Lilypie First Birthday tickers

berita gembira

Assalamualaikum~
Minggu ni minggu sedih. Minggu sedih dan emo. Mungkin kerana terlampau penat, tidur yang tidak semakin tidak teratur dan macam-macam lagi. Tak perlu explain panjang-panjang kat sini. Sebab tajuk post ni pun berita gembira, tiba-tiba cakap pasal benda sedih. Apakah~? kui2.

Post ni cakap pasal apa sebenarnya??

Ya, sabar2=P

Berita gembira 1=
15 Disember ni bday ayah. Aik bukan berita gembira pasal diri sendiri pun:p
Tak pela, gembira jugak la tu. Tak sabar nak wish ayah. Ayah nak masuk...65 tahun dah... huhu...
(Ayah saya kawin lambat, around 30+, tambahan pula saya anak ke5 jadi agak besar perbezaan umur itu) <--- Eh ada orang tanya ke? Biarlah, saje nak cakap:p

Hadiah untuk ayah adalah dia bakal menerima menantu,lalalalala

Akhirnya penantian yang lama bakal sampai ke penghujungnya~~~

Tadi dah cerita umur ayah nak sampai 65 dah. Umur kita makin bertambah, makin dekat kita kepada kematian..huhu. Doaku, semoga ayahku semakin dekat dengan Tuhan, diampunkan segala dosa-dosanya yang telah lalu dan dirahmati olehNya selalu.
amiiiiiiiiiin.........
*pensieve mode*

Berita gembira 2=
Abang pun dah nak kawin jugak~~~
Sape yang tengok fb saya mungkin ada perasan syarat yang ayah bagi untuk abang kawin:ppppp
Jadi walaupun syarat itu belum tercapai lagi (banyak lagi masa abang, chaiyok!!hihi:p), akhirnya ayah setuju untuk menghantar rombongan merisik untuk Kak S, dan meminta emakku memanggil adik2nya [pakcik2 saya] jadi wakil untuk rombongan merisik tersebut
:DDDD
(abang saya hensem tau,cumanya dia dinosaur je, haha tibe2 je:p)

Jadinya, tahun depan pada tarikh **/**/2010 bakal ada dua walimah~
(melompat2 kegembiraan dalam hati.haha)
**Saya baru dapat tahu tadi. Sebab tu terlebih excited ni:p

Semoga segala urusan dipermudahkan, insyaAllah:)

Doakan semuanya berjalan lancar~

**Turutan anak yang bakal berkahwin: no.3 , kemudian  no.4, seterusnya? Siapa dulu? Yang penting bukan no 6 hehe:p

~~*~~*~~*~~*~~*~~*~~*~~*~~*~~*~~

p/s: Thinking positive~ Bersangka baiklah~

p/s2: Dunia ini penuh dengan sangkaan. Kita sangka orang ni maksudkan suatu benda, sedangkan perkara yang dimaksudkan adalah jauh berbeza dari apa yang kita sangkakan. Kenapa? Saya berhenti di situ. Fikir2kanlah. Saya yakin semua yang membaca ini bijak pandai :)

p/s3: Seorang mukmin ini ibarat cermin bagi mukmin yang lain.(HR Atthabrani) Jadi apabila melihat sesuatu perkara yang berlaku di sekelilingnya, ia akan melihat kembali ke dalam dirinya sendiri dan mengambil pelajaran daripadanya, samada baik atau buruk, adakah perkara yang dilihat itu ada pada dirinya?
Renungkanlah... practice what you preach. Semoga kita senantiasa membuka hati kita untuk memuhasabah diri terhadap segala tindak tanduk kita, adakah kita menjernihkan keadaan atau sekadar menjauhkan dan mencipta jurang? Allah knows best~

p/s4: Saya tak mahu menjadi seorang yang keras hati... tak nak tak nak tak nak. Nauzubillah~

p/s5: Tiada soal siapa benar siapa salah...itu bukan niat kita, untuk mengatakan aku betul dan kau salah. Sedarilah, kita mempunyai satu maksud, satu hati dan satu tujuan---> menuju mardhatillah. Syaitan SENTIASA alert dan bersedia! Kita bagaimana? Semoga kita sentiasa terpelihara daripada belitan syaitan yang sentiasa berusaha merosakkan niat dan tujuan kita..
A'udzubillahi minassyaitanirrajim...

   p/s6: Berkomunikasilah. Communicate. Communication does not happen in one direction, but in two ways...

p/s7: Biasanya kalau tension pasal sesuatu saya akan tulis dalam BI. (Maybe because I express myself better in English)Biasanyalah...:p

p/s8: sentiasa memperbaiki diri! insyaAllah~

Wassalamualaikum:)

Allah knows best~
 


11 Responses so far.

  1. Tanda2 orang mukmin ialah dia sentiasa sabar menerima cabaran. Moga kita termasuk dalam golongan tu. Amin. :)

    Anak ke5 bila pulak? ;)

  2. Dr Hana says:

    Azie- lajunya komen Azie:) yup! Sabar dan syukur~ amiiin...

