Lilypie First Birthday tickers

Jiwa seorang sahabat~

“Eeeee…geramnya dengan dia ni!!! Suka sangat sakitkan hati orang...arghhhhhhh”

“Sakitnya hati… kenapa tak sensitif sangat dengan orang lain??? Sampai bila nak sabar???”



Begitulah antara monolog-monolog dalaman yang mengambil tempat apabila hati kita disakiti oleh orang yang bergelar ‘sahabat’. Seringkali apabila nafsu amarah merajai diri, maka hilanglah segala pertimbangan dan rasional.

Rasa marah yang lahir apabila insan yang bernama sahabat seolah-olah tidak memahami kita, padahal sudah banyak yang dilalui bersama sepanjang perkenalan kita dengan orang tersebut.

Kadang-kadang, kita sebagai manusia yang sering terlupa, sering terlepas pandang apabila mendapat khabar gembira.Kita lupa, bukan semua orang mempunyai nasib yang sama dengan kita. Kita enak bergelak ketawa tanpa memikirkan mungkin teman kita di sebelah sedang berduka, sedang menangis di dalam hati.

Kita lupa, di saat kita seronok bergurau senda dengan suara yang kuat, mungkin teman di sebelah sedang cuba tidur, cuba membaca al-Quran, cuba menelaah pelajaran.
Adakah kita berhenti sejenak untuk memikirkan mungkin teman di sebelah kurang senang dengan tindak-tanduk kita?

Yang disebut di atas merupakan antara contoh yang sering berlaku dalam kehidupan kita, samada antara pelajar Malaysia, atau mungkin juga antara pelajar Malaysia dan Indonesia. Yang paling penting ia berlaku sesama saudara seIslam kita… Betapa kita sering terlupa untuk menjaga hablumminannas…

Hubungan sesama manusia…

Komunikasi tidak mungkin berjalan dengan baik tanpa kerjasama kedua belah pihak. Apabila berlaku salah faham atau apabila hati kita terguris, salah satu pihak haruslah ‘merendahkan diri’ dengan memberikan kemaafan.

Kemaafan bukanlah bermakna kita merupakan insan yang lemah, namun sebaliknya. Insan yang pemaaf merupakan insan yang kuat, kerana mereka mampu menolak ke tepi segala perasaan negatif demi menjernihkan hubungan, demi memelihara persaudaraan…

Saya pasti, apabila keadaan masih tidak berubah, apabila sahabat kita masih menyakitkan hati kita tanpa sedar, when push comes to shove, kita mungkin berasa tewas. Tewas untuk terus memaafkan dan mahu ‘memberikan peluang’ kepada marah untuk meraja di hati. Itu merupakan peluang yang tidak harus diberikan... teruskanlah bersabar, insyaAllah ada ganjaranNya di pengakhirannya nanti:)

Sebab itulah sebagai seorang bernama manusia, berusahalah untuk mengikis sikap mementingkan diri sendiri dalam diri kita. Cubalah letakkan diri kita dalam diri sahabat kita. Adakah kita akan suka mendapat sahabat seperti kita? Adakah kita telah cuba menjadi sahabat yang terbaik,atau adakah kita hanya mengharapkan teman kita menjadi sahabat yang paling sempurna, sedangkan kita??

Jika soalan-soalan itu ditanya pada saya… jujur jawapan yang akan diberikan adalah tidak, saya bukan teman yang sempurna kerana sedar bahawa sebagai manusia biasa, tak mungkin akan terlepas daripada khilaf. Tanpa kita sedari, mungkin ada tindakan atau kata-kata kita yang mengguris perasaan orang yang kita sayangi.




“Habis tu saya nak buat macam mana kak? Rasa macam dah buat banyak dosa dengan kawan saya…sob3…:(”

“Ha…kalau camtu kenalah belajar memaafkan kesalahan orang lain…Bila kita maafkan kesalahan orang pada kita, insyaAllah orang lain pun akan maafkan kita jugak bila kita buat silap:)”

“Ek?”

“Haah. Suburkanlah sifat pemaaf dalam diri kita. Jika orang selalu melakukan kesalahan terhadap kita, mungkin tanpa kita sedari kita lebih banyak berdosa terhadap orang lain kan? Yang tu baru dosa dengan manusia, cuba kita fikir pulak, berapa banyak dosa kita pada Allah?
Cuba kira, dapat?
Sangat banyak rasanya, tapi Allah tak pernah menutup ruang taubat selagi nyawa belum sampai ke halkum betul?"

*si adik mengangguk lemah*

"Hmmm...Apalah sangat diri kita… Malu sikit dengan Allah, kita yang tak ada apa-apa ni nak meninggikan diri dengan orang, nak marah-marah, dahlah banyak buat dosa, padahal Dia yang maha Khaliq pun rileks je nak maafkan dosa hamba-hambaNya kan?”

*si adik hanya terdiam sambil termenung jauh*


“Ha..cuba renungkan hadith ni,”

“Lihatlah kepada orang yang lebih rendah dari kalian dan janganlah kalian melihat kepada orang yang lebih tinggi dari kalian, karena yang demikian itu lebih wajar agar kalian tidak menganggap rendah nikmat Allah Ta’ala yang telah dianugerahkan kepada kalian.” (Muttafaq ‘alaih)

“Waaah…akak ni hafal hadis ke? Waaaaaaaahhh”

*si adik bertanya sambil mata bersinar-sinar*

“Haha, tak adalah...tak adalah hafal mana pun... ingat sikit-sikit je…tapi rajin-rajinkanlah mencari ilmu ya? Rugi kalau tak nak ambil tahu, nanti tak kenal Nabi saw… Kalau tak kenal Nabi saw macam mana Nabi saw nak kenal kita kat akhirat nanti? Macam mana Nabi saw nak sayang?”

