Lilypie First Birthday tickers

Kerana diriku begitu berharga~ [pelindung vs perosak]

bismillahirrahmanirrahim...




Lelaki yang bijak sentiasa berusaha menjadi pelindung kepada wanita.
Lelaki yang bijak takkan meminta dan mengharapkan sesuatu yang belum menjadi haknya.
Lelaki yang bijak sentiasa menjaga pandangan mata dan hatinya.
Lelaki yang bijak menyedari bahawa seorang perempuan itu hanya mahu dirinya dihormati.
Lelaki yang bijak hanya mahukan wanita yang terbaik pada pandangannya***

untuk menjadi suri(baca:isteri) dalam hidupnya.
Begitulah juga hati seorang wanita yang bijak.
~Namun terbaik tak bererti sempurna~



Bagaimana seorang lelaki dapat menjadi pelindung terbaik bagi wanita?
Adakah dengan 'contact' wanita itu selalu, menanyakan khabar, mengajaknya pergi makan supaya dia tahu si gadis makan mengikut masa, dengan mengucapkan kata-kata sayang?
Begitukah?






kiri: lelaki, kanan: wanita :)

Saya hendak berkongsi sebuah kisah benar[chewah], seorang sahabat, dia sering risau akan keadaan dirinya yang 'single dan available'. Risau bila dikatakan tidak mengikut trend. Risau bila huluran ikhlasnya tidak disambut oleh gadis yang dipuja. [saje je buat ayat over kan=p]

Sering merasakan dirinya LOSER kerana kononnya tak ada perempuan nak kat dia, sikit-sikit kena reject je. Geli hatiku. Sampai begitu sekali parahnya sampai boleh berfikir sebegitu. Hmmmm~

Persoalannya, adakah dengan SMS selalu, rajin menanyakan khabar, dan rajin segala dapat menjamin dia dapat menjadi pelindung aka hero yang paling hebat kepada wanita tersebut?
Silap-silap lebih menjadi perosak daripada pelindung.
*huh?? kejamnya Farhana, nape cakap camtu....isk3..sampai hati*

Bukan sengaja berkata begitu, namun cubalah fikirkan. Sekali kita mulakan langkah. pasti akan membawa kepada langkah seterusnya. One thing leads to another...

Merosakkan? Yalah.
Merosakkan dengan menambahkan saham dosa yang ditanggung oleh perempuan.
Pelindungkah?

Merosakkan dengan setiap tindakannya yang akhirnya membuatkan perempuan tersebut gila bayang padanya hingga lupakan yang mana langit dan yang mana bumi.
Pelindungkah?

Merosakkan dengan membuatkan perempuan itu merasakan setiap perbuatan yang dilakukan untuk 'mengeratkan hubungan' itu terasa enak dan indah walaupun hakikatnya masing-masing menyedari diri sedang terjerumus kepada dosa.
Pelindungkah?

Merosakkan dengan membuatkan diri anda dan diri orang yang 'disayangi', buah hati pengarang jantung berenang-renang dalam dosa tatkala anda sedar tidak mampu memberikan sesuatu yang halal kepadanya.
Pelindungkah?

Merosakkan akhirnya hanya kerana pada awalnya telah MEMULAKAN.
Pelindungkah..............?

Lelaki yang baik takkan berusaha mendekati
Meskipun dengan niat yang suci
Kerana dia sentiasa menyedari
Niat mungkin terpesong sekalipun begitu murni
Kerana dia mengakui
Makhluk bertanduk dua sentiasa 'ready'!
Ingatlah, Dia jua yang Maha Memerhati....


Jadilah pelindung kepada kaum Hawa dengan tidak memandang kami
Jadilah pelindung kepada kami dengan menambahkan ilmu dengan amalmu
Supaya nanti pabila tiba masanya, dapat kalian menjadi pemimpin keluarga yang dihormati
Jadilah pelindung kepada kami dengan menjaga sebaik-baiknya akhlakmu

Jadilah pelindung yang terbaik dengan mencontohi rasulmu!



Mahu menjadi pelindung? Mintalah pertolongan pada Allah semoga dia sentiasa melindungi...

Kerana kita hanya manusia biasa yang tidak berdaya.

Di saat anda belum mampu, cukuplah dengan meminta Dia yang melindungi dan memerhati.

Kerana kita sebagai manusia dengan pelbagai keterbatasan, takkan mampu untuk menjadi 'superhero' yang paling sempurna kerana TIADA YANG SEMPURNA MELAINKANNYA.

Jadilah lelaki pintar yang sentiasa bijak menilai...


