Lilypie First Birthday tickers

Didikan Ramadhan

Salam alayk.
Sekadar coretan ringkas, moga-moga bermanfaat buat kita semua insyaAllah.

Sekarang dah masuk hampir masuk hari ke-6 Ramadhan. Apa khabar Ramadhan tahun ini?
Adakah lebih baik daripada sebelumnya?
Adakah azam sudah ditetapkan dan bagaimana pula pelaksanaannya?

Bulan Ramadhan, banyak kali dah kita dengar adalah bulan didikan.
Tidak makan, tidak minum, mengawal nafsu, mendidiknya supaya bertepatan dengan apa yang Allah inginkan, apa yang Allah suka.
Meninggalkan perkara yang tidak bermanfaat. Memperbanyakkan amal dan menjauhi maksiat..
Andai ada tabiat buruk atau kekurangan yang kita tahu dan sedar, berusahalah untuk memperbaikinya pada bulan ini. InsyaAllah, akan dimudahkan:)

Tapi bukanlah sekadar pada bulan ini sahaja... Ingatlah, kita berubah bukan kerana bulan, tetapi kerana Allah swt. Jika tidak disebutkan kelebihan bulan ini, mesti kita pun tak heran kan? Jadi betulkan niat kita dalam beramal:)


Dan satu malam yang tersangat istimewa, lailatul qadr.
Mesti kita semua ingin merasai malam ini kan?
Malam yang lebih baik daripada seribu bulan~




لَيْلَةُ الْقَدْرِ خَيْرٌ مِنْ أَلْفِ شَهْرٍ (3) تَنَزَّلُ الْمَلَائِكَةُ وَالرُّوحُ فِيهَا بِإِذْنِ رَبِّهِمْ مِنْ كُلِّ أَمْرٍ (4) سَلَامٌ هِيَ حَتَّى مَطْلَعِ الْفَجْرِ (5) 
“Malam kemuliaan itu lebih baik dari seribu bulan. Pada malam itu turun malaikat-malaikat dan malaikat Jibril dengan izin Tuhannya untuk mengatur segala urusan. Malam itu (penuh) kesejahteraan sampai terbit fajar.” (QS. Al Qadar [97] : 3-5) 


Mencarinya di 10 malam terakhir.

تَحَرَّوْا لَيْلَةَ الْقَدْرِ فِى الْعَشْرِ الأَوَاخِرِ مِنْ رَمَضَانَ
Carilah lailatul qadar pada sepuluh malam terakhir dari bulan Ramadhan.” (HR. Bukhari)
Namun dari sekarang, (dari 1 Ramadhan lagi) kita sudah harus memulakan persiapannya. Persiapan fizikal kita, amalan kita. Dari sekarang dah biasakan diri bangun malam supaya nanti taklah kita malas dan lebih bersemangat untuk beribadah! ^__^

Tapi, macammana kita nak tahu malam tu lailatulqadr ke tidak?      ?_?



  • [1] Udara dan angin sekitar terasa tenang. Sebagaimana dari Ibnu Abbas, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
  • لَيْلَةُ القَدَرِ لَيْلَةٌ سَمْحَةٌ طَلَقَةٌ لَا حَارَةً وَلَا بَارِدَةً تُصْبِحُ الشَمْسُ صَبِيْحَتُهَا ضَعِيْفَةٌ حَمْرَاء
  • Lailatul qadar adalah malam yang penuh kelembutan, cerah, tidak begitu panas, juga tidak begitu dingin, pada pagi hari matahari bersinar lemah dan nampak kemerah-merahan.” (HR. Ath Thoyalisi.  Haytsami mengatakan periwayatnya adalah tsiqoh /terpercaya)
  • [2] Malaikat menurunkan ketenangan sehingga manusia merasakan ketenangan tersebut dan merasakan kelezatan dalam beribadah, yang tidak didapatkan pada hari-hari yang lain.
  • [3] Manusia dapat melihat malam ini dalam mimpinya sebagaimana terjadi pada sebagian sahabat.
  • [4] Matahari akan terbit pada pagi harinya dalam keadaan jernih, tidak ada sinar. Dari Abi bin Ka’ab bahwa Rasulullahshallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda yang artinya,”Shubuh hari dari malam lailatul qadar matahari terbit tanpa sinar, seolah-olah mirip bejana hingga matahari itu naik.” (HR. Muslim) (Lihat Shohih Fiqh Sunnah II/149-150)

Nah, jika rasa-rasa dah jumpa lailatul qadr tu, banyak-banyakkaaaanlah berdoa ye..

