Lilypie First Birthday tickers

Saya sayang dia~

Hari ni saya nak cakap pasal Mama. Alawiyah Ahmed Dahalan, anak sulung dari 9 adik beradik kepada pasangan Ahmed Dahalan dan Ainun Jariah, arwah atuk n arwah wanku :)

Mama dulu cikgu BM, tapi kami lepas satu family ikut ayah atas tuntutan kerja, Mama mengambil cuti tanpa gaji dan  menjadi suri rumah sepenuh masa untuk keluarga kami. Jadi semasa saya membesar, Mamalah yang uruskan semua urusan, Mamalah yang memasak, mama jugalah yang menghantar kami pergi sekolah, semua pun Mama buat. Memang hebatlah Mama saya^_^

Lepas kembali ke Malaysia, ibuku pun menyambung balik tugasnya sebagai cikgu di SMKSSAAS. Setelah tamat sekolah rendah, saya menyambung pembelajaran di SMKSSAAS. Jadilah saya seorang anak cikgu. "Kamu ni anak kak Awi ya??" dialog yang sering berulang-ulang di antara saya dan cikgu-cikgu di sekolah.

Ya, saya!(sambil tersengih-sengih malu:P) Saya menjadi 'anak cikgu' sampailah tingkatan 4 apabila dapat tawaran melanjutkan pelajaran ke SAMURA di Muar. Bagaimana peristiwa itu terjadi, itu mungkin kita boleh ceritakan lain kali;)

Mama, kuat semangat orangnya. Saya tak pernah ingat kalau Mama ada menangis di hadapan anak-anak. Masa arwah atuk meninggal dulu pun, tak nampak pun Mama menangis. Tenang sangat. Andai ada air mata pun, pasti disorokkan dari kami adik beradik. Pernah sekali, sewaktu ayah menceritakan kepada kami kisah sedih yang pernah berlaku dalam keluarga kami, riak muka Mama tidak berubah langsung. "Nak buat macam mana," kata mama. Itu salah satu perkara yang membuatkan daku kagum akan ibuku, iaitu ketabahannya, walaupun dalam hati, diri ini tahu Mama pasti bersedih namun tak pernah ditunjukkan di hadapan kami...

Sewaktu saya di tingkatan 5, sewaktu arwah Wan meninggal pun, Mama lah yang menenangkan daku sewaktu diriku menangis di pondok telefon tatkala mendengar berita sedih itu. Kadang-kadang terfikir, daripada mana saya mendapat perangai sering menangis sedangkan sangat jarang sekali untuk melihat ibuku menangis. Dialah yang sering kuat menghadapi apa pun dugaan yang melanda.Hmm..

Walaupun kami bukanlah anak-anak yang paling baik, paling taat, suka susahkan hati mama dan ayah, mama sangat penyabar orangnya. Jarang sekali dengar mama meninggikan suara kecuali saat-saat tertentu, itu pun sebab kami suka buat salah kat mama dan memang patut dimarahi pun. Huuu~ *_*

Saya teringat lagi masa darjah 6. Masa tu hari anugerah cemerlang, dan diri ini tercalon untuk menerima anugerah tokoh murid. Alkisahnya, sudah rezeki anugerah tokoh murid jatuh kepada saya~ hehe. Tak kisahlah. Bukan tu yang nak diceritakan. Yang nak diceritakan adalah selepas menerima anugerah itu, mama datang ke depan, terus peluk dan cium pipiku.heee. Bukan senang tau nak dapat peluk cium mama. Mahal tu. Ada yang cemburu? Ada tak? Ada kan kan kan? ngeee.

Begitulah lumrahnya. Jarang sekali mama meng'ekspresi'kan sayangnya untuk anak-anak, dan ketika terjadi, terlebih seronok pula ^_& Tetapi... Kita sepatutnya boleh menilai sendiri, setiap tindakan mak kita, tidak lain hanyalah demi kebahagiaan dan kesenangan anak-anaknya.

