Alhamdulillah~
Bersyukur diri ini diberi kesempatan untuk terus hidup dalam iman dan Islam.
Mengecapi berbagai nikmat yang tak pernah putus daripada Allah yang Maha Pemberi.
Bagaimana nak mulakan penulisan ni ye? Saya pun tak pasti...
Macam-macam perkara difikirkan. Melihat apa yang berlaku dalam dunia kita sekarang, lebih banyak yang menyakitkan daripada yang menggembirakan.
Mengapa manusia sering lari daripada Tuhan?
Satu persoalan yang sering difikirkan.
Bermacam-macam teori, bermacam-macam sebab boleh dinukilkan...
Tapi ini yang dapat diberikan.
IA DATANG DARI DIRI KAMU SENDIRI
Dan mengapa ketika kamu ditimpa musibah (pada perang Uhud) padahal kamu telah menimpakan kekalahan dua kali lipat pada musuh-musuhmu (pada perang Badar) kamu berkata, "Dari mana datangnya kekalahan ini?" Katakanlah,
"Itu dari (kesalahan) dirimu sendiri”
(Ali Imran: 165)
Di saat melihat kemungkaran berlaku di sekeliling kita, apakah sikap kita terhadapnya?
Benci? Tak kisah sebab bukan kita yang buat? Tak ada perasaan?
"Aku pun banyak sangat buat dosa. Dah nama manusia mesti ada buat silap. Tapi sekurang-kurangnya aku masih ada rasa malu terhadap dosa yang aku lakukan. Tak adalah aku nak tunjuk kat orang dosa yang aku buat. At least aku tak adalah teruk macam apa yang korang buat"
Cuba kita lihat tulisan di atas dan kira berapa banyak 'aku' yang ada.
Wallahua'lam... keikhlasan seseorang manusia itu hanya Allah yang mengetahui. Namun apabila bercakap dengan manusia, nabi mengajar kita supaya bercakap sesuai dengan kadar akal seseorang...supaya dia faham apa yang disampaikan. Bukan kita yang faham tapi dia terpinga-pinga!
" Berbicaralah kepada manusia menurut kadar akal mereka"
hadis riwayat Muslim
Siapa yang kita nak tegur sebenarnya? Adakah sikap kita dalam menegur tu kerana sebab sayang, ataupun untuk menonjolkan kelebihan diri kita sendiri? Atau sekadar menampakkan kita lebih baik daripada orang di sekeliling kita? Supaya kita dikenali sebagai 'budak baik' di kalangan teman-teman?
Jika beginilah sikap kita, saya tidak hairan melihat apa yang berlaku di sekeliling kita sekarang. Mengapa manusia makin lama makin lupa asal usul dan hakikat diri.
Mengapa? Sebab orang menyampah dengan kita!
"Aku tak suka la mamat/minah tu. Ingat dia baik sangat. Aku tahulah aku jahat, dia macam nak tunjuk kat semua orang aku jahat n dia seorang je baik. Pastu sikit-sikit nak tunjuk dia je betul. Biarlah aku nak buat apa pun. Ada aku kacau hidup dia ke?????"
Komunikasi yang bersifat 'negatif', akhirnya mendapat balasan yang 'negatif' juga.
Ini hakikat yang kita kena terima...
Kenapa orang menjauh daripada kita? Kerana mereka tak suka dengan kita. Simple.
Sepanjang umur saya yang masih setahun jagung ni, dah bermacam-macam karakter yang dijumpai, dan semuanya mempengaruhi pemikiran diri ini. Dan salah satunya adalah sikap sinis dan skeptik pada orang-orang 'agama'. Sikap dan pemikiran yang lahir dari berbagai sebab dari persekitaran mereka yang akhirnya membentuk mereka menjadi diri mereka sekarang.
