Syukur~


Assalamualaikum:)

Esok saya ada exam iaitu paper BHP (Bioethics and Health Program) tapi ada 2 notes je dan saya dah baca notes tersebut jadi sekarang saya boleh menulis. Hehe [Padahal tak habis study lagi untuk EMS (read: Endocrine and Metabolite System)]



Sebenarnya dah rindu nak menulis. Dan bila ada rasa nak menulis ni baik ikutkan je sebab bukan mudah untuk mood itu datang ditambah pula dengan masa yang sungguh mencumburuiku~ chewah.



Apapun, hari ni seperti tajuk di atas, saya nak bercakap[tulis sebenarnya] tentang syukur~

Apa itu syukur?
Adakah kita sudah termasuk dalam golongan yang bersyukur?

Bagaimana caranya untuk bersyukur?

Dalam al-Quran Allah ada kata, apabila kita bersyukur, Dia akan menambahkan nikmat yang ada pada kita...


“Dan (ingatlah juga), tatkala Tuhanmu memaklumkan: ‘Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih.’”
(Surah Ibrahim: 7)


Jadi macam mana caranya untuk kita sebagai hambanya memahami apa itu syukur?

Menurut Imam Al-Ghazali dalam karyanya Ihya' Ulumuddin, ada 3 elemen dalam bersyukur:

Pertama: Ilmu, Kedua: Perasaan dan Ketiga: Amal

Jadi ilmu apa yang kita perlu ada untuk mengamalkan syukur?

Ilmu tentang syukur pun ada 3 iaitu:


 i-  Ilmu tentang apa itu nikmat 
 ii- Ilmu tentang siapa yang memberi nikmat  
 iii-Ilmu tentang siapa yang menerima nikmat 


Nak bersyukur, kenalah ada nikmat kan? Jadi apa yang termasuk dalam kategori nikmat? Jika kita tiada ilmu tentang nikmat jadi macam mana nak hargai nikmat tersebut? Betul?

Seterusnya, siapa yang memberi kita nikmat? Sudah tentu yang memberikan segala nikmat yang kita kecapi sekarang ini ialah Allah swt. Jadi siapa Allah? Untuk kenal Allah, kita kenalah ada ilmu tauhid yang kukuh~


Dengan mengenali Allah, seseorang itu akan memahami bahawa setiap sesuatu itu datangnya daripada Allah, dan adalah merupakan hak milik Allah semata-mata. Setiap satu kejadian itu adalah datangnya daripada Allah. Justeru, setiap nikmat dan rezeki itu datangnya daripada Allah, walaupun mungkin sahaja nikmat itu disampaikan melalui perantaraan makhluk-Nya.


Dan akhir sekali, kita kena ada ilmu tentang siapa yang menerima segala nikmat tersebut...
Dan dah tentu jawapannya adalah kita sendiri. Jadi siapa kita? Kita semua merupakan hamba... hamba kepada siapa? Hamba kepada yang menciptakan kita iaitu Allah...
Jadi apa itu sifat seorang hamba? Seorang hamba tugasnya adalah untuk mentaati 'tuannya' jadi dalam konteks kita, kita mestilah taat kepada Allah, iaitu mentaati segala suruhannya dan menjauhi segala larangannya~


Memahami hakikat bahawa kita ini adalah hamba dan makhluk Allah, kita pasti akan merasa hina dan sangat rendah di hadapan Allah.






Ok, tentang ilmu dah settle. Sekarang kita tengok pula elemen yang kedua iaitu perasaan~
Bila kita dapat suatu nikmat, mestilah kita rasa seronok, rasa bahagia. Jadi kalau kita tiada perasaan yang disebutkan, macam mana kita nak rasa bersyukur kan?
Tapi kita kena faham, rasa syukur tu bukan semata-mata kerana mendapat sesuatu nikmat, tetapi kerana menyedari siapa yang memberi nikmat itu kepada kita [elemen 1:) ]

Elemen ketiga, amal. Haa... yang ni rasa-rasanya kita selalu tinggalkan. Sebabnya? Tiadanya (atau kurangnya kefahaman tentang) ilmu iaitu elemen nombor 1 tadi... Yang ada hanya nombor 2 iaitu perasaan. Seronok, suka, itu je ke? Tidak, harus disertai dengan amal...

Amal iaitu perbuatan. Bila dah ada ilmu dan kefahaman, diikuti dengan perasaan... haruslah disusuli dengan amal dan perbuatan sebagai tanda kita mensyukuri nikmat yang diberikan itu~

Analoginya mudah je. Katakanlah suatu hari, ada orang meninggalkan hadiah di depan pintu rumah/bilik kita.

Hadiah itu berbalut jadi tanpa membukanya kita takkan tahu apa yang ada di dalam.

Hadiah itu juga tiada tanda siapa pengirimnya, jadi macam mana kita nak tunjukkan penghargaan dengan mengucapkan terima kasih jika kita tak tahu siapa yang memberikan hadiah tersebut?