*si kakak menepuk-nepuk bahu si adik dengan lembut lantas meninggalkannya dengan persoalan tersebut...*




~**~**~**~**~**~**~**~**~**~**~**~**~**~**~**~**~**~









Penjelasan hadis:

“Lihatlah” maksudnya:

Lihatlah dengan penglihatan yang dengannya kalian dapat mengambil pelajaran, bukan sekedar melihat tanpa mengambil pelajaran.

”Kepada orang yang lebih rendah dari kalian” maksudnya :

Dalam perkara dunia seperti harta benda, kesenangan dunia atau bentuk fizikal, hendaknya kita melihat kepada orang yang lebih ‘rendah’ dari kita atau kurang daripada kita, supaya kita lebih bersyukur dengan segala nikmat yang kita ada.





Wallahua’lam




p/s: best tak cerita saya? kui3 ^_~

Are we up for it?

Salam `alayk~

Today I got a tag from
miss Duha

Just a simple tag.

Here's how the tag goes:

~*~*~*~*~*~*~*~*~*~

Peraturannya:



1) Copy gambar amal Islam di bawah. Copy satu post ni pun tak apa. Mudah dan menjimatkan masa.

2) Kemudian pilih 10 orang sahabat anda dan wajibkan mereka melakukan perkara yang sama. Ingat! 10 orang tau? Lebih, lagi bagus. Terlebih? Jangan melampau sudah^_~


So this tag goes to:

*anum

*faiqah

*arisa aihara

*xuerytha aka kak zu

*nurunnawal aka akak

*muna

*aimie

*nadirah

*hafizi si manipal

*imanul hassan

*jijol

*haikal aka anak mak

*sapa2 nak tag diri sendiri silakan, xtau dah nak tag sape-_-"


~amal Islam 100%~
*perjalanan itu memang memenatkan*

are we up for it?

once upon a time in SAMURA~



Salamullah alayk~


Hari ini saya hendak berkongsi sebuah kisah benar. Chewah. Sebuah kisah yang berlaku semasa zaman muda-muda dahulu di SAMURA (Sekarang dah tua ke?? Sekarang pun muda lagi ^_~)

Ketika tingkatan 5, ada sekumpulan pelajar dari U** dating ke sekolah untuk mengadakan program ‘khemah ibadah’ untuk pelajar tingkatan 5.

Alkisahnya, kedatangan mereka membawa macam-macam kontroversi.
Pertamanya, semasa tazkirah pertama diadakan di surau, kecohlah sekolah dengan isu yang mereka cuba bawakan. Ketika itu, ada kakak-kakak dan abang-abang yang membawa al-Quran.

Jadi perkara yang dijadikan isu adalah apabila mereka meletakkan al-Quran itu di atas lantai surau sahaja. Lalu terjadilah kekecohan sehingga ada yang mengadu kepada ustaz tentang abang-abang dan kakak-kakak yang pelik ini. Semuanya kerana mereka melakukan sesuatu yang bukan daripada kebiasaan…

Sebenarnya tindakan mereka itu untuk memberi provokasi kepada pelajar-pelajar, bahawa kemuliaan al-Quran itu bukan dengan menyimpannya di tempat-tempat yang tinggi sehingga berhabuk, disimpan di almari-almari kaca sehingga tidak ada yang berani membukanya.

Al-Quran itu sememangnya mulia, dan apa yang mulia di dalamnya adalah kalimah-kalimah yang berada di dalamnya, dan al-Quran diturunkan untuk menjadi panduan kepada kita. Jika kita tidak membacanya dan tidak menjadikan al-Quran itu sentiasa dekat dengan kita, bukannya kemuliaan al-Quran itu berkurang tetapi kitalah yang tidak mulia kerana tidak mengamalkan apa yang ada di dalamnya. Itu yang mereka cuba sampaikan.

Namun mungkin disebabkan cara penyampaian yang kurang berkesan (Mungkin nada intonasi ketua naqib U** yang terlalu keras dan tegas) dan juga kerana pelajar-pelajar sudah menjadikan itu suatu budaya sehingga sukar untuk menerima perubahan yang cuba disampaikan, menyebabkan pembaharuan yang cuba dibawa hanya dipandang enteng oleh pelajar-pelajar.
Akhirnya setelah program berakhir dan kakak-kakak dan abang-abang dari U** itu pulang, ustaz yang sememangnya sudah ditekan dan disoal bertubi-tubi oleh pelajar-pelajar yang masih tidak berpuas hati akhirnya mengatakan bahawa terpulang kepada kita cara kita dan kesanggupan kita dalam ‘menghormati’ al-Quran itu, dan tidak salah kita meletakkannya di tempat yang tinggi untuk menghormatinya.

Lalu pelajar-pelajar pun bergembiralah dengan memikirkan mereka benar dan mereka dari U** itu salah. Malangnya, apa yang cuba untuk disampaikan oleh abang-abang dan kakak-kakak itu yang semestinya berniat baik itu tidak berjaya kerana para pelajar lebih mahu mencari siapa benar dan siapa salah daripada mengambil ibrah daripada apa yang cuba disampaikan oleh mereka.


Apa yang kita boleh dapat daripada peristiwa ini?

Pertama: Komunikasi itu penting. Cara penyampaian sangat-sangat penting demi memastikan ‘point’ yang cuba disampaikan itu diterima. Dalam setiap tindakan kita harus melihat kepada situasi dan tempat. Tidak semestinya cara A yang diterima baik di tempat P dapat digunakan dan mencapai penerimaan yang sama di tempat Q. Jadi pandai-pandailah menyesuaikan tindakan kita dengan tempat dan keadaan.

