Melangkah ke hadapan

“Akak, tak penat ke?”
Saya yang sedang duduk terasa pelik. Dah duduk pun penat?
“Penat kenapa?” saya bertanya. Namun dalam hati seperti boleh menduga persoalan yang cuba ditanyakan.
“Tak penat ke nak aktif? Nanti studies macam mana.”
“Dah biasa kot.” Ringkas jawapan dariku.
...................

Teman-teman, kehidupan kita di dunia ini adalah ujian. Baik, buruk, suka, duka, kaya, miskin, itu semua ujian. Dan bukankah ujian itu menguji keimanan?
Ujian bagi setiap orang itu berbeza, ada yang diuji dengan kegoyahan hati, ada yang diuji dengan kekurangan fizikal, ada yang diuji dengan rasa cinta, ada yang diuji dengan banyak kenikmatan dunia. Namun tak mungkin kita diuji melainkan kita mampu untuk menghadapinya, mengatasinya.

“Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya.” (QS. 2:286)

Samada kita lulus atau tidak ujian itu, bukan terletak di tangan kita. Semuanya kerja Tuhan yang Maha Esa. Lantas apa yang kita boleh lakukan? Berusahalah. Jangan berputus asa di tengah jalan, saat kita cuma selangkah daripada kejayaan. Apa mungkin semua benda kita akan dapat dengan senang? Jikalaupun begitu, pasti bosan hidup ini jika semua benda boleh dapat. Jangan putus asa! Ia bukan sifat kita sebagai seorang mukmin,,,
“Those who quit in the middle of the road usually don’t realise that if they go on a little farther, they would have reached the destination.”
Sedih ada, kecewa juga ada setiap kali mendapat berita ada yang ingin mengundurkan diri. Namun apa hakku untuk memaksa? Hidup itu hidup kalian, dan kalian lebih tahu.

Namun itu tidak bermakna saya bersetuju.....
Penat? Pasti. Siang pergi kelas, malam kena pergi sana, pergi sini. Balik rumah kerja tak siap lagi. Esok kelas pagi sampai petang. Lepas tu ada meeting lagi. Esok meeting lagi.
AAARrRRRRghhhh malas!! Berhenti!!
Tak nak buat pape dah nak study je!!!

Tidakkah itu kelihatan seperti satu langkah ke belakang?
“Bersama setiap kepayahan, ada kesenangan”
“Pasti, bersama setiap kepayahan ada kesenangan”
Jalan ini sukar. Banyak perkara, keinginan dan hasrat harus dikorbankan.
Tapi tidakkah janji syurga di akhir semua ini menaikkan semangat kita?
Kita bukan tidak mampu melakukannya. Pasti mampu.
Melainkan tiada kaki, tiada tangan, tiada mata, mungkin lain ceritanya.
Tapi jika mereka juga mampu, apa alasan kita?

“Akak tak faham masalah saya... Akak cakap senanglah..”
Bukankah setiap manusia diuji dengan bermacam-macam perkara?
Tiada perbezaan melainkan cara kita menanganinya...

Mahu cara mudah, carilah jalan keluar.
Hidup pun senang, tak perlu banyak berfikir, buat je apa kita nak.

Cara sukar pula? Itu yang dipilih oleh Rasulullah saw. Menerima cabaran yang sangat hebat, menghadapi tentangan daripada ahli keluarganya sendiri yang sebelum itu sangat menyayanginya;
Dihina, dituduh sebagai penipu, ahli sihir, diletakkan najis unta ke atasnya saat sedang bersujud, kematian dua orang yang sangat dicintainya, salah seorangnya dalam kekufuran.
Mudahkah segala ujian itu?
Dan yang penting, bukankah rasulullah saw juga seorang manusia? Yang punya rasa sedih, bahagia seperti kita juga.

Jadi di mana bezanya?
Bezanya, dia manusia yang paling bertaqwa.
Saat dia dihina, dia mencari Tuhan.
Saat dia berasa sedih, dia mengadu pada Tuhan
Saat dia gembira, dia mengucapkan Alhamdulillah.
Saat dia bersendirian di keheningan malam, dia berdiri dan solat sehingga bengkak kakinya.

Saat kita terasa lemah, cuba kita renung kehidupan baginda. Ujian yang menimpanya adalah ujian terbesar yang dihadapi manusia. Adakah dia memilih untuk berputus asa?
Fikir-fikirkanlah sedalam-dalamnya.

Akhirnya, tiada siapa boleh berbuat apa-apa sekiranya kita tidak mahu mendengar kecuali apa yang kita hendak sahaja. ‘Selective hearing’ mungkin.
Kita meminta nasihat, tetapi kemudian menolaknya.
Alangkah ruginya...
Bukan senang untuk mendapat sahabat yang mahu menegur kita tatkala kita silap.
The truth may hurt, but it can also be liberating.
Pilihlah dengan benar sahabatku!
Semuanya terpulang pada cara fikir kita.

