p/s
(pre-script): i've posted this before here almost
2 years ago! Is it still relevant? Hope so.
Assalamualaikum:)
Semoga
semua sihat dan ceria-ceria selalu~
Sebagai
seorang yang dinamakan manusia, kita dilahirkan penuh dengan kekurangan. Dan
antara kekurangan yang amat jelas dapat dilihat kini adalah lemahnya seseorang
dengan jantina yang berlawanan. Lelaki akan lemah apabila berdepan wanita, dan
wanita akan lemah apabila berdepan dengan lelaki.
Mungkin
ada yang merasakan, lelaki dan perempuan boleh berkawan sahaja tanpa ada
hubungan yang 'lain' . Ya. Benar. Memang boleh. *Boleh dari segi sosial, saya
bukan bercakap tentang hukum*
Namun
kita harus sedar dan mengakui kekurangan yang wujud dalam diri kita. Sudah
berapa kali kita mendengar kisah lelaki dan perempuan yang bersahabat baik,
menjadi best friend, dan rupanya dalam diam si perempuan menyimpan perasaan
terhadap si lelaki. Dan apabila lelaki mengetahuinya, mungkin dia akan berasa
bingung kerana mereka hanya kawan, bagaimana kawannya boleh menyimpan
perasaan???
Biasanya,
di saat ini, bila dah susah, barulah kita nak kembali kepada Islam. Barulah
kita nak ikut cara berhadapan dengan berlainan jantina yang ada dalam agama...
Kaum
lelaki kena sedar, bahawa hati perempuan ni tersangaaatlah lembut.
Ya,ya,
saya tau, saya tau, mungkin itu jawapan yang keluar.
Mungkin
kalian tahu, tapi kalian belum memahami...
Adakah
hanya apabila lelaki meluahkan perasaan maka hati perempuan akan 'cair'? Tidak,
semua perkara yang anda lakukan, yang bagi anda mungkin itu perkara biasa,
contohnya mengambil berat terhadap si perempuan, disebabkan dia perempuan dan
mungkin lebih 'vulnerable' menyebabkan kalian terlebih concern.
Atau
mungkin dengan gurauan anda yang mungkin bagi anda biasa, namun dapat menyentuh
hati perempuan itu... Hatta perkara kecil sekalipun. Andai dia dapat merasai
keikhlasan anda, hatinya akan sangat mudah untuk 'terpaut' (maaf, tak dapat
fikir perkataan lain yang kurang 'geli')
Atau
mungkin layanan anda terhadapnya yang dirasakan 'lain', walaupun hakikatnya
anda memanglah seorang yang 'friendly' dan 'happy go lucky'. Contohnya.
Bagi kalian itu perkara biasa, namun sang perempuan yang terseksa. Ini
pemerhatian saya daripada banyak perkara yang berlaku di sekeliling. Selepas tu
barulah nak saling menyalahkan antara satu sama lain, yang peliknya, kita
jarang nak menyalahkan diri sendiri terlebih dahulu...
Laki: "Sapa suruh pikir lain? Aku tak pernah mengaku apa2 pun"
Perempuan: "Action speaks louder than words! Dah tau tak suka buat apa nak
baik-baik dengan aku!?"
Akhirnya
gaduh tak berhenti, kerana dua-dua tak nak mengakui bahawa masing-masing dah
terpesong dari panduan Ilahi.
Contoh
lain, menzahirkan doa kita padanya. Misalnya, "Saya selalu doakan
awak" ataupun apa-apa saja doa yang diungkapkan buat perempuan itu dan
diketahui olehnya. Nampak macam ok kan? Tapi benda macam tu pun boleh buatkan
perempuan tu suka. Contoh ayat dalam hati: "Oh baiknya hati dia, doakan
aku...waaaaa"
Doakanlah
puas-puas, namun rahsiakanlah darinya. Kan doa itu dipanjatkan keatas Tuhan. Jadi
cukuplah Allah yang mengetahuinya^^
[Sekarang
baru korang tau kan... Dah tau tu jangan nak ambil kesempatan nak try buat
pulak. Ada yang kena fire karang ^^]
Di
sini, barulah kita nampak hikmah mengapa Allah menetapkan berbagai-bagai aturan
dalam perhubungan antara lelaki dan perempuan... Kerana yang menciptakan PASTI
lebih tahu tentang ciptaanNya. Namun kita sering melampaui batas itu, mungkin
kerana lupa, atau disebabkan hati kita yang jauh dariNya, wallahua'lam,
masing-masing boleh jawab sendiri.
Jadi
sama-sama kita mengingatkan diri sendiri dan sahabat-sahabat kita...
Prevention
is better than cure.
Kadang-kadang
(selalu sebenarnya), seorang perempuan terpaksa mengeraskan hatinya, demi untuk
tidak menjatuhkan diri ke dalam fitnah. Andai kita merasakan bahawa perempuan
itu sangat tegas terhadap orang lain(maksudnya lelaki), ketahuilah bahawa dia
sebenarnya lebih tegas terhadap dirinya sendiri. Mungkin bagi lelaki pun
begini, saya pun tak tahulah sebab saya bukan lelaki :) tetapi kadang-kadang
kita memang perlu mengeraskan hati demi menjaga maruah diri.
Perempuan
sememangnya dilahirkan berhati lembut. Namun sebagai 'respons' terhadap apa
yang ada di sekelilingnya, terpaksa mengeraskan hati sehinggakan orang
merasakan dia seorang yang keras hati, ego dsb. Jadi bantulah kami kaum
perempuan, nasihatlah kami dengan baik, jangan 'test' limit kami, kerana
mungkin saja kami akan gagal. Moga kita sentiasa dipelihara Allah dalam setiap
perkara...
Sekian
cerita kita hari ini, semoga dari sehari ke sehari kita makin dekat kepada
Allah.
amiiin.
Pengajarannya: Ikutlah jalan yang selamat, jangan menjerumuskan diri sendiri ke
dalam lembah kebinasaan. Carilah jalan yang selamat itu...
وَنَفْسُكَ إِنْ أَشْغَلَتْهَا بِالحَقِّ وَإِلاَّ اشْتَغَلَتْكَ بِالبَاطِلِ
“Jika dirimu
tidak tersibukkan dengan hal-hal yang baik (haq), pasti akan tersibukkan dengan
hal-hal yang sia-sia (batil).”
p/s:
There is no better love than love after marriage. Anything you experience
before, I'm sure nothing beats nikah.
So even if you're halfway down that road, or getting there, just remember that
Allah loves the people of taqwa.
Please
read the link attached below :-)
Sekian,
wallahua'lam, wassalamualaikum :)
bacaan
tambahan
Kita hanya manusia, dan manusia sering terlupa.
Marilah mengingatkan sesama kita, moga berjumpa di syurga~