Lilypie First Birthday tickers

Jiwa seorang sahabat~

“Eeeee…geramnya dengan dia ni!!! Suka sangat sakitkan hati orang...arghhhhhhh”

“Sakitnya hati… kenapa tak sensitif sangat dengan orang lain??? Sampai bila nak sabar???”



Begitulah antara monolog-monolog dalaman yang mengambil tempat apabila hati kita disakiti oleh orang yang bergelar ‘sahabat’. Seringkali apabila nafsu amarah merajai diri, maka hilanglah segala pertimbangan dan rasional.

Rasa marah yang lahir apabila insan yang bernama sahabat seolah-olah tidak memahami kita, padahal sudah banyak yang dilalui bersama sepanjang perkenalan kita dengan orang tersebut.

Kadang-kadang, kita sebagai manusia yang sering terlupa, sering terlepas pandang apabila mendapat khabar gembira.Kita lupa, bukan semua orang mempunyai nasib yang sama dengan kita. Kita enak bergelak ketawa tanpa memikirkan mungkin teman kita di sebelah sedang berduka, sedang menangis di dalam hati.

Kita lupa, di saat kita seronok bergurau senda dengan suara yang kuat, mungkin teman di sebelah sedang cuba tidur, cuba membaca al-Quran, cuba menelaah pelajaran.
Adakah kita berhenti sejenak untuk memikirkan mungkin teman di sebelah kurang senang dengan tindak-tanduk kita?

Yang disebut di atas merupakan antara contoh yang sering berlaku dalam kehidupan kita, samada antara pelajar Malaysia, atau mungkin juga antara pelajar Malaysia dan Indonesia. Yang paling penting ia berlaku sesama saudara seIslam kita… Betapa kita sering terlupa untuk menjaga hablumminannas…

Hubungan sesama manusia…

Komunikasi tidak mungkin berjalan dengan baik tanpa kerjasama kedua belah pihak. Apabila berlaku salah faham atau apabila hati kita terguris, salah satu pihak haruslah ‘merendahkan diri’ dengan memberikan kemaafan.

Kemaafan bukanlah bermakna kita merupakan insan yang lemah, namun sebaliknya. Insan yang pemaaf merupakan insan yang kuat, kerana mereka mampu menolak ke tepi segala perasaan negatif demi menjernihkan hubungan, demi memelihara persaudaraan…

Saya pasti, apabila keadaan masih tidak berubah, apabila sahabat kita masih menyakitkan hati kita tanpa sedar, when push comes to shove, kita mungkin berasa tewas. Tewas untuk terus memaafkan dan mahu ‘memberikan peluang’ kepada marah untuk meraja di hati. Itu merupakan peluang yang tidak harus diberikan... teruskanlah bersabar, insyaAllah ada ganjaranNya di pengakhirannya nanti:)

Sebab itulah sebagai seorang bernama manusia, berusahalah untuk mengikis sikap mementingkan diri sendiri dalam diri kita. Cubalah letakkan diri kita dalam diri sahabat kita. Adakah kita akan suka mendapat sahabat seperti kita? Adakah kita telah cuba menjadi sahabat yang terbaik,atau adakah kita hanya mengharapkan teman kita menjadi sahabat yang paling sempurna, sedangkan kita??

Jika soalan-soalan itu ditanya pada saya… jujur jawapan yang akan diberikan adalah tidak, saya bukan teman yang sempurna kerana sedar bahawa sebagai manusia biasa, tak mungkin akan terlepas daripada khilaf. Tanpa kita sedari, mungkin ada tindakan atau kata-kata kita yang mengguris perasaan orang yang kita sayangi.




“Habis tu saya nak buat macam mana kak? Rasa macam dah buat banyak dosa dengan kawan saya…sob3…:(”

“Ha…kalau camtu kenalah belajar memaafkan kesalahan orang lain…Bila kita maafkan kesalahan orang pada kita, insyaAllah orang lain pun akan maafkan kita jugak bila kita buat silap:)”

“Ek?”