Kadang-kadang kata-kata yang keras itu bagus dan sesuai, namun kebiasaannya kata-kata yang keras itu dapat mengeraskan hati yang sangat lembut, dan kata-kata yang lembut itu dapat mencairkan hati yang sekeras batu. Jadi plihlah dengan bijak dan berhikmah

Kedua: Terlalu ‘rigid’ dalam pendapat kita kadang-kadang menjadi batu penghalang kepada kita daripada menerima sesuatu ilmu yang baru. Jadi dalam menyertai majlis ilmu bukakanlah hati kita untuk ikhlas mencari kebenaran kerana kadang-kadang sikap kita sendiri yang menjadi musuh kepada diri kita sendiri.

Buanglah jauh-jauh sikap ‘aku sahaja yang betul’ (ego) kerana jika kita merasakan diri kita sahaja yang betul, lebih baik kita duduk di rumah sahaja(:p) kerana tidak mungkin dalam setiap perkara kita sahaja yang betul, sememangnya tiada manusia yang sempurna:)

Kadang-kadang, kebenaran itu samar-samar dan ada yang melindunginya (seperti contoh di atas, kata-kata yang tidak sesuai dengan tempat dan keadaan) jadi hanya orang yang mencari dan berfikir tentang apa yang disampaikan dengan rasional dan tanpa emosi sahaja dapat melihat kebenaran tersebut. Jadi, lihatlah apa isi yang cuba disampaikan, bukan siapa dan dengan cara apa ia disampaikan. Kesimpulannya, don’t judge a book by its cover. Ceceh…^_~

Ketiga: (tiada kaitan dengan cerita di atas:p) Saya sangat kagum dengan cara abang-abang dan kakak-kakak ini menjaga diri dan pergaulan masing-masing. Walaupun mereka datang bersama-sama, menjalankan program yang sama, namun ada di antara mereka (lelaki sesama perempuan) yang tidak mengenali antara satu sama lain pun.

Contohnya, pihak lelaki dan perempuan masing-masing mempunyai nombor hp pihak yang lain, namun mereka tidak mengenali pun pemilik nombor tersebut ^-^ Sangat kagum. Sebarang urusan dijalankan tanpa mengetahui dengan siapa mereka berhubung. Wah~~~~~

Keempat: (juga tiada kaitan) Masing-masing yang datang ke sekolah, merupakan pelajar yang cemerlang. Kakak yang menjadi naqibah kumpulan saya, ketika itu berada di tahun keempat, sudah berkahwin di tahun ketiga^_~ dan CGPA nya tidak lain tidak bukan 4.00!!! Sungguh hebat. Dan dalam masa yang sama, tetap berjaya menghabiskan satu juzuk al-Quran setiap hari(huu~) Sungguh jauh diri ini jika hendak dibandingkan dengan mereka~~~

Di samping itu juga mereka masih mempunyai masa untuk menyampaikan dakwah kepada pelajar-pelajar di sekolah walaupun ketika sedang bercuti. Kalau kita, dah bercuti tu mesti nak bercuti sahaja. Hendak menghabiskan masa bersama keluarga sahaja dan tak mahu dah melakukan kerja lain tanpa keperluan. Namun mereka sanggup, malah siap ‘volunteer’ lagi walaupun tidak mempunyai sebarang kepentingan langsung, semata-mata demi ‘tugas’ yang satu.


Tugas yang sedar atau tidak, menjadi tanggungjawab setiap umat Islam, namun sedikit sahaja yang melaksanakannya-_-" Pokoknya, di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Kalimah-kalimah seperti “Aku sibuk, banyak assignment”, “Penatlah”, “Datang sini nak belajar, bukan nak buat benda-benda lain” atau “Sibuklah, nak jaga anak dan isteri(ni bagi yang dah berkahwinlah kan=p), semua itu hanyalah ALASAN semata-mata, dan alasan itu lahir dari sikap malas, dan malas ini sifat siapa kawan-kawan?


Soalan yang harus ditanyakan pada hati kita. *wink*


"Tepuk dada, tanya.....?"


Moga hati kita terbuka untuk memperbaiki segala kelemahan diri
samada besar atau kecil:)



Wassalam



enough said right?:)


Ayah:)



Salamullah alayk~




It's been a while since I've posted anything fully in English,right? Suddenly today I have the urge to write in the language I first studied. (Sad right? But Malay was always my first language ya. Speak english at home? I wasn't raised that way :p) Anyway, it's also been quite a while I've written anything even remotely 'biographical' aite? Hurm~

Ah, today's Father's Day. A very happy father's day to my beloved father Hj Yem bin Ismail or most famously known as Pak Yem! May Allah bless you always my dear father, and may you get a son(or daughter)-in-law as soon as possible! hehehe. (but from the looks of it, chances are that he'll be getting a son-in-law first) Amiin~ ^_~


Ayah never lived a charmed life. Even when he was little, he had to live far away from his family and grew up with his uncle, Ismail, or known to me and my siblings as arwah atuk Mail and his wife arwah atuk PJ. (no her name isn't PJ but they lived in Pandamaran Jaya hence: PJ. Maimunah was her name).

