Cerpen

Pada suatu hari sewaktu berlangsung sebuah program di kampus Universiti Jabar...
Seorang lelaki terserempak dengan seorang perempuan di kaki tangga. Seorang hendak naik dan seorang hendak turun. Mereka saling mengenali, namun bukanlah sebagai kenalan rapat... Si lelaki pun menegur si perempuan.

Lelaki: “Apa khabar?”

Perempuan: “Em, sihat..” Terpaksa berhenti apabila ditegur.

Lelaki: “Macam mana study? Ok?” Si lelaki berbasa-basi.

Perempuan: “Oh, bolehlah..” Agak kaku. Kurang selesa barangkali.

Lelaki: Tidak meneruskan kata-kata, sekadar tersenyum. Dalam hati terlintas; ‘sombongnya perempuan ni. Kereklah’


Perempuan itu cuma mahu menjaga dirinya, tidak suka bergaul dengan bukan muhrim tanpa keperluan, namun dikatakan sombong.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Di rumah perempuan itu...
“Ain, tadi ada seorang budak lelaki ni tegur aku. Dia mintak aku sampaikan kat kau, janganlah sombong sangat. Nak tanya khabar pun rasa bersalah,” Syuhada, teman serumahnya menegur.

“Janganlah garang sangat Ain.. Nanti dah jadi doktor kan ada juga ‘patient’ lelaki,” Syuhada menambah.

‘Tak puas hati rupanya mamat tadi,’ fikir Ain. “Betul la tu Syu, tapi, untuk bersedia menjadi doktor yang baik kepada pesakit lelaki itu NANTI, perlukah aku bergaul bebas dengan mana-mana ‘sahabat’ lelaki sekarang? Aku cuma mahu mengelak fitnah.”

“Laa.. Kan nabi dulu pun bukan tak pernah bercakap dengan perempuan. Kan nabi pernah tegur dan bercakap dengan sahabat Khadijah setelah isterinya itu meninggal, sehinggakan Aisyah menjadi cemburu apabila nama Khadijah juga yang disebut?” sahabatnya itu masih mempersoalkan tindakannya.

“Terpulanglah.. Benar kisah itu, cumanya adakah perempuan itu masih gadis atau sudah berusia? Pasti kau pernah dengar kisah Shafiyah dan Rasulullah, yang pada masa itu Rasulullah berbual dengan isterinya Shafiyah yang berniqab dan terlihat oleh beberapa orang sahabat. Sahabat itu merasa sangsi dan terus pergi. Kemudian Rasulullah saw memanggil mereka dan memperkenalkan perempuan berniqab itu sebagai isterinya. Barulah para sahabat lega,”

“Jadi? Apa yang kau cuba sampaikan?” Syuhada masih belum memahami sepenuhnya.

“Jika berbual antara lelaki dan perempuan itu adalah perkara yang biasa, pasti sahabat takkan berasa aneh melihat Rasulullah dan Shafiyah. Tapi sahabat itu sudah berfikir buruk sehingga terlihat pada wajahnya, dan Rasulullah pun terpaksa memanggilnya untuk menerangkan perkara sebenar. Maknanya dah jelaslah yang bergaul bebas antara lelaki dan perempuan zaman itu bukanlah suatu perkara biasa...” balas Ain panjang lebar.

“Tapi kita sekarang bukan pada zaman nabi... Kau pun bukannya isteri Rasulullah. Janganlah syadid sangat... Orang tegur, apa salahnya maniskan muka sikit. Kan memaniskan muka saat berjumpa saudara muslim itu suatu kebaikan, dan nabi pun kata jangan meremehkan suatu kebaikan itu, walaupun untuk bermuka manis saat bertemu saudaranya... Bukan dia ada niat jahat pun. Tanya khabar je,” Syuhada masih kelihatan tak berpuas hati.

“Syu... Aku pernah mendengar hadis tu dan aku faham maksudnya. Bukankah aku tidak pernah memasamkan muka saat berjumpa sahabat-sahabat muslimahku, ibu bapaku, keluargaku? Cumanya bagi aku kita perlu faham tentang hadis itu secara keseluruhan... Hadis itu umum, tapi kan ada banyak lagi ayat Al-Quran dan hadis yang bercakap tentang muamalat antara lelaki dan perempuan? Dan ayat-ayat itu lebih khusus berbanding hadis tadi,” Ain cuba menerangkan kepada sahabatnya yang dikasihinya tentang prinsip yang dipegang.

