Lilypie First Birthday tickers

Tatkala rindu menjengah.

Bismillahirrahmanirrahim...


Best tak tajuk ni?



Best kan? Huhu.



Hmmm... semenjak dua menjak ni banyak betul benda yang mengingatkan diriku pada orang-orang di Malaysia... huhu. Ada je benda. Sampai mimpi-mimpi siap. *___*
Teringat kat mama, teringat kat ayah, cikgu time sekolah dulu pn boleh teringat jugak. Isk3...
Parah betul. Tapi saya tak cengeng ya... Akak jangan buat cite! Hooho.

Sedih rasa bila dah tak boleh join keluarga bila sama-sama berkumpul. Dahla memang dah susah nak make sure 8 orang semua ada since Along keje kat Seremban, so mesti susah nak cukup korum. Nak join kenduri tahlil kat rumah Pak Man pun dah x boleh... tak dapat jumpa Ili~~~~~



Sejak dah jauh kat Bandung ni memang banyak miss la... Baru ni pun masa cuti sekolah, first time semua orang dapat kumpul n pergi bercuti sama-sama pergi Pangkor. Abang n kakak-kakak pun ramai dah kerja, so masing-masing support belanja semua. Pergi 1 hari je pun... Dapatlah masing-masing lepas tension, dah bertahun kot tak pergi mana-mana... Masa diorang post gambar kat facebook@ blog masing-masing, siap dengan caption 'the whole family', memang haru la... Tak tahu nak cakap camne*_*

Tapi takpelah kan benda dah lepas. Sekarang ni, plan seterusnya nak pergi Pekanbaru, balik kampung Ayah kat Sumatera pulak. N macam biasa, saya tak dapat ikut~~~~~~~~~~~~~~~~~





Rancangan asal: Nak lawat Ana (baca:saya lah tu:p) kat Bandung, tapi last-last x dapat, lagipun time tu (cuti sekolah;tu je masa Mama free,cikgu besar saya tu:p) tiket tengah mahaaaaal. Tambah lagi saya tengah exam so memang tak sesuai lah masanya kan...Pastu tengah offer tiket ke Pekanbaru, so Mama cadang ke sana... N lepas dah confirm baru saya dapat tahu~~~ *isk*



Oh, dugaan.













Bukan tak puas hati tak dapat join bercuti, cuma sedih bila mengenangkan sekarang dah tak ada masa nak diluangkan bersama family. Bukan selalu kan*_*



Risau memikirkan kesihatan Ayah. Masa balik bulan 2 tu pun Ayah demam. Semua pun demam time tu, (balik-balik Malaysia terus demam sebab berjangkit:p) tapi Ayahla yang paling lambat baik. Sape-sape yang ada kat rumah tu, jagalah mak ayah kita elok-elok ek. Kita tak tahu sampai bila Allah pinjamkan mereka. Hargailah masa yang kalian ada bersama mereka... Oh rasa nak nangisla pulak bila tulis ni *_* Make sure Ayah makan ubat selalu, jaga makan Ayah, jangan bagi Ayah makan nasi sangat! Ya Allah, Kau peliharalah mereka. Cukuplah Kau sebagai wakilku...Kasihanilah mereka sebagaimana mereka mengasihani kami sewaktu kecil~




Teringat juga kat cikgu-cikgu SAMURA dulu. Cikgu-cikgu yang bukan sahaja mengajarku ilmu dunia, tetapi juga seringkali memberikan mutiara kata yang sangat berharga. Guru-guru yang bukan sahaja mengajarku mencintai ilmu, tetapi juga meningatkan kami agar sentiasa ingat kepada Tuhan yang Memiliki Setiap yang di Langit dan Bumi, Allah swt. Cikgu Othman guru Biologiku (sekarang dah jadi pak aji dah=p), Cikgu Hamidah cikgu Fizikku, cikgu Kimia Cikgu Zakaria Haiyun... ramai lagi cikgu-cikgu lain, tapi merekalah yang paling diingati sebab kata-kata mereka yang masih terngiang-ngiang sampai kini...Terima kasih cikgu~






Minggu depan saya nak exam. Doakan ya~

P:s/ Janganlah kita bergantung harap kepada manusia, kerana akhirnya kita akan kecewa~ Bergantunglah pada Allah semata, jadikan hanya pada Dialah tempat kita bergantung~

6 Responses so far.

  1. Unknown says:

    Dun sdeyh2, ni kan pengorbanan yang terpaksa dilalui..

    kalao ada rezeki lebeh buleh lawat, tgkla mcam mana.bulan 8 tak lama lagi.

    "this too shall pass"

  2. Anonymous says:

    sabar ye? insyaallah ada hikmahnya. nnt dh ada family,pk leklok ek? buat ms skrg ni,ur family have done nothing wrong. jgn terasa hati dgn ibubapa ye? tak BAIK....hehe,senyuuuum!=)

  3. Dr Hana says:

    NahWal aka akak- takpela, lps korg pegi tu pn ana nak balik dah pn...

    kirimkan salam kat arwah atuk n arwah nenek ek. n sedara2 kalo jmpe...

    drrazi- insyaAllah diri ini ttp sabar...tak terasa pun dengan ibubapa, jz sedih tak dapat join mereka~ tp skrg dh ok..

    tak BAIK ek? apa motif buat caps kat baik tu ek?:p

    nnt dh ada family???gagagagagaga..
    time kasih ats nasihat;)

  4. Anonymous says:

    gelak plak die...dah bole jd mak org dh tu tak sedo ek? hikhikhik...

  5. NY says:

    oyt ape tules post camne sedeh aa
    dah la malam tadi mimpi buruk.
    ish.





    zzzzz

  6. Dr Hana says:

    drrazi- itu bukan gelak pakcik, itu merupakan tersedak sebab tercekik:p

    p/s: ye ye sedo jangan x sedo! hoho=p

    muna- biole orang nk tuleh apa pun,ngeh3.. jaga mama n ayah elok2. jgn nk majuk2 hoho. bughok bebeno...dudududu~~~~

Reminder for the soul

“Aku hairan dengan orang yang mengetahui kematian, tapi mengapa ia masih tertawa;

Aku hairan dengan orang yang tahu bahawa dunia adalah sementara, tapi mengapa ia sangat mencintainya;

Aku hairan dengan orang yang mengetahui semua urusan telah ditakdirkan, tapi mengapa ia takut kehilangan;

Aku hairan dengan orang yang mengetahui bahwa hisab adalah suatu kepastian, tapi mengapa ia tetap mengum
pulkan harta dan menghitung-hitungnya;

Aku hairan dengan orang yang mengetahui panasnya api neraka, tapi mengapa ia tetap berbuat dosa;

Aku hairan dengan orang yang mengaku mengenal Allah, tapi mengapa ia meminta tolong kepada selain-Nya;

Aku hairan kepada orang yang mengaku mengetahui kenikmatan syurga, tapi mengapa ia merasa hidup tenang di dunia;

Dan aku hairan kepada orang yang mengetahui syaitan adalah musuhnya, tapi mengapa ia mentaatinya.”

Uthman bin Affan Radhiyallahu anhu
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Masa umpama pedang