Lilypie First Birthday tickers

Walaupun dengan merangkak...

Assalamualaikum.

Harap semua sihat. Badan sihat, Rohani sihat. Apa khabar iman hari ini? Masih tersisakah?

Orang kata, manusia tak boleh dipaksa-paksa. Masing-masing ada akal, boleh berfikir, dah dewasa. Terpulang nak menerima kata-kata seseorang atau tidak. Ikut suka lah...

Bagaimana pula jika kita seorang muslim?
Adakah kita dipaksa untuk menerima Islam?
Adakah kita memahami apa erti Islam?

Menjadi muslim bermakna kita telah rela untuk menyerah diri.

Menyerah diri kepada siapa?

Bukan kepada manusia, bukan kepada tumbuhan, tetapi kepada Pemilik segala makhluk di langit dan bumi.

Sejauh mana syahadah yang dilafazkan membekas dalam diri kita?

Sejauh mana kita telah mengorbankan segala keinginan dan kehendak hati kita semata-mata untuk melakukan apa yang Allah mahu?

Kita, manusia, sangat bijak.

Kenapa? Kerana kita adalah makhluk yang sangat pandai memberikan 'excuse' kepada diri kita. Kita banyak melakukan dan mengatakan sesuatu untuk menyedapkan hati kita...

Aidiladha baru sahaja berlalu. Juga dikenali sebagai hari raya korban.
Lalu kita pun berkata, 'oh hari ini aku berkorban dengan berada di universiti, tidak pulang beraya demi pelajaran, demi sebuah pengorbanan...'

Soalnya, adakah kita telah membuat pilihan itu, atau kita tiada pilihan lain melainkan itu?

Jangan salah faham maksud saya... benar itu juga suatu bentuk pengorbanan. Namun pengorbanan itu kita mampu melakukannya. Jadi kita pun berbahagialah dengannya, dan mengatakan aku sudah mengorbankan sesuatu!

Bagaimana pula dengan banyak lagi perkara yang belum kita korbankan?

Kita masih belum menghayati erti pengorbanan, seandainya kita cuma memikirkan perkara yang kita SENANG dan MAMPU korbankan.

Bagaimana pula dengan nafsu keinginan kita yang tak pernah puas?
Bagaimana pula dengan suruhanNya yang kita masih berdolak-dalih untuk lakukan?
Bagaimana pula dengan dosa yang kita masih kita bangga untuk paparkan, walaupun Allah telah menutup aib kita pada asalnya, dan kita yang membukanya untuk paparan umum?

Pengorbanan?

Langkah pertama untuk melakukan pengorbanan adalah dengan mengakui kebenaran terutama terhadap diri kita sendiri...
Andai kita sendiri masih 'bermimpi' dan merasakan diri sendiri sudah sempurna, apa lagi yang tinggal untuk dikorbankan?
Jika kia sibuk melihat kepada orang lain, dan kita lupa untuk melihat ke dalam diri kita, di mana dan ke manakah kita?

Wahai orang-orang yang beriman! Hendaklah kamu menjadi orang-orang yang sentiasa menegakkan keadilan, lagi menjadi saksi (yang menerangkan kebenaran) kerana Allah, sekalipun terhadap diri kamu sendiri atau ibu bapa dan kaum kerabat kamu. Kalaulah orang (yang didakwa) itu kaya atau miskin (maka janganlah kamu terhalang daripada menjadi saksi yang memperkatakan kebenaran disebabkan kamu bertimbang rasa), kerana Allah lebih bertimbang rasa kepada keduanya. Oleh itu, janganlah kamu turutkan hawa nafsu supaya kamu tidak menyeleweng dari keadilan. Dan jika kamu memutar-balikkan keterangan ataupun enggan (daripada menjadi saksi), maka sesungguhnya Allah sentiasa Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan.
Surah An-Nisa, 4:135


'Bukti Cinta Sang Hamba' tema qurban kali ini.
Tema yang diilhamkan daripada pengorbanan seorang Ibrahim dan seorang Ismail
semata-mata kerana CINTA.