Lelaki yang pintar sentiasa risau dirinya akan membawa fitnah kepada wanita
Lelaki yang pintar tidak akan sekali-kali gentar apabila seorang wanita bertindak tegas terhadapnya kerana dia sedar itulah wanita sejati!
Yang mempunyai harga diri, yang takut kepada Ilahi
Lelaki yang pintar takkan risau dan gusar dengan title 'single'nya kerana dia tahu dengan izinNya kelak dia akan berjabat dengan seorang wali yang bakal memberikan titik noktah kepada status tersebut!


lalala~ [tiba-tiba]


Wahai ar-rijal, bangkitlah kalian. Anda dikurniakan kelebihan berbanding kami, gunakanlah kelebihan tersebut. Janganlah ambil sifat kami. Kami insan lemah, anda yang harus kuat!
Jangan mengharapkan sesuatu yang kami tidak mampu beri..
Jadilah kalian pelindung yang sejati,
agar kita senantiasa berada dalam redha Ilahi,
sampai tiba saatnya nanti....


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


***terbaik- bagi lelaki, mungkin untuk dijadikan 'awek', 'pacar' dan segala macam gelaran yang ada, boleh sahaja disambar mana-mana perempuan. Namun untuk dijadikan isteri?? Mahu mengambil bekas orang?? Mungkin kedengarannya agak kasar, namun sebagai perempuan kita harus memikirkan realiti di sebaliknya. Itulah hakikatnya, sedarlah akan hakikat tersebut..



Akhirnya terbuat jugak post ni. Dah lama dah ada orang tanyakan n dah lama berhabuk di draft. Hmm.
Selamat berusaha menjadi lelaki sejati! hehe~


Sekadar tambahan:

~Saya kurang gemar dilabel 'anti-couple' atau apa2 sahaja gelaran...Kenapa suka memberi gelaran? Jika sesuatu itu benar di sisi al-Quran dan sunnah, saya terima. Tetapi jika tidak? Saya tolak! Sebuah pendirian. yang bersebab.. bukannya 'anti-couple' dsb. Hatta jika ada orang mengatakan dirinya tidak 'couple' sekalipun, namun tetap berkelakuan seperti orang ber'couple', adakah saya akan membiarkan dengan alasan saya hanya 'anti-couple' sahaja? Itu tidak logik bukan? Yang tidak disukai bukan nama 'couple' atau orang yang 'couple', yang tidak disukai adalah perkara-perkara yang dilakukan dalam 'gelaran' tersebut. Dan teguran diberikan kerana sayang, bukan kerana benci. Ini yang kadang-kadang kita tak nampak dan terlepas pandang...



p/s: Saya rasa semua yang membaca sudah tahu apa hukum-hukum dalam Islam, bahkan mungkin sahaja yang membaca ini mempunyai ilmu yang lebih daripada saya. Namun apalah gunanya ilmu jika tidak diamalkan. Jika ilmu tidak dibajai dengan amal, ia akan mati...


Soallah diri kita, kenapa kita masih belum mampu melaksanakan suruhanNya sedangkan kita tahu apa yang benar?


Soallah diri kita, apa guna kita mengharap syurga seandainya perintah yang disuruhNya tidak mahu dilakukan malah dipandang sipi dan diabaikan? nauzubillah~


Soallah diri kita, jika setiap muslim sudah dijanjikan syurga, yakinkah kita akan meninggalkan dunia ini dengan husnul khatimah? Yakinkah kita akan meninggalkan dunia sebagai muslim? Yakinkah kita syurga milik kita? Yakinkah?


Soallah diri kita, andaipun syurga dijanjikan kepada kita, sanggupkah kita 'mengharungi' neraka sebelum menjejak ke syurga lantaran 'hutang' kita terhadap sang pencipta yang belum langsai (read: belum bertaubat)? Sanggupkah?


Saya hendak berkongsi sebuah hadith yang termasuk dalam hadith40 iaitu hadith arbain:
Hadith ke 10:


"Sesungguhnya Allah itu baik dan hanya menerima yang baik.
Dan sesungguhnya Allah memerintahkan kepada orang-orang mukmin segala apa yang diperintahkan kepada para Rasul.
Allah berfirman, 'Wahai para Rasul, makanlah kalian dari makanan yang baik-baik, dan kerjakanlah amal soleh'(Al-Mukminun:51)
Allah juga berfirman, 'Wahai orang-orang yang beriman makanlah kalian dari makanan yang baik-baik yang kami rezekikan kepada kalian'(Al-Baqarah:172)

Lalu Rasulullah bercerita tentang seorang lelaki yang menempuh perjalanan jauh, hingga rambutnya kusut dan kotor. Ia lalu menadahkan kedua tangannya ke langit(seraya berdoa) 'Ya Rabb, ya Rabb" sedangkan makanannya haram, minumannya haram, pakaiannya haram dan ia kenyang dengan barang haram.