“Mungkin bagi lelaki itu, dia tiada niat yang buruk. Tapi aku? Aku tidak kuat, sekali aku buka ruang, mungkin selepas ni aku takkan malu apabila berhadapan dengan dia lagi. Mungkin itu benda kecil baginya, tapi padaku, perkara yang kecil boleh membawa kepada perkara yang besar... Bagi aku, aku sudah menjawab soalannya seadanya. Dia tanya sihat atau tidak, aku sudah menjawab. Dia tanya belajar macammana, aku balas seadanya. Bukan aku buat tak tahu. Cukuplah setakat itu... Kau pasti faham, kan?”

Kelihatan Syuhada sudah mula menerima kata-katanya. Wajahnya sudah kendur berbanding tadi. Ain pun menyambung kata-katanya saat melihat sahabat yang dikasihinya itu sudah mula berlembut dengannya.

“Kita perempuan, Syu. Hati kita lemah. Kalau kita ikut semua benda orang nak kita buat, kita jadi lalang. Bukankah hidup kita harus berprinsip? Aku bukan mahu perasan sebagai isteri Rasulullah, jauh sekali. Ibadahku kurang, akhlakku masih belum sempurna. Tapi sekurang-kurangnya kita ada usaha. Kalau tak besar, kecil pun pasti Allah nampak. Allah tak pernah lupa. Maha Suci Allah.”

“Apa maksud kau usaha ya?” Syuhada masih keliru.

“Hm, usaha kita... Untuk mengikut ajaran Islam yang sebenar dalam al-Quran dan sunnah. Kalau dulu kita rasa tak kisah bertepuk tampar dengan lelaki, sekarang bila dan tahu, kita cubalah menjaga pergaulan kita. Kawal kata-kata dan perbuatan kita dengan bukan muhrim. Lagipun kawan dengan perempuan kan boleh.. Dan bila kawan dengan perempuan pun, jagalah juga akhlak kita. Disebabkan akhlak yang mulialah ramai yang tertarik dengan Islam. Biarlah orang nak kata apa pun, biar kita rasa asing, sebab nabi kata merekalah orang-orang yang beruntung!”

“Ok... Alhamdulillah aku dah mula faham. Tapi kan, macam kes tadi, si lelaki tu kata kau macam tak berakhlak, macam mana?”

“Hehe... Aku dah agak mesti kau nak tanya lagi. Ada satu prinsip yang kita kena pegang.”

“Aik? Quran Sunnah je tak cukup ke?”
“Ni pun termasuk dalam Quran Sunnah lah ni.”
“Apa dia... eh kau ni saje nak suspen kan.haha...”

“Ni prinsip dia: ‘Mengelakkan keburukan lebih utama daripada melakukan kebaikan.’”
“Oooooooooooo...”
“Faham tak kaedahnya?”
“Eh. Tak. Hehehhh...”

“Hihi, kau ni melopong je lebih ye... Senang aku bagi contoh la ek. Kalau kau terpaksa melintas depan lelaki, dah tak ada jalan lain, apa kau buat. Jalan jelah kan. Lepastu tiba-tiba ada yang bagi salam kat kau. Lepas bagi salam, dia kata ‘Tak jawab dosa...’ Rasa-rasa kau jawab tak?”

“Heh, tak kuasa aku nak jawab. Rasa nak baling kasut lagi ada!”

“Mak, garang jugak kau ni. Hehe. Itulah maksudnya. Walaupun menjawab salam itu adalah satu kebaikan, tapi sebab yang bagi salam tu lelaki dan kau perempuan, jadi kau tak wajib untuk jawab salam dia. Tak dosa pun, hehe... Lagipun kalau kau jawab, nanti mesti bersambung episod kedua, ketiga dan seterusnya. Kan kan? Makanya, untuk elak fitnah lebih besar, diam je... Biarkan sahaja si luncai dengan labunya!”

“Aah ek? Baik mak, dah faham. Jazakillah khayran atas segala ilmu yang dicurahkan olehmu ya habibati... Cewah!”

