Lilypie First Birthday tickers

Thank You Allah

Maher Zain - Thank You

I was so far from You…
Yet to me...
You are always so close…
I wandered lost in the dark…
I closed my eyes… to all the signs... you put in my way…
I walked everyday… further and further away from you…

Oh Allah…

You brought me home…

I thank You… with every breathe I take…

Alhamdulillah, Alhamdulillah
All praise is to Allah, all praises to Allah
Alhamdulillah, Alhamdulillah
All praise is to Allah, all praises to Allah



I never thought about…
All the things.. You had given to me…
I never thank You once…
I was too proud…
To see the truth.. and prostrate to You…
Until I took the first step…
That’s when You opened the doors for me…
Now Allah… I realize what I was missing…
By being far from You…




Alhamdulillah, Alhamdulillah
All praise is to Allah, all praise is to Allah
Alhamdulillah, Alhamdulillah
All praise is to Allah, all praise is to Allah


Allah... I want to thank You…

I want to thank You.. for all the things that You’d done…
Your love for me through all my years I’ve been lost…
You guided me  from all the ways that were wrong…
Indeed You gave me hope…
O Allah I want to thank You…
I want to thank You for all the things that You’ve done…
You’ve done for me through all my years I’ve been lost…
You guided me  from all the ways that were wrong…
I want to thank You for bringing me hope…



Alhamdulillah, Alhamdulillah
All praise is to Allah, all praise is to Allah
Alhamdulillah, Alhamdulillah
All praise is to Allah, all praise is to Allah

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Lirik lagu atas ni penuh makna yang tersirat...

Betapa kita sebagai hambaNya terlalu banyak bergantung padaNya...

Hatta apabila kita tersilap memilih jalan sekalipun, hanya dengan kekuasaanNya sahaja kita tidak akan tergelincir dengan lebih hebat ke dalam jalan yang salah, dan hanya dengan izinNya kita mampu kembali ke jalan yang diredhaiNya...

Betapa sering kita menutup mata terhadap segala kebesaranNya, terhadap hidayah yang telah Allah bentangkan terhadap kita kerana kita menunggu Allah memberikan kesedaran itu kepada kita...

Sedangkan kita yang memilih untuk tidak nampak dan tidak melihat apa yang ada di hadapan mata kita..

Sampai bila? Sampai umur kita sudah tua, saat tubuh sudah tidak mampu untuk menyumbang untuk agamaNya?

Saat nyawa kita sudah sampai ke halkum?

Semoga kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yang hina seandainya kita tidak beriman kepada Allah dan Rasul...

Bagaimana kita mahu menggapai cinta dari Allah sedangkan kita tegar melakukan perkara-perkara yang dibenciNya tanpa rasa bersalah?

Sedarlah manusia, hidup ini sebentar cuma...
 Wujudkanlah kesedaran dalam diri, bahawa kita masih jauh dari cintaNya,
seandainya kita tidak mentaatiNya,
kerana itulah 'pintu' terhadap kesedaran
Kesedaran untuk mengakui bahawa kita belum menjadi hamba yang diinginiNya buat kita...
"Open your eyes and hearts and minds and you'll see the signs"

"'Katakanlah (Muhammad, jika kamu mencintai Allah, ikutilah aku, nescaya Allah mencintaimu dan mengampuni dosa-dosamu'.
Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang."
Surah Ali-Imran ayat 31


Ia datang dari diri kamu sendiri


Alhamdulillah~

Bersyukur diri ini diberi kesempatan untuk terus hidup dalam iman dan Islam.
Mengecapi berbagai nikmat yang tak pernah putus daripada Allah yang Maha Pemberi.

Bagaimana nak mulakan penulisan ni ye? Saya pun tak pasti...

Macam-macam perkara difikirkan. Melihat apa yang berlaku dalam dunia kita sekarang, lebih banyak yang menyakitkan daripada yang menggembirakan.

Mengapa manusia sering lari daripada Tuhan?
Satu persoalan yang sering difikirkan.
Bermacam-macam teori, bermacam-macam sebab boleh dinukilkan...
Tapi ini yang dapat diberikan.

IA DATANG DARI DIRI KAMU SENDIRI

Dan mengapa ketika kamu ditimpa musibah (pada perang Uhud) padahal kamu telah menimpakan kekalahan dua kali lipat pada musuh-musuhmu (pada perang Badar) kamu berkata, "Dari mana datangnya kekalahan ini?" Katakanlah,
"Itu dari (kesalahan) dirimu sendiri”
(Ali Imran: 165)


Di saat melihat kemungkaran berlaku di sekeliling kita, apakah sikap kita terhadapnya?

Benci? Tak kisah sebab bukan kita yang buat? Tak ada perasaan?

