Saya terbaca kata-kata ini
Hasan al-Basri rahimahullah berkata,
“Seorang mukmin memadukan antara ihsan(amalan yang baik) dan rasa takut(kalau amalnya tidak diterima). Adapun seorang munafik memadukan antara perbuatan jelek dan perasaan aman dari adzab Allah.”
Mungkin di saat kita 'bersangka baik' dengan amalan kita
sebenarnya Allah murka terhadap kita
takutnya...
kita disuruh melakukan kebaikan, kemudian lupakan
bukan syok sendiri
bimbang nanti cuma mimpi di siang hari
takut dan harap itu...
harus sentiasa dipegang erat-erat
nabi sallallahu alaihi wasallam mengajarkan doa ini kepada kita:
"Ya Allah, aku berlindung dengan Engkau daripada ilmu yang tidak memberi manfaat, daripada hati yang tidak khusyuk, daripada amalan yang tidak diangkat (tidak diterima) dan daripada doa yang tidak didengar (tidak dimakbulkan)."
(Hadis riwayat Ahmad).
dan seorang sahabat yang agung, Abu Darda' pernah berkata:
“Yang aku takuti di hari kiamat adalah ketika dikatakan kepadaku, ‘Apakah engkau mengetahui atau tidak? Aku menjawab, ‘Aku mengetahui’.Maka tidak ada satupun ayat dari Kitabullah yang memerintahkan atau melarang melainkan mendatangiku menanyakan perintah dan larangannya. Ayat yang memerintahkan bertanya apakah engkau kerjakan? Dan ayat yang melarang bertanya apakah engkau tinggalkan? Maka Aku berlindung kepada Allah dari ilmu yang tidak bermanfaat, dari hati yang tidak khusyuk, dari nafsu yang tidak puas, dan dari doa yang tidak didengar”.(Hadis Riwayat Al Baihaqy, Ad Darimy dan Ibnu Abdil Barr dari beberapa jalan dari Abu Darda’).
Hmm...
tak tahu nak cakap apa...
tak tahu nak cakap apa...
Kita sangat-sangat memerlukan Allah...
sentiasa..
takut
moga Allah rezekikan kita ilmu yang bermanfaat, hati yang khusyuk, nafsu yang bersyukur dengan apa yang direzekikanNya dan doa yang dikabulkan...
betapa mudahnya manusia mahu berdoa
namun tidak mahu bersungguh-sungguh melakukan
dah tak mampu nak cakap apa-apa lagi
semoga dipermudahkan!
jalan untuk menjadi hamba yang lebih baik
betapa mudahnya manusia mahu berdoa
namun tidak mahu bersungguh-sungguh melakukan
dah tak mampu nak cakap apa-apa lagi
semoga dipermudahkan!
jalan untuk menjadi hamba yang lebih baik
~Kita hanya manusia, dan manusia sering terlupa. Marilah mengingatkan sesama kita, moga berjumpa di syurga~
Post a Comment