Beberapa minggu lalu, terjadi sebuah kisah yang dekat di hati saya. Ada seorang sahabat menarik saya ke tepi dan mengatakan ingin berkongsi sesuatu... dalam bahasa lain, curhat.
Saya pada masa tu, berdebar-debar. Tak dapat nak jangka apanya yang mahu dikongsi.
"Kenapa?" Saya bertanya.
Kami duduk di suatu sudut dan dia pun memulakan ceritanya... Tidak semena-mena air matanya tumpah. Saya kaget. Rupanya sahabat itu kesal dengan tingkah laku salah seorang teman baiknya. Apa yang berlaku, itu bukanlah point utama di sini, tetapi keikhlasan sahabat itu, kerisauannya terhadap kawan baiknya sehingga menangis kerana merasakan tidak mampu berbuat apa-apa... Bagi saya itulah erti persahabatan yang sebenar.
Kita bersahabat bukan kerana ingin ada yang sentiasa mem'betul'kan tindakan kita, tetapi yang sentiasa mahu membetulkan kita... Anda mengerti maksud saya?
Jika seorang sahabat itu sentiasa mahu setuju dengan apa yang kita buat meskipun salah, ketahuilah dia bukanlah sahabat yang benar!
Bahkan yang sering menegurmu, menunjukkan kesalahanmu, mahu membawamu ke syurga, itulah sahabat hakiki.....
Sangat sedih dan rugi jika kita mempunyai sahabat yang baik namun kita abaikan.
Mereka bersedih kerana kita, namun, kita melakukan apa saja seenaknya
Mereka menegur kekhilafan kita, namun kita mengingkari malah kembali memarahi
Mereka benci tindakan kita, malah kita semakin ligat mengajaknya bersubahat
Mereka menangis kerana kelalaian kita, tetapi kita gembira dan leka dengan dunia yang di'milik'i kita
Ya Allah, kurniakanlah aku seseorang yang menyayangiku seperti ini...
Yang dapat menunjukkan aku ke jalan yang benar di saat aku leka dengan kelemahan diriku...
Ameen...
Kita hanya manusia, dan manusia sering terlupa. Marilah mengingatkan sesama kita, moga berjumpa di syurga~
Alhamdulillah, I passed the SOOCA exams at the Neurology Department.
It was quite nerve wrecking, I'll write down about it later insyaAllah.
Will begin the next rotation at Psychiatry Department~! Yeay.
Hope all goes well.
Heading to Jatinangor to visit my dear sisters.
Kita hanya manusia, dan manusia sering terlupa. Marilah mengingatkan sesama kita, moga berjumpa di syurga~
kucing juga pandai berlari tahu!?. [credit] |
Kita hanya manusia, dan manusia sering terlupa. Marilah mengingatkan sesama kita, moga berjumpa di syurga~
Reminder for the soul
Aku hairan dengan orang yang tahu bahawa dunia adalah sementara, tapi mengapa ia sangat mencintainya;
Aku hairan dengan orang yang mengetahui semua urusan telah ditakdirkan, tapi mengapa ia takut kehilangan;
Aku hairan dengan orang yang mengetahui bahwa hisab adalah suatu kepastian, tapi mengapa ia tetap mengum
Aku hairan dengan orang yang mengetahui panasnya api neraka, tapi mengapa ia tetap berbuat dosa;
Aku hairan dengan orang yang mengaku mengenal Allah, tapi mengapa ia meminta tolong kepada selain-Nya;
Aku hairan kepada orang yang mengaku mengetahui kenikmatan syurga, tapi mengapa ia merasa hidup tenang di dunia;
Dan aku hairan kepada orang yang mengetahui syaitan adalah musuhnya, tapi mengapa ia mentaatinya.”
Uthman bin Affan Radhiyallahu anhu