Tanpa cinta, tiada pengorbanan.

Miliklah siapakah cinta itu?
Tanyalah hatimu.
Kamu lebih mengetahuinya.

Wujudkah cinta itu pada yang berhak menerimanya?
Sudahkah rasa cinta itu diberi pada Pemilik segala Cinta?

Apa juga yang kita lakukan dalam hidup ini, jika kita berhenti untuk melihat, pasti akan ada kekosongan yang meminta terisi... Dan kekosongan itu bukan boleh diisi oleh sebarang orang atau benda... Kekosongan itu hanya boleh diisi oleh pemiliknya. Setujukah kita bahawa jasad ini bukan milik kita? 

Semoga kekosongan itu terisi.
Semoga 'qalbu' kita semakin pulih.
Pulih untuk menjalankan tugas asalnya, sebagai 'penapis' bagi segala apa yang kita terima, dengar lihat.
Agar ia dapat membezakan yang mana benar dan mana salah...

Berusahalah untuk memulihkan segumpal daging itu.

Walaupun dengan merangkak...

Kerana kita telah berjanji semasa di alam ruh untuk menjadi hamba yang taat kepadaNya, untuk menyerahkan hidup di dunia demi mencapai kebahagiaan di akhirat...
Tiada paksaan terhadap kita untuk melafazkan janji itu. Lantas mengapa kita terlalu sukar untuk mengotakan janji itu? Allah...


Berusahalah untuk menjadikan ikrar itu satu kenyataan.

Meskipun dirimu merangkak.
Itu ikrar hidupmu. Yang lain hanyalah tipu daya yang membutakan.
Kembalilah pada janji itu...
Janji yang telah terpatri, dan akan disoal olehNya nanti...

"Dan (ingatlah wahai Muhammad) ketika Tuhanmu mengeluarkan zuriat anak-anak Adam (turun-temurun) dari (tulang) belakang mereka, dan Ia jadikan mereka saksi terhadap diri mereka sendiri, (sambil bertanya dengan firmanNya): "Bukankah aku Tuhan kamu?" Mereka semua menjawab: "Benar (Engkaulah Tuhan kami), kami menjadi saksi". Yang demikian supaya kamu tidak berkata pada hari Kiamat kelak: "Sesungguhnya kami adalah lalai (tidak diberi peringatan) tentang (hakikat tauhid) ini".
Surah Al-A'raf. 7:172

Allah, ampunkanlah dosa-dosa kami...

Farhana.
10.41 pm, Jatinangor.
Jawa Barat, Indonesia




Kita hanya manusia, dan manusia sering terlupa. Marilah mengingatkan sesama kita, moga berjumpa di syurga~

Reminder for the soul

“Aku hairan dengan orang yang mengetahui kematian, tapi mengapa ia masih tertawa;

Aku hairan dengan orang yang tahu bahawa dunia adalah sementara, tapi mengapa ia sangat mencintainya;

Aku hairan dengan orang yang mengetahui semua urusan telah ditakdirkan, tapi mengapa ia takut kehilangan;

Aku hairan dengan orang yang mengetahui bahwa hisab adalah suatu kepastian, tapi mengapa ia tetap mengum
pulkan harta dan menghitung-hitungnya;

Aku hairan dengan orang yang mengetahui panasnya api neraka, tapi mengapa ia tetap berbuat dosa;

Aku hairan dengan orang yang mengaku mengenal Allah, tapi mengapa ia meminta tolong kepada selain-Nya;

Aku hairan kepada orang yang mengaku mengetahui kenikmatan syurga, tapi mengapa ia merasa hidup tenang di dunia;

Dan aku hairan kepada orang yang mengetahui syaitan adalah musuhnya, tapi mengapa ia mentaatinya.”

Uthman bin Affan Radhiyallahu anhu
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Masa umpama pedang