once upon a time in SAMURA~



Salamullah alayk~


Hari ini saya hendak berkongsi sebuah kisah benar. Chewah. Sebuah kisah yang berlaku semasa zaman muda-muda dahulu di SAMURA (Sekarang dah tua ke?? Sekarang pun muda lagi ^_~)

Ketika tingkatan 5, ada sekumpulan pelajar dari U** dating ke sekolah untuk mengadakan program ‘khemah ibadah’ untuk pelajar tingkatan 5.

Alkisahnya, kedatangan mereka membawa macam-macam kontroversi.
Pertamanya, semasa tazkirah pertama diadakan di surau, kecohlah sekolah dengan isu yang mereka cuba bawakan. Ketika itu, ada kakak-kakak dan abang-abang yang membawa al-Quran.

Jadi perkara yang dijadikan isu adalah apabila mereka meletakkan al-Quran itu di atas lantai surau sahaja. Lalu terjadilah kekecohan sehingga ada yang mengadu kepada ustaz tentang abang-abang dan kakak-kakak yang pelik ini. Semuanya kerana mereka melakukan sesuatu yang bukan daripada kebiasaan…

Sebenarnya tindakan mereka itu untuk memberi provokasi kepada pelajar-pelajar, bahawa kemuliaan al-Quran itu bukan dengan menyimpannya di tempat-tempat yang tinggi sehingga berhabuk, disimpan di almari-almari kaca sehingga tidak ada yang berani membukanya.

Al-Quran itu sememangnya mulia, dan apa yang mulia di dalamnya adalah kalimah-kalimah yang berada di dalamnya, dan al-Quran diturunkan untuk menjadi panduan kepada kita. Jika kita tidak membacanya dan tidak menjadikan al-Quran itu sentiasa dekat dengan kita, bukannya kemuliaan al-Quran itu berkurang tetapi kitalah yang tidak mulia kerana tidak mengamalkan apa yang ada di dalamnya. Itu yang mereka cuba sampaikan.

Namun mungkin disebabkan cara penyampaian yang kurang berkesan (Mungkin nada intonasi ketua naqib U** yang terlalu keras dan tegas) dan juga kerana pelajar-pelajar sudah menjadikan itu suatu budaya sehingga sukar untuk menerima perubahan yang cuba disampaikan, menyebabkan pembaharuan yang cuba dibawa hanya dipandang enteng oleh pelajar-pelajar.
Akhirnya setelah program berakhir dan kakak-kakak dan abang-abang dari U** itu pulang, ustaz yang sememangnya sudah ditekan dan disoal bertubi-tubi oleh pelajar-pelajar yang masih tidak berpuas hati akhirnya mengatakan bahawa terpulang kepada kita cara kita dan kesanggupan kita dalam ‘menghormati’ al-Quran itu, dan tidak salah kita meletakkannya di tempat yang tinggi untuk menghormatinya.

Lalu pelajar-pelajar pun bergembiralah dengan memikirkan mereka benar dan mereka dari U** itu salah. Malangnya, apa yang cuba untuk disampaikan oleh abang-abang dan kakak-kakak itu yang semestinya berniat baik itu tidak berjaya kerana para pelajar lebih mahu mencari siapa benar dan siapa salah daripada mengambil ibrah daripada apa yang cuba disampaikan oleh mereka.


Apa yang kita boleh dapat daripada peristiwa ini?

Pertama: Komunikasi itu penting. Cara penyampaian sangat-sangat penting demi memastikan ‘point’ yang cuba disampaikan itu diterima. Dalam setiap tindakan kita harus melihat kepada situasi dan tempat. Tidak semestinya cara A yang diterima baik di tempat P dapat digunakan dan mencapai penerimaan yang sama di tempat Q. Jadi pandai-pandailah menyesuaikan tindakan kita dengan tempat dan keadaan.

Kadang-kadang kata-kata yang keras itu bagus dan sesuai, namun kebiasaannya kata-kata yang keras itu dapat mengeraskan hati yang sangat lembut, dan kata-kata yang lembut itu dapat mencairkan hati yang sekeras batu. Jadi plihlah dengan bijak dan berhikmah

Kedua: Terlalu ‘rigid’ dalam pendapat kita kadang-kadang menjadi batu penghalang kepada kita daripada menerima sesuatu ilmu yang baru. Jadi dalam menyertai majlis ilmu bukakanlah hati kita untuk ikhlas mencari kebenaran kerana kadang-kadang sikap kita sendiri yang menjadi musuh kepada diri kita sendiri.

