Lilypie First Birthday tickers

Kisah David Wu Boon Chuan

Entry sblm ni tak sambung lagi tp saja nak share citer yg saya baru tahu. Kisah David Wu Boon Chuan memeluk Islam. Siapakah beliau? teka sendiri =)

Soalan: Ceritakan bagaimana saudara berminat untuk mengenali Islam.
Mr. Wu: Semuanya bermula sekitar tahun 70-an. Masa tu saya masih menetap bersama keluarga saya di Sabah. Sebelum memeluk Islam, saya penganut agama Buddha. Sebetulnya, ketika zaman kanak2, saya banyak nak tahu tentang agama. Entahlah, dalam hati saya ni penuh dengan macam2 soalan berkaitan agama. Semuanya bermula apabila saya melihat ibu saya mempersembahkan makanan sambil menyalakan colok.

Bila saya tannya kenapa mak kena buat semua ini? Jawapan ibu saya, ini semua untuk jamu dewa-dewi kita. Dengan harapan apabila persembahan ini diterima, maka cerahlah peluang untuk roh nenek moyang kita dihidupkan semula. Selain itu banyak lagi benda yg asyik saya tanyakan.

Agaknya apabila terlalu banyak sangat bertanya, saya mula mendapat habuan. Saya ditampar dan dikurung dalam bilik seharian tanpa diberi makan. Itu antara peristiwa yg berlaku. Tak lama kemudian, saya belajar di sekolah menengah. Pada tahun 1970an, agama Kristian cukup berpengaruh di Sabah. Setiap sekolah menengah di sana mesti ada nama St. Setiap hari Ahad kami akan ke gereja.

Di gereja rutin yg kami lalui sama saja. Menyanyi lagu2 untuk memuji2 kebesaran Tuhan. Hati saya terdetik, kenapa kita kena nyanyi untuk memuji Tuhan? Sedangkan kalau kita sunyi atau bosan, kita ambil gitar kita menyanyi untuk suka-suka. Tapi untuk menghambakan diri pada sesuatu yg mulia takkan kita nak buat perkara yg sama. Jadi tak istimewa lah Tuhan tu kalau kita sebagai hambanya melayannya mengikut cara yg sama.

Saya juga melalui proses pengampunan atau pembersihan jiwa. Kami diberi makan secebis roti yg merupakan jasad kepada Jesus dan minuman wain merah yg dianggap sebagai darah kepada Jesus. Sebaik minum dan makan saya lihat kawan2 saya ada yg hysteria dan jatuh pengsan. Mereka macam diresapi roh sesuatu. Yang saya peliknya, kenapa saya pula tak pengsan macam mereka.

Saya mula merasakan ada sesuatu yg tak kena pada saya dan agama yg saya anuti pada waktu itu. Saya kemudian bertanya hal ini kepada paderi. Saya tanya kenapa saya tak menggelupur dan jatuh pengsan macam org lain. Paderi memaklumkan mungkin badan saya diresapi roh jahat. Kemudian dia bacakan mantera sambil ibu jari dia dipekapkan pada dahi saya.

Tapi seperti sebelumnya, tidak ada apa2 pun berlaku ke atas saya. Saya pun mula menyoal paderi itu beberapa soalan. Kemudian, paderi mengarahkan saya menghadiri kelas Sunday School untuk Bible Study dan cari jawapan kepada soalan yg saya ragui. Tapi sampai sudah saya rasa, ada banyak soalan tak terjawab walaupun saya dah diajar tentang Bible.

Setahun berikutnya saya belajar di tingkatan lima. Sewaktu di Tingkatan lima, kami diwajibkan mengambil satu mata pelajaran tambahan. Masa tu saya Cuma ada pilihan untuk ambilmata pelajaran Pendidikan Islam.

