Lilypie First Birthday tickers

Kesinambungan

Assalamualaikum~

Bila check dashboard blogger semalam, baru perasan post yang terakhir tentang lagu Maher Zain* merupakan post di blog ini yang ke-100~ Biarlah orang nak kutuk blog ni adalah blog My Safari(:p) pun, tak pelah, asalkan saya tahu kenapa blog ini dicipta~ :)

Semalam terbaca blog ini dan rasa tertarik dengan satu p/s di situ~

Siapa yang tidak mempunyai masa silam? Saya kira semua makhluk yang bergelar manusia pasti mempunyai masa silam... Tak kiralah samada kisah silam yang manis atau pahit, pasti ada.

Kerana kita manusia. Dan manusia pasti akan melakukan kesilapan. Bezanya antara seorang mukmin dan orang lain, seorang mukmin akan cepat-cepat membetulkan kesilapannya dan kembali meluruskan jalannya.

Kisah silam itu bukan untuk diungkit?

Jujur, saya tak suka jika orang mengungkit kesilapan-kesilapan saya yang lalu sama ada baru berlaku semalam ataupun bertahun yang lalu. Dan saya kira siapa pun pasti akan merasakan perkara yang sama. Kita yang dulu tak sama dengan kita yang sekarang. Kenapa nak ungkit kembali?? Biarkanlah ia berlalu ditelan angin lalu.......

Jawapan saya kepada persoalan itu adalah sama dengan jawapan yang diberikan kepada pihak pembangkang semasa pertandingan akhir pertandingan debat BPM 2009...:p (Pihak kerajaan kalah dengan 2 markah sahaja...cis kau Tuah!!haha~ )

Iaitu: "Apalah guna berlakunya peristiwa-peristiwa sejarah seandainya kita sekadar mahu melupakan dan tidak mengambil pelajaran daripadanya??"

Jadi biarlah kata-kata itu menjadi peringatan buat saya dan kamu, kenanglah peristiwa hitam itu dengan perspektif yang baru. Di saat ada orang lain mengungkit kembali kisah semalam, ingatlah bahawa kisah semalam itu ada pada aku dan kamu~

Semua orang mengalaminya, dan terpulang pada kita bagaimana kita mahu mengubahnya.

Diri ini sumber inspirasi?

Layakkah diri ini menjadi sumber inspirasi? Oh tidak... Sememangnya saya bukanlah orang yang layak untuk dijadikan sebagai sumber inspirasi oleh sesiapa... Graf iman turun naik dengan amplitud yang besar dan dahsyat--__--  arghh~~

Andai ada pengajaran yang boleh diambil, ambillah... namun tak perlulah lebih dari itu, kerana saya hanyalah insan yang biasa, yang punya banyak kelemahan, dan sering melakukan kesilapan... Dan setiap hari merupakan satu perjuangan untuk tidak mengulangi lagi kesilapan semalam... dan sememangnya bagi diri ini perjuangan itu bukanlah sesuatu perkara yang mudah. Dalam dunia ini, tiada perkara yang mudah... Kata-kata mama ku..(oh rindunya) Kerana dunia ini memang sebuah ujian buat kita... Jadi biarlah kita mengorbankan perkara yang kita inginkan demi secebis keimanan, demi secebis ketaqwaan, demi syurga yang tidak mampu untuk kita bayangkan keindahannya...

Sebuah pengorbanan demi hari kemudian~

"Dan (juga) orang-orang yang apabila melakukan perbuatan keji atau menzalimi diri sendiri, (segera) mengingat Allah, lalu memohon ampunan atas dosa-dosanya, dan siapa (lagi) yang dapat mengampuni dosa-dosa selain Allah? Dan mereka tidak meneruskan perbuatan dosa itu, sedang mereka mengetahui.


Balasan bagi mereka ialah ampunan dari Tuhan mereka dan syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya. Dan (itulah) sebaik-baik pahala bagi orang yang beramal"


Surah Ali-Imran ayat 135-136








6 Responses so far.

  1. dan menjadi kewajipan kita untuk menjaga keaiban kita sendiri.

    kdg2 org terlupa,asik ckp keperluan menjaga aib org je.padahal aib sendiri,sgt lah plg penting.

    =)

  2. duha says:

    saya hanya mampu tersenyum membaca entri ni..jazakillah my dear sis~

  3. salam ukhti. tiada siapa yg ingin mengingat kembali kesilapan yg dilakukan pd masa lampau. tapi pada saya, kesilapan dan kejahilan dahulu tu lah yg membentuk diri saya skarang. if life is...too perfect,i think there is no meaning or value to it. jazakillah ukhti. penulisan ukhti bagus =)

  4. Dr Hana says:

    norfaridahanum- lama tak dengar cite. cmne exam?

    hmm...sedangkan aib orang pun perlu dijaga, apatah lagi aib sendiri kan? cukuplah disimpan sendiri buat pedoman=)

  5. Dr Hana says:

    duha- srikandi menawan dah datang:D
    senyuman disimpul kembali khas buatmu:p

    amiin for the doa~

  6. Dr Hana says:

    Bazliah Rodzi-
    Waalaikumussalam wbt=)

    Setuju~ Hidup yang terlalu senang, yang 100% seperti yang kita mahukan, bukanlah hidup namanya. Nak bersenang lenang, kumpullah amal untuk dpt tiket ke syurga insyaAllah~

    ya Allah, jadikanlah aku lebih baik dari apa yg mereka katakan~

Reminder for the soul

“Aku hairan dengan orang yang mengetahui kematian, tapi mengapa ia masih tertawa;

Aku hairan dengan orang yang tahu bahawa dunia adalah sementara, tapi mengapa ia sangat mencintainya;

Aku hairan dengan orang yang mengetahui semua urusan telah ditakdirkan, tapi mengapa ia takut kehilangan;

Aku hairan dengan orang yang mengetahui bahwa hisab adalah suatu kepastian, tapi mengapa ia tetap mengum
pulkan harta dan menghitung-hitungnya;

Aku hairan dengan orang yang mengetahui panasnya api neraka, tapi mengapa ia tetap berbuat dosa;

Aku hairan dengan orang yang mengaku mengenal Allah, tapi mengapa ia meminta tolong kepada selain-Nya;

Aku hairan kepada orang yang mengaku mengetahui kenikmatan syurga, tapi mengapa ia merasa hidup tenang di dunia;

Dan aku hairan kepada orang yang mengetahui syaitan adalah musuhnya, tapi mengapa ia mentaatinya.”

Uthman bin Affan Radhiyallahu anhu
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Masa umpama pedang