Fortunately I had a chance to meet Atuk PJ when she was alive. The others? No, unfortunately. Anyway, ayah had to work hard to be where he is today. He even married late, at the age of 33 because he wanted to make sure he would be worthy of the woman of his dreams, who turned out to be my mother lah:p

Hmm. When people meet ayah for the first time I'm sure they'd say ayah looks garang. Even I was fooled once upon a time:p But please don't be fooled! It's just a facade to scare people off,hehe. My dad could actually be very cheeky n very naughty indeed(oops. pecah rahsia ayah.hehe.) But I guess he just shows that side to the family. Hm.


ayah yang garang:p


Something about ayah, he always has very high expectations for himself and his children. For example, when I was little, and I tell him that I got an A for a subject with marks around 90%, then he'd ask me "Kenapa tak dapat 100?" Hohoho... Like my sister said in her blog, it's not easy to fill my dad's shoes and sometimes it can become too much to handle. Once I tried to hide something that I knew wouldn't make him very happy, but then told him anyway. He didn't get mad even though I knew he was very disappointed. Maybe I wasn't protecting him, maybe I was protecting myself. I just didn't want to see how much I'd let him down. That hurts much more than his anger:(

Nevertheless, I'm grateful I have a father who wants me to be better than who I really am because it makes me strive to BE better and never be complacent (although sometimes that does happen*_*) Maybe that's why I don't like compliments that much...
*I'm starting to get a little tearful here......*_*



There's not much that a parent wants from their children. All they want is for us to have a good life and be successful(the definition of successful may be subjective). To give a call sometimes. To know that they're still appreciated eventhough we may have our own lives now. As their children, the least we can do to them is try to make them happy while we still can and be the best child we could be to them (anak soleh/solehah) who always prays for their happiness dunia and akhirat.


Don't let our egos get in the way because when we think about it, there's no way we can repay what they've done for us, from raising us since we were little, educating us, teaching us about life up until now. They've seen us at our worst, it's only fair that we forgive them whenever we feel hurt by their actions(which, in perspective, is only caused by our immaturity#_#)






Lets be the best child we can possibly be to our parents insyaAllah:))



p/s: tak pernah rasanya buat post pasal mama lagi ,huhu. insyaAllah lain kali.

p/p/s: Allah, Rasulullah SAW, ibu, ibu, ibu, ayah. In that order ya:)

p/p/p/s: Just read my sis' blog about ayah and then i got tearful again. Oh how words can never fully describe what's in a person's heart. Love you ayah :'S

Kerana diriku begitu berharga~ [pelindung vs perosak]

bismillahirrahmanirrahim...




Lelaki yang bijak sentiasa berusaha menjadi pelindung kepada wanita.
Lelaki yang bijak takkan meminta dan mengharapkan sesuatu yang belum menjadi haknya.
Lelaki yang bijak sentiasa menjaga pandangan mata dan hatinya.
Lelaki yang bijak menyedari bahawa seorang perempuan itu hanya mahu dirinya dihormati.
Lelaki yang bijak hanya mahukan wanita yang terbaik pada pandangannya***

untuk menjadi suri(baca:isteri) dalam hidupnya.
Begitulah juga hati seorang wanita yang bijak.
~Namun terbaik tak bererti sempurna~



Bagaimana seorang lelaki dapat menjadi pelindung terbaik bagi wanita?
Adakah dengan 'contact' wanita itu selalu, menanyakan khabar, mengajaknya pergi makan supaya dia tahu si gadis makan mengikut masa, dengan mengucapkan kata-kata sayang?
Begitukah?






kiri: lelaki, kanan: wanita :)

Saya hendak berkongsi sebuah kisah benar[chewah], seorang sahabat, dia sering risau akan keadaan dirinya yang 'single dan available'. Risau bila dikatakan tidak mengikut trend. Risau bila huluran ikhlasnya tidak disambut oleh gadis yang dipuja. [saje je buat ayat over kan=p]

Sering merasakan dirinya LOSER kerana kononnya tak ada perempuan nak kat dia, sikit-sikit kena reject je. Geli hatiku. Sampai begitu sekali parahnya sampai boleh berfikir sebegitu. Hmmmm~

Persoalannya, adakah dengan SMS selalu, rajin menanyakan khabar, dan rajin segala dapat menjamin dia dapat menjadi pelindung aka hero yang paling hebat kepada wanita tersebut?
Silap-silap lebih menjadi perosak daripada pelindung.
*huh?? kejamnya Farhana, nape cakap camtu....isk3..sampai hati*

Bukan sengaja berkata begitu, namun cubalah fikirkan. Sekali kita mulakan langkah. pasti akan membawa kepada langkah seterusnya. One thing leads to another...

Merosakkan? Yalah.
Merosakkan dengan menambahkan saham dosa yang ditanggung oleh perempuan.
Pelindungkah?

Merosakkan dengan setiap tindakannya yang akhirnya membuatkan perempuan tersebut gila bayang padanya hingga lupakan yang mana langit dan yang mana bumi.
Pelindungkah?

Merosakkan dengan membuatkan perempuan itu merasakan setiap perbuatan yang dilakukan untuk 'mengeratkan hubungan' itu terasa enak dan indah walaupun hakikatnya masing-masing menyedari diri sedang terjerumus kepada dosa.
Pelindungkah?

Merosakkan dengan membuatkan diri anda dan diri orang yang 'disayangi', buah hati pengarang jantung berenang-renang dalam dosa tatkala anda sedar tidak mampu memberikan sesuatu yang halal kepadanya.
Pelindungkah?

Merosakkan akhirnya hanya kerana pada awalnya telah MEMULAKAN.
Pelindungkah..............?

Lelaki yang baik takkan berusaha mendekati
Meskipun dengan niat yang suci
Kerana dia sentiasa menyedari
Niat mungkin terpesong sekalipun begitu murni
Kerana dia mengakui
Makhluk bertanduk dua sentiasa 'ready'!
Ingatlah, Dia jua yang Maha Memerhati....