Fikir mudah, jadilah mudah. InsyaAllah Allah akan melapangkan jalan. Jalan ini jalan yang dipilih oleh Allah untuk kita, pasti Dia akan memudahkan kerja kita. Yakin, berusaha dan berserah padanya.

Saat lemah, adulah pada Yang Maha Mendengar. Dialah yang Maha Mengasihani, Maha Lembut... Tiada cinta sehebat cintaNya. Tiada redha semurni keredhaanNya... Jadikanlah cuma Dia tempat kita bergantung, Dia takkan mengecewakanmu...


“Demi Allah, Allah lebih gembira dengan taubat hamba-Nya dari pada seseorang di antara kamu yang menemukan kembali miliknya yang hilang di tengah padang. Barangsiapa mendekatkan diri kepada-Ku sejengkal, maka Aku mendekat kepadanya sehasta. Barangsiapa mendekatiku sehasta, maka aku mendekatinya selangkah. Barangsiapa mendekati-Ku dengan berjalan maka Aku mendekatinya dengan berlari.”
HR. Muslim
Terus kuat! Allah bersamamu.
Doa yang diajar oleh Nabi saw kepada Abu Bakar ra, sahabat yang paling dicintainya... Salah seorang penghuni syurga:
“Ya Allah ampunilah dosa-dosaku, ketidak-tahuanku, semua perbuatan burukku dan kesalahan lain yang lebih Engkau ketahui. Ya Allah, ampunilah dosa-dosaku yang telah lalu dan yang akan datang, dosa-dosa yang sengaja aku perbuat atau tidak disengaja. Engkau Yang Pertama dan Engkau Yang Terakhir, dan Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu.”
HR. Bukhari & Muslim

Teruskan melangkah ke hadapan!

Kita hanya manusia, dan manusia sering terlupa. Marilah mengingatkan sesama kita, moga berjumpa di syurga~




4 Responses so far.

  1. wah.. penulisan yang menarik. penyusunan perkataan yang sangat tersusun dan sesuai.

    satu janji nabi muhammad harus kita ingati. barangsiapa yang tidak disibukkan kearah kebaikan pasti akan sibuk kearah keburukan

    pernah tak kita terfikir, seorang rakan kita sangat aktif dalam cuba menyumbang kearah islam. kita memberi alasan bahawa takut ganggu studi. tapi apa yang kita buat? duduk bilik bermain game atau tonton cerita korea.

    tidakkah kita sedar bahawa janji itu benar? oleh itu jangan takut sibuk. sibuk adalah sesuatu yang pasti. cuma pilihan kita sahaja untuk memilih sibuk kearah manfaat atau sebaliknya. janji Allah pasti buat hambaNya samada syurga atau neraka.

  2. dr.radzi says:

    entry di atas cukup baik.
    tulisan dari hati akan terus sampai ke hati insyaAllah. sayu betul kalau baca kisah liku hidup sang nabi yang mulia...smoga kita dapat sama2 mencontohinya,amiinnn...

    komen dari cik abang di atas ni pon cukup baik. siapa makan cili terasa pedasnya. semoga cepat sembuh ya akhi??=)

  3. wah, dah lama tak ada org komen kat blog:p

    itu bukan kata2 Ali ra ek? hehe tp xpela, maksudnya benar..

    setuju! masa kalau tak guna dengan elok, mesti akan digunakan dengan sia2. bersyukurlah kita masih ada peluang untuk SIBUK di dunia, sementara belum tiba masa DIAM di dalam kubur T__T

    jzkk atas nilai tambahnya

  4. dr.radzi

    Bak kata org, jauh panggang dari api..
    mmglah kita tak boleh jadi sebaik nabi, tapi berusaha sentiasa boleh. Kan Allah melihat hati(qalb) dan amal kita. Buatlah yang termampu:)

    untuk menghayati kisah hidup nabi, hati kena hidup.. jika tidak dibajai, tiada apa boleh tumbuh di atasnya...

Reminder for the soul

“Aku hairan dengan orang yang mengetahui kematian, tapi mengapa ia masih tertawa;

Aku hairan dengan orang yang tahu bahawa dunia adalah sementara, tapi mengapa ia sangat mencintainya;

Aku hairan dengan orang yang mengetahui semua urusan telah ditakdirkan, tapi mengapa ia takut kehilangan;

Aku hairan dengan orang yang mengetahui bahwa hisab adalah suatu kepastian, tapi mengapa ia tetap mengum
pulkan harta dan menghitung-hitungnya;

Aku hairan dengan orang yang mengetahui panasnya api neraka, tapi mengapa ia tetap berbuat dosa;

Aku hairan dengan orang yang mengaku mengenal Allah, tapi mengapa ia meminta tolong kepada selain-Nya;

Aku hairan kepada orang yang mengaku mengetahui kenikmatan syurga, tapi mengapa ia merasa hidup tenang di dunia;

Dan aku hairan kepada orang yang mengetahui syaitan adalah musuhnya, tapi mengapa ia mentaatinya.”

Uthman bin Affan Radhiyallahu anhu
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Masa umpama pedang