"Aku pun banyak sangat buat dosa. Dah nama manusia mesti ada buat silap. Tapi sekurang-kurangnya aku masih ada rasa malu terhadap dosa yang aku lakukan. Tak adalah aku nak tunjuk kat orang dosa yang aku buat. At least aku tak adalah teruk macam apa yang korang buat"

Cuba kita lihat tulisan di atas dan kira berapa banyak 'aku' yang ada.

Wallahua'lam... keikhlasan seseorang manusia itu hanya Allah yang mengetahui. Namun apabila bercakap dengan manusia, nabi mengajar kita supaya bercakap sesuai dengan kadar akal seseorang...supaya dia faham apa yang disampaikan. Bukan kita yang faham tapi dia terpinga-pinga!


" Berbicaralah kepada manusia menurut kadar akal mereka"
hadis riwayat Muslim

Siapa yang kita nak tegur sebenarnya? Adakah sikap kita dalam menegur tu kerana sebab sayang, ataupun untuk menonjolkan kelebihan diri kita sendiri? Atau sekadar menampakkan kita lebih baik daripada orang di sekeliling kita? Supaya kita dikenali sebagai 'budak baik' di kalangan teman-teman?

Jika beginilah sikap kita, saya tidak hairan melihat apa yang berlaku di sekeliling kita sekarang. Mengapa manusia makin lama makin lupa asal usul dan hakikat diri.
Mengapa? Sebab orang menyampah dengan kita!

"Aku tak suka la mamat/minah tu. Ingat dia baik sangat. Aku tahulah aku jahat, dia macam nak tunjuk kat semua orang aku jahat n dia seorang je baik. Pastu sikit-sikit nak tunjuk dia je betul. Biarlah aku nak buat apa pun. Ada aku kacau hidup dia ke?????"

Komunikasi yang bersifat 'negatif', akhirnya mendapat balasan yang 'negatif' juga.

Ini hakikat yang kita kena terima...
Kenapa orang menjauh daripada kita? Kerana mereka tak suka dengan kita. Simple.

Sepanjang umur saya yang masih setahun jagung ni, dah bermacam-macam karakter yang dijumpai, dan semuanya mempengaruhi pemikiran diri ini. Dan salah satunya adalah sikap sinis dan skeptik pada orang-orang 'agama'. Sikap dan pemikiran yang lahir dari berbagai sebab dari persekitaran mereka yang akhirnya membentuk mereka menjadi diri mereka sekarang.

Yakinlah, walaupun kelihatan seseorang itu jahat mana sekalipun, belum tentu kedudukan mereka di sisi Allah lebih rendah dan hina daripada kita. Mungkin sahaja amal yang mereka lakukan lebih bernilai di sisi Tuhan...kerana mereka ikhlas, sedangkan kita?

Alhamdulillah, sepanjang kehidupan saya, saya diberikan sahabat-sahabat yang baik, walaupun kelihatan mereka seperti gila-gila, lupa diri dan macam-macam lagi, namun hati mereka baik. Orang luar sering berfikiran yang bukan-bukan, tapi tanggungjawab mereka pada Tuhan tidak pernah diabaikan. Rasa sayang yang lahir kerana mereka tidak pernah menghukum sebarang perbuatan buruk yang dilakukan, sebaliknya pandai melihat kepada situasi, dan bertindak sesuai dengan apa yang boleh diterima oleh orang tersebut. Mungkin sahaja mereka merupakan daie yang lebih baik daripada kita...

Cumanya disebabkan oleh skepticism tersebut, mereka jadi takut untuk lebih dekat pada agama, untuk mengenal Tuhan kerana sikap sesetengah daripada kita yang sungguh negatif terhadap mereka. Mereka menjadi tawar hati, menjadi benci. Dan semuanya lahir daripada silap kita sendiri...

 

Dan umat tiap-tiap Rasul tidak berpecah belah dan berselisihan (dalam menjalankan agama Allah) melainkan setelah sampai kepada mereka ajaran-ajaran yang memberi mereka mengetahui (apa yang disuruh dan apa yang dilarang); berlakunya (perselisihan yang demikian) semata-mata kerana hasad dengki sesama sendiri. Dan kalaulah tidak kerana telah terdahulu kalimah ketetapan dari Tuhanmu (untuk menangguhkan hukuman) hingga ke suatu masa yang tertentu, tentulah dijatuhkan hukuman azab dengan serta-merta kepada mereka. Dan sesungguhnya orang-orang yang diberikan Allah mewarisi Kitab agama kemudian daripada mereka, berada dalam keadaan syak yang menggelisahkan terhadap Kitab itu.
surah asy-Syuraa (42) ayat 14
 
di sini disertakan sebuah video yang boleh dikongsi bersama berkenaan ayat di atas:



 
Semoga kita menjadi manusia yang lebih berhikmah dalam menjalankan tugas kita sebagai khalifah dan daie di muka bumi.

