Harta apakah yang patut kita cari/miliki ?
Diriwayatkan oleh Tsaubaan ra yang berkata apabila turunnya ayat berkenaan (harta) perak dan emas maka para sahabat radiallahuanhum pun bertanya sesama mereka tentang harta apakah yang patut mereka miliki ? Umar ra pun berkata 'Aku akan mencari jawapannya untuk kalian lalu dia pun menaiki untanya dan bertemu dengan nabi SAW dan bertanya kepada baginda tentang harta apakah yang patut mereka miliki ? Baginda SAW pun menjawab : (لِيَتَّخِذْ أَحَدُكُمْ قَلْبًا شَاكِرًا ، وَلِسَانًا ذَاكِرًا ، وَزَوْجَةً مُؤْمِنَةً تُعِينُ أَحَدَكُمْ عَلَى أَمْرِ الْآخِرَةِ) Hendaklah kamu memiliki hati yang bersyukur, lisan yang berzikir (mengingati Allah) dan isteri mukminah yang membantu kalian di dalam urusan akhirat. [riwayat At-Tirmidzi]
Syukur itu lebih tinggi 'makam'nya berbanding sabar...
apabila bersyukur, kita akan sentiasa merasa cukup
ketenangan itu datang dari Dia
dan
dunia ini hanyalah perhiasan dan wanita solehah itu sebaik-baik perhiasan!
jom kejar tiga-tiga!
“ Medan bercakap tidak sama medan amal, manakala medan jihad tidak sama dengan medan amal , manakala medan jihad sebenar pula tidak sama dengan medan jihad yang salah..”
Imam Hassan Al-Banna
Kita hanya manusia, dan manusia sering terlupa. Marilah mengingatkan sesama kita, moga berjumpa di syurga~
Post a Comment