Guru yg mengajar subjek ini kebanyakannya dari Semenanjung. Masa tu saya berminat nak tahu apa itu Islam. Walaubagaimanapun, system pendidikan pada waktu itu menghalang mana2 guru yg cuba untuk menyebarkan agama Islam. Mereka hanya boleh mengajar subjek tersebut. Jika mereka melanggar arahan, tindakan akan diambil.

Saya teruja nak tahu apa itu Islam. Dalam diam2 saya cuba bertanya dengan cikgu Semenanjung. Cikgu hanya memaklumkan kalau nak tahu tentang Islam baca buku yg berkaitan dengan Islam. Ada juga cikgu yg beri saya buku berkaitan Islam. Tapi buku itu terlalu tinggi tahapnya untuk orang yg tak ada asas macam saya. Ini tak boleh jadi, saya mesti cari jalan lain. Nak dijadikan cerita, saya ada seorang kawan baik seorang Islam. Saya Tanya dia, apa itu Islam? Dia terangkan Islam itu agama yg mengajar kepada suci dan bersih. Kalau nak berhubung dengan Allah kita kena sucikan diri, ambil wudhu’ dan solat lima waktu. Bila kita sembahyang dalam keadaan khusyuk, kita dapat merasai kelazatan Islam itu.

Saya cakap pada kawan saya, kalau aku nak masuk Islam boleh tak? Kawan saya cakap, nak masuk Islam bukan sewenang2nya, kita kena ucapkan dua kalimah syahadah, barulah kita layak bergelar seorang muslim.

Saya pun senyap2 beli buku panduan solat, nak tahu macam mana orang islam solat. Dalam buku itu, disediakan juga panduan dengan gambar rajah melakukan solat. Saya belajar sendiri.

Selain itu, waktu saya tengah belajar tentang Islam, saya usaha menggunakan duit belanja sekolah untuk beli songkok, baju melayu dan capal. Saya membelinya secara diam-diam. Saya sorok semuanya, bila dah lengkap sepersalinan, saya pun dengan yakin pergi masuk masjid.

Lepas ambil wudhu’ yg tunggang langgang, saya pun terus menunaikan solat yg saya main bedal je. Bila dah selesai, saya tak rasa sesuatu pun yg meresap dalam hati. Saya dah putus asa. Dalam hati saya pada waktu tu, semua agama dalam dunia ni penipu. Dengan langkah kaki yg berat saya melangkah keluar dari masjid.

Baru dua tiga tapak kaki saya meninggalkan masjid, tiba2 azan berkumandang. Setiap baris azan yg dilaunkan bilal, air mata saya tiba2 menitis satu persatu. Dalam hati saya terasa ada sesuatu yg menarik tentang Islam. Entah dari mana datangnya satu perasaan yg saya tak pernah rasa selama ini. Saya rasa inilah agama yg saya cari2 selama ini.

Saya kemudia berlari keluar dari perkarangan masjid kemudian duduk di bawah satu pokok di sebelah masjid itu. Sambil menangis, saya terus mendengar suara imam mengimamkan solat. Secara rasminya itulahtitik mula saya nak mendalami Islam. Itu peristiwa yg susah saya nak lupa waktu usia saya 17 tahun.

Soalan: Secara rasminya bila saudara memeluk Islam?

Mr. Wu: Tahun 1982 saya berhijrah dari Sabah ke KL. Masa tu selepas tamat tingkatan lima, saya tak ada kerja. Datuk saya pun galakkan saya ke KL. Memandangkan pada masa itu, kalau nak dalami Islam jalan terbaik adalah pergi ke Semenanjung, sambil menyelam saya minum air. Niat hati nak cari kerja tapi dalam masa yg sama saya nak dalami lagi agama Islam. Saya jadi pelakon drama TV. Sepanjang tempoh itu saya terus mengenali Islam perlahan2, sampailah usia saya 26 tahun, saya nekad nak jadi orang Islam.

Secara rasminya pada tarikh 26 Jun 1991, saya mengucap dua kalimah syahadah. Proses tersebut berlaku di ABIM Jalan Ritchi, Ampang. Kalau nak tahu, orang yg menjadi saksi saya memeluk agama suci ini ialah bapa kepada pelakon dengan imej muslimah – Wardina Safiyyah Fadlullah.