Kebenaran yang kita perjuangkan itu bukanlah milik kita melainkan Tuhan yang Maha Esa.

Biarlah Islam yang kita perjuangkan, menjadi Islam yang kita amalkan.


Sesungguhnya akhlak Rasulullah SAW itu adalah al-Quran. Baginda bukan hanya menyampaikan al-Quran sehingga lengkap, tetapi Islam itu sendiri dapat dilihat daripada setiap tindakan yang dilakukan olehnya. Orang tertarik kepada Islam kerana akhlak baginda yang sempurna.



Sedih apabila dakwah yang dijalankan tak kesampaian? Usah khuatir, lihatlah kembali ke dalam diri kita, adakah akhlak kita mencerminkan apa yang kita mahu sampaikan. Ikhlaskan hati dalam menerima ujian, kerana ia merupakan didikan daripada Tuhan.

Kemudian setelah kita berusaha dan berikhtiar, bertawakkallah kepada Allah kerana hanya pada Dialah orang yang beriman bertawakkal pada segala sesuatu.
Segala urusan diserahkan kepadaNya...

Semoga kita digolongkan dalam golongan yang sentiasa memperbaiki kelemahan diri, mencontohi akhlak nabi, dan diletakkan dalam golongan yang mati dalam husnul khatimah.

Pengakhiran yang baik.

Dan dari setiap pengakhiran itu, pasti ada permulaannya.



Syukur~


Assalamualaikum:)

Esok saya ada exam iaitu paper BHP (Bioethics and Health Program) tapi ada 2 notes je dan saya dah baca notes tersebut jadi sekarang saya boleh menulis. Hehe [Padahal tak habis study lagi untuk EMS (read: Endocrine and Metabolite System)]



Sebenarnya dah rindu nak menulis. Dan bila ada rasa nak menulis ni baik ikutkan je sebab bukan mudah untuk mood itu datang ditambah pula dengan masa yang sungguh mencumburuiku~ chewah.



Apapun, hari ni seperti tajuk di atas, saya nak bercakap[tulis sebenarnya] tentang syukur~

Apa itu syukur?
Adakah kita sudah termasuk dalam golongan yang bersyukur?

Bagaimana caranya untuk bersyukur?

Dalam al-Quran Allah ada kata, apabila kita bersyukur, Dia akan menambahkan nikmat yang ada pada kita...


“Dan (ingatlah juga), tatkala Tuhanmu memaklumkan: ‘Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih.’”
(Surah Ibrahim: 7)


Jadi macam mana caranya untuk kita sebagai hambanya memahami apa itu syukur?

Menurut Imam Al-Ghazali dalam karyanya Ihya' Ulumuddin, ada 3 elemen dalam bersyukur:

Pertama: Ilmu, Kedua: Perasaan dan Ketiga: Amal

Jadi ilmu apa yang kita perlu ada untuk mengamalkan syukur?

Ilmu tentang syukur pun ada 3 iaitu:


 i-  Ilmu tentang apa itu nikmat 
 ii- Ilmu tentang siapa yang memberi nikmat  
 iii-Ilmu tentang siapa yang menerima nikmat 


Nak bersyukur, kenalah ada nikmat kan? Jadi apa yang termasuk dalam kategori nikmat? Jika kita tiada ilmu tentang nikmat jadi macam mana nak hargai nikmat tersebut? Betul?

Seterusnya, siapa yang memberi kita nikmat? Sudah tentu yang memberikan segala nikmat yang kita kecapi sekarang ini ialah Allah swt. Jadi siapa Allah? Untuk kenal Allah, kita kenalah ada ilmu tauhid yang kukuh~


Dengan mengenali Allah, seseorang itu akan memahami bahawa setiap sesuatu itu datangnya daripada Allah, dan adalah merupakan hak milik Allah semata-mata. Setiap satu kejadian itu adalah datangnya daripada Allah. Justeru, setiap nikmat dan rezeki itu datangnya daripada Allah, walaupun mungkin sahaja nikmat itu disampaikan melalui perantaraan makhluk-Nya.


Dan akhir sekali, kita kena ada ilmu tentang siapa yang menerima segala nikmat tersebut...
Dan dah tentu jawapannya adalah kita sendiri. Jadi siapa kita? Kita semua merupakan hamba... hamba kepada siapa? Hamba kepada yang menciptakan kita iaitu Allah...
Jadi apa itu sifat seorang hamba? Seorang hamba tugasnya adalah untuk mentaati 'tuannya' jadi dalam konteks kita, kita mestilah taat kepada Allah, iaitu mentaati segala suruhannya dan menjauhi segala larangannya~


Memahami hakikat bahawa kita ini adalah hamba dan makhluk Allah, kita pasti akan merasa hina dan sangat rendah di hadapan Allah.






