Lilypie First Birthday tickers

Tudung labuh?


Tudung labuh. Ada apa dengan dua perkataan ini? Kisah tudung labuh ini tidaklah cukup popular untuk digembar-gemburkan di media massa. Namun ada ketikanya ia juga mampu mengundang pelbagai spekulasi malah juga mampu mencetuskan kontroversi. Tudung labuh adalah satu usaha mulia dalam mematuhi firman ALLAH yang mewajibkan setiap insan bergelar wanita yang baligh menutup aurat mereka. Melindungi mahkota yang indah dari pandangan yang bukan muhrim. Tapi apabila tudung labuh sudah dianggap sebagai satu identiti bagi ektremis islam, dan ramai yang menggunakan tudung labuh sebagai pelindung. Namun sayang, bukan untuk melindungi aurat, tapi digunakan untuk melindungi perut yang sudah buncit hasil perbuatan terlarang lagi dikutuk. Natijahnya pandangan terhadap yang bertudung labuh ini tercalar. Atas wasilah ini saya terpanggil untuk membicarakan kisah tudung labuh pada artikel kali ini. Bukan mahu menjadi srikandi membersihkan nama ‘tudung labuh’ ini yang telah tercalar. Tapi sekadar mahu berkongsi sebuah kisah tentang tudung labuh yang sempat mengambil tempat dalam hidup saya.
Sebut sahaja tudung labuh, yang tergambar adalah tudung ala-ala ustazah, dan si pemakainya pula adalah gadis yang berlatarbelakangkan sekolah agama. Malah dengan bertudung labuh ia mampu memberi gambaran bahawa si pemakainya seorang yang alim dan setiap gerak gerinya andai ada yang salah atau melampaui akan dihukum dua kali ganda. Maksud saya bila si tudung labuh yang membuat salah, impaknya akan lebih besar, rasa terkejut orang ramai akan lebih hebat. Lebih tinggi berbanding situasi di mana pelakunya bukanlah seorang yang bertudung labuh.  Jika di institusi pengajian tinggi pula, golongan yang bertudung labuh akan turut dikaitkan dengan usrah. Apabila ada yang mahu berhijrah dari bertudung biasa kepada bertudung labuh, ia akan menjadi satu perkara yang penuh dilema. Kerana pandangan orang sekeliling yang perlu dhadapi. Cuma yang benar-benar berazam sahaja mampu melakukan revolusi ini. Ataupun mereka yang memang sejak dari sekolah menengah lagi memang sudah bertudung labuh. Tapi ironinya, bagi mereka yang bertudung biasa, apabila mahu bertukar ke selendang mahupun tudung ariani, kisahnya tidak akan jadi sesukar mereka yang mahu berpindah kepada tudung labuh. Malah ramai yang akan menyokong mereka dengan memuji mereka kelihatan lebih bergaya.
Saya mengenali seseorang yang bertudung labuh. Dia bukanlah seorang yang pernah bersekolah di sekolah agama. Malah dia juga bukanlah lahir dalam persekitaran yang mendorongnya untuk bertudung labuh. Dia juga pernah melalui zaman ‘free hair’ yakni tidak memakai tudung,kemudian dia berubah kepada memakai tudung biasa. Yang adakalanya jarang sehingga menampakkan batang tengkuk. Pendek dan tidak menutup dada. Kemudian dengan hidayah ALLAH, dia berubah kepada tudung labuh. Sedikit demi sedikit dia membeli tudung labuh, merubah cara dia bertudung. Semua dia lakukan sendiri. Walaupun ibunya sendiri adakalanya memperli, dia pekakkan telinga. Dia terus tabah dalam perubahannya. Alhamdulillah sehingga detik ini, sudah hampir 3 tahun dia bertudung labuh. Dan saya berkesempatan bertanya padanya beberapa soalan.
“Kenapa kau pakai tudung labuh eh?”
“Dulu masa aku kat intensif, ade roommate aku pakai tudung labuh. Tengok dia pakai macam cantik dan sejuk mata aku tengok. Lagipun aku suka tengok orang yang bertudung labuh. Lebih-lebih lagi budak sekolah agama. Walaupun ada antaranya yang tidaklah cantik, tapi ada seri kat wajah diorang. Bersih dan diorang nampak terpelihara. Mungkin sinar iman kot.” Dia ketawa pada hujung jawapannya.
“Kalau orang yang tak pakai tudung tak cantik ke?” Saya bertanya lagi.
“Urm, ada juga yang cantik. Ramai kot. Tapi mereka sekadar cantik. Pada pandangan aku, walaupun memang diorang cantik, tapi tiada seri. And it same goes to yang bertudung tapi jarang, singkat atau kedua-duanya sekali.” Jujur dia menjawab.
“Apa pandangan kau pada pemakaian tudung labuh?”
“Susah soalan kau ni. Aku jawab mengikut baai aku eh.”
“Boleh-boleh. Tak jadi masalah. Teruskan.” Saya memberi kebenaran.
“Pada aku, dengan bertudung labuh ni. Menunjukkan kesungguhan kita dalam menutup aurat. Berusaha semampunya mematuhi  firman ALLAH untuk melabuhkan tudung menutupi dada. Dan kebanyakan tudung labuh ini adalah tidak jarang. Jadi, insyaALLAH masalah jarang takkan timbul. Kecuali tudung puth, jadi bla nak beli tudung putih kena lebih berhati-hati. Dari segi emosi pulak, dengan bertudung labuh ni aku rasa lebih dilindungi. Wanita telah diciptakan ALLAH sebagai tarikan untuk lelaki. Bila aku tengok ada yang bertudung, tapi tidak menutupi dada sehingga menampakkan apa yang sepatutnya dilindungi, aku jadi sedih. Kasihan memikirkan suami dia nanti, apa yang istimewanya kalau sekarang semua orang boleh nampak apa yang patutnya dilindungi. Dan dia juga membuka satu jalan buat syaitan sebab lelaki sangat mudah terangsang walaupun dengan perkara-perkara yang remeh.” Terluah apa yang mahu dia sampaikan.
“Jadi yang berselendang dan bertudung biasa ni tak bersungguh-sungguh ke dalam menutup aurat?” Saya cuba membuat provokasi.
“Bukan hak aku untuk menilai. Cuma kalau sudah berselendang pendek, yang jarang dan nampak tengkuk malahan telinga, di mana kesungguhannya? Padahal semua ni perlu ditutupi. Mungkin dalam fikiran mereka tertimbul satu pendirian, xpela asalkan aku bertudung. Di situlah aku nampak kurangnya kesungguhan mereka. Tapi aku taklah generalize semua yang berselendang dan bertudung biasa ni tiada kesungguhan. Mungkin ada yang baru mahu memulakan pemakaian tudung. Semoga mereka bertemu dengan cara yang betul dan ikhlas dalam bertudung. Tidak tersasar dari tujuan yang satu, iaitu menutup aurat.”
“Habis tu semua orang kena pakai tudung labuh la eh?” Saya meminta kepastian.
“Di situlah silapnya. Semua orang fikir perlu bertudung labuh. Dan bila sebut tudung labuh, timbullah segala gambaran stereotype tentang tudung labuh. Padahal bukan memakai tudung labuh yang menjadi tuntutan.” Dia cuba berkias.
“Habis tu apa?” Saya jadi kurang mengerti.
“Melabuhkan tudung itu yang penting. Bila sebut melabuhkan, pastinya tujuan adalah untuk menutupi. Jadi kain yang digunakan mestilah tidak jarang. Tak kisahlah bagi yang berselendang lilit-lilit pun, carilah selendang yang panjang dan tak jarang. Lilitlah dengan penuh kreatif agar ia labuh dan menutupi dada. Bagi yang bertudung biasa, carilah yang sesuai dengan saiz anda, janganla si tubuh besar memakai saiz yang terlalu kecil. Dan janganlah silangkan tudung tu sehingga menampakkan apa yang sepatutnya dilindungi. Itu yang penting. Melabuhkan tudung tak kira jenis tudung apa yang dipakai. Dan di sinilah kelebihan tudung labuh. Sebab antara semua, tudung labuh adalah pilihan paling bernas dan efektif.”  Dia berhenti di situ dan mengakhiri mesejnya dengan senyuman.
Efektif. Hurm satu perkataan menarik yang membuat saya berfikir. Banyak maksud yang tersirat dalam perkataan ‘efektif’ ni..