“Haah. Suburkanlah sifat pemaaf dalam diri kita. Jika orang selalu melakukan kesalahan terhadap kita, mungkin tanpa kita sedari kita lebih banyak berdosa terhadap orang lain kan? Yang tu baru dosa dengan manusia, cuba kita fikir pulak, berapa banyak dosa kita pada Allah?
Cuba kira, dapat?
Sangat banyak rasanya, tapi Allah tak pernah menutup ruang taubat selagi nyawa belum sampai ke halkum betul?"

*si adik mengangguk lemah*

"Hmmm...Apalah sangat diri kita… Malu sikit dengan Allah, kita yang tak ada apa-apa ni nak meninggikan diri dengan orang, nak marah-marah, dahlah banyak buat dosa, padahal Dia yang maha Khaliq pun rileks je nak maafkan dosa hamba-hambaNya kan?”

*si adik hanya terdiam sambil termenung jauh*


“Ha..cuba renungkan hadith ni,”

“Lihatlah kepada orang yang lebih rendah dari kalian dan janganlah kalian melihat kepada orang yang lebih tinggi dari kalian, karena yang demikian itu lebih wajar agar kalian tidak menganggap rendah nikmat Allah Ta’ala yang telah dianugerahkan kepada kalian.” (Muttafaq ‘alaih)

“Waaah…akak ni hafal hadis ke? Waaaaaaaahhh”

*si adik bertanya sambil mata bersinar-sinar*

“Haha, tak adalah...tak adalah hafal mana pun... ingat sikit-sikit je…tapi rajin-rajinkanlah mencari ilmu ya? Rugi kalau tak nak ambil tahu, nanti tak kenal Nabi saw… Kalau tak kenal Nabi saw macam mana Nabi saw nak kenal kita kat akhirat nanti? Macam mana Nabi saw nak sayang?”

*si kakak menepuk-nepuk bahu si adik dengan lembut lantas meninggalkannya dengan persoalan tersebut...*




~**~**~**~**~**~**~**~**~**~**~**~**~**~**~**~**~**~









Penjelasan hadis:

“Lihatlah” maksudnya:

Lihatlah dengan penglihatan yang dengannya kalian dapat mengambil pelajaran, bukan sekedar melihat tanpa mengambil pelajaran.

”Kepada orang yang lebih rendah dari kalian” maksudnya :

Dalam perkara dunia seperti harta benda, kesenangan dunia atau bentuk fizikal, hendaknya kita melihat kepada orang yang lebih ‘rendah’ dari kita atau kurang daripada kita, supaya kita lebih bersyukur dengan segala nikmat yang kita ada.





Wallahua’lam




p/s: best tak cerita saya? kui3 ^_~

6 Responses so far.

  1. best2!

    boleh wat artikel mingguan ni. mesti best seller.

  2. assalamualaikum..
    kak farhana, mmg best!
    =)

    tapi kenapa susah sangat nk aplikasikan ye..
    kala sahabat sendiri yang dulu pernah sangat rapat menyalahkan atas sesuatu yang kita betul2 tiada kaitan, diri rasa seolah2 mahu memberontak dan membenci.dan memohon kita meminta maaf atas kesalahan yang mmg xde itu??
    aaaaaaaaaaaaaaa

    kalau ikutkan hati yang kena rasuk ntah cmna la kan..
    thx atas peringatan.bantu saya dengan kata2 anda..
    diri ini tidak layak untuk membenci.hidup cukup singkat untuk membenci.

    p/s: sory ter'emo'.xleh tahan nk luah kt sini..huhu

    p/s2: sayang kak farhana sebab pos cite ni..i'm thinking..thx! =)

  3. Dr Hana says:

    imanul-
    padanlah mcm pelik nape korang dua2 ckp best..bila baca balik baru prasan ada tanya best ke x kat hujung tu. haha.

