Emosi adalah satu ujian yang sangat besar bagi seorang
perempuan.
Dan menurut pandanganku, kegagalan mengawal emosilah
penyebab wanita dikatakan oleh Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam, adalah
antara majoriti daripada golongan-golongan yang memenuhi neraka. Menjadikan
hawa nafsu sebagai Tuhan dan menjauhi kalam Ilahi.
Mungkinkah aku termasuk di kalangan wanita yang bernasib
malang itu? Ya Allah jauhkanlah!
Ya, bagi aku sendiri, beban emosi terkadang terasa tak
tertanggung. Menundukkan diri kita itu satu mujahadah yang sangat hebat! Kerana
kita mempunyai emosi yang mudah mengganggu kekhusyukan hati kita.
Sebagai akhwat, kadang kita menjadikan alasan suatu tempoh
kita tidak suci itu untuk malas beribadah. Ianya dikatakan alasan, kerana tiada
hujah untuk itu... Kita mempunyai 1001 cara untuk beribadah kepadanya. Ya,
mungkin ibadah khusus seperti solat dan puasa tidak dapat kita kerjakan. Namun
seluruh kehidupan kita, bahkan setiap nafas yang kita ambil, bukankah ada nilai
ibadah jika benar pada caranya?
Pohonlah pertolongan Allah dengan sabar dan
solat. Kita cuma tidak mampu solat. Pertolongan Allah itu akan hadir andai kita
berusaha bersabar... Inilah saat iman kita diuji, ada kekangan untuk beribadah
kepadaNya. Bagaimana kita mengaplikasikan sabar dalam keadaan ini?
Sabar itu bukankah juga ada tahapannya. Sabar melaksanakan
segala suruhan Allah, sabar meninggalkan segala laranganNya. Kita diharamkan
untuk solat, bukankah ada nilai pahalanya jika kita meninggalkan apa yang Allah
larang bagi kita? Betapa besar sekali pahala sabar, ya, ia juga satu ibadah!
Jika kita benar-benar redha dengan apa yang diberikannya kepada kita. Kemudian,
kita menjadi semakin bersyukur atas apa yang diberikannya. Natijahnya, Allah
akan menambah lagi nikmatNya kepada kita! Menarik bukan? ^_^
Bukan mudah untuk bersabar di saat kita haidh, kerana apa
yang disebutkan di atas. Bebanan emosi yang mampu menggugat proses sabar kita.
Sukar sekali.
Apabila akal kita mengatakan suatu perkara, dan
nafsu(termasuk emosi) mengatakan sebaliknya. Siapa yang akan menang? Atas dasar
apa?
Kerana itu, satu perkara yang aku pegang, perempuan sebagai
hamba Allah yang Maha Adil dan Bijaksana, harus berlapang dada dengan poligami.
Kenapa? Kerana ia termasuk dalam perkara yang disyariatkan! Ia adalah perkara
halal. Ia dilakukan oleh baginda sallallahu alaihi wasallam. Ia sunnah. Ia
bukan wajib, namun boleh menjadi ubat. Jadi cubalah soal diri kita, kenapa
perempuan terkadang terlalu keras dalam menolaknya? Kenapa?
Dan di akhir zaman ini, di saat perempuan ramai melebihi
lelaki, pada pandanganku, ya, ianya boleh menjadi ubat yang sangat manis.
Contohnya ada banyak yang dapat dilihat.
Kadang-kadang, wanita memberikan jawapan, kerana aku tidak
mahu ke neraka. Tidak mahu menanggung dosa hidup dalam murka Allah jika tidak
dapat mengawal diri, mendurhakai suami yang poligami.
Mungkin jawapan itu dapat kutanggap sebagai separa tepat.
Yang pertama sekali, masalah yang disebut adalah masalah
redha bukan? Dan jika sedari awal kita redha dengan wujudnya hukum poligami
dalam Islam, maka perjalanan seterusnya akan lebih mudah. Mudah dalam erti
kata, kita mempunyai pemahaman bahawa ia bukanlah sesuatu yang salah. Maka,
sesukar mana pun, kita akan cuba mencari justifikasi untuk lebih menerima, dan
bukan menolak.