Ok, tentang ilmu dah settle. Sekarang kita tengok pula elemen yang kedua iaitu perasaan~
Bila kita dapat suatu nikmat, mestilah kita rasa seronok, rasa bahagia. Jadi kalau kita tiada perasaan yang disebutkan, macam mana kita nak rasa bersyukur kan?
Tapi kita kena faham, rasa syukur tu bukan semata-mata kerana mendapat sesuatu nikmat, tetapi kerana menyedari siapa yang memberi nikmat itu kepada kita [elemen 1:) ]

Elemen ketiga, amal. Haa... yang ni rasa-rasanya kita selalu tinggalkan. Sebabnya? Tiadanya (atau kurangnya kefahaman tentang) ilmu iaitu elemen nombor 1 tadi... Yang ada hanya nombor 2 iaitu perasaan. Seronok, suka, itu je ke? Tidak, harus disertai dengan amal...

Amal iaitu perbuatan. Bila dah ada ilmu dan kefahaman, diikuti dengan perasaan... haruslah disusuli dengan amal dan perbuatan sebagai tanda kita mensyukuri nikmat yang diberikan itu~

Analoginya mudah je. Katakanlah suatu hari, ada orang meninggalkan hadiah di depan pintu rumah/bilik kita.

Hadiah itu berbalut jadi tanpa membukanya kita takkan tahu apa yang ada di dalam.

Hadiah itu juga tiada tanda siapa pengirimnya, jadi macam mana kita nak tunjukkan penghargaan dengan mengucapkan terima kasih jika kita tak tahu siapa yang memberikan hadiah tersebut?

Pemberian hadiah pun merupakah salah satu cara untuk merapatkan hubungan di antara seseorang... Apabila menerima hadiah, kita akan berasa gembira, dan seterusnya kita akan melakukan perkara yang dapat menggembirakan orang yang memberi hadiah kepada kita, untuk merapatkan hubungan antara kita~

Semua itu merupakan fitrah sifat berkasih-sayang antara manusia...

Jadi di sini:
Amal yang dimaksudkan adalah amal terhadap yang memberikan nikmat kepada kita--> Allah. Iaitu perbuatan dan amal yang dapat mendekatkan hubungannya dengan Allah, menambahkan kecintaan kita kepadaNya dan menambahkan cintaNya kepada kita.
Caranya: dengan melakukan apa yang Allah mahu kita sebagai hamba lakukan, jadi macam mana nak tahu? Sudah tentu dengan berpandukan al-Quran dan as-Sunnah~ :)

A very simple concept to understand, and yet very few of us choose to perform it~

Itulah tanda syukur yang sebenar, namun cukup sedikit di antara kita yang mengamalkannya. Benarlah kata-kata Allah dalam ayat ini:


“Dan sesungguhnya Tuhanmu benar-benar mempunyai kurnia yang besar (yang diberikan-Nya) kepada manusia, tetapi kebanyakan mereka tidak mensyukuri(nya).”
(Surah An-Naml: 73)



Semoga kita sama-sama dapat muhasabah diri, melihat kembali ke dalam diri kita, sejauh mana kita telah mengamalkan syukur dalam erti kata yang sebenarnya...

Yang penting, kita takkan dapat menghayati apa itu syukur tanpa ilmu~

Adakah kita mahu termasuk dalam golongan yang ramai atau golongan yang sedikit itu?

 




**Semoga bermanfaat:)

** Puas hati dah :p

**Doakan saya ;)




Reminder for the soul

“Aku hairan dengan orang yang mengetahui kematian, tapi mengapa ia masih tertawa;

Aku hairan dengan orang yang tahu bahawa dunia adalah sementara, tapi mengapa ia sangat mencintainya;

Aku hairan dengan orang yang mengetahui semua urusan telah ditakdirkan, tapi mengapa ia takut kehilangan;

Aku hairan dengan orang yang mengetahui bahwa hisab adalah suatu kepastian, tapi mengapa ia tetap mengum
pulkan harta dan menghitung-hitungnya;

Aku hairan dengan orang yang mengetahui panasnya api neraka, tapi mengapa ia tetap berbuat dosa;

Aku hairan dengan orang yang mengaku mengenal Allah, tapi mengapa ia meminta tolong kepada selain-Nya;

Aku hairan kepada orang yang mengaku mengetahui kenikmatan syurga, tapi mengapa ia merasa hidup tenang di dunia;

Dan aku hairan kepada orang yang mengetahui syaitan adalah musuhnya, tapi mengapa ia mentaatinya.”

Uthman bin Affan Radhiyallahu anhu
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Masa umpama pedang