Lilypie First Birthday tickers

Wanita, jagalah dirimu...

Assalamualaikum~

Kedudukan seorang wanita di sisi Islam adalah sangat mulia.
Sebuah hadith yang menunjukkan betapa tingginya martabat seorang wanita yakni ibu:
Hadith dari Mu’awiyah bin Jahimah (معاوية بن جاهمة ) yang datang kepada Nabi S.A.W. dan berkata:


يا رسول الله أردت أن أغزو، وقد جئت أستشيرك, فقالهل لك أم؟ قال: نعم. قال : فالزمها فإن الجنة تحت رجليها

Maksudnya: “Wahai Rasulullah, aku ingin pergi perperang, aku datang untuk meminta pandangan-mu. Nabi S.A.W. bertanya: Apakah kamu mempunyai ibu? Jawabnya: “Ya”. Sabda Nabi S.A.W.: Peliharalah (berbuat baiklah kepada) dia, sesungguhnya syurga berada di bawah dua kakinya.”*
*Riwayat al-Nasa’I dan selainnya. Disahihkan oleh al-Hakim dan disepakati oleh al-Zahabi, diperakui juga oleh al-Munziri. Al-Albani pula menghasankan isnad hadith ini

Nah, betapa mulianya kedudukan seorang wanita dalam Islam. Oleh sebab itu Islam sangat mementingkan kehormatan seorang wanita. Allah menetapkan hukum-hukum khusus tentang wanita (contohnya aurat) mengikut kehendakNya, dan terbukti tujuannya hanyalah untuk memelihara kesucian seseorang wanita, dan BUKAN untuk mengongkong ~

Namun hakikatnya zaman ini wanita muslimah semakin keliru tentang batas aurat yang harus dijaga oleh mereka. Pada zaman moden ini, ramai pihak yang berlumba-lumba untuk mengadakan busana muslimah khas untuk wanita Islam, namun adakah benar busana muslimah yang kita lihat sekarang benar-benar memenuhi syarat menutup aurat bagi seorang wanita?

Contohnya di Malaysia, dengan bertambahnya fesyen bagi golongan muslimah, kebanjiran fesyen2 tudung contohnya selendang yang bermotif yang cantik untuk dipandang. Selain itu banyak juga majalah-majalah khas untuk wanita yang mempamerkan 'busana muslimah', yang dikatakan membolehkan wanita untuk berfesyen di samping memelihara nilai-nilai agama.

Persoalannya, benarkah?

Jom kita lihat beberapa ayat2 alQuran dan alHadith yang menceritakan tentang perihal aurat seorang wanita~




Daripada Abu Hurairah r.a., katanya Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, “Ada dua macam penghuni neraka yang kedua-duanya belum kelihatan olehku. Pertama, kaum yang memiliki cambuk seperti ekor sapi yang digunakan untuk memukul orang lain. Kedua, wanita yang berpakaian tetapi sama seperti telanjang (kerana pakaiannya tidak menutup aurat, nipis dan mendedahkan bahagian yang tidak sepatutnya dilihat bukan muhrim) dan wanita yang mudah dirayu dan juga suka merayu. Wanita tersebut tidak dapat masuk syurga, bahkan tidak dapat mencium bau syurga, padahal bau syurga itu dapat dicium sejauh perjalanan demikian dan demikian”
(Sahih Muslim)

Mereka dikatakan berpakaian, kerana memang mereka itu melilitkan pakaian pada tubuhnya, tetapi pada hakikatnya pakaiannya itu tidak berfungsi menutup aurat, kerana itu mereka dikatakan telanjang, kerana pakaiannya terlalu tipis sehingga dapat memperlihatkan kulit tubuh, seperti kebanyakan pakaian perempuan sekarang ini. ( Al-Halal Wal Haram Fil Islam, Dr Yusof Al-Qaradawi)


“Hai Nabi katakanlah kepada istri-istrimu, anak-anak perempuanmu dan istri-istri orang mukmin: "Hendaklah mereka menghulurkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka." Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, karena itu mereka tidak diganggu. Dan Allah adalah Maha pengampun lagi Maha Penyayang.” (Surah al-Ahzab 33:59)

