!"

Ayat yang sering kita dengar, orang memperkecilkan kepentingan malu...

(walaupun dalam bersenda)




Kita selalu nampak sekarang, di satu pihak,

ada teruna dan dara yang saling 'i lap u, u lap me'

dan di satu pihak lagi,

ada orang yang membangkang sekeras-kerasnya.

"Mana boleh couple ni!!!!! Nak sangat kahwin la!!![contoh je...hehe..]


Hati terfikir,

kenapa orang yang bercouple yang selalu kena?


Jawapan orang bagi:

"Sebab diorang buat depan orang ramai, selamba je, macam suami isteri!huh!!!"


Buat depan orang ramai?

Kenapa orang lain yang sama jugak, ada buat silap,

kita buat dek je?

X ada pun nak tegur?




Contoh1:

lelaki yang suka sangat 'mengacau' perempuan,

pantang ada perempuan je nak usik!

nak usik je mesti perempuan.

even perempuan pakai tudung labuh, baju kalau boleh nak sebesar-besar alam pun nak diusik jugak..

**haih**

Jawapan biasa...
"Alah lelaki, biasalah, suka mengusik, normal lah tu... tak suka mengusik bukan laki la...."

-monolog dalaman:-

*Hmm....nabi kita bukankah lelaki????????*



Contoh2:

bestfriends dari berlainan jantina, ke sana ke mari berdua.

bila ditanya:

kitorang kawan je, salah ke?

bukan ada feeling pape pun...

tak de pun pegang-pegang ke apa...

'best kawan dengan dia ni, sempoi...'




Contoh3:

.

.

.

.

.

.

.

Cari sendiri~ :p





Kenapa contoh-contoh di atas berlaku?


Sebab....

Hilangnya rasa malu...

Bukan tak tahu hukum, bukan tak tahu salah,

tapi

sebab sebuah hijab yang melindungi mereka dari melakukan perkara-perkara tersebut sudah hilang....


iaitu sebuah malu...



selalu jugak dengar suara-suara dari pihak yang berkenaan:

"Ala kau tak pernah kena, tak pernah kapel, senang la..."

Siapa kata?

Mana mereka tahu kisah hidup orang lain?

Dugaan itu sentiasa ada.

Siapa yang tak pernah diduga?

Tengok sekeliling, peh berpasang-pasang je semua, takkan hati tak teringin.

Itu fitrah hidup sebagai manusia.

Tak pernah ke yang offer???

Jangan terlalu mudah berkata-kata...

Terlalu mudah menuding jari pada pihak lain, yang menegur dengan ikhlas, tapi ditempelak jua akhirnya.




Ada sebab mengapa ada yang 'di situ' dan ada yang 'di sini'.

Mana mungkin satu hari je tiba-tiba "eh! saya dah ada pakwe rupanya"

Setiap langkah bermula dari langkah yang lain kan?

Siapa yang melangkah?

Kita ke orang lain?

Jawab sendiri.


Dan bagi yang terjerumus, mungkin hijab yang satu itu tidak cukup kuat untuk menangkis cubaan-cubaan dunia.

Tidak cukup kuat.

Lemah.


Namun, lemah hari ini tidak bererti lemah selamanya.

Ingat, kaki siapa yang melangkah?

Tangan siapa yang bergerak?

Itu semua akan ditanya dihadapanNya kelak.


Hiasilah diri dengan sifat malu, contohilah peribadi rasul junjungan kita Muhammad SAW.


Sebuah malu itu, jika disuburkan mampu menjaga kita dari melakukan perkara-perkara yang tidak sepatutnya dilakukan oleh seseorang yang mengaku diri Islam! Yang mengaku berpandukan Al-Quran... Ingatlah hakikat diri... Jika kita ingat, malu itu akan wujud dan menjadi benteng buat diri kita.




Malu untuk melampaui batas dalam perhubungan ajnabi.

Malu untuk menunjukkan aurat kepada non-muhrim.

Malu untuk berbuat dosa...
Banyak lagi...