“Katakan padaku wahai Rasulullah, apa pendapatmu, jika aku mengetahui suatu malam adalah lailatul qadar. Apa yang aku katakan di dalamnya?” Beliau menjawab, “Katakanlah: ‘Allahumma innaka ‘afuwwun tuhibbul ‘afwa fa’fu ‘anni’ (ertinya ‘Ya Allah sesungguhnya Engkau Maha Pemaaf lagi Maha Mulia yang menyukai permintaan maaf, maafkanlah aku).” (HR. Tirmidzi dan Ibnu Majah. Dikatakan sahih oleh Syaikh Al Albani. Lihat Ash Shohihah

Semoga Allah memudahkan kita untuk bertemu malam yang mulia ini...Ameen ya rabb~

Last but not least, nasihat daripada murabbiku:

Ilmu dari al-quran dan sunnah bukanlah semata-mata apa yang dipandang baik menurut akal bersih kita semata-mata. Ada benda yang kita fikir baik dan ia bertepatan dengan al-quran dan sunnah. Ada benda yang kita fikir ia baik tapi ia bertentangan dengan al-quran dan sunnah. Jika bertentangan, jangan pula kita pusing sehinggalah ia jadi secocok dengan kehendak kita.

"Dan tidaklah harus bagi orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan - apabila Allah dan RasulNya menetapkan keputusan mengenai sesuatu perkara - (tidaklah harus mereka) mempunyai hak memilih ketetapan sendiri mengenai urusan mereka. Dan sesiapa yang tidak taat kepada hukum Allah dan RasulNya maka sesungguhnya ia telah sesat dengan kesesatan yang jelas nyata". (al-Ahzab : 36)

Bagaimana untuk tahu intipati al-quran dan sunnah? Jawapan : Doa, belajar, membaca dan bertanya.

Bagaimana untuk beramal dengan al-quran dan sunnah : Jawapan : Taufiq, iman dan sabar.


Let's make the most of this Ramadhan! :) (: :) (:


Wallahua'lam~

Update untuk satu bulan insyaAllah. 

  • Kucing saya hilang : 


ini bukan ilusi optik. memang ada dua ekor. Julie/Jolie yg di kiri. Kanan Romie.


























tak tahu nak kata apa. moga Allah berikan yang terbaik...hmmm.




Kita hanya manusia, dan manusia sering terlupa. Marilah mengingatkan sesama kita, moga berjumpa di syurga~

Reminder for the soul

“Aku hairan dengan orang yang mengetahui kematian, tapi mengapa ia masih tertawa;

Aku hairan dengan orang yang tahu bahawa dunia adalah sementara, tapi mengapa ia sangat mencintainya;

Aku hairan dengan orang yang mengetahui semua urusan telah ditakdirkan, tapi mengapa ia takut kehilangan;

Aku hairan dengan orang yang mengetahui bahwa hisab adalah suatu kepastian, tapi mengapa ia tetap mengum
pulkan harta dan menghitung-hitungnya;

Aku hairan dengan orang yang mengetahui panasnya api neraka, tapi mengapa ia tetap berbuat dosa;

Aku hairan dengan orang yang mengaku mengenal Allah, tapi mengapa ia meminta tolong kepada selain-Nya;

Aku hairan kepada orang yang mengaku mengetahui kenikmatan syurga, tapi mengapa ia merasa hidup tenang di dunia;

Dan aku hairan kepada orang yang mengetahui syaitan adalah musuhnya, tapi mengapa ia mentaatinya.”

Uthman bin Affan Radhiyallahu anhu
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Masa umpama pedang