" .....hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi
dada-dada mereka..... "
(An-Nur 24:31)

sabda Rasulullah kepada Asma’ binti Abu Bakar,
“Wahai Asma’ sesungguhnya seorang wanita itu apabila telah baligh (haidh) maka tidak boleh baginya menampakkan tubuhnya kecuali ini dan ini, seraya menunjukkan wajah dan telapak tangannya.”
[HR Abu Dawud]



***ciri-ciri pakaian menutup aurat yang dituntut oleh syara‘ bagi wanita itu adalah seperti berikut:

1. Pakaian yang longgar. Bukan pakaian sempit yang menampakkan susuk atau bentuk tubuh badan.

2. Pakaian yang labuh yang menutupi keseluruhan anggota aurat.

3. Pakaian yang menutup warna kulit anggota aurat dari kelihatan. Bukan pakaian yang nipis atau jarang yang menampakkan warna kulit dan bayang-bayang tubuh dari luar.

dan banyak lagi~ namun cukuplah sekadar apa yang diberikan.

Jadi, adakah fesyen wanita yang kita lihat sekarang mematuhi 'skema jawapan' yang ditetapkan oleh Allah?
Kita tidak boleh terlalu teruja dengan apa yang kita lihat dalam dunia fesyen sekarang...
Cantik di pandangan manusia belum tentu cantik pada pandangan Allah..
dan cantik pada pandangan kita pun belum tentu cantik di mata orang lain.
Tidakkah kita pernah menyoal untuk apa kita menunjuk-nunjuk apa yang ada pada diri kita?
Sedangkan walau tanpa semua itu, wanita itu sendiri sudah kelihatan cantik di mata lelaki.
Jadi usahlah menyusahkan orang lain dengan perkara yang kita lakukan...
Seandainya kita tidak peduli tentang masa depan kita, janganlah merosakkan masa depan orang lain

Harus diingat kita adalah wanita Islam, dan darjat kita tidak sama dengan wanita lain. Kita menjadi mulia kerana Islam, jadi janganlah kita kembali kepada zaman jahiliah yang mana wanita tiada nilai pun di mata masyarakat.

Ketika zaman jahiliah belum diturunkan perintah kepada wanita supaya memelihara aurat,jadi siapakah yang lebih baik? Kita atau mereka? Sedangkan mereka merupakan masyarakat yang jahil dan tiada petunjuk diberikan kepada mereka, dan kita hanya tinggal untuk patuh sahaja.

Ingatlah muslimah yang tersayang, kehendak nafsu dan akal tidak boleh mendahului dalil dan nas dalam al-Quran dan as-Sunnah. Biarlah orang-orang Barat dengan cara mereka, dan kita dengan agama kita.
Tidak sama kita dengan mereka.
Andai benarlah syahadah yang kita lafazkan acapkali,

"Tiada tuhan selain Allah, dan Muhammad itu pesuruh Allah"

maka buktikanlah apa yang dilafazkan itu.
Buktikanlah bahawa kita merupakan wanita muslimah dengan bersungguh-sungguh berusaha untuk memelihara aurat kita, untuk berserah diri kepada Allah dengan mengharapkan syurga.
Hentikanlah daripada berangan-angan untuk mendapatkan syurga jika tidak mahu berjuang untuk mendapatkannya..
Suatu ingatan buat saya dan kita semua..

Wanita sekarang menjadi fitnah terbesar bagi kaum lelaki...
Kita hanya mampu membayangkan betapa kewujudan kita mampu menggugat keimanan seorang lelaki,
namun hakikatnya kita takkan mampu mengetahui betapa hebatnya dugaan itu.

Harus diingat runtuhnya sebuah bangsa kerana rosaknya para wanita, dan hebatnya suatu bangsa kerana kehebatan wanitanya melahirkan lelaki-lelaki yang hebat!
Adakah kita tegar membiarkan lelaki kalah dengan kita semata-mata kerana kurangnya ketaatan kita pada Allah? Betapa kita mementingkan diri sendiri, membuat sesuatu perkara semata-mata mengikut kehendak hati kita tanpa memikirkan natijah tindakan kita itu terhadap orang lain...