Maka bagaimana mungkin doanya dimakbulkan?"

-Hadith riwayat Muslim-


*Bagaimana mungkin doa kita untuk ke syurga dimakbulkan andainya Allah memalingkan pandanganNya dari kita lantaran 'haram'Nya yang kita 'halal'kan?*




Fikirkan dengan akal, renungkan dengan hati. Tolak tepi nafsu di hati yang 'mengkaburkan' hati kita daripada menilai yang baik dan buruk, kerana hati tidak pernah menipu.


Wabishah bin Ma'bad berkata: Aku mendatangi Rasulullah, dan baginda bertanya "Engkau datang untuk bertanya tentang kebajikan?"

Aku menjawab, "Ya, benar."
Baginda bersabda,


"Tanyakan pada hatimu sendiri! Kebaikan adalah sesuatu yang membuat jiwamu tenang dan hatimu tenteram, sedangkan dosa adalah sesuatu yang menimbulkan keraguan dalam jiwa dan rasa gundah dalam dada, meski telah berulang kali manusia memberi fatwa kepadamu"


-hadith diriwayatkan Imam Ahmad bin Hanbal-


p/s2: Mungkin p/s di atas tidak sesuai diletakkan sebagai p/s ^_^


p/s3: Kita yang muda kena sentiasa beringat bahawa kita merupakan harapan agama! Banyak lagi cabaran yang harus dihadapi dalam hidup, banyak lagi tanggungjawab yang menanti. Tolaklah ketepi perkara-perkara remeh yang tidak membawa manfaat pun kepada diri dan 'kawan' melainkan KEROSAKAN sahaja.


p/s4: Tiada gunanya segala apa yang diperkatakan andainya hati kita tertutup daripada kebenaran. Bersihkanlah hati kita, sesungguhnya itulah anggota yang paling berharga. Disebabkan 'kerosakan' hati itulah berlaku 'kerosakan'-'kerosakan' yang lain... Jadi rajin-rajinkanlah membersihkan hati kita ye?
(Dalam hal ni hati bukanlah bermaksud liver ye? hehe....)


p/s5: Penulis adalah perempuan.=p


p/s6: Menunggu post ini menjadi tidak relevan.....mungkinkah? Sakiiit...sakiiiiit

18 Responses so far.

  1. 5 bintang!

    post yg sgt menarik, boleh copy x?

  2. k.farhana;)
    ad buku la tahzan yg ke2 n ke3 ek??
    nk beli la nnti
    sebb kalo pnjm kene pulgkan
    (nmpk sgt selalu gune buku tue)
    hehehe

    btw,
    ap kate kalo artikel yg akk tulis nie ad part 1 n 2 ke
    rsnye lebih berkesn
    drpd artikel yg pnjg
    sekadar pandangan
    (^.^)

  3. Dr Hana says:

    imanul- salam alayk, time kasih sbb mnziarah..apa kabar rakan2 di india?

    smoga bmanfaat ye.nk copy? dipersilakan..free of charge. :)

  4. Dr Hana says:

    idsyAleeya-

    salam cik wado:)
    buku la tahdzan tu sbenarnya ada satu je kan? tapi ada publisher yang bahagikan jadi 3 buku sebab nak pendekkan kan?

    akak punya yang tebal punya tu..hehe.

    haah ek? baru perasan panjang sangat..hehe. sbenarnye xdelah panjang sangat tapi gatal tangan nak tambah.lps tu x reti dah nak pendekkan=P
    rasa x lengkap kalau tak letak mana2 dalil skali hehe^_^

    lain kali akan ku cuba sedaya upaya untuk pendekkan..hee.iAllah.
    tq wado;)

  5. sahabat2 di india sehat2 belaka. terima kasih atas concern-an.

    kami di davangere ni insyaallah exam 29 jun-30 julai ni, doakan kejayaan kami ye. after dat blk msia~!

    sahje nak gitau, rerakan kmc mangalore akan blk dlm lingkungan seminggu ni, diorg baru saja abes exam. diorg cuti until 31 julai.

    melaka manipal plak 22 ogos dgr cite baru pulang. sempat raya di msia. kami xsmpt huhu.

    mau simpan artikel ini utk kegunaan masa hadapan. akan dikreditkan ke link http://farhanaa88.blogspot.com ya! terima kasih skali lagi.