“Ceh... Tiba-tiba jadi minah Arab pulak ye... Semoga Allah memberi balasan yang baik kepadamu juga kekasih hatiku. Hahaha... Dah-dah. Jom masak. Kata nak masak special hari ni....”

“Kejap kejap nak tanya last...”

“Hehe, silakan!”

“Contoh kau bagi tadi dengan orang yang tak rapat.. Kalau classmate ke, kawan satu persatuan ke, macammana? Kalau dia buat lawak takkan nak masam. Lagipun kalau kelakar mesti nak tergelak jugak, kan kan?”

Syuhada tersenyum.

“Itulah... Lagi-lagi kita dah akhir zaman ni, fitnah berleluasa. Tau kan maksud fitnah?”

“Tau. Macam orang tuduh kita dengan perkara tak benar. Fitnahlah tu.”

“Kalau ikut BM betul.. Tapi ada banyak maksud lain untuk fitnah ni. Antaranya ujian.

“Hmmm.`Tidaklah suatu fitnah sepeninggalku yang lebih berbahaya bagi kaum lelaki daripada (fitnah) para wanita.’ Makna dalam hadith ni ujian lah ya?”

“Hait! Bukan tuduhan. Hehe.”

“Okay2... tapi kau tak jawab lagi soalan aku...”

“Macam mana aku nak jawab ya, ilmu aku pun tak ada. Dan kadang-kadang aku pun tersasar. Hmmmm... Kita cuba jagalah kot. Terlebih, terkurang, itulah manusia. Mungkin kita kena banyak kaji sirah sahabiah, sekurang-kurang termotivasi untuk jadi lebih baik. Kan? Hehe..”

“Baiklah! Dahlah, jom masak! Tak sabar nak makan apa kau masak,”

“Hehehhe,”
Perbualan mereka pada hari itu bersambung di dapur..
Moga ukhwah antara mereka juga bersambung hingga ke syurga...

So sweet....


*agak berbeza gaya menulis di awal dan hujung cerpen. Dah kurang ‘kata sifulan’ sebab dah penat hehe insyaAllah nanti akan diedit kemudian. Feel free to comment!

Kita hanya manusia, dan manusia sering terlupa. Marilah mengingatkan sesama kita, moga berjumpa di syurga~

5 Responses so far.

  1. bile nk kuar novel??? cerpen dah ade

  2. kekangan masa nak tulis novel
    satu hari nnt.... insyaAllah

  3. as-syahir says:

    salam kak..bez bace...syera pon slalu rase berbelah bagi psl bende ni...huhuhu

  4. ^__________^

    meresap jauh dalam hati. langkah yg pertama itulah yg membawa kepada ribuan langkah yg seterusnya.

    nice.
    assalamu3laikum minallah (:

  5. AJ Nismihan says:

    salam.
    ah, ada satu yang ini;
    http://kisahklasikita.blogspot.com/search/label/Kontes%20%2299%20Hari%20Kisah%20Klasik%20Kita%22

    Mana tahu, kalau boleh berkongsi dengan khalayak yang ramai dengan ilmiah ini kan?
    terpulang.

    anyway, semoga roh kesedaran dan keimanan itu jadi pendokong kamu, keluarga dan sekalian kenalan kamu.

    ameen

    salam

Reminder for the soul

“Aku hairan dengan orang yang mengetahui kematian, tapi mengapa ia masih tertawa;

Aku hairan dengan orang yang tahu bahawa dunia adalah sementara, tapi mengapa ia sangat mencintainya;

Aku hairan dengan orang yang mengetahui semua urusan telah ditakdirkan, tapi mengapa ia takut kehilangan;

Aku hairan dengan orang yang mengetahui bahwa hisab adalah suatu kepastian, tapi mengapa ia tetap mengum
pulkan harta dan menghitung-hitungnya;

Aku hairan dengan orang yang mengetahui panasnya api neraka, tapi mengapa ia tetap berbuat dosa;

Aku hairan dengan orang yang mengaku mengenal Allah, tapi mengapa ia meminta tolong kepada selain-Nya;

Aku hairan kepada orang yang mengaku mengetahui kenikmatan syurga, tapi mengapa ia merasa hidup tenang di dunia;

Dan aku hairan kepada orang yang mengetahui syaitan adalah musuhnya, tapi mengapa ia mentaatinya.”

Uthman bin Affan Radhiyallahu anhu
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Masa umpama pedang