    Uiks! Anak kelima? Jengjengjeng~~~


    (tak menjawab soalan pun,hehe, sebab jawapan dia pun belum ada)

    :P

  3. zazizu says:

    beshnye..!!!
    ni memang berita baik..!!
    tahniah2 kamu bakal tambah ahli keluarga baru.. iA..
    besh nye..!!!
    (sape lak yang terlebih excited ni??)

  4. duha says:

    assalamualaikum..
    haha..zaza nape hepi semacam?
    taulaa kamu anak 1st kan :p

    erm..tahniah buat kak farhana yem..
    tapi kan kata taun depan, nape tarikh dia **/**/2009?? bukan patutnya 2010 ke? ehhe~ lost track of time ek? :p

    erm..thanks atas peringatan2 tu..insyaAllah cuba perbaiki diri lagi dan lagi dan lagi dan lagi~

  5. Dr Hana says:

    zazizu- ni apekehei terlebih ni?
    ni mesti case terlebih tengok video kucing kat youtube ni:p

    hhehe..
    timekasih2...double pulak tu kan...hee insyaAllah~~~
    lambatnye nak tnggu taun depan:P

  6. Dr Hana says:

    duha-
    waalaikumussalam wbt~
    kui3...cik pun pelik nengok zaza tu hehe
    btul2, die ingat die anak 1st so nnt mesti kawin cepat punye xyah tgu turn sape2:P :P :P

    timekasih~ eh 2009 ek?hee tersilap2.tenkiu sbb gtau,x prasan langsung pun:p

    tu utk diri sendiri jugak..moga kita sama2 ingat...amiiin~

  7. Liyana says:

    selamat ulangtahun kepada ayah FY :) :)

  8. Unknown says:

    ehem

    ke3 bernikah dahulu ya baru keempat menikah. ke3 perlu nikah, kemudian buat kenduri belah perempuan, kemudian baru ke4 menikah. sekian terima kasih

    yang benar

    ke4

  9. Dr Hana says:

    puding caramel- tenkiu cik puding caramel! doakan ye~ :) :)

    akak- haah le kan. mesti la abg nikah dulu, walimah pmpuan br terima menantu:p

    abis tu nak kena balik 2 kali la ni?
    ala nak tengok dua2 nikah...uhuhuu..

    cepat bukak ym!!

  10. dr.radzi says:

    part awal tu hepi2...
    part last2 tu nak release tension ek? haha...semoga sentiasa dibawah bimbinganNya. amiiiin...

    tata indonesia. lalala~

  11. Dr Hana says:

    dr.radzi- haha, pandai pun. demikianlah ceritanya...haha.

    thank u 4 the doa, and may it reflect to u as well, amiiin...

    tata2 macam indonesia boleh tata balik je=p

Reminder for the soul

“Aku hairan dengan orang yang mengetahui kematian, tapi mengapa ia masih tertawa;

Aku hairan dengan orang yang tahu bahawa dunia adalah sementara, tapi mengapa ia sangat mencintainya;

Aku hairan dengan orang yang mengetahui semua urusan telah ditakdirkan, tapi mengapa ia takut kehilangan;

Aku hairan dengan orang yang mengetahui bahwa hisab adalah suatu kepastian, tapi mengapa ia tetap mengum
pulkan harta dan menghitung-hitungnya;

Aku hairan dengan orang yang mengetahui panasnya api neraka, tapi mengapa ia tetap berbuat dosa;

Aku hairan dengan orang yang mengaku mengenal Allah, tapi mengapa ia meminta tolong kepada selain-Nya;

Aku hairan kepada orang yang mengaku mengetahui kenikmatan syurga, tapi mengapa ia merasa hidup tenang di dunia;

Dan aku hairan kepada orang yang mengetahui syaitan adalah musuhnya, tapi mengapa ia mentaatinya.”

Uthman bin Affan Radhiyallahu anhu
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Masa umpama pedang