Sesiapa yg akhirat itu tujuan utamanya. Maka Allah jadikan kekayaan dalam jiwanya. Allah mudahkan segala urusannya dan dunia akan datang kepada nya dengan hina ( iaitu dalam keadaan dirinya mulia). Sesiapa yang menjadikan dunia itu tujuan utamanya. Maka Allah akan letakkan kefakiran nya antara kedua matanya. Allah ceraiberaikan urusannya. Dan dunia pula tidak datang kepadanya melainkan dengan apa yang ditakdir kan untuknya ( iaitu dalam keadaan hina) -
Hadith Riwayat At-Tirmizi
Setiap nafas kita.
Semuanya.
Untuk beribadah kepadaNya.
Tanyalah pada hatimu
Kamu lebih tahu, mana yang mendatangkan ketenangan
Atau cuma kaca yang bersinar
Hilang cahaya, pudarlah kembali
Luruskanlah tujuanmu!
Ia penentu pengakhiranmu.
Ya Allah, bimbinglah kami...
Terimalah segala amal kami...
Jauhilah kami dari api neraka...
Dan masukkanlah kami ke dalam Jannatul Firdaus
"Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidup dan matiku, HANYALAH kerana ALLAH, Tuhan Sekalian Alam."
kata Syed Qutb: “Iman yang sebenar tidak akan mantap di hati kecuali setelah hati ini bermujahadah melawan manusia kerana secara tidak langsung ia sebenarnya telah bermujahadah melawan dirinya sendiri. Mereka selama-lamanya tidak akan memahami fenomena alam ini jika masih memerap diri, duduk dalam keadaan aman dan selesa. Sebaliknya dengan iman, mereka akan dapat memahami fenomena alam ini. Mereka juga tidak akan dapat memahami dengan jelas segala realiti manusia dan realiti kehidupan ini melainkan setelah mereka melalui proses ini. Jiwanya, emosinya, fikirannya, adatnya, nalurinya dan reaksinya tidak akan dapat merasai apa yang dirasainya kecuali apabila mereka melalui pengalaman yang sukar dan perit ini”.
Kadang-kadang, bila sampai waktu stagnasi, atau pre-futur (nauzubillah),
Kita jadi keliru
Kita jadi lemah dan lesu
Kita tertanya-tanya...
Sudahkah kita tarbiyah?
Apakah yang sudah kita dapatkan di jalan ini?
Maka jawapan kepada soalan pertama;
'ya' jika dan hanya jika kita telah dan sedang melalui proses 'pembersihan diri'
Bagaimana? Dengan ujian, kesusahan, kerana itulah pembuktian sebuah keimanan...
Maka jika takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai :)
Ataupun diubah- setelah berumah di tepi pantai, bersedialah untuk dilambung ombak.
Dahulu, satu perkara yang sering menguatkan dan mematangkan diri (belum matang lagi rasanya)
Bila kita memikirkan tentang masa depan
Kita sering bercita-cita inginkan generasi yang hebat
anak yang hebat
untuk meneruskan jalan kita
Sedangkan tidak mungkin itu akan tercapai
Jika kita sendiri tidak menjadi orang yang hebat itu!
Sungguh, sebelum kita, di zaman generasi yang terbaik
di zaman mereka yang dikatakan
al-firqatun najiah
(golongan yang selamat)
telah wujud orang-orang yang hebat itu
kerana mereka menjadikan Dia sebagai sebaik-baik sandaran...
Bilakah lagi kita mahu menunggu untuk menjadi seperti mereka, jika tidak sekarang?
Mahu menjadikan pengorbanan mereka sia-sia?
Jadi pilihlah, kita mahu menjadi sekadar buih-buih di lautan ataupun menjadi sesuatu yang berharga buat agama kita...
dan setelah memilih pilihan yang kedua..
(there's no other option really)
persiapkanlah untuk melalui proses 'bersalin kulit'
sakit tahu?
buang sel-sel mati yang lama...
dan biarkan sel-sel baru tumbuh ke atas.
dan ingat,
proses ini tidak statik,
kerana sampai masanya,
sentiasa ada sel-sel mati yang menunggu untuk 'disalinkan'
dan diganti dengan baru...
Proses yang akan berterusan sehingga kita sudah tiada lagi di dunia ini...
Sudahkah kita tarbiyah.. Persis dengan satu buku yang sedang cuba dihadam.. tulisan ikhwah Indonesia..
( banyak sungguh buku yang sekadar memenuhkan ruang)
Apapun... seperti tajuk di atas... Jika tujuan kita jelas, pasti Dia akan permudahkan.
Kita nak jadi baik, Allah hantar orang baik-baik untuk bersama-sama kita
Kita nak berinfak, tiba-tiba ketemu orang yang memerlukan
dan banyak lagi...
Allah itu tidak kejam koq
malah sentiasa merindui suara hambaNya yang mahu meminta kepadaNya.
Minta dan mintalah kepadaNya..
Moga Dia permudahkan jalan kita untuk ke jannatul Firdaus~!
Namun terkadang masih banyak yang Dia sudah beri, namun kita persiakan...
Hitunglah kembali dan koreksi diri , insyaAllah..
Moga bermanfaat buat diri sendiri dan siapa yang membaca.
p/s: Moga Allah permudahkan segalanya. doakan!
p/s2: Selamat ulangtahun kepada 2 orang yang dekat.
p/s2: Selamat ulangtahun kepada 2 orang yang dekat.
Kita hanya manusia, dan manusia sering terlupa. Marilah mengingatkan sesama kita, moga berjumpa di syurga~
Post a Comment