Sebelum memeluk Islam lagi saya dah menjalani kehidupan macam Muslim yg lain. Saya tak minum dan makan makanan yg haram. Dah lama saya tinggalkan. Jadi tak ada masalah bila saya memeluk Islam.

Soalan: Bagaimana penerimaan keluarga terhadap tindakan saudara?
Mr. Wu: Ada ahli keluarga mempertikaikan tindakan saya. Ada juga pihak yg marah dengan saya. Sewaktu baru memeluk agama Islam, keluarga tak merestui keputusan saya dan hubungan saya dengan keluarga renggang. Tapi lama-kelamaan semuanya kembali pulih. Keluarga akhirnya boleh menerima saya kembali.

Soalan: Bagaimana dengan kehidupan sekarang?

Mr. Wu: Kehidupan saya macam biasa, kalau tak sibuk di lokasi penggambaran, saya suka habiskan masa membaca buku dan mendengar muzik. Kalau dulu rajin juga saya libatkan diri dengan aktiviti rock climbing, tapi sekarang dah jarang.

Saya rasa saya ni agak susah difahami orang lain. Saya ni orang yg membosankan, low profile, tak suka membuang masa ke kelab malam. Saya tak merokok, tak minum arak, saya juga seorang lelaki yg sering kehausan ilmu. Habis shooting dunia saya ialah membaca. Sampai sekarang, saya sangat boros membeli buku-buku yg berkaitan dengan agama Islam.

Saya boleh labelkan yg saya ni seorang ulat buku. Sebabtu sampai sekarang saya masih belum berkahwin. Mungkin cara saya ini tak menarik perhatian perempuan yg suka bergembira. Saya anggap saya ini belum ada jodoh. Lagi satu bukan mudah nak cari wanita yg boleh membantu saya memikul tanggungjawab untuk mengislamkan keluarga saya yg masih dalm agama berlain dengan saya.

Soalan: Boleh ceritakan kenangan atau pengalaman di bulan puasa dan raya?

Mr. Wu: Tak ada yg istimewa. Biasa saja. Lazimnya saya akan sambut raya sendirian ataupun berkunjung ke rumah rakan2 di KL. Jarang saya pulang ke kampong halaman memandangkan keluarga saya menyambut Tahun Baru Cina. Saya juga jarang balik ke kampung untuk meraikan Tahun Baru Cina.

TAMAT. 

Kita hanya manusia, dan manusia sering terlupa. Marilah mengingatkan sesama kita, moga berjumpa di syurga~

http://cahaya-kemuliaanku.blogspot.com/2009/06/kisah-david-wu-boon-chuan.html

Reminder for the soul

“Aku hairan dengan orang yang mengetahui kematian, tapi mengapa ia masih tertawa;

Aku hairan dengan orang yang tahu bahawa dunia adalah sementara, tapi mengapa ia sangat mencintainya;

Aku hairan dengan orang yang mengetahui semua urusan telah ditakdirkan, tapi mengapa ia takut kehilangan;

Aku hairan dengan orang yang mengetahui bahwa hisab adalah suatu kepastian, tapi mengapa ia tetap mengum
pulkan harta dan menghitung-hitungnya;

Aku hairan dengan orang yang mengetahui panasnya api neraka, tapi mengapa ia tetap berbuat dosa;

Aku hairan dengan orang yang mengaku mengenal Allah, tapi mengapa ia meminta tolong kepada selain-Nya;

Aku hairan kepada orang yang mengaku mengetahui kenikmatan syurga, tapi mengapa ia merasa hidup tenang di dunia;

Dan aku hairan kepada orang yang mengetahui syaitan adalah musuhnya, tapi mengapa ia mentaatinya.”

Uthman bin Affan Radhiyallahu anhu
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Masa umpama pedang