Credit to azzariyat


Kita hanya manusia, dan manusia sering terlupa. Marilah mengingatkan sesama kita, moga berjumpa di syurga~

Reminder for the soul

“Aku hairan dengan orang yang mengetahui kematian, tapi mengapa ia masih tertawa;

Aku hairan dengan orang yang tahu bahawa dunia adalah sementara, tapi mengapa ia sangat mencintainya;

Aku hairan dengan orang yang mengetahui semua urusan telah ditakdirkan, tapi mengapa ia takut kehilangan;

Aku hairan dengan orang yang mengetahui bahwa hisab adalah suatu kepastian, tapi mengapa ia tetap mengum
pulkan harta dan menghitung-hitungnya;

Aku hairan dengan orang yang mengetahui panasnya api neraka, tapi mengapa ia tetap berbuat dosa;

Aku hairan dengan orang yang mengaku mengenal Allah, tapi mengapa ia meminta tolong kepada selain-Nya;

Aku hairan kepada orang yang mengaku mengetahui kenikmatan syurga, tapi mengapa ia merasa hidup tenang di dunia;

Dan aku hairan kepada orang yang mengetahui syaitan adalah musuhnya, tapi mengapa ia mentaatinya.”

Uthman bin Affan Radhiyallahu anhu
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Masa umpama pedang