Yakinlah, walaupun kelihatan seseorang itu jahat mana sekalipun, belum tentu kedudukan mereka di sisi Allah lebih rendah dan hina daripada kita. Mungkin sahaja amal yang mereka lakukan lebih bernilai di sisi Tuhan...kerana mereka ikhlas, sedangkan kita?
Alhamdulillah, sepanjang kehidupan saya, saya diberikan sahabat-sahabat yang baik, walaupun kelihatan mereka seperti gila-gila, lupa diri dan macam-macam lagi, namun hati mereka baik. Orang luar sering berfikiran yang bukan-bukan, tapi tanggungjawab mereka pada Tuhan tidak pernah diabaikan. Rasa sayang yang lahir kerana mereka tidak pernah menghukum sebarang perbuatan buruk yang dilakukan, sebaliknya pandai melihat kepada situasi, dan bertindak sesuai dengan apa yang boleh diterima oleh orang tersebut. Mungkin sahaja mereka merupakan daie yang lebih baik daripada kita...
Cumanya disebabkan oleh skepticism tersebut, mereka jadi takut untuk lebih dekat pada agama, untuk mengenal Tuhan kerana sikap sesetengah daripada kita yang sungguh negatif terhadap mereka. Mereka menjadi tawar hati, menjadi benci. Dan semuanya lahir daripada silap kita sendiri...
Dan umat tiap-tiap Rasul tidak berpecah belah dan berselisihan (dalam menjalankan agama Allah) melainkan setelah sampai kepada mereka ajaran-ajaran yang memberi mereka mengetahui (apa yang disuruh dan apa yang dilarang); berlakunya (perselisihan yang demikian) semata-mata kerana hasad dengki sesama sendiri. Dan kalaulah tidak kerana telah terdahulu kalimah ketetapan dari Tuhanmu (untuk menangguhkan hukuman) hingga ke suatu masa yang tertentu, tentulah dijatuhkan hukuman azab dengan serta-merta kepada mereka. Dan sesungguhnya orang-orang yang diberikan Allah mewarisi Kitab agama kemudian daripada mereka, berada dalam keadaan syak yang menggelisahkan terhadap Kitab itu.
surah asy-Syuraa (42) ayat 14
di sini disertakan sebuah video yang boleh dikongsi bersama berkenaan ayat di atas:
Semoga kita menjadi manusia yang lebih berhikmah dalam menjalankan tugas kita sebagai khalifah dan daie di muka bumi.
Kebenaran yang kita perjuangkan itu bukanlah milik kita melainkan Tuhan yang Maha Esa.
Biarlah Islam yang kita perjuangkan, menjadi Islam yang kita amalkan.
Sesungguhnya akhlak Rasulullah SAW itu adalah al-Quran. Baginda bukan hanya menyampaikan al-Quran sehingga lengkap, tetapi Islam itu sendiri dapat dilihat daripada setiap tindakan yang dilakukan olehnya. Orang tertarik kepada Islam kerana akhlak baginda yang sempurna.
Sedih apabila dakwah yang dijalankan tak kesampaian? Usah khuatir, lihatlah kembali ke dalam diri kita, adakah akhlak kita mencerminkan apa yang kita mahu sampaikan. Ikhlaskan hati dalam menerima ujian, kerana ia merupakan didikan daripada Tuhan.
Kemudian setelah kita berusaha dan berikhtiar, bertawakkallah kepada Allah kerana hanya pada Dialah orang yang beriman bertawakkal pada segala sesuatu.
Segala urusan diserahkan kepadaNya...
Semoga kita digolongkan dalam golongan yang sentiasa memperbaiki kelemahan diri, mencontohi akhlak nabi, dan diletakkan dalam golongan yang mati dalam husnul khatimah.
Pengakhiran yang baik.
Dan dari setiap pengakhiran itu, pasti ada permulaannya.
dr.radzi 'like' dis. macam dalam fb tu. hehe...
terima kasih sayangku :D
drrazi- nnt kena suruh blogger buat butang like cam kat fb tu=p
duha- kasihmu diterima~ ;)