Pemberian hadiah pun merupakah salah satu cara untuk merapatkan hubungan di antara seseorang... Apabila menerima hadiah, kita akan berasa gembira, dan seterusnya kita akan melakukan perkara yang dapat menggembirakan orang yang memberi hadiah kepada kita, untuk merapatkan hubungan antara kita~

Semua itu merupakan fitrah sifat berkasih-sayang antara manusia...

Jadi di sini:
Amal yang dimaksudkan adalah amal terhadap yang memberikan nikmat kepada kita--> Allah. Iaitu perbuatan dan amal yang dapat mendekatkan hubungannya dengan Allah, menambahkan kecintaan kita kepadaNya dan menambahkan cintaNya kepada kita.
Caranya: dengan melakukan apa yang Allah mahu kita sebagai hamba lakukan, jadi macam mana nak tahu? Sudah tentu dengan berpandukan al-Quran dan as-Sunnah~ :)

A very simple concept to understand, and yet very few of us choose to perform it~

Itulah tanda syukur yang sebenar, namun cukup sedikit di antara kita yang mengamalkannya. Benarlah kata-kata Allah dalam ayat ini:


“Dan sesungguhnya Tuhanmu benar-benar mempunyai kurnia yang besar (yang diberikan-Nya) kepada manusia, tetapi kebanyakan mereka tidak mensyukuri(nya).”
(Surah An-Naml: 73)



Semoga kita sama-sama dapat muhasabah diri, melihat kembali ke dalam diri kita, sejauh mana kita telah mengamalkan syukur dalam erti kata yang sebenarnya...

Yang penting, kita takkan dapat menghayati apa itu syukur tanpa ilmu~

Adakah kita mahu termasuk dalam golongan yang ramai atau golongan yang sedikit itu?

 




**Semoga bermanfaat:)

** Puas hati dah :p

**Doakan saya ;)




6 Responses so far.

  1. duha says:

    hari tu baru adik usrah bg tazkirah ttg syukur..
    Alhamdulilah~

    yuk bersyukur!

    setinggi-tinggi tahap beribadah adalah ibadah hamba yang berbasiskan syukur pada tuhannya..

    wallahua'lam~

    :)

    good luck exam!
    chaiyok~

    D+U+I+T

  2. yeah2..
    has pun teringat kat adik usrah yg bg tazkirah tu.famous adik kite tu kan duha.hoho

    thx kak farhana~

    all da best exm yer..:)

  3. *F.Y* says:

    duha- yuk~

    marilah kita menjadi hamba yang bersyukur...
    teringat kat lagu raihan yang syukur tu..hehe.
    'syukur itu dapat dilihat dari sikap dan tingkahlaku'

    all the best untukmu jua~

    cactus aka hasuma- heh macam pakat je korang dua nak komen kat sini kan..hehe.. eleh..adik usrah i lagi femes..(apakah?tetibe je dan xde kaitan pun:p)

    ur welcome:)

    all the best jugak!

  4. tanpa ilmu kita takkan tahu nak bersyukur...there goes another one more solid reason for us to seek for knowledge as much as possible and definitely,from the accountable tokguru.

    i hope i got it right.bab2 begini aq takut aq slh amik mesej.u know me=)

  5. *F.Y* says:

    exactly:)

    you got the point~ and yang penting sekali, 'accountable' tok guru, yang amanah dengan ilmunya...

    sumber kita AQ n AS, apapun kena check n refer kat situ balik...
    yang penting dlm amalkan ilmu kita kena tahu dalil n hujah2nya apa, n tak hentam kromo je..hehe:)

    n most importantly, hati kita tak termasuk dlm equation, sbb hati kita ni senang sgt tpngaruh dgn benda2 x spatutnya kan kan kan~

    wallahu a'lam~~~

  6. but babe,what do you mean by hati kita x termasuk dlm equation tuh?bleyh jelaskan lagik x?

Reminder for the soul

“Aku hairan dengan orang yang mengetahui kematian, tapi mengapa ia masih tertawa;

Aku hairan dengan orang yang tahu bahawa dunia adalah sementara, tapi mengapa ia sangat mencintainya;

Aku hairan dengan orang yang mengetahui semua urusan telah ditakdirkan, tapi mengapa ia takut kehilangan;

Aku hairan dengan orang yang mengetahui bahwa hisab adalah suatu kepastian, tapi mengapa ia tetap mengum
pulkan harta dan menghitung-hitungnya;

Aku hairan dengan orang yang mengetahui panasnya api neraka, tapi mengapa ia tetap berbuat dosa;

Aku hairan dengan orang yang mengaku mengenal Allah, tapi mengapa ia meminta tolong kepada selain-Nya;

Aku hairan kepada orang yang mengaku mengetahui kenikmatan syurga, tapi mengapa ia merasa hidup tenang di dunia;

Dan aku hairan kepada orang yang mengetahui syaitan adalah musuhnya, tapi mengapa ia mentaatinya.”

Uthman bin Affan Radhiyallahu anhu
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Masa umpama pedang