Kedua, pandanganku (daripada bacaan&pengamatan) , wanita
sering merasakan bahawa suami itu adalah hak kita. Kepunyaan kita. Milik kita.
Sedangkan, segala sesuatu itu adalah pinjaman dari Allah kepada kita. Dan jika
kita beriman dengan perkara itu, maka kedepan juga akan lebih mudah. Kita akan
mendidik diri kita untuk menjadi lebih bersabar, bersyukur atas apa yang
dikurniakanNya. Kerana kita cenderung untuk mensyukuri perkara yang sukar kita
dapatkan. Sebagai contoh, sesuatu barang yang kita beli setelah mengumpul duit
berbulan-bulan, pasti kita akan lebih menjaga barang tersebut, bukan?
Menghargainya.
Begitulah juga dalam konsep poligami jika difikirkan dan
dicermati dengan hati yang sentiasa ikhlas dan tunduk kepada Allah. Apabila
kita bersyukur, Allah menambah laaagi banyak nikmat-nikmat yang kita ada.
Bukankah itu sangat sweet?
Sejujurnya, wanita pasti tidak mahu meminta untuk diuji
dengan ujian poligami. Dan sering sekali, ianya tidak berlaku. Namun bukankah
Allah menguji kita atas perkara yang kita mampu untuk hadapi? Lantas, mengapa
dikau mahu bersedih dan risau, jika Allah pasti sentiasa merancang yang terbaik
buat kita? Allah Maha Pengasih atas segalaaaa hamba-hambaNya. Yakinlah. Tiada apa yang perlu dirisaukan, andai Allah sandaran kita. J
Bahkan sesiapa yang menyerahkan dirinya kepada Allah (mematuhi perintahNya) sedang dia pula berusaha supaya baik amalannya, maka dia akan beroleh pahalanya di sisi Tuhannya dan tidaklah ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) terhadap mereka dan mereka pula tidak akan berdukacita. (Al-Baqarah : 112)
Dalam ayat ini, Allah memberikan jaminan bahawa kita akan beroleh keamanan dari hal buruk yang kita takuti. Kita tidak akan takut menghadapi masa yang akan menjelang, dan kita tidak akan merasa sedih dengan segala hal yang kita tinggalkan di masa yang telah lalu....
Betapa indahnya hidup ini! ^__^
Sedikit tambahan...
Berbalik kepada point di atas, dan contoh yang diberikan, nafsu yang dipengaruhi emosi sering menyebabkan kita menjadi seorang pendosa. Menjadi orang yang sering melihat apa yang dia tidak ada, melebihi apa yang dia ada. Sedangkan kehidupan kita, tidaklah berputar di sekeliling kita sebagai paksinya.
Mungkin ianya satu kekurangan, namun hakikatnya ia adalah kelebihan yang besar jika digunakan sebaiknya. Seorang wanita itu mampu menggoncang dunia~! Dan yakinlah ini kelebihan yang Allah kurniakan buat kita.
Semoga kita menjadi wanita yang sentiasa berada di bawah naungan Al-Quran dan Sunnah, sentiasa di landasan yang selamat. Al-firqatun Najiah. Jalan hidup orang-orang yang selamat~ Ameen... insyaAllah!
Akhir sekali, nak kongsi sebuah pembakar semangat buat insan-insan yang gigih berjuang di jalan Allah.
"Sesungguhnya agama Allah akan dibantu - dengan adanya kita atau tidak - jadi kenapa kita tidak mahu menjadi sebab datangnya bantuan? Dan sesungguhnya kebenaran akan tertegak - atas tangan kita atau selainnya- maka kenapa kita tidak mahu menegakkan panji-panjinya? Dan sesungguhnya kebatilan akan hancur dengan izin Allah - dengan usaha kita atau orang lain- jadi mengapa kita tidak mahu menjadi orang yang pertama menghancurkannya?!"
-Dr Solah Abd Fatah al-Khalidi, Haqaiq Quraniyyah Haula al-Qadiyyah al-Falastiniyyah, m/s 26, Filastin al-Muslimah
Sekian
(hana_ninja)
Kita hanya manusia, dan manusia sering terlupa. Marilah mengingatkan sesama kita, moga berjumpa di syurga~
Post a Comment