Assalamualaikum.
Tiba-tiba rasa nak update perkembangan semasa sikit.
Sekarang sudah masuk tahun ketiga. Jika tiada aral melintang, inilah tahun terakhir di Jatinangor insyaAllah. Tahun terakhir pasti ada cabarannya tersendiri. Dan bagi batch kami yang pertama kali dengan sistem baru, tahun keempat cuma 1 semester sahaja, jadi minor thesis akan bermula semasa semester keenam (semester ini).
Jadi semester ini dan semester ketujuh bolehlah nak katakan sebagai semester paling sibuk. (sebelum KOAS pastinya) Dengan persiapan minor thesis, tambah lagi dengan KKN (Kuliah Kerja Nyata) dan diikuti dengan remedial nanti semasa cuti semester. Terus berderet semuanya. Semangat! Memang jika bila mula-mula dengar rasa seperti sangat berat...tapi insyaAllah jika orang lain boleh melakukannya mengapa tidak kita?
Manusia memang diciptakan suka mengeluh (lihat surah Al-Ma'arij), namun namanya kehidupan itu, ia suatu tempat kita belajar dan menambah kematangan diri... Mahu atau tidak, perubahan harus berlaku. Kerana perubahan adalah sesuatu yang bersifat terus-menerus. Bezanya samada perubahan itu baik atau buruk sahaja. Pasti kita mahu menjadi manusia yang lebih baik kan? Di situlah fungsinya ujian dan cabaran hidup... Untuk meningkatkan lagi nilai dalam kehidupan kita. Tak seronoklah jika kehidupan itu hanya suatu perkara yang mudah, semua benda boleh dapat dengan senang, kan?
“Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahwasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah-Ku) dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran.”
(Surah Al Baqarah : ayat 186)
Satu perkara yang jarang kita fikirkan adalah, ujian dan kesukaran itu adalah medan untuk menambah pahala. Jadi terpulanglah kepada kita samada hendak terus mengeluh dan tenggelam dalam tekanan hidup; ataupun menjadikan setiap ujian yang menimpa kita samada baik atau buruk sebagai tempat untuk kita mengharapkan pahala daripada Allah (dengan usaha kita pastinya). Jika kita mengharapkan pahala dariNya, maka kita akan beramal dan termotivasi untuk bekerja walau apapun kesusahan yang menimpa kita! Pahala kerana bersabar, dan kerana bersyukur kerana terus diberikan peluang oleh Allah untuk mendekatkan diri kepadaNya.
Orang-orang yang berjuang untuk menegakkan kalimah Allah walau dengan apa cara sekalipun, pasti akan merasa positif untuk bekerja. Sentiasa positif, ceria, jarang masam dan lemah. Mengapa? Kerana iman akan sentiasa menyelamatkan kita. Rasa lemah itu pasti akan hadir walaupun sejenak... Namun keyakinan dan kepercayaan kita kepada qada’ dan qadar Allah samada baik ataupun buruk, itulah yang mengembalikan kekuatan kita.
Yakinlah yang Allah takkan menzalimi kita... Sentiasa bersangka baik denganNya. Jika itu sudah bermasalah, pasti akan ada masalah juga dengan amal kita nanti. Jadi soal iman itulah yang perlu diluruskan terlebih dahulu.
“Aku bersama sangkaan hamba-Ku terhadap-Ku.
Dan Aku akan selalu bersama hamba-Ku jika dia mengingati-Ku.Kalau dia mengingati-Ku didalam dirinya,Aku mengingatinya dalam diriku.Apabila dia mengingatiku di khalayak ramai, Aku mengingatinya di tengah khalayak yang lebih ramai lagi (para malaikat dan seluruh makhluk).Apabila dia mendekati-Ku sejengkal, Aku akan mendekatinya (lebih dekat lagi) sehasta.Apabila dia mendekati-Ku sehasta, Aku mendekatinya sedepa.Apabila dia mendekati-Ku dengan berjalan, Aku mendekatinya dengan setengah berlari”Hadith Qudsi (hadith yang dilafazkan oleh nabi tetapi mengandungi firman Allah)Riwayat al-Bukhari
Nasihat buat aku dan kamu.
Akhir sekali... Ada ‘surat cinta’ yang dikongsi dengan saya kelmarin, begini bunyinya:
“Keindahan itu terletak pada iman di hati...
Hijrah itu memerlukan jihad, dan jihad itu memerlukan kesungguhan.
Kesungguhan itu hadir dari cinta...Sekiranya kamu cinta Allah, maka kesungguhan itu akan hadir, dan hijrah pasti akan berlaku.”
Subhanallah, jazakillah khayr kepada ibu *** yang berkongsi dengan saya kata-kata ini ~~}@
Sayang kamu kerana Allah=)
Masih ada ruang untuk kita menggapai cinta Allah. InsyaAllah, yakinlah!! :)
p/s: Nak share kata-kata daripada cik (rahsia). Sayang kalau tak dikongsi, sebab bermanfaat. Especially untuk mereka2 yang akan bertambah sibuk lagi dengan PKPMI dll. Kita hebat kot! Pasti kita boleh insyaAllah.=)
Kita hanya manusia, dan manusia sering terlupa. Marilah mengingatkan sesama kita, moga berjumpa di syurga~
Kita hanya manusia, dan manusia sering terlupa. Marilah mengingatkan sesama kita, moga berjumpa di syurga~
Post a Comment