Assalamualaikum
Sejak dua menjak ni, rasa lemah sangat-sangat. Rasa macam tak mampu nak pikul semua yang berada di atas bahu. Rasa 'down' dengan diri sendiri. Rasa tak layak. Rasa semua lah~
Perkara lumrah dalam kehidupan manusia. Takkan setiap saat kita bahagia, gembira, suka (walau zahirnya nampak begitu)
Hidup bagaikan roda, ada turun naiknya.
Dan lemahnya kita itu apabila kita tidak bersyukur dengan nikmat yang ada pada diri kita.
Sibuk memikirkan masalah, beban, dll, sehingga lupa melihat segala kebaikan yang telah Allah berikan kepada diri kita.
Pagi tadi, ada kuliah Bioethics and Humanity Program, bertemu dengan pesakit End Stage Renal Failure .
Masing-masing merungut, dahlah kuliah diawalkan daripada 8am kepada 7am, kelas satu jam pulak tu. Merungut.
Tapi ada hikmahnya. Banyak pengajaran yang diperolehi daripada kelas hari ini.
Kami bertemu dengan Pak Ahmad*, 49 tahun.
Pak Ahmad* sudah SEPULUH TAHUN didiagnose dengan End Stage Kidney Failure(Stage 5). Secara ringkasnya, ginjalnya sudah tak mampu lagi berfungsi.
Pada umur 39 tahun, dia mendapat penyakit yang menyebabkannya terpaksa didialisis SEUMUR HIDUPNYA sebanyak dua kali seminggu dengan sekali penggunaan mesin adalah sebanyak Rp500k (RM170) untuk sekali dialisis.
Kirala sendiri berapa biaya yang diperlukan untuk seumur hidup?
Anda pun tak mampu mengiranya, kerana manalah kita mampu menjangka berapa lama kita hidup kan?
39 tahun adalah umur yang sangat muda, terutama bagi lelaki.
Secara fisiologinya, pada umur ini seorang lelaki itu masih kuat dan tidak terbayang untuk mendapat penyakit yang kronik ini, yang mengubah hidupnya 100%
Saat didiagnosa, isteri Pak Ahmad* masih muda, anaknya masih kecil, tambahan pula isterinya sedang mengandung.
Tidak menyangka langsung akan mendapat ujian itu.
Pak Ahmad* sedar, keluarganya ada sejarah penyakit darah tinggi, dan dia tahu dia mempunyai hypertension.
Setiap kali mahu menderma darah, dikatakan tidak layak disebabkan tekanan darah yang terlalu tinggi
Namun disebabkan dia masih sihat, tiada pening dan tanda-tanda sakit, dia membiarkan sahaja dan tidak berjumpa doktor, walaupun dinasihatkan oleh isterinya untuk berbuat begitu.
Kemudian, suatu hari dia mula muntah-muntah, dan berlanjut selama 6 bulan.
Setiap kali berjumpa doktor, dikatakan sakit 'mah' (gastritis aka gastrik)
Sehinggalah dia berjumpa doktor pakar, dan mendapat berita menghadapi kegagalan ginjal.
Bukannya tahap awal, tapi end stage !
Pak Ahmad* tidak dapat menerimanya, dan menolak sama sekali untuk dirawat. Doktor mengatakan dia cuma punya dua minggu sebelum sakitnya bertambah teruk, dan benarlah. Dua minggu kemudian, dia dimasukkan ke hospital, dan saat itulah baru dia mula mengakui hakikat penyakitnya itu.
Apapun, selama setahun dia menangis dan bertanya 'mengapa aku'?
Menangis dan menangis. Merenung nasib malang yang menimpa dirinya. Menyesal kerana tidak berjumpa doktor dengan lebih awal.
Namun, akhirnya dia sedar, semuanya sudah ditakdirkan.
Bukankah Allah yang mengatur semua itu?
Lalu hatinya yang sakit selama hampir setahun hilang bila semakin mendekatkan diri padaNya.
Dan kini, terkadang dia lupa yang dia ada penyakit itu, kerana redha dengan apa yang menimpanya.
Dia kembali positif, dan mungkin lebih positif daripada kita yang sihat ini!
Banyak sangat dugaan yang menimpanya.
Setelah dua tahun, syarikat yang pada mulanya menanggung biaya rawatannya, tidak sanggup lagi untuk berbuat demikian.
Memetik kembali ayat Pak Ahmad*, setelah itu, dia pun rela 'memilih untuk diberhentikan' oleh syarikatnya.
Tidak lagi mempunyai pekerjaan.
Tiada wang untuk menanggung kos rawatannya.
