Lilypie First Birthday tickers

LED: Live Enlightened in Deen with Al-Quran & As-Sunnah


Assalamualaikum! Di artikel yang lepas telah disebutkan tentang program LED yang bakal berlangsung tidak lama lagi. Petikan daripada artikel itu:

"Kenapa LED? Apa signifikannya? Kerana seperti yang kita tahu, LED itu sendiri memancarkan cahaya, dan dalam Al-Quran al-Karim sendiri, terdapat banyak ayat-ayat yang menerangkan tentang cahaya atau nur ini.

Simboliknya, Islam membawa kita keluar daripada kegelapan kepada cahaya yang terang benderang.
Daripada kegelapan jahiliyah kepada cahaya keimanan.
Betapa indahnya Islam, dan betapa indahnya ayat-ayat suciNya^_^

".....Sesungguhnya telah datang kepadamu cahaya dari Allah, dan sebuah kitab yang jelas. Dengan kitab itulah Allah menunjuki orang-orang yang mengikuti keredhaan-Nya ke jalan yang selamat. Dan Allah mengeluarkan orang-orang itu dari kegelapan kepada cahaya yang terang-benderang dengan izin-Nya, dan menunjukkan mereka ke jalan yang lurus." (Al-Maaidah, 15-16)

Jadi, program 'LED:with Al-Quran & As-Sunnah' sendiri diharapkan dapat membuatkan kita menghayati kembali nilai-nilai Islam dalam diri kita, supaya kita menjadi muslim yang lebih baik insyaAllah, keluar daripada kegelapan dan hidup dalam cahaya Islam yang syumul~"



LED insyaAllah akan berjalan mulai 4-11 Mac 2011. Disebabkan kekangan masa, acara terpaksa dikurangkan berbanding "Bulan Kesenian Islam" yang pernah dijalankan dahulu.

Antara acara & pertandingan yang akan berlangsung ialah:



1) Majlis Pembukaan & Pertandingan hafazan


Bermula dengan Pertandingan Hafazan bagi perempuan;
diikuti dengan perkongsian bersama Ustaz Rofiqi; dan
diteruskan dengan Pertandingan Hafazan bagi lelaki

2) Pertandingan KULTEN
Sebelum ini, pernah diadakan KULIM(kuliah lima minit) & KULTUM(kuliah tujuh minit).
Disebabkan kurang puas dengan lima & tujuh minit, maka kini KULTEN pula diadakan, iaitu kuliah sepuluh minit ! (percayalah, 10 minit sangat sekejap jika anda yang bercakap di hadapan:) )

3) Ekspo LED
Acara yang akan dijalankan:
Pameran buku-buku Islami
Jualan 
dan macam-macam lagi:)
4) Pertandingan sketsa dan majlis penutup
Dimulakan dengan pertandingan sketsa
Diikuti dengan majlis penutup dan penyampaian hadiah.






Tema, syarat-syarat pertandingan dan sebagainya akan diedarkan kepada setiap batch & melalui usrah iaitu melalui naqib / naqibah anda. Untuk mendaftar, sila hubungi wakil-wakil setiap batch iaitu:

07- Farizan &Nadhira
08- Khairul Anwar & Farah Wahidah
09- Azrul Reesha & Rozaliamisah
10- Amirul Kamal & Syahirah 

Melalui program ini, diharapkan kita dapat mengambil bahagian dan cuba untuk mengambil tahu akan apa itu Islam? Soalan yang sepatutnya sudah boleh dijawab oleh insan yang bersyahadah. Islam agama rahmat untuk seluruh alam.. bukan hanya milik golongan tertentu.

Sama-sama kita belajar tentang cara hidup yang kita cintai ini...

copy&paste dengan jayanya daripada blog ini

moh le reramai... 
satu masa nanti, kita akan berasa penat dengan dunia dan segala hiburan yang sebenarnya tak menggembirakan hati kita pun, dan kita akan mencari ketenangan yang hakiki... 
biarlah kita mencari SEKARANG sementara kita masih ada daripada menunggu NANTI yang mana belum tentu lagikita masih hidup di muka bumi ini...
hmmmmmm...

mari ubah cara fikir kita!

p/s: dijemput untuk sebarkan. terima kasih


Kita hanya manusia, dan manusia sering terlupa. Marilah mengingatkan sesama kita, moga berjumpa di syurga~

Reminder for the soul

“Aku hairan dengan orang yang mengetahui kematian, tapi mengapa ia masih tertawa;

Aku hairan dengan orang yang tahu bahawa dunia adalah sementara, tapi mengapa ia sangat mencintainya;

Aku hairan dengan orang yang mengetahui semua urusan telah ditakdirkan, tapi mengapa ia takut kehilangan;

Aku hairan dengan orang yang mengetahui bahwa hisab adalah suatu kepastian, tapi mengapa ia tetap mengum
pulkan harta dan menghitung-hitungnya;

Aku hairan dengan orang yang mengetahui panasnya api neraka, tapi mengapa ia tetap berbuat dosa;

Aku hairan dengan orang yang mengaku mengenal Allah, tapi mengapa ia meminta tolong kepada selain-Nya;

Aku hairan kepada orang yang mengaku mengetahui kenikmatan syurga, tapi mengapa ia merasa hidup tenang di dunia;

Dan aku hairan kepada orang yang mengetahui syaitan adalah musuhnya, tapi mengapa ia mentaatinya.”

Uthman bin Affan Radhiyallahu anhu
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Masa umpama pedang