Orang solehah

Orang soleh/ah = Cepat bernikah??

Salam Alayk.
Saya masih teringat perbualan dengan seorang teman sewaktu zaman persekolahan dulu.
Semasa di lab, dia bertanya ‘Bila rancang nak kahwin eh?’
Dengan selamba saya menjawab, “23”
“Waah...awalnya...!!”
“Hehe, tak nak kalah dengan mak:p Dulu mak kahwin lebih kurang time tu juga”
“Eceh... Takpela.. Biasa orang baik-baik ni memang nikah awal...hehe”
“Erkkkk???”

Lama dah berlangsung perbualan di atas. *tuanya saya*
Sekarang, dah masuk 23 dah pun. Belum bernikah lagi ^_^Y
Maknanya, belum cukup baiklah tu. Hehe. (Semuanya qada’ dan qadar Allah)

Memang pada pengamatan saya, orang-orang yang soleh dan solehah ni memang kahwin awal-awal belaka. Ada yang 19 tahun dah kahwin, dah beranak-pinak. Tapi yang penting bagi saya adalah kematangan seseorang. Sedangkan anak berumur 5 tahun pun boleh jadi lebih matang berbanding kita, apabila sejak kecil hidup dalam kesusahan.

“Habis tu, kalau kahwin lambat tu semua tak solehah ke?”
Bukan begitu. Situasi ni sama seperti kaitan antara smoking dan COPD. (Minta maaf, memang inilah perbandingan yang dapat difikirkan)
Orang yang mempunyai COPD, majoritinya adalah perokok.
Namun di antara yang merokok, tidak semuanya mendapat COPD.

*Ada pulak bandingkan dengan perokok...*

Nak dikatakan kat sini, cuma ada ‘association’ kahwin awal & soleh@solehah seseorang itu. Sebetulnya, ianya cuma perspektif manusia. Soleh/solehahnya seseorang itu mungkin cuma boleh dijangka daripada luarannya, hakikatnya hanya Allah yang Maha Mengetahui. Dan kita pasti lebih mengetahui tahap keimanan kita, tinggi atau rendah; walau apapun kata manusia.

Tak semua yang menikah awal itu soleh/solehah dan tak semua yang lambat menikah itu bukan orang yang soleh/solehah. Cuma mungkin dari segi statistik kelihatan begitu.

*Apa yang cuba disampaikan sebenarnya?*
Begini... Biasanya orang-orang yang mempunyai kesedaran agama, memang sangat menjaga dirinya, bimbang jika termasuk ke dalam lubang fitnah. Terutama sekali di akhir zaman, yang mana fitnah memang berleluasa, jadi jalan pernikahan itu diambil untuk menjaga agamanya.

*Daripada ‘couple’, lebih baik aku nikah*
Benarkah penyataan ini? 

Sebuah hadith daripada Abdullah bin Mas`ud ra. dalam Sahih Muslim menyebutkan: 
“Dari Alqamah ia berkata: Aku sedang berjalan bersama Abdullah di Mina lalu ia bertemu dengan Uthman yang segera bangkit dan mengajaknya bicara. Uthman berkata kepada Abdullah: 
Wahai Abu Abdurrahman, inginkah kamu kami kawinkan dengan seorang perempuan yang masih belia? Mungkin ia dapat mengingatkan kembali masa lalumu yang indah. 
Abdullah menjawab: Kalau kamu telah mengatakan seperti itu, maka Rasulullah saw. pun bersabda: ‘Wahai kaum pemuda! Barang siapa di antara kamu sekalian yang sudah mampu memberi nafkah, maka hendaklah ia menikah, karena sesungguhnya menikah itu lebih dapat menahan pandangan mata dan melindungi kemaluan (alat kelamin). Dan barang siapa yang belum mampu, maka hendaklah ia berpuasa, karena puasa itu dapat menjadi penawar bagi nafsu.’

Berbalik kembali kepada tajuk entry kali ini.
"Orang solehah= cepat bernikah"
Sudah cukup soleh & solehahkah kita?
Sudah bersediakah?
Atas alasan apa kalian mahu menikah? 
Untuk mengelakkan zina semata-mata?
Tidak semudah itu. Cukupkah bekalanmu? ‘Tiada apa yang mudah dalam soal ilmu!’ Imam Malik pernah berkata.
Jika erti pernikahan pun belum difahami, bagaimana pula mahu menikah? Silap-silap, menganiaya anak orang pula jadinya.
Jadi, perbaikilah diri kita sebelum memasuki alam pernikahan. Pernikahan itu adalah satu ibadah sepanjang hayat. Jangan pernah dipandang ringan.

Dan antara sikap yang sangat dibenci oleh Allah ialah mendahulukan hawa nafsu, dan bukan wahyu dalam menjalani kehidupan. Bila tiba ‘ritual-ritual’ agama yang perlu, barulah kita sibuk mencari ustaz, baru nak mencari agama.

Yang mana satu alat, yang mana satu matlamat?
Pernikahan itu hanyalah alat untuk mendapatkan matlamat kita iaitu keredhaan Rabb kita.

وَعَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رضي الله عنه عَنِ النَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم قَالَ تُنْكَحُ اَلْمَرْأَةُ لِأَرْبَعٍ لِمَالِهَا وَلِحَسَبِهَا وَلِجَمَالِهَا وَلِدِينِهَا فَاظْفَرْ بِذَاتِ اَلدِّينِ تَرِبَتْ يَدَاكَ (مُتَّفَقٌ عَلَيْهِ مَعَ بَقِيَّةِ اَلسَّبْعَةِ)
Dari Abu Hurairah Radliyallaahu ‘anhu bahwa Nabi Shallallaahu ‘alaihi wa Sallam bersabda: “Perempuan itu dinikahi karena empat hal, yaitu: harta, keturunan, kecantikan, dan agamanya. Dapatkanlah wanita yang taat beragama, engkau akan berbahagia.” (Muttafaq 'Alaih dan Lima ahli hadith lainnya)
.
Jangan keliru. Kita bernikah bukan sebab cinta kat pasangan, lepas tu akhirnya nak dapat redha Allah atas cinta kita yang agung jadi kita pun menikah. Masakan Allah diletakkan di tempat kedua... Luruskanlah ini terlebih dahulu. Letakkan Allah pada tempat pertama. Segala perkara dilakukan HANYA keranaNya, kerana mahu mengikuti sunnah Rasulullah saw.

وَعَنْهُ قَالَ كَانَ رَسُولُ اَللَّهِ صلى الله عليه وسلم يَأْمُرُ بِالْبَاءَةِ وَيَنْهَى عَنِ التَّبَتُّلِ نَهْيًا شَدِيدًا وَيَقُولُ تَزَوَّجُوا اَلْوَدُودَ اَلْوَلُودَ إِنِّي مُكَاثِرٌ بِكُمُ اَلْأَنْبِيَاءَ يَوْمَ اَلْقِيَامَةِ (رَوَاهُ أَحْمَدُ وَصَحَّحَهُ اِبْنُ حِبَّانَ)
 Anas Ibnu Malik Radliyallaahu ‘anhu berkata: Rasulullah Shallallaahu ‘alaihi wa Sallam memerintahkan kami berkeluarga dan sangat melarang kami membujang. Beliau bersabda:
“Nikahilah perempuan yang subur dan penyayang, sebab dengan jumlahmu yang banyak aku akan berbangga di hadapan para Nabi pada hari kiamat.” (Diriwayatkan oleh Ahmad. Hadits shahih menurut Ibnu Hibban.)

Tapi jika sebelum bernikah kita sudah lari daripada matlamat itu sendiri (dengan melakukan perkara yang dilarangNya) bagaimana pula mahu menuju matlamat itu?
Kita mahu menikah, tapi kita belum mampu lagi. Pada masa yang sama, kita tetap dengan 'pasangan' sementara sedang mematangkan dan mensolehahkan diri ? *.*
(Couple & pasangan pada definisi saya diertikan dengan perkara2 zahir yang sering dilakukan oleh orang2 yang dikatakan ber'couple', yang jelas dimurkaiNya)

Jadi bagi yang sudah ada taman dalam hati, renungkanlah hal ini. Suka, cinta, itu fitrah, cuma jangan pesongkan ianya sehingga menjadi fitnah.

Jika merasakan apa yang dilakukan itu salah disisiNya, mohonlah keampunanNya atas kelemahan diri, dan kekuatan untuk berubah ke arah yang lebih baik. Ke arah yang lebih menjaga deen kita. Berubahlah sedikit demi sedikit. Itu lebih baik bagi kita...

Fikirkanlah.
Apapun, pintu taubat terbuka luas buat hamba yang mencari keampunanNya. Masih ada peluang utk kita kembali meniti jalan yang lurus untuk menuju Allah.

Namun sebelum tiba ke alam itu, marilah kita menjadi soleh atau solehah terlebih dahulu.


Allah Maha Mengetahui. 



Kita hanya manusia, dan manusia sering terlupa. Marilah mengingatkan sesama kita, moga berjumpa di syurga~

6 Responses so far.

  1. as-syahir says:

    salamun alayk.
    nape kebelakangan ni ramai yg ckp pasal kahwin?
    (=_=")

  2. wsalam,

    nak suh syera nikoh cpt2 le.. :p

    sape je yg ckp psl kawin tu?
    saje je nak racun fikiran org..ngehehe

  3. syuhadah says:

    assalamualaikum..

    bile dapat berita kwn2x atau sedara-mara nak kawin,rasa cam..`waa..bestnya..da nak kawin..`
    but then,bila fkir2x balik.pernikahan adalah 1 amanah dan tanggungjawab yg besar yang harus dibawa dengan niat untk mendapt redha Allah..

    bila cincin risik mahu pn tunang telah melekat di tgn,jgn ingt pada future husband,tapi ingtlah pada tanggungjawab yg bakal dipikul..

    hehe..

  4. syuhadah:

    waalaikumussalam wbt

    tiba2 ada 'hehe..' kat hujung tu an.

    sadaqta~

  5. This comment has been removed by the author.

Reminder for the soul

“Aku hairan dengan orang yang mengetahui kematian, tapi mengapa ia masih tertawa;

Aku hairan dengan orang yang tahu bahawa dunia adalah sementara, tapi mengapa ia sangat mencintainya;

Aku hairan dengan orang yang mengetahui semua urusan telah ditakdirkan, tapi mengapa ia takut kehilangan;

Aku hairan dengan orang yang mengetahui bahwa hisab adalah suatu kepastian, tapi mengapa ia tetap mengum
pulkan harta dan menghitung-hitungnya;

Aku hairan dengan orang yang mengetahui panasnya api neraka, tapi mengapa ia tetap berbuat dosa;

Aku hairan dengan orang yang mengaku mengenal Allah, tapi mengapa ia meminta tolong kepada selain-Nya;

Aku hairan kepada orang yang mengaku mengetahui kenikmatan syurga, tapi mengapa ia merasa hidup tenang di dunia;

Dan aku hairan kepada orang yang mengetahui syaitan adalah musuhnya, tapi mengapa ia mentaatinya.”

Uthman bin Affan Radhiyallahu anhu
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Masa umpama pedang