Kereta dijual, barang perhiasan isterinya termasuk cincin kahwin pun dijual.
Sehinggalah dia terpaksa meminjam, sementara menunggu mendapat bantuan daripada kerajaan
Alhamdulillah, kini kos rawatannya ditanggung oleh kerajaan *kecuali bayaran ubat-ubatan
Dia menjalani kehidupan seperti biasa, boleh bersenam, boleh bermain, boleh berniaga kecil-kecilan, dengan beberapa kekangan pastinya. Disiplin pemakanan harus dijaga dengan ketat, harus ke hospital seminggu dua kali, namun di sebalik semua itu, dia menjadi manusia yang bersyukur~
Hebat.
Kerana dia menjadikan Allah sumber kekuatanNya...
..........
Andai kita berada di tempatnya, mampukah kita menjadi sepertinya?
Tidak perlu sejauh itu.
Saat ini, di tempat kita sekarang, sudahkah kita menjadi hamba yang bersyukur?
Kadang-kadang kita fikir, cukuplah menunjukkan syukur dengan mengucapkan alhamdulillah
tapi hakikatnya, tidaklah semudah itu
Syukur itu akan dilihat pada seluruh kehidupan kita
Bagaimana kita menghadapinya
Adakah dengan menggunakan segala nikmat yang diberikan sebaiknya
atau kufur terhadap segala yang dikurniakanNya kepada kita?
Itulah tanda syukur.
Iman itu bukan hanya pada pengakuan hati dan kata-kata sahaja
tetapi juga amal
dan itulah benar-benar bukti sebuah keimanan!
Zikir fikir.
Bandingkanlah diri kita dengan seorang Pak Ahmad*
Muhasabah kembali kehidupan kita.
Dimanakah kita?
dan ke arah mana kita sedang menuju?
KeredhaanNya, atau kemurkaanNya?
Terima kasih Pak Ahmad*. Moga Allah merahmatimu.
Allah Maha Mengetahui segala isi hati...
*nama pesakit diubah untuk menjaga privasinya
Kita hanya manusia, dan manusia sering terlupa. Marilah mengingatkan sesama kita, moga berjumpa di syurga~
Reminder for the soul
“Aku hairan dengan orang yang mengetahui kematian, tapi mengapa ia masih tertawa;
Aku hairan dengan orang yang tahu bahawa dunia adalah sementara, tapi mengapa ia sangat mencintainya;
Aku hairan dengan orang yang mengetahui semua urusan telah ditakdirkan, tapi mengapa ia takut kehilangan;
Aku hairan dengan orang yang mengetahui bahwa hisab adalah suatu kepastian, tapi mengapa ia tetap mengum
Aku hairan dengan orang yang tahu bahawa dunia adalah sementara, tapi mengapa ia sangat mencintainya;
Aku hairan dengan orang yang mengetahui semua urusan telah ditakdirkan, tapi mengapa ia takut kehilangan;
Aku hairan dengan orang yang mengetahui bahwa hisab adalah suatu kepastian, tapi mengapa ia tetap mengum
pulkan harta dan menghitung-hitungnya;
Aku hairan dengan orang yang mengetahui panasnya api neraka, tapi mengapa ia tetap berbuat dosa;
Aku hairan dengan orang yang mengaku mengenal Allah, tapi mengapa ia meminta tolong kepada selain-Nya;
Aku hairan kepada orang yang mengaku mengetahui kenikmatan syurga, tapi mengapa ia merasa hidup tenang di dunia;
Dan aku hairan kepada orang yang mengetahui syaitan adalah musuhnya, tapi mengapa ia mentaatinya.”
Uthman bin Affan Radhiyallahu anhu
Aku hairan dengan orang yang mengetahui panasnya api neraka, tapi mengapa ia tetap berbuat dosa;
Aku hairan dengan orang yang mengaku mengenal Allah, tapi mengapa ia meminta tolong kepada selain-Nya;
Aku hairan kepada orang yang mengaku mengetahui kenikmatan syurga, tapi mengapa ia merasa hidup tenang di dunia;
Dan aku hairan kepada orang yang mengetahui syaitan adalah musuhnya, tapi mengapa ia mentaatinya.”
Uthman bin Affan Radhiyallahu anhu
terima kasih pak Ahmad* (ingat kak ana slh tulis mula2..huhu)
saya pun banyak belajar dr pak Ahmad,
moga Allah memberi dia kebaikan yg berlipat ganda selepas diberi ujian yg berat ini..
dan pak Ahmad kelihatan tenang, itu yg penting kan.. :)