Ingatlah, ahli neraka nanti kebanyakannya tergolong daripada wanita...
Adakah kita rela dicampak ke dalam neraka?
Menghadapi seksaan di dalamnya?
Tiada siapa yang sangguppp.sedangkan panas matahari pun sudah tidak tertahan,
apatah lagi neraka yang sudah pasti lebih dahsyat lagi

Hati seorang wanita itu sangat lembut... Namun lembut bukan bermakna lemah!
Jangan sekali-kali kita kalah dengan kehendak hati kita,
Jangan sekali-kali kita kalah dengan perasaan kita,
Jadilah wanita-wanita kuat,
yang sanggup berkorban demi kepentingan agama,
yang akan melahirkan generasi penyambung perjuangan Islam!

*******
Saya memohon ampun seandainya tulisan ini mengguris hati mana-mana pihak...
Tiada niat lain melainkan kerana kasih sayang sesama kita...
semoga kita sama-sama dapat memperbaiki diri dalam menggapai cinta Ilahi...
amiiin ya rabbal alamin~

“Barangsiapa yang mengerjakan amalan shalih, baik laki-laki maupun perempuan dalam keadaan beriman, maka sesungguhnya akan kami berikan kepadanya kehidupan yang baik dan akan kami beri balasan pula kepada mereka dengan pahala yang lebih baik dari apa yang telah mereka kerjakan.” (An Nahl: 16:97)


*This is the edited version from the original post

4 Responses so far.

  1. doakan aku lebih terbuka hati cleo..
    asik separuh jalan je nih.hurmm..

  2. Dr Hana says:

    norfaridahanum-

    Aku sentiasa doakan akan berjumpa dengan orang-orang yang aku sayang kat syurga=)

    Semoga hati kita mudah lembut apabila didengarkan ayat-ayat cintaNya, sentiasa dalam redha n keberkatanNya, tidak pernah hilang dari pandanganNya n sentiasa diberikan taufiq n hidayah olehNya, moga2 kite sentiasa berada dalam jalan yang lurus :)))


    amiiiiin...

  3. syuhadah says:

    kiter yg sudh sedar dan faham tentng kepentgn menutup aurat..alhamdulillah dan trus istiqomah..

    tapi untk memberitahu dan memahamkan org lain,sye masih mencari-cari caranya..cm ne eh?hmm..

    `sedarilah insan istimewa,bahawa kelembutan bukan kelemahan,bukan jua penghinaan dari Tuhan,malah sebagai hiasan kecantikan..`(lagu fav,Wanita by dehearty)

  4. Dr Hana says:

    syuhadah- the 1st step insyaAllah kita dah buat, which is tunjukkan contoh yang baik pada orang... the second step dan seterusnya...

    hmm...kita cuba wujudkan perasaan perlukan tuhan dulu kot, dan kalau nak Allah sayang kita, kita buat apa yang Allah nak kan kan?

    tapi dakwah ni satu seni... kena try and error dan melihat pada mad'u juga...

    hmm... sama2 kita berusaha menjadi daie yang baik insyaAllah :)

Reminder for the soul

“Aku hairan dengan orang yang mengetahui kematian, tapi mengapa ia masih tertawa;

Aku hairan dengan orang yang tahu bahawa dunia adalah sementara, tapi mengapa ia sangat mencintainya;

Aku hairan dengan orang yang mengetahui semua urusan telah ditakdirkan, tapi mengapa ia takut kehilangan;

Aku hairan dengan orang yang mengetahui bahwa hisab adalah suatu kepastian, tapi mengapa ia tetap mengum
pulkan harta dan menghitung-hitungnya;

Aku hairan dengan orang yang mengetahui panasnya api neraka, tapi mengapa ia tetap berbuat dosa;

Aku hairan dengan orang yang mengaku mengenal Allah, tapi mengapa ia meminta tolong kepada selain-Nya;

Aku hairan kepada orang yang mengaku mengetahui kenikmatan syurga, tapi mengapa ia merasa hidup tenang di dunia;

Dan aku hairan kepada orang yang mengetahui syaitan adalah musuhnya, tapi mengapa ia mentaatinya.”

Uthman bin Affan Radhiyallahu anhu
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Masa umpama pedang