Buanglah jauh-jauh sikap ‘aku sahaja yang betul’ (ego) kerana jika kita merasakan diri kita sahaja yang betul, lebih baik kita duduk di rumah sahaja(:p) kerana tidak mungkin dalam setiap perkara kita sahaja yang betul, sememangnya tiada manusia yang sempurna:)

Kadang-kadang, kebenaran itu samar-samar dan ada yang melindunginya (seperti contoh di atas, kata-kata yang tidak sesuai dengan tempat dan keadaan) jadi hanya orang yang mencari dan berfikir tentang apa yang disampaikan dengan rasional dan tanpa emosi sahaja dapat melihat kebenaran tersebut. Jadi, lihatlah apa isi yang cuba disampaikan, bukan siapa dan dengan cara apa ia disampaikan. Kesimpulannya, don’t judge a book by its cover. Ceceh…^_~

Ketiga: (tiada kaitan dengan cerita di atas:p) Saya sangat kagum dengan cara abang-abang dan kakak-kakak ini menjaga diri dan pergaulan masing-masing. Walaupun mereka datang bersama-sama, menjalankan program yang sama, namun ada di antara mereka (lelaki sesama perempuan) yang tidak mengenali antara satu sama lain pun.

Contohnya, pihak lelaki dan perempuan masing-masing mempunyai nombor hp pihak yang lain, namun mereka tidak mengenali pun pemilik nombor tersebut ^-^ Sangat kagum. Sebarang urusan dijalankan tanpa mengetahui dengan siapa mereka berhubung. Wah~~~~~

Keempat: (juga tiada kaitan) Masing-masing yang datang ke sekolah, merupakan pelajar yang cemerlang. Kakak yang menjadi naqibah kumpulan saya, ketika itu berada di tahun keempat, sudah berkahwin di tahun ketiga^_~ dan CGPA nya tidak lain tidak bukan 4.00!!! Sungguh hebat. Dan dalam masa yang sama, tetap berjaya menghabiskan satu juzuk al-Quran setiap hari(huu~) Sungguh jauh diri ini jika hendak dibandingkan dengan mereka~~~

Di samping itu juga mereka masih mempunyai masa untuk menyampaikan dakwah kepada pelajar-pelajar di sekolah walaupun ketika sedang bercuti. Kalau kita, dah bercuti tu mesti nak bercuti sahaja. Hendak menghabiskan masa bersama keluarga sahaja dan tak mahu dah melakukan kerja lain tanpa keperluan. Namun mereka sanggup, malah siap ‘volunteer’ lagi walaupun tidak mempunyai sebarang kepentingan langsung, semata-mata demi ‘tugas’ yang satu.


Tugas yang sedar atau tidak, menjadi tanggungjawab setiap umat Islam, namun sedikit sahaja yang melaksanakannya-_-" Pokoknya, di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Kalimah-kalimah seperti “Aku sibuk, banyak assignment”, “Penatlah”, “Datang sini nak belajar, bukan nak buat benda-benda lain” atau “Sibuklah, nak jaga anak dan isteri(ni bagi yang dah berkahwinlah kan=p), semua itu hanyalah ALASAN semata-mata, dan alasan itu lahir dari sikap malas, dan malas ini sifat siapa kawan-kawan?


Soalan yang harus ditanyakan pada hati kita. *wink*


"Tepuk dada, tanya.....?"


Moga hati kita terbuka untuk memperbaiki segala kelemahan diri
samada besar atau kecil:)



Wassalam



enough said right?:)


16 Responses so far.

  1. salam.saya sokong..menghormati pendapat org lain tu juga bleh dianggap sebagai cara merendah diri..kita sanggup tempis ego kita dan terima idea2 dari org yg lain yg mungkin lebih bagus dari kita..

    kadang2 manusia ni terutama yg berilmu tinggi hanya memandang enteng perkara sebegini sedangkan perkara ini mampu memberi impak kepada kita.sama2lah kita ingat mengingati..kerana kesempurnaan itu bukan milik kita.

  2. 5 bintang!

    moga kita sume sedar akan 'tugas' yg kita perlu pikul ini. kagum2.

  3. duha says:

    salam..

    artikel yg patut dibaca oleh sume lapisan masyarakat (cam pengomen belakang novel tu kan..haha)

    erm..betul, skang bila umat islam makin besar dan berkembang nih, kita kene tau ada pelbagai bentuk dan cara dalam beribadah (fiqih) yang mungkin berbeza dengan cara kita..namun kita takleh sesuka hati sesedap rasa nak kata derang salah n kita betul..

    islam tu tak rigid malah fleksibel..so kita takleh laa rigid kan..

    p/s:kagummmmm2 :D

  4. *F.Y* says:

    haikal- waalaikumussalam wbt
    eh betul ke haikal yg bagi komen ni? jangan marah naa..

    betul2. thanks for the input... kadang2 ilmu boleh menjadi musuh kpd kita bila kita mula fikir diri kita lebih baik n bagus dari orang lain...kena ingat balik ilmu tu milik Allah kan...huhu~

  5. *F.Y* says:

    imanul- asyik bagi bintang je, bagila benda lain pulak..petak ke, bulat ke..kwang3.

    insyaAllah,amiin..