Jadilah pelindung kepada kaum Hawa dengan tidak memandang kami
Jadilah pelindung kepada kami dengan menambahkan ilmu dengan amalmu
Supaya nanti pabila tiba masanya, dapat kalian menjadi pemimpin keluarga yang dihormati
Jadilah pelindung kepada kami dengan menjaga sebaik-baiknya akhlakmu

Jadilah pelindung yang terbaik dengan mencontohi rasulmu!



Mahu menjadi pelindung? Mintalah pertolongan pada Allah semoga dia sentiasa melindungi...

Kerana kita hanya manusia biasa yang tidak berdaya.

Di saat anda belum mampu, cukuplah dengan meminta Dia yang melindungi dan memerhati.

Kerana kita sebagai manusia dengan pelbagai keterbatasan, takkan mampu untuk menjadi 'superhero' yang paling sempurna kerana TIADA YANG SEMPURNA MELAINKANNYA.

Jadilah lelaki pintar yang sentiasa bijak menilai...


Lelaki yang pintar sentiasa risau dirinya akan membawa fitnah kepada wanita
Lelaki yang pintar tidak akan sekali-kali gentar apabila seorang wanita bertindak tegas terhadapnya kerana dia sedar itulah wanita sejati!
Yang mempunyai harga diri, yang takut kepada Ilahi
Lelaki yang pintar takkan risau dan gusar dengan title 'single'nya kerana dia tahu dengan izinNya kelak dia akan berjabat dengan seorang wali yang bakal memberikan titik noktah kepada status tersebut!


lalala~ [tiba-tiba]


Wahai ar-rijal, bangkitlah kalian. Anda dikurniakan kelebihan berbanding kami, gunakanlah kelebihan tersebut. Janganlah ambil sifat kami. Kami insan lemah, anda yang harus kuat!
Jangan mengharapkan sesuatu yang kami tidak mampu beri..
Jadilah kalian pelindung yang sejati,
agar kita senantiasa berada dalam redha Ilahi,
sampai tiba saatnya nanti....


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


***terbaik- bagi lelaki, mungkin untuk dijadikan 'awek', 'pacar' dan segala macam gelaran yang ada, boleh sahaja disambar mana-mana perempuan. Namun untuk dijadikan isteri?? Mahu mengambil bekas orang?? Mungkin kedengarannya agak kasar, namun sebagai perempuan kita harus memikirkan realiti di sebaliknya. Itulah hakikatnya, sedarlah akan hakikat tersebut..



Akhirnya terbuat jugak post ni. Dah lama dah ada orang tanyakan n dah lama berhabuk di draft. Hmm.
Selamat berusaha menjadi lelaki sejati! hehe~


Sekadar tambahan:

~Saya kurang gemar dilabel 'anti-couple' atau apa2 sahaja gelaran...Kenapa suka memberi gelaran? Jika sesuatu itu benar di sisi al-Quran dan sunnah, saya terima. Tetapi jika tidak? Saya tolak! Sebuah pendirian. yang bersebab.. bukannya 'anti-couple' dsb. Hatta jika ada orang mengatakan dirinya tidak 'couple' sekalipun, namun tetap berkelakuan seperti orang ber'couple', adakah saya akan membiarkan dengan alasan saya hanya 'anti-couple' sahaja? Itu tidak logik bukan? Yang tidak disukai bukan nama 'couple' atau orang yang 'couple', yang tidak disukai adalah perkara-perkara yang dilakukan dalam 'gelaran' tersebut. Dan teguran diberikan kerana sayang, bukan kerana benci. Ini yang kadang-kadang kita tak nampak dan terlepas pandang...



p/s: Saya rasa semua yang membaca sudah tahu apa hukum-hukum dalam Islam, bahkan mungkin sahaja yang membaca ini mempunyai ilmu yang lebih daripada saya. Namun apalah gunanya ilmu jika tidak diamalkan. Jika ilmu tidak dibajai dengan amal, ia akan mati...


Soallah diri kita, kenapa kita masih belum mampu melaksanakan suruhanNya sedangkan kita tahu apa yang benar?


Soallah diri kita, apa guna kita mengharap syurga seandainya perintah yang disuruhNya tidak mahu dilakukan malah dipandang sipi dan diabaikan? nauzubillah~


Soallah diri kita, jika setiap muslim sudah dijanjikan syurga, yakinkah kita akan meninggalkan dunia ini dengan husnul khatimah? Yakinkah kita akan meninggalkan dunia sebagai muslim? Yakinkah kita syurga milik kita? Yakinkah?


Soallah diri kita, andaipun syurga dijanjikan kepada kita, sanggupkah kita 'mengharungi' neraka sebelum menjejak ke syurga lantaran 'hutang' kita terhadap sang pencipta yang belum langsai (read: belum bertaubat)? Sanggupkah?


Saya hendak berkongsi sebuah hadith yang termasuk dalam hadith40 iaitu hadith arbain:
Hadith ke 10:


"Sesungguhnya Allah itu baik dan hanya menerima yang baik.
Dan sesungguhnya Allah memerintahkan kepada orang-orang mukmin segala apa yang diperintahkan kepada para Rasul.
Allah berfirman, 'Wahai para Rasul, makanlah kalian dari makanan yang baik-baik, dan kerjakanlah amal soleh'(Al-Mukminun:51)
Allah juga berfirman, 'Wahai orang-orang yang beriman makanlah kalian dari makanan yang baik-baik yang kami rezekikan kepada kalian'(Al-Baqarah:172)

Lalu Rasulullah bercerita tentang seorang lelaki yang menempuh perjalanan jauh, hingga rambutnya kusut dan kotor. Ia lalu menadahkan kedua tangannya ke langit(seraya berdoa) 'Ya Rabb, ya Rabb" sedangkan makanannya haram, minumannya haram, pakaiannya haram dan ia kenyang dengan barang haram.


