Assalamualaikum.... Terasa nak mencoretkan sesuatu di sini.
Saat untuk mentidakserabutkan keserabutan di kepala. Menulis itu terapi... Kadang-kadang kepala membuak-buak meminta untuk disalurkan ke mana-mana. Nah, silalah salurkan sepuasnya.
Terbaca satu blog tadi tentang dakwah seorang doktor. Ya, seorang doktor itu mempunyai peluang dakwah yang tinggi! Kerana merekalah orang yang dipercayai oleh pesakit.. Faktor percaya itu ada. Jadi, dakwah sangat mudah dilakukan.
Namun setelah beberapa bulan mula clinical ni, saya rasa boleh dihitung dengan jari berapa kali saya berusaha memberi 'sesuatu' kepada pasien dan keluarga. Paling pun, memujuk mereka supaya bersabar dan berfikiran positif, melayan mereka dengan santun.
(Janganlah sesekali menganggap pasien ni sesuatu yang menyusahkan... Pasienlah yang mencuri masa tidur kita, disebabkan pasienlah kita hilang waktu bersama keluarga dan teman... hmm... Memang itu tugas doktor kan? Dan seseorang itu tidak pernah meminta untuk sakit. Sedangkan, daripada merekalah kita dapat banyak belajar. Manalah taknya doktor yang baru lulus asyik kena marah, kalau sikap sewaktu clinical begini. Kemudian kita marah kenapalah MO-MO ini sangat kejam? Oh...)
Berbalik kepada topik, disebabkan orang sekeliling kita juga jarang buat sesuatu, bila kita nak mulakan, pasti agak kekok. Tapi mengapa malu kalau membawa kebaikan kan? :) Jadi harus lebih semangat lepasni.
Biar kita yang mempengaruhi orang^^ Masakan doktor mahu ikut-ikutan aja orang lain kan?
Cumanya.. pernah tak alami, bila kita berusaha 'sampaikan' sesuatu, pihak yang menerima mengatakan 'baik ustazah' atau perkataan yang sama waktu dengannya? Oh bunyinya seperti memerli bukan? Ish. Spoil betul.
Sakit hati dan macam-macam lagi... hoho. Mungkin harus dikoreksi sedikit hatinya... Karena kita beramal bukan untuk manusia lain. tapi kerana Allah... Jadi mengapa harus terasa dengan suara-suara nakal orang lain? Tak coollah. Dah buat kebaikan, lupakan saja amal tersebut. Pasti ada makhluk yang mengingat dan mencatat:) dan pasti, DIA yang Melihat.
Bagaikan kita sedang menghadapi ujian praktikal... Setiap gerak-geri kita waktu itu diperhatikan oleh penguji! Kita buat, buat dan buat, dokter tick, tick dan tick. Kadang-kadang, kalau salah, kena tolak markah. Kadang-kadang, tak ditolak cuma tak dapat markah je. Akhir sekali, dihitung totalnya. Lulus ga ya?
Terkadang markah akhirnya kita tak dapat tahu pun...
Sebegitu jugalah kita dan kehidupan kita... Ujian untuk melihat siapa yang paling baik amalnya. Namun bezanya, setiap kebaikan yang dibuat, dibalas berganda-ganda.. Kesalahan yang satu, dosanya ya itu, cuma satu. Boleh lagi nak hilangkan dengan taubat, amal soleh, sedekah. Banyak...
Atas Rahmat Allah juga, sekelip mata boleh diampunkanNya, barangkali atas amalan kita yang ikhlas disisiNya atau apa saja kehendakNya....
Sudah nampak bukan timbangan itu secara logiknya berat ke mana, bukan...?
Betapa Allah sangat sayangkan kita dan nak kita masuk syurga...............................
Ihsan dan muraqabatullah... Tahapan ma'rifatullah yang tinggi bagi seorang hamba...
Terbaca huraian seorang ustaz tentang muraqabatullah ini...
Bukan mudah untuk mencapainya! Masih sangat jauh...
Bila dipelajari kelihatan sangat mudah difahami... Namun mampukah dihadam oleh hati, yang menghasilkan kefahaman lalu amal yang berterusan? T__T
Ilmu itu, fungsinya membentuk kefahaman. Kefahaman, tidak mungkin muncul tanpa ilmu. Dan seseorang itu cuma benar-benar dikatakan faham, apabila mengamalkan setiap apa yang diketahuinya...
Sedih
Ilmu itu tidak dapat tidak cuma dua. Menyelamatkan kita nanti di akhirat, atau menjadi hujah ke atas kita nanti kerana tidak mengamalkannya..
Hmm... harus mujahadah dengan lebih gigih x.x
Soalnya... Mahu atau tidak? Di mana ada kemahuan, disitu ada jalan...
Kalau tiada jalan, Dia akan memberikannya kepada insan yang mahu mencari jalan pulang >.<
Ayuh belajar lagi didik hati kita.
Allah sentiasa Mengawasi...
Marilah menuju |
p/s: Siapa bilang Rehab Medik santai? Sangatlah 'produktif' (baca: sibuk sekali) Jangan lupa hantarkan doa ghaib buat saya :')
p/s2: Marilah bersabar bersama-sama.
Kita hanya manusia, dan manusia sering terlupa. Marilah mengingatkan sesama kita, moga berjumpa di syurga~
Post a Comment