  6. ehem3...nak kena ni..(sambil angkat kening)

  7. *F.Y* says:

    duha- waalaikumussalam wbt

    ntahnye...duha lepas ni bolehlah jadi pengkritik buku sama dengan imanul...kerja sambilan.kikiki:P

    kita nak bersatu, x nak berpecah kan? so kita elakkan menghentam cara orang yang berbeza dengan kita tanpa ilmu kan kan?iA...thanks atas tambahannya:)

    p/s: kagum jugaaaaaaakkk! ;)
    p/s2: duha kagum tang mana tu? hurmmmmm.....^-^

  8. *F.Y* says:

    haikal-
    eh cepat je haikal datang..haha..
    angkat2 kening? angkatlah.sila2. kwang3 :P

  9. fizi says:

    Salam.

    Bagus artikel ini. Sesetengah orang yang biarpun belajar agama, sentiasa menganggap "apa-apa yang dia tak tahu, tak pernah dengar, dan dipandang pelik maka ianya salah". Seolah-olah ilmu dan penghayatan mereka dalam agama sangat lengkap.

    Farhana, kau post kan lah artikel ini masuk Facebook. Biar lebih ramai kawan kita baca. Biar terbuka hati kita.

  10. *F.Y* says:

    fizi-
    waalaikumussalam wbt

    hmm..macam tula manusia kan..smoga kita terpelihara drpd sikap tu..n if ada cpt buang balik n campak jauh2! iA..

    oh yeke...insyaAllah nnt aku postkn..
    jzkk:)

  11. salam~~
    u enlighten me *wink*
    thanx a lot..
    mang kabut laa tyme tuh..
    ak pon antara y jahil~
    tp part y care dorang hubung antara satu sme lain tu mang best~~
    kagum2..
    n ske hand sock dorang~~~~~
    hi cleo.. lme x dgr kaba~

  12. sowee.. gne blog org lain..
    tuan punye diri xde blog~
    amir~best7

  13. *F.Y* says:

    amir aka amirah yusof aka memey zaidi:P-
    waalaikumussalam wbt~

    laa...amir rupenye. penat la duk pikir memey zaidi mane pulak ni..tengok location lagilah konpius...private blog pulak tuh..ehhe...

    alhamdulillah...
    part tu memang best kan? dahlah kalau ikutkan U diorang bukanlah mcm UIA ke apa, sangat bebas...tapi diorang boleh jaga sampai macam tu sekali..memang respek laa:D

    hehe...bukan amir dulu pn dah pro ke bab2 jual handsock ni...kata lujnah ekonomi kan kan kan? ;)
    amir katne ek skrg?

  14. yes2 boleh jadi pengkritik sambilan, dimulakan dgn mengkritik2 blog ni hoho.

    huyo, amir dulu lujnah ekonomi ka? tak pernah tahu den. btw, amir dan memey zaidi tu kat cni gak, jjmmc davangere india~!

  15. *F.Y* says:

    imanul-oyeke..bagusla..jaga amir elok2 ek..(tetibe je)

    aah..amir dulu lujnah ekonomi persatuan naqib n naqibah SAMURA~
    [eh yeke nama persatuan cmtu..hmmm x ingat dah. atau nama lain KERISMA? kesatuan remaja islam. yg pasti nama dia bukan badarla.huhu]

    gue lujnah kesenian.hoho.

  16. ummu durrah says:

    strAssalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh farhana

    Mai saja je dok baca entry ber'Tag' SAMURA.. alih2 baca entry ni. Teringat balik peristiwa "kontroversi" tu.

    Bila lihat balik, terasa diri bodoh sangat. Hmm..

    Sepatutnya bukannya kita nak mencari siapa betul dan siapa yg salah.. Tapi, sebenarnya yg perlu dicari adalah 'Kebenaran'.

    Thanks farhana. Mai belajar sesuatu dari entry ini :)

    Jazakillahu khairan

Reminder for the soul

“Aku hairan dengan orang yang mengetahui kematian, tapi mengapa ia masih tertawa;

Aku hairan dengan orang yang tahu bahawa dunia adalah sementara, tapi mengapa ia sangat mencintainya;

Aku hairan dengan orang yang mengetahui semua urusan telah ditakdirkan, tapi mengapa ia takut kehilangan;

Aku hairan dengan orang yang mengetahui bahwa hisab adalah suatu kepastian, tapi mengapa ia tetap mengum
pulkan harta dan menghitung-hitungnya;

Aku hairan dengan orang yang mengetahui panasnya api neraka, tapi mengapa ia tetap berbuat dosa;

Aku hairan dengan orang yang mengaku mengenal Allah, tapi mengapa ia meminta tolong kepada selain-Nya;

Aku hairan kepada orang yang mengaku mengetahui kenikmatan syurga, tapi mengapa ia merasa hidup tenang di dunia;

Dan aku hairan kepada orang yang mengetahui syaitan adalah musuhnya, tapi mengapa ia mentaatinya.”

Uthman bin Affan Radhiyallahu anhu
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Masa umpama pedang