Malu pada siapa?



kata ibnu Qayyim Rahimahullah:


Merasa malu kepada Allah…



Karena sesungguhnya apabila seorang hamba menyedari pandangan Allah yang selalu mengawasi dirinya dan menyedari betapa tinggi kedudukan Allah di matanya. Dan apabila dia menyedari bahwa perbuatannya dilihat dan didengar Allah tentu saja dia akan merasa malu apabila dia melakukan hal-hal yang dapat membuat murka Rabbnya… Rasa malu itu akan menyebabkan terbukanya mata hati yang akan membuat anda bisa melihat seolah-olah anda sedang berada di hadapan Allah…


Takutkah kita pada Allah?


Sedarkah kita bahawa makhluk yang nak menyesatkan kita, yang kita jadikan sebagai bestfriend kita itu juga merupakan hamba yang takut pada penciptaNya?

makhluk Allah:kenalkan di sebelah saya, makhluk bertanduk ni lah
bestfriend saya! kacak tak??

rakannya di sebelah: 'errrrrrk????apakah??-_-'

Dan (ingatlah) ketika syaitan menjadikan terasa indah bagi mereka perbuatan (dosa) mereka dan mengatakan "Tidak ada (orang) yang dapat mengalahkan kamu pada hari ini, dan sungguh, aku adalah penolongmu." Maka setelah mereka saling berhadapan, syaitan berpaling ke belakang seraya berkata, "Sesungguhnya aku berlepas diri dari kamu, aku dapat melihat apa yang kamu tidak dapat melihat; sesungguhnya aku takut kepada Allah". Allah sangat keras seksaNya.

Surah Al-Anfaal ayat 48~




Syaitan akan berlepas diri daripada kita di akhirat kelak!

Akan mengatakan;
"Oops, sorry, siapa suruh ikut cakap saya, kan Allah dah bagi kamu akal, kamu tak nak guna, well, saya takutkan Allah, siapa suruh kamu tak fikir?Saya dengki je kat awak, sebab Allah muliakan awak, anak Adam...padan muka!~~~ Terima kasih sebab temankan saya kat sini ya!"


(walaupun TAKUT mereka itu akhirnya sia-sia belaka dan mereka takkan merasai syurga...)

Sahabat-sahabatku,


Nafsu itu sangat susah untuk ditundukkan. Mungkin di hati ada terselit, "Aku tak mampu......Aku lemah....."





Masakan boleh mengatakan tak mampu sebelum BERUSAHA untuk mampu.

Alhamdulillah jika kita sedar diri kita lemah, MINTAlah padaNya.

Pohon secebis kekuatan untuk melawan bisikan-bisikan jahat yang sentiasa mahukan kita merasa baik perbuatan kita yang menyebabkan kita makin jauh dariNya...

Allah Maha Pengampun...

namun azabNya sangat keras pada hambaNya yang MEMBIARKAN DIRI dipandukan oleh nafsu yang disuburkan dengan hasutan-hasutan jahat.




Namun, selagi nafas masih ada, selagi itu ruang kemaafan terbuka olehNya.

Sama-sama kita beringat...



Wallahua'lam...





p/s: Ayuh sihatkan badan! Karnival Sukan PKPMI bermula hari ini:)))

14 Responses so far.

  1. Anonymous says:

    yup,i agreed. its a gud entry. nice. keep up da gud job. (byknya puji. istighfar2...baca doa dipuji yg nabi ajar k? hehe.)

    we're not better than others,but we try to share da good thing w others. thanks..=)

    p/s : suke 'dialog2' anda sekarang. hak3...

  2. fizi says:

    thanks, membuatkan aku terfikir kembali salah silap diri sendiri. Thanks.

  3. Dr Hana says:

    drrazi- nabi semulia-mulia manusia pun tak suka mendengar pujian, sapelah saya.. huhu=p

    *tak makan dek puji, tak mati dek keji*
    -saya makan nasi.hahaaa-

    fizi- sama2 ingatkan. tiada siapa yang sempurna. termasuk diriku. huuu~

  4. Anonymous says:

    tapi nabi ada ajar doa ketika dipuji. kita tak minta pun dipuji,tapi kalau dipuji,ada doanya... cukup cantik. carila...kat buku doa dan zikir Hisnul Muslim ada.

