Manusia.
Terkadang sukar untuk menebak
apa yang ada di hati semua orang.
Lelah menunggu khabar, menunggu
berita, menunggu jawapan dari insan lain.
Terkadang kita merasakan, diam itu
lebih baik daripada mengatakan perkara yang mendatangkan dosa.
Tapi diam juga boleh menjadi barah,
sekiranya tidak diletakkan pada tempatnya...
===============================================
never lose hope. in Him. |
Manusia,
Sering marah apabila keinginan hati
tidak dipenuhi
Mungkin saja orang itu tidak sengaja
melakukan kesalahan
Tapi dendam itu dibawa berpanjangan
Kisah itu kau simpan di ingatan
Sampai waktu tersingkap kekhilafan
Silap semalam kembali kau ungkitkan.
Pesan nabi
“Sesungguhnya mukmin itu bersaudara”
Firman Allah
“Tidakkah kau ingin Tuhanmu
memaafkanmu?
Peringatan itu sering kau lupakan.
Kalimah syahadah, sekadar diucapkan?
Masih goyah dalam pengamalan.
Hati,
Terkadang terguris apabila merasakan
Hanya kita yang peduli
Hanya kita yang berusaha
Hanya kita yang berpenat lelah
Menjaga hati orang lain
Sedang hati sendiri
Ahh, biarlah diubati sendiri
‘Dia kuat, aku lemah
Biarlah dia yang mengalah’
Dalam kelelahan itu
Kau terkenang kembali
Hidup ini hanya untukNya
Dan Dialah sebaik-baik sandaran
Kau tersenyum kembali
Daie,
Bukanlah malaikat
Tidaklah suci daripada dosa
Tidak bebas dari kesalahan
Setiap orang punya kekurangan
Kerana itu fitrah insan
Satu kali melihat kesalahan orang
Seribu kali pula merenung kesilapan sendiri
Adakah tiada yang mampu mengerti?
Murabbi,
Tugasmu mendidik
Bukan menghukum
Kau manusia, begitu juga mereka
Bukan mereka tidak memahami
Bukan tidak, cuma belum...
Teruslah mengetuk pintu hidayah
Dia yang Maha Pengasih
Buat kita dan mereka
Sebuah doa penuh pengharapan
Agar kita menuju ke tempat yang sama
Tangisan,
Terkadang kau mengalir
Saat tumpas dengan dunia
Tapi dengan tangisan itu
Kau kumpul kekuatan
Untuk kembali meneruskan
Kembali menjalankan
Taklifan di bumi ini
Membina jiwa
Yang sentiasa mendamba syurga
Firdaus al-A’la
Bukankah kehidupan ini hanya senda
gurau?
Dan negeri akhiratlah yang kekal
abadi.....
Ummu Furqan
Farhana
19 Januari 2012
bandung
Kita hanya manusia, dan manusia sering terlupa. Marilah mengingatkan sesama kita, moga berjumpa di syurga~
Assalamu'alaikum..
Ana.. entry awak kali ini ada berikan effect yg special kat hati ini. Alhamdulillah :')
** - Sedang belajar menjadi baik
Ummudurrah- waalaikumussalam warahmatullahi wabarakatuh!
Sejujurnya... tidaklah artikel ini ditulis melainkan ada sesuatu yang tumpah.
hu.
Semoga Allah pilih kita untuk berada dekat denganNya di akhirat kelak
T__T
Allahul musta'an~
artikel? hek. post kali ya.