Maka bagaimana mungkin doanya dimakbulkan?"

-Hadith riwayat Muslim-


*Bagaimana mungkin doa kita untuk ke syurga dimakbulkan andainya Allah memalingkan pandanganNya dari kita lantaran 'haram'Nya yang kita 'halal'kan?*




Fikirkan dengan akal, renungkan dengan hati. Tolak tepi nafsu di hati yang 'mengkaburkan' hati kita daripada menilai yang baik dan buruk, kerana hati tidak pernah menipu.


Wabishah bin Ma'bad berkata: Aku mendatangi Rasulullah, dan baginda bertanya "Engkau datang untuk bertanya tentang kebajikan?"

Aku menjawab, "Ya, benar."
Baginda bersabda,


"Tanyakan pada hatimu sendiri! Kebaikan adalah sesuatu yang membuat jiwamu tenang dan hatimu tenteram, sedangkan dosa adalah sesuatu yang menimbulkan keraguan dalam jiwa dan rasa gundah dalam dada, meski telah berulang kali manusia memberi fatwa kepadamu"


-hadith diriwayatkan Imam Ahmad bin Hanbal-


p/s2: Mungkin p/s di atas tidak sesuai diletakkan sebagai p/s ^_^


p/s3: Kita yang muda kena sentiasa beringat bahawa kita merupakan harapan agama! Banyak lagi cabaran yang harus dihadapi dalam hidup, banyak lagi tanggungjawab yang menanti. Tolaklah ketepi perkara-perkara remeh yang tidak membawa manfaat pun kepada diri dan 'kawan' melainkan KEROSAKAN sahaja.


p/s4: Tiada gunanya segala apa yang diperkatakan andainya hati kita tertutup daripada kebenaran. Bersihkanlah hati kita, sesungguhnya itulah anggota yang paling berharga. Disebabkan 'kerosakan' hati itulah berlaku 'kerosakan'-'kerosakan' yang lain... Jadi rajin-rajinkanlah membersihkan hati kita ye?
(Dalam hal ni hati bukanlah bermaksud liver ye? hehe....)


p/s5: Penulis adalah perempuan.=p


p/s6: Menunggu post ini menjadi tidak relevan.....mungkinkah? Sakiiit...sakiiiiit

SuperMuslimah!

Salam...

Rasanya dulu ada berjanji nak buat post tentang SuperMuslimah... Jadi insyaAllah saya akan cuba mengupas buku yang dibeli semasa Ekspo sempena Bulan Kesenian Islam BAIK yang lepas... Buku dibeli di booth IMAN bersama-sama satu lagi buku yang bernama...RAHSIA. ^-^



Sebelum memulakan apa-apa... Kita sedia tahu betapa Islam amat amat amat menjaga dan menghormati seorang insan bernama wanita. Bahkan seorang cendekiawan Perancis yang terkenal bernama Marcel Boisard sendiri mengakui bahawa 'al-Quran dan ajaran Muhammad menjaga hak-hak wanita yang tidak bisa ditakar.' Nah, non-muslim sendiri mengakui betapa kita wanita ini dijunjung tinggi oleh Islam. Ketahuilah, sekiranya kita menjatuhkan martabat kita, itu semua merupakan 100% kesalahan kita sendiri kerana Islam telah cukup cantik sekali mengatur 'langkah-langkah penjagaan' yang sudah cukup sempurna dan menyeluruh:)

Siapa yang melahirkan para mujahid Islam? Seperti Salahuddin al-Ayubi, Umar bin Abdul Aziz dan ramai lagi yang telah berjuang di jalan Allah? Wanita-wanita mukminah, yang beriman dan bertaqwa kepada Allah!

Atas kesedaran inilah, musuh-musuh Islam tidak rela melihat wanita-wanita yang hidup atas PRINSIP-PRINSIP ISLAM yang kemudiannya melahirkan mujahid-mujahid ini...

"Yakinlah,bahawa kita tidak akan menang ke atas agama itu,-Islam-, kecuali pada hari dimana kita dapat bersama wanita mereka dan para wanita itu berjalan di barisan kita"

Siapa yang mengatakan kata-kata ini? Tak lain tak bukan dalang Freemason. Tak tahu apa itu Freemason, sila google~

Malangnya ramai wanita Islam tidak menyedari hakikat ini dan dengan mudahnya terjerumus ke dalam perangkap mereka. Tidak percaya? Cuba kita tanya diri kita, sejauh mana ilmu kita tentang aurat seorang wanita muslimah? Dan sejauh mana kita mengaplikasikannya dalam kehidupan kita? Teorinya mungkin kita dapat A, namun praktikalnya mungkin masih B, C atau mungkin juga F. Mengapa begini? Mengapa kita ingkar? Mengapa kita malu untuk berbuat baik tetapi sangat selamba bila sebaliknya? Mengapa, mengapa dan mengapa... Muhasabahlah diri. Kenalilah Tuhan. Cara terbaik untuk kita mengenali diri sendiri adalah dengan mengenali dan mencari Tuhan. Carilah Dia....

*Dalam surah al-Ahzab terdapat hikmah menutup aurat...If only we spend a little more time daily to open our one and only Al-Quran*

-tukar bahasa kejap-
To make things worse, these people, the Islam haters, they're just doing their job- which is to destroy Islam! We need to question ourselves, have we done ours? Because the fact is, if we hold on to Allah and Islam, there is no way that these people will succeed. Because once we hold on to Him, He will never fail us!

Apa isi kandungan dan hikmah yang boleh kita ambil dari para sahabiyah di dalam buku ini~ ? Iaitu wanita-wanita yang paling awal sekali beriman kepada Allah dan Rasulnya?