  6. Dr Hana says:

    imanul-
    insyaAllah akan didoakan kalian semua. Slamat ber'imtihan', bi taufiq wannajah fil imtihan..

    xsempat ek balik raya..sabarlah ye,skali skale beraya di perantauan, bila lagi nak merasa,ye dak?sronok jugak raya ramai2 ni *nak sedapkan hati*

    sama2,teruskan perjuangan,chaiyok2!

  7. 3rdmarch says:

    bintu yem bab ni mmg mantap..
    bg 10bintang..
    le jd saifulislam version pompuan..

    p/s5: Penulis adalah perempuan.=p apakah???

  8. Dr Hana says:

    jijol-
    "bintu yem bab ni mmg mantap.."
    apakah maksudnya "bab ni"???

    ni pandangan dr perspektif perempuan, yang lelaki silalah jadi lelaki, tak perlu nak ambik sifat2 perempuan ye...

    tak bagi bintang pn xpe..gue baca balik 10 kali pn rasa xde luar biasa mana pun, just facts kan? huhu. jauh lg dr nk jd mcm saifulislam*_* tp doakanlah ye.

    p/s:penulis adalah perempuan:
    part mana yang tak faham sgt tu? hoho

  9. my favourite post yet!
    excellently done, Farhana.
    :)

  10. fizi says:

    Salam.

    Thanks Farhana. Sangat bagus!

    Ikhlas dari sahabatmu, Si Manipal.

  11. Dr Hana says:

    azie-

    salam azie;)
    azie pn apa kurangnya...hehe.

    *winkwink* :)

  12. Dr Hana says:

    fizi aka Si Manipal-

    wsalam wbt.

    smoga bmanfaat hendaknya ya. slmt mnjadi lelaki yg bijak,baik dan pintar insyaAllah:)

  13. Anonymous says:

    "nak dapat 'bekas' orang?"
    mungkin agak kasar, tapi lelaki sejati PANTANG bekas2 ni, so perempuan jagalah diri ye?

    dan lelaki pula, "kesianla kat pompuan tu.....huhuhu"

  14. Dr Hana says:

    drrazi-
    erm..time kasih atas dialog2 tersebut..T__T

    selamat menjaga diri dan rakan2 ya semua~

  15. sumber inspirasiku..
    terima kasih.. ^^

  16. Dr Hana says:

    sama-sama hajar ^_~
    meh la chocolate sebutir dua..lala~

  17. salam ziarah.. nice2x, even agak malas nak baca.. tp i like akak punya quote ttg "sy bukan anti-couple, tp apa-apa yang menentang hukum islam.....". sOMETMES, kita tak sedar, kdg2x bukan lelaki yg melindungi kita. hakikatnya, perempuan yg selalu melindungi lelaki.. jeng2x, cuba teka kenapa.....

  18. Dr Hana says:

    perantaukasih-
    waalaikumussalam wbt:)
    time kasih sbb ziarah...

    hehe...panjang sangat ek?
    hmm...tau dah kenapa..sebab dah fitrahnya lelaki memang akan lemah dengan perempuan...sebab tu perempuan yang kena menjaga diri, bila perempuan jaga diri, die jaga sekali persekitarannya [termasuk lelaki] :)

    cuma post ni pasal laki, so focus on how men can protect women, ada jugak post before this yang focus on women aka muslimah;)

    n hakikatnya, kena ada 'kerjasama', hhehe..kalau pmpuan je dok 'melindungi' lelaki x boleh jugak kan? :)))

    thanks for the comment..jzkk..
    ziarah la lagi ya^_~

Reminder for the soul

“Aku hairan dengan orang yang mengetahui kematian, tapi mengapa ia masih tertawa;

Aku hairan dengan orang yang tahu bahawa dunia adalah sementara, tapi mengapa ia sangat mencintainya;

Aku hairan dengan orang yang mengetahui semua urusan telah ditakdirkan, tapi mengapa ia takut kehilangan;

Aku hairan dengan orang yang mengetahui bahwa hisab adalah suatu kepastian, tapi mengapa ia tetap mengum
pulkan harta dan menghitung-hitungnya;

Aku hairan dengan orang yang mengetahui panasnya api neraka, tapi mengapa ia tetap berbuat dosa;

Aku hairan dengan orang yang mengaku mengenal Allah, tapi mengapa ia meminta tolong kepada selain-Nya;

Aku hairan kepada orang yang mengaku mengetahui kenikmatan syurga, tapi mengapa ia merasa hidup tenang di dunia;

Dan aku hairan kepada orang yang mengetahui syaitan adalah musuhnya, tapi mengapa ia mentaatinya.”

Uthman bin Affan Radhiyallahu anhu
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Masa umpama pedang