  4. Dr Hana says:

    cactus biru-
    waalaikumussalam wbt~
    aaa best ek? nanti has bolehlah jadi pembeli novel akak yang pertama ek?? ehe..

    hmm...has, i know how you feel. akak pn pnah rasa camtu jugak... xpe, cuba explain baik2...kalau x dapat jugak let it go je...
    benda2 macamni lagi disimpan lagi sakit hati jadinya kan3?

    anggap jela kawan has tu tsilap ye? n kalau dia suh mintak maaf tu... hmm mintak maaf jelaa kan, mana tau ada salah silap kita yang x disedari:D

    btul2. life is too short..

    sayang kamu juga...dah memang ramai sayang nak buat camne...^-^
    (hihi...perasan:p)

  5. duha says:

    salam..
    banyak yg sentuh pasal sahabat dan ukhuwwah skang..
    dan saya mmg terasa..
    sebab saya mmg bukan kawan yg baik..
    rasanya mmg btul apa yg kak fna ckp tu..
    terlintas kat fikiran..

    "aduhai..dah banyak sgt wat kawan saya terasa hati..kawan dari sume lapisan masyarakat..cmne ni?"

    belajar memaafkan orang..erm..dan harapnya orang akan memaafkan kita..

    rasanya mulut ni dah banyak sgt sakitkan hati mnusia..dan kita tau walaupun dah dimaafkan,mungkin hati yg luka tu takleh nk sembuh dah..

    betapa saya telah banyak mengambil tindakan "bodoh" dan "tergesa2"..moga saja rakan2 dan Allah taala dapat memaafkan kesalahn saya '-______-

    trimas atas artikel ni :)

    doakan sy berubah jd yg lebih baik iA~

  6. Dr Hana says:

    duha-
    waalaikumussalam wbt:)

    la tahzan...kita memang takkan lepas dari dosa, cuma btaubat/tidak je yg bezakan kita kan?

    hmm...memang susah nak jaga mulut ni... n yang masuk neraka pun paling ramai sebab 2 lubang: mulut n kemaluan kan?*_*

    moga Allah ampunkan dosa kita semua n moga kita sama-sama dapat luruskan lidah, amiin...

    hmm..pasal 'bekas' di hati tu... kita serahkan pada Allah, kita ikhlaskan diri meminta maaf dan memaafkan, n leave the rest to Him:)

    baru jmpe hadith ni dalam buku la tahzan:

    “Dan sesiapa yang bersabar, maka Allah akan menjadikan dirinya penyabar, dan tiada pemberian yang (Allah) berikan kepada seseorang yang lebih baik dan lebih luas (manfaatnya) daripada kesabaran.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

    sabar doesn't come on its own, it needs constant mujahadah. jom:)

    p/s : sama-sama:)
    p/ss: amiin...moga kita sama2 berusaha menjadi lebih BAIK.
    ehehe^_~

Reminder for the soul

“Aku hairan dengan orang yang mengetahui kematian, tapi mengapa ia masih tertawa;

Aku hairan dengan orang yang tahu bahawa dunia adalah sementara, tapi mengapa ia sangat mencintainya;

Aku hairan dengan orang yang mengetahui semua urusan telah ditakdirkan, tapi mengapa ia takut kehilangan;

Aku hairan dengan orang yang mengetahui bahwa hisab adalah suatu kepastian, tapi mengapa ia tetap mengum
pulkan harta dan menghitung-hitungnya;

Aku hairan dengan orang yang mengetahui panasnya api neraka, tapi mengapa ia tetap berbuat dosa;

Aku hairan dengan orang yang mengaku mengenal Allah, tapi mengapa ia meminta tolong kepada selain-Nya;

Aku hairan kepada orang yang mengaku mengetahui kenikmatan syurga, tapi mengapa ia merasa hidup tenang di dunia;

Dan aku hairan kepada orang yang mengetahui syaitan adalah musuhnya, tapi mengapa ia mentaatinya.”

Uthman bin Affan Radhiyallahu anhu
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Masa umpama pedang