~**~**~**~**~**~**~**~**~**~**~**~**~**~**~**~**~**~**~**~**~**~**~**~

-Hikmah dari para sahabiyah-


1.Memelihara 'malu'



Seorang wanita bernama Ummu Khalad datang menemui Nabi SAW dengan mengenakan penutup muka, ia pun bertanya tentang anaknya yang terbunuh. Beberapa sahabat bertanya, "Anda datang menanyakan putera anda tetapi anda mengenakan penutup muka?
Wanita itu menjawab, "Jika anakku terkena musibah maka tidak kubiarkan rasa maluku terkena musibah juga" Riwayat Tirmizi, dinilai Hasan Sahih.

***Kita bagaimana***


Hmm...apa yang kita boleh dapat daripada hadis ini? Menutup aurat itu dapat memelihara rasa malu seseorang... Mungkin kita suka ambil mudah perkara ini, namun Allah lebih mengetahui.

Jika kita merasakan masih kurang rasa malu kita, mungkin kita belum menutup aurat dengan sempurna lagi... "Jagalah Allah, nescaya Allah menjagamu". Jagalah Allah dengan mengikuti semua suruhanNya dan meninggalkan semua laranganNya tanpa memilih-milih. Berusahalah untuk menutup aurat dengan sempurna kerana itu dapat menjaga rasa malu kita...:) 

Aurat itu bukanlah hanya pakaian kita, namun semua perkara yang harus diteliti oleh seorang wanita termasuklah cara dia bercakap dan bergaul, pakaiannya, lenggok suaranya... 
Bukan bermaksud harus bercakap seperti robot namun cukuplah seadanya tanpa melembutkannya tanpa keperluan. Bukan bermaksud muka harus seperti askar namun memadai dengan bersederhana dan menjaga adab :)







Menghindari ikhtilat(percampuran antara lelaki dan wanita)
 

Dalam sebuah hadis ada menceritakan, setelah selesainya solat di masjid, Nabi SAW melihat lelaki dan wanita berjalan secara bercampur di jalan. Lantas nabi bersabda kepada wanita, "Kalian menepilah! Tidak selayaknya kalian berjalan di tengah jalan. Hendaknya kalian di tepian jalan," Maka pada saat itu, para wanita pun berjalan dengan 'menempel' di dinding, sampaikan seakan-akan pakaian mereka tersangkut di dinding kerana lekatnya... [HR Abu Daud]

Mencuba sedaya upaya mengelakkan ikhtilath merupakan sifat dan prinsip seorang mukminah.
Dia sentiasa menjaga dirinya, dan sentiasa berfikir sebelum melakukan sesuatu perkara demi menjaga dirinya daripada terjerumus ke dalam fitnah. Bahayanya fitnah~~~ -_-"

Petikan daripada buku ini:
"Penyelewengan perasaan cinta dan ketergelinciran yang lebih parah daripada itu, terus sahaja terjadi setiap saat pada suatu masyarakat yang di dalamnya terdapat ikhtilath."


Perkaranya mudah sahaja. Lelaki dan wanita ni dah diciptakan oleh Yang Maha Pencipta fitrahnya berbeza-beza, dan kita lazimnya akan tertarik pada perkara yang berlawanan. Senang cerita, opposites attract. Bagaikan magnetlah lebih kurang.[Adakah ini hiperbola?Rasanya tidak kan?] Jadi logiknya, lazimnya sebuah magnet, apabila makin dekat, akan makin tertarik disebabkan ada gelombang-gelombang magnetik yang menariknya kan? [bicara fiziklah pulak. Oh saya tak suka belajar fizik dulu,hihi].

Kembali kepada pointnya... Sebab itulah, Allah lebih tahu fitrah penciptaan makhluknya, kerana itu wujudnya larangan ini... One thing leads to another... Bila rasa malu sudah dirobek dari diri, bila syaitan sudah beraja di hati, segalanya terasa indah dan berseri! *-*

Seorang wartawan Amerika sendiri menyeru supaya meninggalkan ikhtilat kerana disebabkan itulah berlakunya keruntuhan moral di Amerika. Gadis bawah 20 tahun sudah bergaul bebas dengan lelaki, runtuhnya institusi keluarga, semuanya dibenarkan dan dihalalkan atas alasan modernisme dan feminisme.

[Semuanya amalan jahiliyah. Kenapa kita hendak kembali kepada amalan jahiliyah sedangkan sudah ada bukti yang nyata?]

Itu merupakan kata-kata seorang wartawan Amerika yang bukan Islam.

*****Kita yang bernama muslim ini bagaimana?*****



Namun, jangan salah faham pula ya... Islam bukan mengongkong...mengelakkan ikhtilat bukan bermaksud mengurung diri di dalam rumah dan mengelakkan diri daripada berjumpa dengan masyarakat. Seorang mukminah, setiap kali keluar tidak akan lupa membawa bersama 'izzah'nya, dengan penuh kehormatan, keluar dengan menjaga diri secukupnya dengan memelihara aurat, menjauhi fitnah dan menghindari pergaulan yang tidak perlu sesama lelaki kerana itu 'boleh mengoyakkan rasa malunya'.

"Seorang wanita harus selalu beringat bahawa dia adalah wanita, sedangkan di kalangannya ada jiwa-jiwa lelaki lemah. Dengan menjaga dirinya, nescaya dia turut menjaga orang lain. Semua itu agar tidak terjadi fitnah yang dapat dirasakan si wanita sebelum dirasakan lelaki"

Kan Islam sifatnya menjaga? Ia melarang, pasti ada sebabnya. Namun kita lebih suka berfikiran negatif. Suka memberontak. Suka membantah! Kalaulah kita tahu apa yang baik untuk kita... Kalaulah kita mencari ilmu...