  5. Dr Hana says:

    Hmm tula...ada..setakat yang diketahui sebelum ni pernah baca somewhere doanya lebih kurang macam "Cukuplah, semoga Allah yang mencukupkannya (apa ang dipuji)" dr Mutafaqqun Alaih..

    pastu ni baru jmpe:

    “Ya Allah, janganlah Engkau hukum aku kerana apa yang dikatakan oleh orang-orang itu...”
    (HR. Al-Bukhari)

    n

    “Dan ampunilah aku dari apa yang tidak mereka ketahui (dari diriku)...”
    (HR. Al-Bukhari)

    n

    “Dan jadikanlah aku lebih baik dari apa yang mereka kira...”
    (HR. Al-Bukhari)

    Biarlah pujian menjadikan kita rasa mahu menjadi lebih baik, n bukan syok sendiri bila mendengar orang memuji...hehe..

    insyaAllah nnt cr buku tu.tq:)

  6. 3rdmarch says:

    contoh no.1 2..
    Sungguh tajam..
    Mampu melukakan ramai org..
    Tp itulah realitinya..
    isk3..
    memalukan apabila tidak ckup perasaan malu di dlm hti..
    termasuk diri ini..

  7. Dr Hana says:

    Erk..ada yang terluka ke? Kalau ada harap dimaafkan ye :)

    Baguslah 'terluka' tu, tu tanda sedar perbuatan diri, semoga dengan rasa 'terluka' tu, hati tergerak untuk up sikit malu tu, hehe.. [malu bertempat je ok]

    semua org tak terlepas dr membuat dosa~

    chaiyok2 semua!! hehe...

  8. Dr Hana says:

    jap jap drrazi. dialog mana yang best sgt tu?? 0_o

  9. syuhadah says:

    salam..
    1st of all,best post kali nie..cra penyampaian dekat di hati..hehe..
    kter manusia sntiasa lupe tntg pandgn Allah..sentiasa leka..so,thanx ingtkan..nway,lawa la blog..sbab ade pinky2x..bykkan pinky2x lagi..hehe

  10. Dr Hana says:

    wsalam...

    hati akan tersentuh dengan hati:)
    alhamdulillah hati tergerak nak menulis n ada kesempatan...utk diri sndiri n kita semua... dah hbs exam so kpale pn free sket..hee.

    betul...mmg sifat kita selalu lupa...so harus diingatkan selalu~~~

    byk pinky2 ek? byk jugak purple n biru~~~~~ weee:D

  11. fizi says:

    nak mencelah sikit..kalau kena puji, kalau tak silap aku sunnah baling pasir dekat orang yang memuji.. but kena cek balik sebab tak pasti fiqh dan sababu l-wurud.

  12. Anonymous says:

    gambar tuh cam dalam buku ASUH.
    dulu kecik2 suke bace.

  13. Dr Hana says:

    fizi- baling pasir? biar benar?

    aimie- baik....:)

  14. fizi says:

    tak jumpa mana hadis baling pasir..puas mencari, but ahli panel AFN ada cakap hal ini..

Reminder for the soul

“Aku hairan dengan orang yang mengetahui kematian, tapi mengapa ia masih tertawa;

Aku hairan dengan orang yang tahu bahawa dunia adalah sementara, tapi mengapa ia sangat mencintainya;

Aku hairan dengan orang yang mengetahui semua urusan telah ditakdirkan, tapi mengapa ia takut kehilangan;

Aku hairan dengan orang yang mengetahui bahwa hisab adalah suatu kepastian, tapi mengapa ia tetap mengum
pulkan harta dan menghitung-hitungnya;

Aku hairan dengan orang yang mengetahui panasnya api neraka, tapi mengapa ia tetap berbuat dosa;

Aku hairan dengan orang yang mengaku mengenal Allah, tapi mengapa ia meminta tolong kepada selain-Nya;

Aku hairan kepada orang yang mengaku mengetahui kenikmatan syurga, tapi mengapa ia merasa hidup tenang di dunia;

Dan aku hairan kepada orang yang mengetahui syaitan adalah musuhnya, tapi mengapa ia mentaatinya.”

Uthman bin Affan Radhiyallahu anhu
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Masa umpama pedang