Setiap kehendak kita cuba untuk dituruti walaupun kadang-kadang kita sebagai anak tak layak pun untuk meminta-minta. Jarang sekali untuk mensyukuri nikmat yang dikurniakan kepada kita iaitu kedua ibu bapa kita. Hatta sekalipun ibu bapa kita jarang sekali hendak mengungkapkan rasa cintanya terhadap anak-anak, perkara itu bukanlah rahsia kerana mereka sering menzahirkannya melalui tindak-tanduk mereka. Actions DO speak louder than words;)

Hmmm...sekarang tengah tengok cerita Nur Kasih di tv3........ dot com dot my. Belum balik Malaysia lagi:p

Best cerita ini, penuh dengan nilai-nilai kekeluargaan. Rasa nak menangis je bila tengok cerita ni. Ok memang dah nangis pun. haha. Maaf saya memang cengeng. Terpaksa mengaku, itu pun pada waktu-waktu tertentu sahaja.. Cerita-cerita pasal family ni memang membuatkan diri ini menjadi murah dengan air mata-_-"

Drama Nur Kasih best, walaupun ada adegan-adegan yang tak diperlukan dan menyemakkan mata sahaja, dan mungkin boleh diperbaiki lagi. Ceh... ala-ala pengkritiklah pula kan. uhu.

Apa pun, ambillah yang baik dan buanglah yang buruk jauh-jauh.

SO, THE MORAL OF THE STORY IS:

Sayangilah keluarga anda, kerana belum tentu orang lain mendapat nikmat seperti kita. Banyak orang yang membesar tanpa kasih sayang daripada salah seorang atau kedua-dua ibu bapa... Jadi hargailah apa yang kita ada, dan janganlah mengeluh tentang apa yang kita tidak atau belum miliki.

Moga kita tidak pernah lekang daripada sifat berkasih-sayang (pada yang berhak sahaja), kerana jika diteliti, banyak kerosakan yang berlaku dalam masyarakat kita kerana kurangnya kasih sayang. Kekurangan kasih sayang itu akan membawa kesan yang sangat besar dalam kehidupan seseorang. Percayalah~

Moga dengan kasih sayang, kita dapat mewujudkan persekitaran yang lebih baik dan harmoni daripada semalam insyaAllah.

Sekian.

Wallahua'lam:)

***post ini ditulis lama dahulu. Masa Nur Kasih masih awal ditayangkan lagi. Sekarang dah habis pun  Tak tahu kenapa hanya dibiarkan berhabuk sahaja dalam draft. Tadi buka-buka drafts di blog dan jumpa. Jadi sekarang saya publish ~ Moga ada manfaatnya insyaAllah~ ^_~

p/s: Tajuk post sangat menarik kan? Tahniah pada sesiapa yang tertipu :p


4 Responses so far.

  1. salam,
    sayang keluarga Tuah...(bukan yg 5 bersaudara tu, tu syg gak lah)
    Tuah sng je dapat pelukan ummi Tuah, abah pun sng, slalu je bila nk keluar rumah (g tmpt jauhlah, klu ke kedai xde mknenye) mesti Tuah akan peluk cium sume family member Tuah, abg ke adik ke layan je semua, jgn jeles..jeles x? haha

  2. B.A.I.K says:

    tuah-
    waalaikumussalam wbt
    x jeles, sebab benda tu normalla...
    kalo pegi tempat jauh ofkoz akan at least cium pipi mama,n ayah peluk, (adik bradik x payah haha) so jeles tu x termasuk dlm equation..
    sekian.haha

  3. Muslimah says:

    nice story.
    i luv my mum
    stiap abis solat
    ciumannya smpai ke pipiku
    hehe
    tu yg best

  4. Dr Hana says:

    Salam muslimah~

    Nice story eh? bukan rekaan ni..hehe :)

Reminder for the soul

“Aku hairan dengan orang yang mengetahui kematian, tapi mengapa ia masih tertawa;

Aku hairan dengan orang yang tahu bahawa dunia adalah sementara, tapi mengapa ia sangat mencintainya;

Aku hairan dengan orang yang mengetahui semua urusan telah ditakdirkan, tapi mengapa ia takut kehilangan;

Aku hairan dengan orang yang mengetahui bahwa hisab adalah suatu kepastian, tapi mengapa ia tetap mengum
pulkan harta dan menghitung-hitungnya;

Aku hairan dengan orang yang mengetahui panasnya api neraka, tapi mengapa ia tetap berbuat dosa;

Aku hairan dengan orang yang mengaku mengenal Allah, tapi mengapa ia meminta tolong kepada selain-Nya;

Aku hairan kepada orang yang mengaku mengetahui kenikmatan syurga, tapi mengapa ia merasa hidup tenang di dunia;

Dan aku hairan kepada orang yang mengetahui syaitan adalah musuhnya, tapi mengapa ia mentaatinya.”

Uthman bin Affan Radhiyallahu anhu
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Masa umpama pedang