Kalau, kalau dan kalau. Kalau itu sifat syaitan!
Berhentilah kita daripada bermimpi di siang hari.
Bangunlah dan carilah ilmu.
Bangkitlah dan kenalilah Tuhanmu.
Carilah! Sebelum semuanya sudah terlambat...


Dalam sebuah hadis ada menceritakan:

Wahai sekalian wanita bersedekahlah, kerana aku melihat kebanyakan ahli neraka adalah wanita," Mereka mengatakan, "Mengapa seperti itu wahai Rasulullah?" Rasulullah bersabda, "Kalian terbiasa mencela, aku tidak melihat ada orang yang kurang akal dan kurang agamanya yang mampu menghilangkan akal lelaki yang kuat melebihi kalian."
Al-Bukhari

Jadi, walaupun akal kita kurang daripada lelaki, janganlah pula kita melakukan perkara-perkara yang dapat menghilangkan akal mereka pula ya? Setiap ciptaanNya sudah tentu mempunyai kekuatan masing-masing:) Marilah kita saling bantu-membantu masing-masing untuk melakukan kebaikan..

Akal mereka lebih kuat dari kita, namun naluri kita sebagai wanita lebih kuat lebih kuat dari mereka. Jadi gunakanlah naluri itu ke arah yang sepatutnya.. 

p/s : panjang sangat ke post ni?
p/s2: ayuh berubah!
p/s3: saya sangat sayangkan sahabat2 saya, semoga Allah melindungi mereka:(
p/s4: jika anda sayangkan sahabat2 anda, sampaikanlah peringatan.
p/s5: buat lelaki, jadilah pelindung bukan perosak!
p/s6: pelindung bukan perosak? tungguuu~

p/s7: perempuan kurang akal dan kurang agamanya berbanding lelaki??? kenapa pulak?? boleh baca di sini~ Ringkasnya, hadith itu ada sambungannya: 

Para wanita shahabat bertanya, “Apa yang dimaksud dengan kekurangan agama kami dan akal kami, ya Rasulullah?”
Jawab beliau, “Bukankah kesaksian seorang wanita itu setengah kesaksian seorang laki laki’? Mereka menjawab, “Ya”.
Beliau bersabda, “Itulah kekurangan akalnya. Dan bukankah apabila haid , wanita tidak melakukan shalat dan juga tidak berpuasa?” Mereka menjawab: “Ya.”
Rasululllah bersabda, “Itulah yang dimaksud kekurangan agamanya.”


Jadi para wanita, banyakkan  bersedekah... kerana ia amal yang akan menyelamatkan kita nanti. Banyak hadith lain yang mana Nabi sallallahu 'alaihi wasallam menggalakkan dan menyuruh wanita bersedekah.
Sedekah itu pula sangat luas maksudnya...dalam hadith arba'in ada dua kali sebut tentang sedekah. Jadi banyakkanlah amalan sedekah, hatta sedekah untuk diri kita sendiri iaitu berzikir...


Selamat berubah dan beramal!

Wallahua'lam:)

Salam imtihan:))



Hari ini secara rasmi bermulalah peperiksaan akhir bagi pelajar tahun pertama jurusan Kedokteran UNPAD. Peperiksaan bermula dengan Student Oral Case Analysis(SOCA). Kami pelajar Malaysia mendapat giliran hari ketiga iaitu Rabu ini.


Buat teman-teman Indonesian yang sudah menempuh SOCA, kata mereka 'aneh-aneh' casenya, Hmmm. Fikiran yang sudah cukup celaru, bertambahlah celaru. Namun di sebalik itu, lahir ketenangan yang mendamaikan tatkala melihat keindahan ciptaan Ilahi. Semoga kita semua tidak lupa di sebalik setiap yang berlaku, Allah sentiasa bersama:)))


Buat teman-teman yang disayangi yang bakal dan sedang menduduki peperiksaan juga, doa daku sentiasa mengiringi kalian...
Moga dalam setiap nafas yang kita hembus, restu dan redha Allah sentiasa mengiringi. Salam imtihan dan selamat berjuang!





**peralihan dari malam ke siang, subhanallah** :)))












**tengok besar2 baru best:) 'ketik' untuk besarkan^-^**





“Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang berakal. (Yaitu) orang-orang yang mengingat Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata): “Ya Rabb kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari siksa neraka.”



(QS. Ali Imran: 190-191)

Reminder for the soul

“Aku hairan dengan orang yang mengetahui kematian, tapi mengapa ia masih tertawa;

Aku hairan dengan orang yang tahu bahawa dunia adalah sementara, tapi mengapa ia sangat mencintainya;

Aku hairan dengan orang yang mengetahui semua urusan telah ditakdirkan, tapi mengapa ia takut kehilangan;

Aku hairan dengan orang yang mengetahui bahwa hisab adalah suatu kepastian, tapi mengapa ia tetap mengum
pulkan harta dan menghitung-hitungnya;

Aku hairan dengan orang yang mengetahui panasnya api neraka, tapi mengapa ia tetap berbuat dosa;

Aku hairan dengan orang yang mengaku mengenal Allah, tapi mengapa ia meminta tolong kepada selain-Nya;

Aku hairan kepada orang yang mengaku mengetahui kenikmatan syurga, tapi mengapa ia merasa hidup tenang di dunia;

Dan aku hairan kepada orang yang mengetahui syaitan adalah musuhnya, tapi mengapa ia mentaatinya.”

Uthman bin Affan Radhiyallahu anhu
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Masa umpama pedang